Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Oh! Media boleh dikatakan antara media sosial yang amat berpengaruh di Malaysia apabila Facebook mereka sahaja sudah mencecah lebih 1.7 juta likes.
Justeru apa yang dipos di akaun Facebook tersebut dianggap mempunyai pengaruh yang tinggi dan bakal tersebar dalam masa singkat.
Apabila hujung bulan lalu Oh! Media memuatnaik satu gambar kereta yang dihias sepenuhnya dengan aksesori Hello Kitty, rupa-rupanya ia mendatangkan kemarahan kepada pihak tertentu.
Kereta terbabit sebenarnya menyertai satu pertunjukan kereta bertemakan Hello Kitty namun kapsyen yang disertakan bersama gambar di laman Oh! Media dianggap telahmempersendakan pemilik kereta dan penganjur pertunjukan terbabit.


Susulan itu, Timbalan Presiden Malaysian Autoshow, Noor Azharuddin Mohd Haron, 36, telah membuat satu laporan polis untuk memohon tindakan sewajarnya ke atas pihak Oh! Media.
Mungkin hal ini sebenarnya masih boleh dibawa berbincang namun pengajaran daripadanya adalah; berhati-hati apabila berkongsi sesuatu di alam siber kerana kita mungkin mengguris hati pihak tertentu tanpa disengajakan.


SAYA bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.

Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.
SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.
SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.
Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.
PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.
Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.
Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.
Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.
Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.
Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.
HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.
Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.
Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.
Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.
Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.
Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.
Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.
Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.
Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.
Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.
Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.
Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.
Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.
Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.
Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.
Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.
Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.
Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu. Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.
KESIMPULAN
Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.
WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati.
Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.
Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.
Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.
Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.
Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have #se’x with you, I have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.
Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu-ca’h melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.
Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’.

MAJLIS Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.

Menurut sumber dari sebuah blog, Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan.

Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.
Wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.
Penyebaran foto yang diragui keasliannya itu boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak.
Sehubungan itu, Ibrahim berharap masyarakat umum dapat membuat penilaian dengan baik berhubung penyebaran imej pontianak terbabit dan tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut itu.
Imej menyeramkan ni katanya dirakam oleh seorang peniaga di Menara Condong Teluk Intan dengan menggunakan handphone. Menurut sumber, peniaga tu sendiri tak tau gambar yang dirakam tu ada mengandungi gambar pontianaktersebut..
Ia dirakamkan secara tidak sengaja ketika sedang mengemas gerainya selepas tamat waktu perniagaan di ekspo dan karnival jualan sempena sambutan Tahun Baru Cina tengah malam kelmarin.
Wajah ‘gadis’ berpakaian putih yang duduk di bawah Menara Condong Teluk Intan ini mula tersebar meluas melalui telefon bimbit. Berdasarkan imej kabur itu, kelihatan ‘seorang gadis’ yang sedang duduk sambil merenung ke arah sesuatu.
“Saya bertaubat! Saya akui ini memang salah saya. Saya melakukan dosa besar terhadap suami sendiri. Saya insaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu lagi. Saya harap Ikram dapat memaafkan serta terus menerima saya sebagai isterinya.
Pada mulanya saya sang­ka tindakan menggunakan khidmat bomoh untuk mengunci nafsu suami terhadap wanita lain tidak akan memudaratkannya. Namun, ternyata ia perbuatan bodoh yang bukan hanya menyeksa suami, malah mendatangkan kesan terhadap saya juga.
Semuanya dilakukan kerana perasaan cemburu membuta-tuli terhadap Ikram yang kerap terbang ke luar negara selama berhari-hari walaupun me­nyedari itu memang tugasnya.


Saya melakukan perbuatan itu selepas diajak kawan untuk bertemu seorang bomoh selepas dia meyakinkan bahawa tindakan ‘mengikat’ suami mampu menjaga keharmoni­an rumah tangga tangga.



Rakan saya itu sudah menggunakan khidmat bomoh berkenaan untuk ‘mengikat’ suaminya dan saya dapat menyaksikan sendiri suaminya langsung tidak ‘melihat’ wanita lain serta setia kepadanya.

Melihat buktinya itu, saya mengikut dia bertemu bomoh berkenaan di Kuantan ketika Ikram terbang ke luar negara.


Apabila berjumpa bomoh itu, mulanya saya pelik dengan barang yang diminta iaitu seluar dalam yang sudah digunakan suami sebelum menyuruh saya bertemunya semula dengan membawa barang itu.


Selepas beberapa ming­gu, saya dan rakan pergi semula ke rumah bomoh itu dengan membawa seluar dalam Ikram. Upacara mengikat nafsu suami dimulakan dengan mengikat seluar dalam Ikram de­ngan kain kuning. Selepas dijampi, seluar dalam itu ditanam di kubur.


Bomoh itu mengenakan bayaran RM2,000 dan memberitahu kesan terhadap suami akan mula dirasai seminggu selepas itu.


Memang berkesan. Seminggu selepas upacara itu, saya dapat melihat perubahan ketara Ikram yang lebih romantis terhadap saya.


Bagaimanapun, tak lama kemudian saya mula hairan apabila dia mengelak apabila diajak untuk bersama sedangkan sebelum itu dia tidak pernah bersikap dingin terhadap saya. Dalam hati terdetik adakah perubah­an itu ada kaitan dengan tindakan saya mengunci nafsunya.


Apabila dia menceritakan masalahnya, saya rasa amat bersalah lalu menangis. Saya terus mengajaknya mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan Islam kerana tidak lagi mempercayai bomoh berkenaan. Saya berdoa agar masalahnya itu dapat disembuhkan segera.


Saya insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. Saya nasihatkan wanita lain tidak melakukan tindakan bodoh kepada suami mereka seperti yang saya buat. Perbuatan syirik seperti itu lebih banyak mudarat daripada manfaat.


Saya bertaubat dan memohon ampun kerana pernah menyekutukan Allah. Saya harap suami dapat mengampunkan segala dosa yang saya lakukan”

Melaka: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan bogel dan dihurungi semut di belakang rumah penduduk di Taman Terendak Permai, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, pemilik rumah berkenaan, Romil Ahmad, 26, terdengar rengekan bayi ketika ke dapur rumah sebelum membuka pintu untuk melakukan pemeriksaan sebelum menemui bayi malang itu. 
Ketika ditemui, bayi malang yang mempunyai kesan darah kering di badan itu diletakkan di tepi penutup tangki najis dan tiada sebarang nota ditinggalkan bersama. 


Pemilik rumah terus menghubungi polis dan hospital sebelum membawa bayi itu masuk ke rumah dan membersihkannya sementara menunggu kehadiran pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan.


SEPASUKAN askar hutan pahang berjaya menangkap seekor keliwon yang besarnya hampir dua kali ganda sebesar manusia.
Keliwon ini didapati menyerupai manusia dan kelawar dan makanan keliwon ini adalah darah manusia jadi berhati-hati jika anda ternampak bayangan keliwon.
Bagaimanapun kebenarnya peristiwa ini masih menjadi tanda tanya kerana Keliwon susah untuk ditemui oleh manusia.

Menurut kajian, Keliwon adalah Khamis Malam Jumaat. Setiap kali malam jumaat, perkataan malam jumaat keliwon ini sering kali meniti di bibir sesetengah dari kita.


Malam jumaat keliwon ini sering kali dikaitkan sebagai malam yang menyeramkan ataupun keras kerana dipercayai pada malam itu pelbagai jenis syaitan bergentayangan atau berterbangan.

Selain itu juga dikatakan pada malam ini, para pengamal ilmu hitam atau ilmu yang salah akan menamatkan pengajian dan secara tidak langsung menguji ilmu mereka.


TINDAKAN segelintir individu nakal mempermainkan beberapa selebriti cantik berstatus janda dengan mereka-reka dialog lucu sebelum menyebarkan gambar dan dialog itu dalam laman sosial sejak Isnin lalu, mengecewakan aktres jelita, Nora Danish, 31, yang turut menjadi mangsa.
Selain Nora, artis lain yang turut menjadi bahan usikan ialah Erra Fazira, Rita Rudaini dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Usikan itu bermula apabila Erra Fazira disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Isnin lalu.
Nora berkata, individu nakal berkenaan tidak sepatutnya memperlekehkan wanita berstatus janda, seolah-olah membawa konotasi negatif dengan anggapan golongan ini mudah didekati.
Jangan sebab wanita itu janda, masyarakat terus label seseorang itu dengan perkara kurang elok. Kami tidak pernah minta untuk diceraikan. Membawa status janda itu sebenarnya sangat berat.
Saya rasa, untuk wanita yang diceraikan tetapi mempunyai anak, lebih elok dipanggil sebagai ibu tunggal, katanya.


PENYANYI  lelaki popular Anuar Zain memuji Pelakon Jelita Erra Fazira di laman sosial nya, Anuar yang memuat naik gambar Erra di Anugerah Drama Festival KL yang berlangsung malam ini di laman nya dengan menulis Komen di wall gambar tersebut tertera perkataan “Beautiful erra ” Gorgeous ”



Anuar yang sebelum ini pernah di gossipkan dengan Pelakon Nora Danish oleh peminat-peminat nya di sebabkan Nora pernah jadi model untuk Video Klip nya, namun gossip itu berlalu begitu sahaja tanpa ada pegakhiran nya.



Mungkin kah Anuar dah minat dekat Erra dengan memuji pelakon jelita itu , tidak lah dapat kita pastikan atau pun Anuar hanya bergura sahaja, Erra kembali menjadi tumpuan setelah perkahwinan yang kedua berakhir minggu ini, Erra di ceraikan oleh suami nya dengan talak satu, apa-apa pun ini hanya “Gossip ”.


Nak cerita terasa malu sangat, tak cerita rasanya dah tanggung jawap, apa boleh buat kenalah cerita. Sayang anak gadis sekarang sudah tak ada langsung moral ke MELAYUAN dan ke agaman yang dikaitkan dengan ISLAM.

Mengapa ini terjadi? Apakah berpunca ikut-ikutan budaya barat atau kerana tiada didikan displin, kesopanan, agama dan budaya oleh keluarga? Siapa perlu disalahkan? Apakah wajar kita salahakan kepimpinan kita kerana membenarkan budaya barat bermaha raja lela di tv,mediamasa dan internet?. Semua ini kita tidak boleh elakkan jika kita mahu pembangunan. Perubahan era globalisasi, dunia iT sebenarnya untuk kemudahan kita dalam mempercepatkan segala proses kemajuan.






Dunia tanpa sepadan tidak bermakna budaya melayu islam turut dilupakan dan tidak langsung dijadikan landasan kehidupan. Apabila budaya seks bebas sosial yg keterlaluan menjadi asas kehidupan harian setiap manusia, bermakna kemunduran akan terjadi. Perubahan kehidupan hari ini perlu dipilih di mana sempadannya, tak bermakna kita melanggar perundangan hidup dan perundangan anutan. Sekalipun agama lain kita anggap kafir, dan islam agama yang sebenarnya, kita pasti setiap penganut agama ada mempunyai asas kebaikan, memperbetulkan setiap perjalanan manusia ke arah kesempurnaan ahklak.




Kita lihat setiap photo yang saya upload ini...Adakah ia menonjolkan budaya melayu dan islam? Berkucupan sesama jenis dengan memakai tudung kononnya menutup aurat... Tapi sebaliknya melakukan perkara terkutuk.Sewajarnya kita malu dengan sikap memperggunakan imaj islam tetapi melakukan perkara yang memalukan seperti ini:


Sebab itu ramai anak gadis sekarang rosak, tiada dara, melahrikan anak luar nikah dan tidak hairanlah ada yang menjadi perempuan simpanan. Purata dalam kajian terdapat 30% anak gadis melayu yang masih bersekolah lingkungan usia 16-18 tahun sudah sanggup menjual tubuh menjadi call girl, perempuan simpan dan mejadi pelacur vip. Dengan bayaran mahal anggaran RM500 ke RM1000, mereka yang masih mudah seperti timun muda ini menjadi santapan Vip yang kebanyakannya berusia 45 - 55 tahun dan mereka ini selayaknya di panggil ayah dan sewajibnya menjadi pembimbing, serta pelindung para remaja gadis ini. Sayangnya mereka ini seronok meratah tubuh gebu anak2 gadis yang sebaya anak2 mereka. Tidak langsung merasa malu dengan usianya yang layak dipanggil ayah.

Melihat pakaian dan tubuh gebu seperti ini hati laki mana yang tak geram bernafsu. Gadis2 ini tanpa segan silu mengambil photo separuh bogel dan upload ke face book.Apa tujuannya? Mengapa perkara seperti ini perlu dilakukan?

Saya pernah berkawan dengan mereka ini dan bertanyakan mengapa mereka sanggup melakukan perkara seperti ini, jawapannya :- kebanyakan mereka ini adalah gadis yang sudah rosak berpunca dari sikap terburu-buru semasa bercinta dengan sanggup melakukan seks dengan pasangan, akhirnya ditinggalkan. Ada juga yang terpengaruh dengan kawan seasrama lesbian.




Tanda pada payudara gadis ini berbentuk seperti kebiasaannya terletak ditanda di tandas lelaki berwarna biru bermaksud sesiapa juga boleh menerima layanan darinya.Dikatakan bayaran untuk seks antara RM200 ke RM 500.

Jelasnya pada hari ini hampir 85% gadis melayu tiada dara dan rosak, daripada 85% itu 60% nya adalah kalangan mereka yang berpakaian bertudung. Bukan bermakna kita ingin merendahkan atau menghina budaya menutup aurat bertudung, kita mengharapkan supaya budaya bertudung ini bukanlah disalah gunakan untuk menutup kesilapan diri, sebaliknya ia dijadikan satu alat untuk menghindari daripada terjerumus budaya ahklak rosak terutama agar tidak terjebak kancah maksiat...

Saya katakan jangan memakai tudung untuk menutup keburukan diri, kononnya bermaruah, sebaliknya dalam diam mereka ini sangat mudah untuk melindung diri diketahui perkara sebenar yg mereka lakukan.















Berbagai ragam para ibu-ibu menyusukan bayi mereka  dengan susu badan, walaupun sesibuk mana pun mereka, mereka tetap menunaikan tanggung jawab mereka sebagai ibu dan memberi apa yang terbaik untuk bayi mereka.

Saksikan 4 gambar bagaimana para ibu-ibu menyusukan bayi mereka walaupun mereka tengah melakukan berbagai aktiviti harian mereka.
Tidak di nafikan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi yang baru lahir atau untuk bayi yang tengah membesar antara kebaikan susu ibu untuk bayi adalah memberi sumber imunisasi untuk bayi, mengurangkan masalah elergi dan masalah sistem penghadaman, menabah zat-zat serta sumber nutrisi bayi.

Itu lah antara sebab mengapa sesetengah ibu sanggup menyusukan bayi-bayi mereka walaupun sesibuk mana pun mereka, untuk para ibu-ibu yang berbuat demikian, Tahniah anda ibu terbaik tetapi pastikan aspek keselamatan dititik beratkan untuk bayi dan ibu nya.








Bandar Centralia terletak di Pennsylvania, Amerika Syarikat ini merupakan kawasan perlombongan arang batu.  Ia ditinggalkan penduduknya kerana lombong arang batu terbakar sejak tahun 1962 hingga kini, dan mengeluarkan karbon dioksida. aviasovet.ru




Musibah ini bermula pada Mei 1962 apabila pekerja membersihkan tempat pembuangan sampah bandar yang terletak di lombong lama. Mereka membakar sampah dan selepas itu memadamkannya, namun api di bahagian terbawah sampah masih menyala dan masuk ke lubang lombong. americanghosttowns.ru




Runtuhan bangunan di Centralia. Pada awal tahun 1960-an bandar ini dihuni oleh kira-kira 5000 penduduk, setelah terbakar selama lebih dari 50 tahun bandar ini ini hanya dihuni oleh 4 orang. Centralia sering disebut sebagai Bandar Hantu dan termasuk bandar yang paling menyeramkan di dunia. placepic.ru




Gereja di Centralia. Penduduk mula meninggalkan bandar ini setelah mengetahui bahawa tanah di bawah bandar mulai panas. Tahun 1979, seorang pemilik stesen minyak merasakan tingginya suhu petrol dalam tangki bawah tanah, dia kemudian mengukur dengan termometer, dan mendapati bahawa suhu mencapai 77.8 darjah Celsius. en.fbii.org




Jalan-jalan di Centralia yang retak dan mengeluarkan asap. Pada tahun 1981, seorang kanak-kanak nyaris masuk ke dalam tanah yang merekah menjadi lubang selebar satu meter dan dalam 45 meter, namun saudaranya masih sempat memegang tangannya sebelum dia jatuh ke dalam lubang. americanghosttowns.ru

Kereta api lombong di Centralia. Dewan bandar memindahkan penduduk pada tahun 1984. Hingga kini api masih menyala di bawah tanah Centralia, dan deposit arang batu cukup untuk menyalakan api hingga 250 tahun. en.fbii.org

Sumber: tempo.co


Seorang lelaki ditembak mati ketika menyerang anggota polis di Jalan Airport Kerteh, Kemaman, Terengganu petang semalam.
Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Along Kemasek cuba diberkas empat anggota polis selepas menerima maklumat bahawa suspek terlibat dengan kes samun kedai serbanika dan stesen minyak sekitar kawasan Kerteh.
Bagaimanapun semasa hendak membuat tangkapan, suspek telah menyerang salah seorang anggota polis menggunakan parang sepanjang 3 kaki.
Ketika hendak menghayun parang ke arah anggota polis yang terjatuh, anggota lain terpaksa melepaskan tembakan. Salah satunya mengenai perut suspek yang turut membawa bersamanya sebilah pisau lain di pinggang.
Berdasarkan rekod, suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau


Heboh di internet mengenai kisah Lelaki berdua Sejoli yang dengan bangga nya menunjukan mereka ini ber couple , gambar ini di ambil di Cameron Highland , dengan aksi hot gambar mereka berposing  , kini gambar tersebut tersebar di internet .

Perkara ini sebenarnya bukan lah baru mengenai kisah kehidupan oarang-orang yang jenis macam ni  , namun pada mereka-mereka yang bersifat macam ni tak perlu lah nak upload gambar mereka yang konon nya menunjukan kan mereka sedang bercouple. 

Bukan orang respect pun malahan di umpat keji ada lah , diharap mereka sedar perbuatan terkutuk mereka , tak perlu lah nak menunjuk-nunjuk , gambar ni Abee dah edit nak real leh ler search di internet .


PADANG BESAR - Seorang pelajar lelaki tingkatan empat ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes meliwat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun beberapa kali sejak akhir tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, perintah tahanan itu bermula kelmarin (Jumaat) dikeluarkan Mahkamah Majistret di Kangar.

Dalam kejadian terakhir berlaku pada awal Februari lalu, suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa telah membawanya ke sebuah rumah kosong di Kampung Lembah Biak, di sini sebelum meliwat mangsa dan merakam aksi berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.

Difahamkan remaja berkenaan juga menjadikan rakaman berkenaan sebagai ugutan bagi mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.



NEW YORK: Kira-kira 450 pengguna WhatsApp di seluruh dunia tidak dapat mengakses perkhidmatan pesanan telefon bimbit itu untuk beberapa jam, tiga hari selepas Facebook mengumumkan ia menawarkan AS$19 bilion untuk membelinya. 


“Maaf, kami menghadapi masalah pelayan. Kami harap dapat kembali tidak lama lagi," menurut WhatsApp dalam mesej di Twitter pagi tadi. 


Sebilangan pengguna WhatsApp tidak boleh menggunakan aplikasi itu manakala sebilangan lagi mendapati mesej mereka tidak dihantar. 


WhatsApp tidak menyatakan selama mana gangguan itu akan berterusan tetapi kira-kira dua setengah jam kemudian ia menyatakan di Twitter: “Perkhidmatan WhatsApp sudah dipulihkan. Kami memohon maaf atas gangguan itu." 


Laman gajet techcrunch.com menyatakan masalah itu mungkin berpunca daripada "peningkatan melampau pendaftaran sehingga menggagalkan pelayan" berikutan publisiti meluas aplikasi itu susulan pengumuman Facebook, Rabu lalu. - AFP