Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Penjenayah Ditembak Cuba Langgar Polis
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Kuala Selangor – Seorang penjenayah ditembak mati selepas melanggar kenderaan polis dengan lori yang dipandunya dalam cubaan melarikan diri di Kota Puteri, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, suspek berusia lingkungan 30-an mati di tempat kejadian akibat daripada tembakan berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati, kenderaan dinaiki suspek dilaporkan dicuri di Jinjang, Kuala Lumpur.
“Pasukan peronda polis yang terserempak dengan lori itu di Sungai Buloh mengekori kenderaan berkenaan sebelum menahannya di kawasan berhampiran ladang kelapa sawit.
“Bagaimanapun, sebaik saja anggota menghampiri suspek untuk membuat pemeriksaan, lelaki terbabit terus menekan pedal sehingga memaksa anggota melepaskan tembakan,” katanya. – myMetro Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments