Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Ampang: Mayat seorang bayi perempuan ditemui di dalam tong sampah di pintu A Hospital Ampang, Pandan Mewah kira-kira 6.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, bayi yang baru dilahirkan itu ditemui seorang tukang bersih hospital sebelum memaklumkan kepada pengawal keselamatan hospital.
Katanya, bayi berkenaan dipercayai dilahirkan 24 jam yang lalu dan mangsa juga sudah dipotong tali pusatnya.

"Mayat mangsa sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat dan laporan bedah siasat mendapati bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman dan luaran.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.


Arizona – Muka bengis’ yang dimiliki kucing ini rupanya membawa tuah kepada tuannya, Tabatha Bundesen yang dulunya hanya bekerja sebagai pelayan.
Kini Bundesen memperolehi pendapatan lebih RM300 juta melalui kucing tersebut yang digelar Tardar Sauce, hanya semata-mata kerana rupanya yang unik itu.
Tardar yang menjadi terkenal selepas muncul dalam Youtube dua tahun lalu hingga berjaya memperolehi 15.7 juta penonton, kini jauh lebih kaya daripada artis Hollywood termasuk Nicole Kidman, Cameron Diaz dan Matthew McConaughey.
Namun kekayaan itu gagal memberikan senyuman kepada Tardar.
“Sejak muncul dalam Youtube dua tahun lalu, Tardar terus terkenal dan dalam masa singkat kucing saya memperolehi kemasyuran.
“Saya boleh berenti kerja sebagai pelayan hanya dalam masa beberapa hari selepas dia muncul dalam media sosial dan sejak itu telefon saya tidak pernah berhenti berdering,’’ kata Bundesen.
Tardar kini memiliki 521,000 pengikut dan Instargram dan 255,000 di twitter .
Mukanya yang bengis itu diabadikan di kalender, kemeja-t, gelas dan pelbagai lagi.
Dia juga menjadi model untuk makanan kucing jenama Friskies dan terbaru Tardar memiliki jenama sendiri iaitu kopi Grumppuccino.
Malah kemunculannya dalam filem Grumpy Cat’s Worst Christmas Ever telah menjadikan filem itu sebagai filem yang paling banyak ditweet ketika mula-mula ditayangkan.

KUALA LUMPUR – Menjadi tukang urut, menyanyi di kaki lima, menganyam bakul atau menjual tisu merupakan aktiviti mencari rezeki yang sudah sinonim dengan golongan cacat penglihatan di negara kita.
Namun begitu, hasil pemerhatian mStar Online selama beberapa minggu telah mendapati, dalam semua aktiviti tersebut, menjual tisu merupakan yang ‘paling lumayan’ dan paling mudah memperolehi wang.
Ia telah mendatangkan hasil yang besar sehinggakan mereka bukan sahaja mampu mengupah pengiring yang celik malah mampu menggaji pemandu.
mStar mendapati, kebanyakan orang buta yang memilih menjalankan aktiviti ini mampu memperoleh pendapatan bersih lebih RM2,500 sebulan sedangkan lain-lain pekerjaan golongan cacat penglihatan seperti tukang urut, penjual kerepek atau bakul mahupun mereka yang menyanyi di kaki lima sekitar RM1,500 hingga RM1,800 sebulan.
Malah jika penjual tisu ini rajin menjalankan aktiviti mereka sehingga ke luar ibu kota, pendapatan bulanan adalah lebih dari itu.
Angka itu belum lagi diambil kira bantuan yang diperolehi secara bulanan dan tetap daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu sekitar RM150 hingga RM300.
Seperkara lagi yang menarik ialah, hasil pemerhatian ini, mStar turut mengenali beberapa istilah yang digunapakai di kalangan masyarakat golongan cacat penglihatan itu sendiri bagi menggambarkan aktiviti mencari rezeki atau pekerjaan masing-masing.
Bagi aktiviti menjual tisu, gelarannya agak pelik, iaitu ‘menangkap’ manakala bagi pengiring mereka yang celik, ia dipanggil ‘penarik’.
Istilah lain yang wujud termasuklah ‘mengetin’ (menyanyi di kaki lima), ‘menangguk’ (seorang diri jual tisu atau kacang) dan ‘Halo Cik’(jual kerepek).
Bahagi Tiga
Percaya atau tidak, dalam semua pekerjaan yang biasa dibuat oleh orang buta, kerja ‘menangkap’ adalah yang paling senang dan mendapat hasil ‘kencang’.
“Orang buta tak boleh ‘menangkap’ seorang diri, jadi mereka upah ‘penarik’.
“Kumpulan ini adalah yang paling banyak memperolehi pendapatan di kalangan semua aktiviti golongan cacat penglihatan malah mengatasi jumlah pendapatan tukang urut. Mereka mampu bayar penarik dan ramai juga sekarang yang sudah mula mengupah pemandu untuk bergerak lebih jauh atau ‘out-station’,” dedah seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Mazlan, kepada mStar Online.
Mazlan yang bekerja sendiri di ibu kota berkata, kerja ‘menangkap’ yang dibawa oleh seorang pemandu khas biasanya dilakukan dua kali sehari.
Si penjual tisu yang buta tidak perlu bimbang ditipu oleh penarik yang biasanya warga Indonesia atau pun pemandu kerana masing-masing telah bersetuju untuk mengagihkan ‘hasil tangkapan’ secara sama rata.
“Kalau dapat RM300 sekali keluar, duit itu akan dibahagi tiga iaitu untuk penjual, pengiring dan pemandu,” katanya lagi.
Mazlan menambah, perkara itu diketahui daripada rakan-rakannya yang kebanyakannya menjalankan aktiviti tersebut dan tanpa segan-silu bercerita mengenai pendapatan ‘mewah’ mereka dengan mudah.
Tambahnya, selain mempunyai ‘pemandu’, hasil lumayan mereka juga biasanya diterjemah melalui gaya hidup yang lebih senang, termasuklah telefon bimbit pintar.
Bercerita lebih lanjut mengenai pemandu yang diupah, Mazlan berkata kebanyakan mereka dipertanggungjawabkan untuk membawa si penjual tisu dan pengiring ke lokasi-lokasi tertentu yang dianggap sebagai ‘lubuk emas’.
Di ibu kota, kawasan yang sering menjadi tumpuan mereka ialah Bangsar, Bukit Bintang, Chow Kit, Danau Kota dan Kampung Baru.
Kawasan-kawasan ini mempunyai kawasan tumpuan gerai makan dan medan selera yang popular dan banyak.
Mengembangkan Empayar ‘Menangkap’
Namun, katanya sejak akhir-akhir ini ramai pemandu diminta supaya mengembangkan kawasan tangkapan oleh si penjual tisu yang bertindak sebagai bos mereka dalam memilih lokasi untuk menjual tisu.
“Mereka kini meminta pemandu membawa mereka pergi ‘menangkap’ di luar Kuala Lumpur seperti ke Johor, Negeri Sembilan atau Kedah.
“Persaingan di luar Kuala Lumpur adalah kurang dan masyarakat lebih bermurah hati untuk ‘membeli’ tisu dan bersedekah berbanding orang di sini yang semakin berkira-kira untuk bersedekah kerana saban hari diganggu oleh penjual tisu,” katanya lagi.
Sementara itu, Pak Ali (bukan nama sebenar) yang menjadikan kerja membawa orang buta pergi menangkap sebagai kerja sambilan sejak tahun lepas mengakui bayaran yang diterimanya mampu menampung kos sara hidup keluarga.
Kata Pak Ali, dia tidak mempunyai jadual tetap untuk pekerjaannya itu, sebaliknya hanya menunggu panggilan telefon oleh mana-mana orang buta yang mahu mendapatkan khidmatnya.
Jelas Pak Ali lagi, walaupun ramai yang keluar menangkap hampir setiap hari, namun mereka tidak menggunakan khidmat pemandu pada setiap masa.
“Kalau menangkap tempat yang dekat-dekat mereka naik LRT atau teksi sahaja, lebih murah kosnya.Tapi kalau mereka mahu pergi jauh, mereka akan telefon saya dan minta saya menjemput dan menghantar mereka ke lokasi tertentu,” ujarnya.
Pak Ali menambah, kebiasaannya dia dibayar antara RM60 hingga RM150 setiap kali membawa orang buta ‘menangkap’ dan pengiraan akan dilakukan bersama-sama dalam kereta selepas selesai aktiviti ‘menangkap’.
“Selama saya buat kerja ini belum pernah timbul masalah tentang bayaran. Pernah juga saya terfikir mereka (penarik dan orang buta) mungkin berpakat tipu saya tapi saya rasa perkara itu tak berlaku. Saya percaya mereka,” tegas Pak Ali yang memandu Proton Iswara.
Jelas Pak Ali, ada juga orang buta yang meminta dia sendiri yang mengira hasil yang diperolehi mereka.
Dalam pada itu, Pak Ali turut mengakui ada rakan-rakannya yang membawa orang buta pergi ‘menangkap’ di luar Selangor dan Kuala Lumpur.
Malah, dia sendiri pernah ditawarkan oleh orang buta untuk pergi ke Johor dan Melaka.
“Tetapi saya tolak sebab keadaan kereta saya yang tidak mengizinkan. Setakat Kuala Lumpur dan Lembah Klang tak ada masalah nak bawa mereka,” katanya.
Mengenai lokasi menangkap, Pak Ali berkata keputusan biasanya dibuat melalui perbincangan bersama. Namun katanya, ada juga orang buta yang menyerahkan keputusan memilih lokasi menangkap dibuat oleh pengiring mereka.
Mengulas perkembangan terkini pekerjaannya yang sering berdampingan dengan orang buta, Pak Ali berkata pada masa ini pemilihan lokasi ‘menangkap’ perlu dibuat dengan tepat bagi memastikan orang buta, pengiring dan pemandu tidak pulang dengan tangan kosong.
“Kalau boleh mereka mahu elak daripada bertembung dengan rakan-rakan lain yang menjalankan aktiviti yang sama. Kalau terlalu ramai orang jual tisu di satu tempat atau restoran yang sama, sudah tentulah hasil pendapatan kurang memuaskan. Sebab itu sekarang saya sering diajak pergi jauh sedikit seperti ke Selayang, Gombak atau Ampang,” katanya. -mStar Online

