FYNN Jamal mungkin satu nama yang tidak perlu lagi diperkenalkan dalam industri hiburan tanahair terutamanya di kalangan penggemar muzik indie.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangannya sejak dulu lagi, pasti anda sedia maklum akan kisah sedih yang pernah menimpa anak angkatnya, Bakti Arjuna Fitri kira-kira dua tahun lalu.
Anak kecil itu pernah mendapat bantuan orang ramai bagi menjalani pembedahan untuk penyakit jantung berlubangnya sebelum ini.
Arjuna kini membesar sebagai seorang anak yang sihat dan cukup comel sekali.
Bagaimanapun, semalam Fynn telah memuatnaik satu gambar suaminya bersama Arjuna di Instagram yang kemudiannya mendapat teguran daripada beberapa pihak.
Gambar itu menunjukkan suaminya sedang merokok bersebelahan dengan anak mereka dengan ‘caption’:
“juna… dari tadi juna tak layan daddy. *pause* *hembus asap* daddy… salah cakap ke…?”
Rasanya semua orang tahu akan bahaya asap rokok kepada penghidunya kerana ia boleh mengundang pelbagai penyakit termasuklah yang berkaitan dengan paru-paru.
Biarpun ada teguran yang dilihat terlalu kasar, Fynn dilihat tidak melenting, sebaliknya menerimanya dengan baik.
Dia turut menjawab satu komen dari pengikutnya yang mengungkit mengenai bantuan yang pernah dihulurkan kepada Arjuna sebelum ini yang kemudiannya dipadamkan.
Harapnya selepas ini, bukan sahaja Fynn, malah sesiapa sahaja dinasihatkan supaya lebih beringat mengenai bahayanya asap rokok kepada orang di sekeliling mereka.
No comments
Post a Comment