Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Terkejut penulis apabila menerima gambar petikan skrin dari
laman sosial Facebook berkenaan seorang remaja yang marahkan ibunya
kerana mencabut pokok ganja yang ditanamnya.
Biarpun ganja dikenali sebagai dadah yang diharamkan penggunaannya di
Malaysia, tetapi remaja itu seperti tidak mengendahkannya sebaliknya
bebas berkongsi berkenaan pokok ganja tanamannya itu di Facebook.
“Hari ini ibu saya cabut pokok ganja diam diam, maka saya membakar dua televisyen di rumah saya terang-terang.
“Ibu menangis tengok keadaan saya… Saya kelu,” katanya dalam status berkenaan.
Daripada apa yang dikongsikan, gambar pokok ganja atau Marijuana itu
dilihat sudah pun besar dan ditanam di satu lokasi yang kelihatan
seperti halaman rumahnya.
Diharapkan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia akan membuka mata
dalam isu ini kerana jika benar, jelas remaja ini mempunyai sumber
bekalan benih anak pokok ganja dan dari mana dia mendapatkannya akan
mencetuskan kebimbangan.
Jelas juga kebimbangn apabila timbul tanda tanya, adakah itu kali
pertama remaja itu menanam ganja atau sebelum ini dia pernah melakukan
perkara sama.
Dibimbangi juga, tujuan remaja itu menanam pokok ganja adalah dengan
bertujuan untuk diproses dan diedarkan kepada penagih yang
memerlukannya.
Menanam pokok ganja walaupun sepohon adalah salah mengikut Seksyen 6B
Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pesalah boleh dihukum penjara seumur
hidup atau disebar tidak kurang daripada enam sebatan.
Isu Panas
Hah, biar betul Rozita Che Wan buat ‘love bite’ atau gigitan cinta kat suaminya, Zain Saidin?
Dah la tu, Zain tak malu pula tayangkan gambarnya dilove bite kat pengikut laman Instagramnya.
Jangan salah sangka, Rozita Che Wan atau Che Ta sebenarnya buat
rawatan bekam kepada Zain dan yang kelakarnya Zain sendiri memuat naik
caption ‘apabila Rozita Che Wan buat love bite’.
Mungkin Zain saja nak mengusik pengikutnya yang sering memberikan
sokongan terhadapnya dalam bidang kerjaya dan juga hal peribadinya.
Apa-apa je la Zain, yang penting memang nampak bahagia hubungan Che Ta dan Zain, dan pastinya pasangan ini dah tak sabar nak timang cahaya yang dijangka dilahirkan pada hujung tahun ini.
Hiburan
Seorang lelaki mencium isterinya selepas perselisihan antara mereka selesai di mahkamah majistret, di sini, pagi tadi.
Tindakan spontan itu dilakukan Roslan Ismail, 38, di luar mahkamah
selepas Majistret, Nik Habri Muhamad melepas dan membebaskannnya dengan
kompaun RM500 selepas perkara itu dipersetujui oleh mangsa sendiri.
Roslan mengaku salah pada tuduhan pilihan mengikut Seksyen 323 Kanun
Keseksaan dengan sengaja mencederakan isterinya, Rosnah Abdullah, 35, di
alamat Kampung Babong, di sini, pada jam 11.30 malam, 28 Mac 2014.
Tertuduh pada asalnya didakwa menyebabkan kecederaan kepada mangsa
dengan menggunakan ranting pokok, tali pinggang dan mencucuhnya dengan
api rokok pada alamat, masa dan tarikh sama sebelum mengaku pada tuduhan
pilihan itu.
Kejadian berlaku ketika mangsa yang berada di rumah berselisih faham
dengan suami kerana mendapat tahu mangsa membuat perhubungan dengan
kawan-kawan lelaki lain.
Mangsa dimarahi dan dipukul hingga mengalami lebam di lengan, bahu
dan paha kiri serta lebam di belakang bahu kiri selain melecur di lengan
kanan.- Sinar Harian
Isu Semasa
HAI…apa kes sampai anak kucing pun boleh jadi anak susuan ni?
Memang mengarut sungguh status Facebook ini.
Hasil tinjauan kami, akaun ini memang wujud, namun ia tidak disetkan untuk tatapan umum. Justeru, kami tidak dapat mengesahkan sama ada ia sengaja ditulis untuk tujuan bergurau atau telah disabotaj.
Apapun, memang tak senonoh langsung…
Isu Panas
Lara, cantiknya nama yang diberikan
kepada anak sulung mereka. Awal dan Scha Al-Yahya berkongsi gambar
bersama si comel hasil perkahwinan mereka berdua akhirnya. Peminat yang
menunggu harapnya berpuas hati lah ye?
Walaupun belum tunjuk wajah yang sebenar, sipi-sipi pun jadilah kan? Daripada tiada langsung.
Apapun, kami pasti Lara ini adalah nama
singkatan dan bukannya nama penuh puteri sulung Scha dan Awal. Dan pada
anda yang menanti untuk menatap wajah anak mereka, bersabar ye. Tempoh
pantang 44 hari Scha akan tamat tidak lama lagi. InsyaAllah, wajah dan
nama penuh anak selebriti ini akan diumumkan ketika itu.
Hiburan
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Ieda Moin berasa
kecewa kerana diperalatkan oleh seorang pengasas produk jamu selepas
individu berkenaan gagal menunaikan janji untuk melantiknya sebagai
duta.
Lebih mengecewakan, Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 35, berkata, individu itu turut menabur fitnah kononnya dia seorang artis yang bermasalah.
"Sebelum ditawarkan menjadi duta saya mencuba sendiri produk berkenaan dan Alhamdulillah ia menunjukkan hasil positif dan saya berjaya mengurangkan berat badan.
"Saya banyak mempromosikan produk itu dalam akhbar dan media sosial atas dasar ingin berkongsi dengan peminat yang ingin menguruskan badan.
"Apabila produk tersebut mula dikenali dan pengasasnya sudah ramai kenalan dalam kalangan selebriti, dia mula lupa terhadap janji yang pernah dia buat kepada saya malah memburukkan nama saya kepada orang lain," katanya kepada mStar Online.
Lebih mengecewakan, Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 35, berkata, individu itu turut menabur fitnah kononnya dia seorang artis yang bermasalah.
"Sebelum ditawarkan menjadi duta saya mencuba sendiri produk berkenaan dan Alhamdulillah ia menunjukkan hasil positif dan saya berjaya mengurangkan berat badan.
"Saya banyak mempromosikan produk itu dalam akhbar dan media sosial atas dasar ingin berkongsi dengan peminat yang ingin menguruskan badan.
"Apabila produk tersebut mula dikenali dan pengasasnya sudah ramai kenalan dalam kalangan selebriti, dia mula lupa terhadap janji yang pernah dia buat kepada saya malah memburukkan nama saya kepada orang lain," katanya kepada mStar Online.
Tambah Ieda, dia kesal apabila nama baiknya tercalar kerana dia belum pernah menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak.
Dalam pada itu, Ieda berkata, dia kini tidak lagi menggunakan produk berkenaan dan hanya mengamalkan pemakanan sihat dan senaman bagi mengekalkan berat badannya.
"Alhamdulillah tanpa produk berkenaan pun saya masih mampu menurunkan berat badan sebelum ini iaitu 72 kilogram kepada 48 kilogram dengan melakukan senaman setiap hari dan mengambil pemakanan sihat," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Ieda berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran beberapa drama selain Selamat Pengantin Madu dan Misiku Kuza sedang ditayangkan.
Dalam pada itu, Ieda berkata, dia kini tidak lagi menggunakan produk berkenaan dan hanya mengamalkan pemakanan sihat dan senaman bagi mengekalkan berat badannya.
"Alhamdulillah tanpa produk berkenaan pun saya masih mampu menurunkan berat badan sebelum ini iaitu 72 kilogram kepada 48 kilogram dengan melakukan senaman setiap hari dan mengambil pemakanan sihat," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Ieda berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran beberapa drama selain Selamat Pengantin Madu dan Misiku Kuza sedang ditayangkan.
Hiburan
Paris: Seorang kaki judi sanggup membunuh isterinya yang sarat
mengandung dan dua anak bagi menyelamatkan mereka daripada diseksa
lintah darat.
Tunde Keri, 36, dan dua anak lelakinya Toni, lima, dan Rafael yang
berusia 18 bulan ditemui mati di kediaman mereka di Val-de-Marne
berhampiran Paris selepas ahli keluarga gagal menghubungi wanita itu.
Pekerja binaan, Florin Sebastian Balan, 38, yang berpindah ke Perancis
dari Romania bersama-sama keluarganya pada 2012, kemudian ditangkap dan
dikatakan memberitahu polis, keluarganya diancam lintah darat.
Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui dengan leher mereka dikelar sementara Tunde yang hamil tujuh bulan luka di dada dan leher.
Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui dengan leher mereka dikelar sementara Tunde yang hamil tujuh bulan luka di dada dan leher.
Polis mula melancarkan siasatan selepas menerima maklumat daripada kakak dan abang ipar wanita itu di Romania.
Jurucakap polis Luc Poignant berkata: “Kerana Tunde hamil tujuh bulan, abang iparnya menyangka dia mungkin ke hospital.