Sekali imbas, memang tak ada apa yang silap dengan gambar di atas. Apa yang kelihatan adalah pelakon Sharnaaz Ahmad dan Hanis Zalikha sedang membeli belah.
Menurut informasi, foto ini dirakamkan ketika pelakon ini sedang menjalani satu penggambaran di bandar Okinawa, Jepun.
Namun, kalau dah namanya gambar selebriti, memang setiap inci akan dibelek peminat mahupun ‘haters’!
Apa lagi, timbullah persoalan nakal lagi kontroversi apabila ada yang mendakwa terdapat separuh karton minuman keras dalam troli di hadapan Sharnaaz. Biar betul?'

Dakwaan ini dikuatkan lagi apabila ada yang terlebih rajin melalukan proses ‘zooming’, hingga menampakkan rupa bekas tin minuman yang seakan-akan minum keras jenama Asahi yang dikatakan popular di Jepun.
Bagi mengelakkan sebarang spekulasi, ramai pihak meminta Sharnaaz tampil menerangkan situasi sebenar.
Kemungkinan troli tersebut bukan milik Sharnaaz, ataupun mungkin dia berkongsi troli itu dengan individu lain yang membeli minuman keras tersebut.. apa yang pasti, para peminat nak dengar penjelasan dari mulutnya.
Buat peminat di luar sana, tunggu kenyataan dari mulut Sharnaaz Ahmad sendiri sebelum menaruh sebarang syak wasangka ok? - Mynewshub

Thailand: Tersenyum Prayoon Sudcha,56, selepas keretanya yang dicuri telah ditemui semula dalam keadaan baik dan telah dicat baru dengan cantik.

Kereta model Toyota Yaris itu telah hilang bulan lalu kerana kecuaiannya yang mabuk dengan memberhentikan kereta ditepi jalan untuk tidur.

Suspek pencuri kereta Pichet Prompakdee, 25, dari Chaiyaphum telah berjaya ditahan di sebuah restoran makanan Korea di kawasan Muang di Khon Kaen iaitu tempat suspek bekerja.

Menurut Ketua Polis Daerah Khon Kaen, Kolonel Supakorn Khamsingnok, mangsa telah membuat satu laporan polis mengenai kehilangan keretanya itu.

Dalam laporannya kepada polis beliau menceritakan yang dia terlalu mabuk pada hari itu dan memberhentikan kereta tepi jalan dan apabila beliau terjaga keesokan hari terkejut kerana beliau berada di luar iaitu di dalam taman permainan.

"Pihak kami telah berjaya mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar taman itu ketika kejadian berlaku serta berjaya menjejaki semula kereta itu di kawasan berdekatan tempat Pichet bekerja."

"Pada mulanya Pichet berdolak-dalih mengatakan kereta berkenaan adalah miliknya tetapi gagal mengemukakan dokumen pemilikan kereta itu sebelum akhirnya mengaku mencurinya."kata Supakorn.

Selepas berdolak dalih suspek memberitahu polis yang kereta tersebut telah menghalang laluannya ketika beliau hendak pulang ke kediamannya.

Suspek turut memberitahu semasa dia menjumpai kereta tersebut dia mendapati pemilik kereta tersebut sedang tidur di tempat duduk belakang dengan enjin kereta tidak dimatikan dan pintu tidak berkunci.

Beliau telah cuba mengejutkan Prayoon tetapi tidak berjaya membuatkan dia telah memandu kereta tersebut ke taman permainan. Prayoon akhirnya terjaga membuatkan suspek cuba menawarkan dia pulang tetapi Prayoon masih mabuk menyebabkan suspek meninggalkan mangsa disitu.

Suspek telah membawa balik kereta ke kediamannya dan telah mengecat kereta tersebut serta telah menukar nombor pendaftaran.

Bagaimanapun taktiknya tidak berjaya kerana gambarnya sudah terakam di CCTV.

KAKAK Kim Kardashian iaitu Kourtney Kardashian mengakui berbangga dengan gambar bogel ketika sedang sarat mengandung dipaparkan di sebuah majalah.

Kourtney dalam satu wawancara memberitahu gambar tersebut akan ditunjukkan kepada anak dalam kandungannya itu.

"Gambar ini sangat unik dan saya akan tunjukkan kepada anak yang akan lahir ini dan berkata di dalam perut ini ada kamu," ujarnya seperti dipetik Daily Mail.

Sebelum ini, Kourtney telah memuat naik beberapa gambar bogel di laman Instagramnya dengan hanya mengayakan rantai dan beberapa hiasan berbulu.

Bagaimanapun, gambar bogel tersebut mengundang pelbagai reaksi dan menjadi kontroversi.-mStar

JELI – Seorang gadis berusia 18 tahun dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan arus Sungai Pergau di Kampung Timur, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Siti Norsamilah Azmi (gambar), mandi bersama kakaknya, Siti Norsalmi, 22 dan adiknya, Siti Shakira, 14, di sungai yang terletak 500 meter dari rumah mereka.

Menurut Siti Shakira, mereka bertiga telah turun ke sungai secara berpegangan tangan dengan didahului oleh mangsa.-Kosmo

Seorang lelaki nekad menyebar gambar bogel bekan teman wanitanya sebagai tanda membalas dendam selepas gadis berumur 25 tahun bertindak memutuskan hubungan mereka dua bulan lalu.

Lelaki tersebut telah menyebar gambar gambar mangsa ,Nor Fathiah Idris di laman facebook yang dilihat oleh ramai pengguna laman sosial tersebut. Beliau telah menyedari perkara ini selepas ada rakannya memberitahu hal tersebut.




Apa yang lebih memburukkan keadaan gambar bogelnya turut dikongsi dan disebarkan menggunakan aplikasi Wechat dengan menggunakan akaun Wechat milik mangsa sendiri.

Menurut Fathiah dia dan keluarga kini terpaksa menanggung malu yang amat besar dan tidak tahu dimana hendak menyorok muka.

Untuk makluman pembaca Nor Fathiah Idris sebelum ini pernah dilaporkan media tentang kehilangannya.

Beliau telah membuat laporan polis tetapi apa yang mengejutkan tiada tindakan boleh diambil kerana bekas teman lelakinya itu adalah dari keluarga yang berpengaruh menyebabkan dia seolah-olah 'kebal'.


Menurutnya ibu mangsa,Fatimah Ismail, 50, pihak polis mengakui perkara ini sendiri  kerana mereka tidak dapat mengambil tindakan kerana status keluarga lelaki terebut memang berpengaruh di Negeri Johor.



Beliau seolah-olah tidak percaya beberapa anggota polis di balai tempat Fathiah membuat laporan mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah daripada keluarga berpengaruh.


“Saya sungguh terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh anggota tersebut yang seolah-olah mahu mengatakan bahawa lelaki itu kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang,”katanya dipetik dari Therakyatpost.

Irfan didakwa mempunyai abang lelaki yang merupakan exco dalam sebuah parti politik terkenal manakala bapanya pula pemilik sebuah syarikat berkaitan teknologi maklumat.