“Tetapi mereka semakin resah apabila tiada sesiapa menjawab telefon.
Hasil siasatan polis menunjukkan Balan berhutang sehingga £30,000 (RM161,000) kepada lintah darat.
Seorang ahli keluarga di Romania berkata, Balan ketagih judi.
“Dia sentiasa meminjam wang dan akhirnya terpaksa meminjam dari kumpulan penjenayah. Dia pernah diberi amaran mereka akan menyeksa isteri dan keluarganya jika dia tidak menjelaskan hutang itu.
“Jelas sekali Balan tidak boleh berfikir dengan waras. Mungkin dia bertindak untuk menyelamatkan keluarganya dari diseksa lebih teruk,” katanya.
Ibu Tunde, Rozalia berkata, anaknya sudah berkahwin 16 tahun dan dia tidak pernah mengadu rumah tangga mereka bermasalah. - Agensi
Global
Beijing: Penyeludup organ di China dilapor mengaburi pihak berkuasa
dengan menyeludup organ, khususnya buah pinggang sebagai makanan laut.
Organ itu dilapor dibungkus di dalam kontena sejuk beku dan diterbangkan ke Guangdong.
Seorang anggota kumpulan berkenaan Mo Yongqing mendakwa, dia selalu
berjaya melepasi kawalan keselamatan dengan menggunakan alasan kontena
itu berisi makanan laut yang sudah dibekukan.
Bagaimanapun, kegiatan dia dan rakannya terbongkar baru-baru ini menyebabkan mereka ditangkap.
Bagaimanapun, kegiatan dia dan rakannya terbongkar baru-baru ini menyebabkan mereka ditangkap.
Mo dan 11 rakannya semalam dijatuhkan hukuman penjara dua tahun.
Penderma organ yang menggunakan khidmat kumpulan itu terdiri daripada pelbagai golongan, termasuk seorang yang berusia 21 tahun dari wilayah Anhui yang cuba membuktikan dia boleh mendapatkan wang sendiri sehingga seorang lelaki berusia 27 tahun yang memerlukan wang untuk menjelaskan hutang judinya. - Agensi
Global
Portsmouth: Seorang penganggur ditahan dan disaman kerana berlagak menjadi hantu di tanah perkuburan.
Ketika satu keluarga memberi penghormatan terhadap anggota
keluarganya di tanah perkhuran Kingston itu baru-baru ini, Anthony
Stallard, 24, yang mabuk, berjalan terhoyang hayang sambil melambaikan
kedua-dua tangannya dan mengeluarkan bunyi ‘woooooh,’ berulang kali.
Pendakwa raya Tim COncannon memberitahu mahkamah, terdahulu Stallard
dilihat bermain bola sepak bersama rakannya di tanah perkuburan itu.
“Sambil bermain bola, Stallard menyanyi dengan kuat dan tidak menghormati pengunjung lain,” kata Concannon.
“Sambil bermain bola, Stallard menyanyi dengan kuat dan tidak menghormati pengunjung lain,” kata Concannon.
Stallard didenda £35 (RM200) selepas mengaku bersalah menggunakan kata-kata mengancam dan bahasa yang kasar atau berkelakuan tidak senonoh untuk mengganggu ketenteraman orang lain.
Dia memberitahu peguamnya yang dia kesal dengan perbuatannya berlagak seperti hantu.
“Dia menerima hakikat bahawa tingkah lakunya di tanah perkuburan itu tidak sesuai. Dia memohon maaf,” kata peguam Denise Saunder. - Agensi
Global
Johor Bahru: Walaupun serba kekurangan, seorang lelaki lembam nekad
menjaga dua anak tirinya dalam pondok usang di kawasan setinggan di
Taman Sri Pandan di sini, sejak isterinya menghilangkan diri lima tahun
lalu.
Bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan kira-kira RM400
sebulan, Rahmat Mori, 54, memikul tanggungjawab membesar dan
menyekolahkan anak tirinya, Mohd Mawi, 13, dan Siti Nuhaliza Abdullah,
10.
“Saya sudah tiga kali berkahwin, namun jodoh tidak panjang kerana isteri
bosan hidup susah. Malah isteri ketiga yang juga seorang janda lari
meninggalkan dua anaknya untuk saya jaga sejak lima tahun lalu,”
katanya.
Rahmat bagaimanapun bersyukur kerana kedua-dua anak tirinya tidak mengeluh dengan kehidupan serba kekurangan.
Rahmat bagaimanapun bersyukur kerana kedua-dua anak tirinya tidak mengeluh dengan kehidupan serba kekurangan.
“Saya bukan tidak sayang isteri, namun hanya mampu bekerja sebagai tukang rumah dan pendapatan tidak pernah melebihi RM400 sebulan.-HM
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments