Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Kalau dahulu kecoh dengan bajunya yang seolah-olah berkemban satu majlis anugerah kali ini beliau beraksi panas lagi!
Dalam akaun Instagram beliau, beberapa pose menarik menggayakan pelbagai baju telah dimuat naik oleh beliau sendiri.

Salah satu daripadanya memang seksi, bak kata mat saleh, 'bareback dress' yang sering dipakai oleh bintang-bintang Hollywood ketika di karpet merah.




Baju yang menampakkan keseluruhan bahagian belakang itu digayakan sambil meniarap dan memang seksi bangat! Wow!




Sudah diakui beliau ketika dikecam dengan pemakaian sedemikian, dia nak pakai apa-apa pun, dia punya pasal, orang lain kalau tak suka tak payah tengok.
Hubungan Kim Dan Kanye West Jadi Persoalan

LOS ANGELES – Penyanyi, Kanye West dan tunangnya, Kim Kardashian bertindak memfailkan saman ke atas pengasas laman web perkongsian video, YouTube selepas rakaman West melamar tunangnya itu didedahkan di laman web tersebut.

Saman tersebut yang difailkan semalam mendakwa Chad Hurley melanggar perjanjian rahsia apabila dia memuat naik rakaman majlis lamaran tersebut di laman web baharunya, MixBit.

Rakaman video selama dua setengah minit itu memaparkan West melamar Kardashian di AT&T Park di San Francisco.

Dokumen saman yang difailkan menyatakan West menandatangani kontrak dengan penerbit itu bagi merakam majlis tersebut untuk ditayangkan dalam rancangan realiti televisyen, Keeping Up With the Kardashians.

West dan Kardashian tidak menyatakan jumlah tuntutan saman terhadap Hurley dan syarikatnya, Avos Systems Inc dalam dokumen tersebut.

neyo

LOS ANGELES – Penyanyi R&B, Ne-Yo dilaporkan meninggalkan sebuah restoran tanpa membayar bil makanan dan minumannya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Let Me Love You itu dilaporkan makan bersama pengurusnya, Jayvon Smith dan 10 lagi rakannya di restoran Negril, New York awal bulan ini, tetapi tidak membayar bil makanan sejumlah AS$500 (RM1,591).

Menurut satu sumber kepada New York Daily News, Ne-Yo bersama rakan-rakannya memesan banyak makanan dengan penyanyi itu tidak henti-henti mengarahkan rakannya untuk menambah pesanan.

Namun, ketika sesi makan berakhir, dia dan rakan-rakannya tidak dapat memutuskan siapa yang perlu membayar bil makanan tersebut.

Menurut saksi, ketika pelayan menyerahkan bil kepada Ne-Yo, dia kemudiannya menyerahkan bil itu kepada Smith dan pengurusnya itu pula menyerahkan kepada rakannya yang lain yang lain sehinggalah bil itu kembali kepadanya semula.

Penyanyi berusia 31 tahun itu kemudiannya meninggalkan restoran itu bersama pengurusnya, diikuti rakan-rakannya, menyebabkan pelayan itu terkejut.
Pengurus restoran kemudiannya mengejar mereka sehingga ke luar, tetapi mereka masih enggan membayarnya.

Meskipun seorang daripada mereka berjanji untuk membayarnya esok, tetapi sehingga kini pihak restoran masih belum menerima sebarang bayaran. – AGENSI

Gantung Diri Kerana Disisih Di Sekolah

Nampaknya remaja Barat mempunyai ancaman baru yang boleh membawa kematian iaitu kes buli di sekolah dan di laman sosial.

Kes remaja membunuh diri disebabkan hal ini semakin meningkat dengan kes terbaru melibatkan seorang pelajar perempuan, Izzy Dix, 14.

Izzy ditemui mati menggantung diri dalam bilik tidur di kediaman mereka di Devon, England oleh ibunya, Gabbi, bulan lepas.

Tidak lama sebelum mengambil keputusan menamatkan riwayat sendiri, Izzy telah menulis sebuah puisi berjudul I Give Up yang membayangkan dia tertekan kerana dibuli secara emosi oleh rakan-rakan di sekolah.
Dia tertekan kerana tiada siapa mahu berkawan dengannya dan diejek dengan panggilan ‘pelik’, ‘hodoh’ dan ‘tak ada siapa nak’.

Kematian Izzy mengejutkan Gabby memandangkan Izzy merupakan pelajar pintar dan menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di Universiti Oxford satu hari nanti.

Dia menyalahkan pihak sekolah, Brixham College, kerana tidak mengambil berat tentang aduan yang dibuatnya beberapa bulan sebelum kematian Izzy berkenaan isu diejek dan disisihkan kerana dapat melihat perkara berkenaan mempengaruhi emosi anaknya.

Gabby juga melahirkan rasa geram apabila melihat ada rakan sekolah anaknya yang menjadi punca kejadian turut hadir dan memeluk dirinya ketika majlis memperingati Izzy diadakan.
Sebagai ibu tunggal yang hanya ada Izzy bagi menemani hidup, peristiwa yang berlaku meninggalkan impak besar kepada Gabby jadi sukar untuk dia memaafkan ‘pembunuh’ anaknya.

Disebabkan insiden ini Gabby tidak lagi pulang ke rumah sejak hari dia menemui Izzy tergantung dalam keadaan tidak bernyawa.

article-2483851-18F6B90A00000578-871_636x400

PIC FROM CATERS - (PICTURED: IZZY DIX with MUM GABBI) -

Gantung Diri Kerana Disisih Di Sekolah



BEIJING – Satu letupan berlaku di sebuah kilang bunga api di wilayah autonomi Guangxi Zhuang di selatan China mengakibatkan 11 orang maut dan mencederakan 17 yang lain, lapor agensi berita Xinhua.

Letupan itu berlaku 4 petang semalam di kawasan perbandaran Sanbao, bandaraya Cenxi, kira-kira 2,000 kilometer di barat daya Beijing.

Polis menahan pengurus dan wakil guaman kilang terbabit, Xinhua memetik pihak berkuasa sebagai berkata pada Sabtu.

Ia dilaporkan bahawa 11 mangsa mati selepas menerima rawatan kecemasan manakala 17 lagi masih dirawat di hospital.


Maya Karin artis jelita penuh sensasi. Pasti ramai yang merasakan dirinya beruntung apabila bergambar dengan beliau, apatah lagi dipeluk dan dibelai.
Tak terkecuali dengan 'adik' dalam gambar di bawah ini, seronok disusukan oleh Maya Karin.

Hehehehe...apa yang kami pasti, Maya Karin memang gorgeous, sumbangan beliau dalam bidang seni memang hebat, jadi Maya juga menyumbangkan tenaganya dalam lapangan kebajikan.




Melalui akaun Instagram beliau, Nora Danish telah mengambil gambar pembantu rumahnya. Kedua-duanya pada ketika itu sedang berada di dapur. Dan Nora seperti mengambil candid bersahaja wajah kedua-dua mereka. Wow! Boleh tahan juga pembantu rumah Nora Danish ni. Ramai-ramai peminat beliau memuji 'bibik-bibik' Nora Danish ni. Heh...kalau Nora ada kat tengah-tengah tu, konfius juga jadinya nanti!


Bayi 'Serigala' Dilahirkan Penuh Bulu

Seorang bayi perempuan di Madhavnagar, Sentral India, dilahirkan penuh bulu dari hujung rambut sampai hujung kaki setelah mewarisi gen ‘serigala’ daripada susur galur keturunannya.

Ia sebenarnya satu kecacatan genetik namun dikenali sebagai ‘Sindrom Serigala’ dalam dunia perubatan, di mana bulu akan tumbuh dengan lebatnya di seluruh badan tanpa dapat dikawal.

Begitu pun Savita Sambhaji Raut, 26, ibu kepada bayi tersebut menyatakan dia tetap menyayangi darah dagingnya itu sepenuh hati.

Mengakui risau dengan masa depan anaknya, Savita bagaimanapun reda kerana percaya dia telah dipilih Tuhan untuk melalui keadaan tersebut.
Bayi Savita, sebenarnya cuma satu daripada beratus lagi kes Sindrom Serigala yang dilaporkan.

Sesetengah pengidap mula ditumbuhi bulu sejak dilahirkan manakala sebahagiannya ketika menginjak dewasa. Bulu-bulu yang tumbuh pula melibatkan seluruh badan dan ada juga kes, di bahagian tertentu sahaja.

Malang bagi pengidap Sindrom Serigala, tidak ada penawar buat masa ini bagi mengubatinya jadi mereka perlu meneruskan hidup dalam keadaan berbulu lebat berbanding manusia biasa

article-2483606-191FF95900000578-431_634x405
article-2483606-191FF97F00000578-691_634x437
article-2483606-191FF94600000578-328_634x372
Sumber: Dailymail

China

China – Seorang budak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas terjun daripada tingkat 30 bangunan rumahnya, hanya kerana disuruh oleh gurunya.

Ia sebagai hukuman kerana budak itu, Jun Jun gagal menulis karangan meminta maaf yang dikenakan ke atasnya sebagai hukuman disebabkan dia bercakap di dalam kelas.

Mayatnya ditemui di atas bumbung kereta yang diletakkan di bawah apartment terbabit.
Tindakan tersebut amat mengejutkan ibu bapanya, apatah lagi Jun Jun adalah anak tunggal mereka.

ibu bapa

Susulan itu, ibu bapanya telah melancarkan kempen agar guru terbabit dikenali sebagai Miss Chen dipecat.

Satu banner juga digantung di luar sekolah dengan tulisan `Guru telah memaksa anak kita terjun dari bangunan’.

Menurut jiran mangsa, Miss Chen telah mengarahkan Jun Jun menulis 1,000 perkataan memohon maaf.

Selepas gagal melakukannya, Jun Jun akhirnya memutuskan untuk terjun dari bangunan itu.

Turut ditemui dalam buku Jun Jun adalah sekeping sekeping nota “Cikgu, saya tidak dapat melakukannya. Saya berasa takut setiap kali saya cuba terjun dari bangunan’.

Dalam pada itu, polis sedang menjalankan siasatan, namun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut.

Sementara itu, seorang pelajar sekolah yang sama telah mengesahkan dalam laman web Sina Weibo, bahawa Jun Jun dan beberapa rakan sekelasnya diarahkan menulis mengenai perangai mereka selepas didapati mengganggu pertandingan pidato.

gambar hiasan

Nairobi – Menjijikkan. Kerana ingin cantik, seorang wanita tidak menyedari bahawa rambut palsu yang disambung ke kepalanya itu adalah rambut yang diambil daripada orang yang sudah mati.

Lebih geli, rambut palsu itu mengandungi telur ulat.

Perkara itu terbongkar selepas wanita itu, Irene Myangoh yang juga seorang pembantu peribadi di sebuah firma guaman,mengalami sakit kepala yang melampau selepas menjalani rawatan menyambung rambut.

Meskipun beberapa kali mengambil ubat penahan sakit, namun ia gagal menyekat kesakitan berkenaan.

Malah ujian darah dan otak yang dijalaninya juga gagal mengesan puncanya.
Hanya selepas dia menjalani ujian kulit kepala, barulah Myangoh mengetahui punca kesakitan berkenaan.

Rupa-rupanya ulat itu sedang membiak dan makan kulit kepalanya.

Dalam pada itu,pengurus salon yang terlibat dalam menyambung rambut Myangoh berkata, dia amat terkejut selepas mengetahui mengenai kejadian yang menimpa Myangoh itu.

Jelasnya, dia telah menjual 150 keping rambut palsu yang diimportnya daripada pembekal di Britain, Amerika Syarikat dan India dalam masa kurang dua bulan.
“Saya akan mendapatkan maklumat daripada pembekal saya itu.

“Saya amat terkejut apabila mendengar kejadian yang menimpa Myangoh kerana ini baru kali pertama saya berdepan dengan situasi seperti ini,’’ katanya.
Jelasnya, pembekal rambut tersebut mungkin telah menghantar rambut yang telah ditolak oleh kilang.

Pembekal terbabit juga bersetuju membayar pampasan kepada Myangoh.
Dalam pada itu, pakar bedah di hospital Nairobi, Dr. CK Musau berkata, beliau telah berdepan dengan 10 kes melibatkan kejadian sama, dalam masa enam bulan.

“Amat mengejutkan bagaimana budaya barat telah meresap dan mempengaruhi golongan muda di Kenya. Mereka sepatutnya menghargai rambut semulajadi mereka,’’ katanya.


China – Dalam usaha membendung pengguna kenderaan memandu dengan laju, polis di wilayah Zhejiang telah menggunakan satu taktik untuk menakutkan pemandu, iaitu dengan meletakkan kereta polis yang diperbuat daripada kayu.

`Kereta polis’ itu juga mempunyai lampu solar di atasnya, bagi memberikan kesan khas kepada pemandu.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada taktik ini berjaya atau tidak dalam usaha polis terbabit untuk membendung pemandu memandu dengan laju.

Namun tidak semua yang menyokong langkah ini, termasuk Institut Pemanduan Lanjutan yang menyifatkan ia sebagai membazir.

“Ia hanya membazirkan masa dan orang ramai akan mengetahui bahawa kereta itu adalah palsu, sekali gus menjadi bahan lawak.

“Justeru ia tidak akan memberikan kesan,’’ kata jurucakapnya.
Malah, kereta palsu itu juga boleh mengganggu tumpuan pemandu jika ia diletakkan di tempat yang salah dan menyebabkan masalah lain pula.



Robyn Twomey ialah seorang jurugamar yang berasal dari Amerika Syarikat dan beliau mengambil siri gambar Playboy Playmate yang sudah tua. Apakah terjadi kepada gadis Playboy selepas mereka menjadi gadis muka tengah majalah yang sinonim dengan seksualiti ini? Kita sedia maklum Pamela Anderson kini sudah haggard. 

Jenny McCarthy sudah tidak relevan dan muncul untuk kali ke 4 dalam Playboy pada usia  40 tahun. Anna Nicole Smith pula mengahwini seorang jutawan tua sebelum mati kerana overdose. Tidak semua kehidupan bekas Playmate indah belaka. Siri gambar di bawah di ambil oleh Twomey untuk melihat kehidupan playmate selepas mereka tidak lagi diingati. Kinda sad really. 



Laporan asal Robyn Twomey

BOGOTA, Colombia - Seorang penerjun profesional, Jhonathan Florez terjun dari sebuah helikopter dengan menggunakan sut terbang di sini kelmarin.

Dia terjun bersama seorang jurukamera dari helikopter tersebut pada ketinggian lebih 4,000 meter.

Florez terbang mencapai kelajuan lebih 160 kilometer sejam ketika meluncur di udara di kawasan yang pergunungan Monserrate.

"Ada ketikanya, saya terfikir betapa cantiknya kawasan pergunungan itu," katanya yang merupakan warga Colombia.

Sut terbang khas itu telah diperkenalkan untuk sukan terjun dari udara sejak tahun 1990-an.

Mereka yang memakai sut tersebut akan kelihatan seolah-olah mempunyai sayap semasa meluncur di udara sebelum mendarat dengan menggunakan payung terjun. 

Sejumlah orang menyaksikan aksi Florez dan rakannya itu dalam satu demonstrasi terjun dengan menggunakan sut tersebut.

Florez pernah memenangi Kejohanan Dunia Sut Terbang di China pada bulan lalu. - Agensi


SANAA - Seramai 2,000 orang pengantin lelaki membawa sebilah pedang tetapi tidak isteri mereka dalam majlis perkahwinan besar-besaran yang diadakan di sebuah dewan di sini kelmarin.

Majlis perkahwinan dengan penuh adat tradisional Yemen itu dianjurkan Yayasan Pembangunan Anak Yatim dengan mendapat bantuan kewangan daripada bekas Amir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Thani.

Yayasan itu bertujuan membantu pasangan muda yang mengalami masalah kewangan akibat kos hidup tinggi untuk melangsungkan perkahwinan.

Pengantin-pengantin lelaki yang memakai pakaian tradisional itu akan berjumpa dengan pasangan mereka selepas majlis tersebut berlangsung.

Beberapa lelaki turut menari dalam majlis tersebut. 

Majlis perkahwinan itu dijangka disenaraikan dalam buku Guinness World Records bagi kategori perkahwinan melibatkan bilangan pengantin lelaki paling ramai. - Agensi

JIKA sebelum ini pelakon Hanez Suraya tidak kisah berkongsi cerita perihal kekasih ketika masih bercinta dengan penyanyi Awi Rafael. Bagaimanapun, setelah putus dengan penyanyi lagu Kalau Aku Kaya itu, Hanez, 28, kini lebih selesa mengunci mulut apabila disoal tentang kehadiran lelaki dalam hidupnya.

Biarpun mengambil tindakan sedemikian, kisah cintanya tetap dicungkil orang. Beberapa bulan lalu, beberapa keping foto intim Hanez dengan seorang lelaki dimuat naik di sebuah blog.

Akibat daripada penyebaran gambar tersebut, pelakon yang kini sedang popular menerusi drama Love You, Mr. Arrogant di TV3 itu dikecam umum terutamanya peminat Awi Rafael.
Pelbagai kata negatif dihamburkan kepada Hanez.

Lantaran itu, Hanez berasa sedih dan terkilan. Malah, dia enggan langsung berkongsi waima sedikitpun tentang seorang lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya.

Kosmo!: Khabarnya anda kini sudah mempunyai kekasih baharu? Siapakah lelaki tersebut?
HANEZ: Kalau boleh, saya enggan lagi berkongsi mengenai perihal kekasih kepada umum. Bila sudah disahkan akan berkahwin baru saya beritahu. 

Kenapakah anda mengambil tindakan untuk berdiam diri dalam percintaan kali ini?
Saya takut kalau tidak jadi. Saya takut dihentam lagi

Apakah yang dimaksudkan Hanez itu (takut dihentam lagi)?

Ketika tersebar gambar saya dengan seorang lelaki dalam keadaan intim di sebuah pantai itu, ramai yang kecam terutama peminat Awi Rafael. Mereka cakap lelaki tersebut punca hubungan saya dan Awi putus. Saya dihentam di laman sosial seperti Instagram, Twitter dan blog.

Sebelum ini lagi saya sudah katakan yang lelaki tersebut bukan teman lelaki saya. Memang dia cuba untuk mengenali saya dengan lebih rapat tetapi saya cuma anggap dia kawan sahaja. Kalau boleh saya mahukan lelaki yang faham kerja saya. Tetapi dia bukan seperti itu. Walaupun hubungan kami masih belum sah sebagai kekasih tetapi dia berani ambil tindakan memuat naik gambar dia bersama saya di Instagramnya. Akibatnya, blogger yang tidak bertauliah telah menyebarkan gambar tersebut. Selepas penyebaran gambar tersebut, saya dikecam teruk oleh peminat-peminat Awi Rafael.


Apakah perasaan Hanez apabila dikecam teruk oleh peminat Awi Rafael?

Saya sedih sebab mereka tidak faham. Masa saya dan Awi bersama, peminat-peminat Awi menjadi peminat saya. Kami sentiasa berkumpul buat majlis bersama. Tetapi bila putus, kami bawa haluan masing-masing malah, bila saya dikaitkan dengan lelaki mereka menuduh saya tinggalkan Awi disebabkan lelaki tersebut. 

Kalau ada kekasih memang saya akan menyayangi kekasih saya itu. Sebabnya, saya mengharapkan hubungan kami ke jenjang pelamin. Disebabkan itu, bila hubungan saya bersama Awi tidak menjadi, saya berasa sangat kecewa.
Beralih pada soalan lain, apakah perkembangan terbaharu anda dalam bidang seni?

Sekarang saya tengah mengacarakan sebuah program sukan di RTM bertajuk Cool. Program tersebut memaparkan sukan-sukan yang lasak dan juga sukan yang mungkin semakin dilupakan seperti permainan skateboard.

Adakah anda seorang yang lasak?

Saya akui bukan seorang yang lasak tetapi ada beberapa sukan yang saya cuba ketika melakukan penggambaran program Cool seperti menyelam.

Bagaimanakah penerimaan peminat menerusi watak antagonis yang dilakonkan anda dalam drama hangat yang sedang ditayangkan di TV3 iaitu Love You, Mr. Arrogant?

Ramai yang membenci sangat watak Sherry itu. Sehinggakan, saya ada terima tweet daripada orang yang mahu baling kasut ke arah saya kerana kesan daripada watak dalam drama tersebut.

Kosmo
Highland Tower

KISAH runtuhan Highland Tower barangkali adalah kisah baharu bagi golongan muda yang lahir sekitar awal 1990-an.

Namun, bagi mereka yang pernah mengikuti perkembangan kes runtuhan yang berlaku pada 11 Disember 1993 sehingga mengorbankan 43 nyawa, pasti tahu banyak kisah yang terdengar selepas kejadian yang meninggalkan sejarah buat negara itu.

Kini, lokasi runtuhan sering dijadikan subjek buat pemburu entiti paranormal, begitu juga dengan penggiat seni yang mahu mencari kelainan dalam fi lem terbitan mereka.
Oleh kerana itu barangkali ada penonton yang sudah boleh mengagak tahap keseraman yang akan dialami sebaik menonton filem itu.

Namun, berbeza dengan karya terbaru dari Pierre Andre ini, filem yang menggunakan judul sama dengan nama kondominium itu memberi satu momentum baharu buat penggemar filem seram kerana ia bukanlah filem hantu tipikal yang biasa kita lihat dalam filem seram.

Apatah lagi filem ini melalui penggambaran dalam konsep found footage (sebahagian rakaman filem yang dijumpai atau dalam bentuk rakaman video) membuatkan jalan cerita terasa lebih real meskipun melalui proses suntingan seperti filem biasa.

Meskipun masih menerapkan unsur jeritan dan larian, namun segala tindak tanduk itu kena dengan situasi dan lebih penting ke semua peranan iaitu Mikael Andre, Nizam Zaidi, Eddy Rauf, Shima Anuar, Atikah Suhaimi dan Adibah Yunus; yang membawa nama sama dalam
filem ini tidak nampak terlalu 'terbuat-buat'.

Secara ringkasnya filem ini mengisahkan Mika (Mikael) dan Nizam mempunyai idea untuk membuat dokumentari pendek di sebuah tempat seram, di mana mereka akan membuat liputan di sebuah bangunan yang bernama Highland Tower.

Dengan bantuan pihak produksi daripada MiG, Mika dan Nizam berjaya mendapat dana daripada pihak produksi tersebut kerana mereka berminat dengan idea yang dibentangkan oleh mereka dan turut menambah krew bagi membantu melancarkan penggambaran iaitu Shima Anuar, Atikah, Adibah, Eddy dan Kamal.

Namun, sebaik penggambaran bermula pada waktu tengah malam, pelbagai peristiwa pelik mula berlaku sehingga Atikah dan Shima di rasuk!

Kekuatan sinematografi
Bagi penulis perkara utama yang menjadi titik penting dalam sesebuah filem seram adalah kisah dan lokasinya.

Tanpa melibatkan makhluk dengan rupa yang menakutkan, filem yang berbentuk seakan dokumentari ini telah memberikan satu perasaan aneh pada penonton hanya dengan melihat sinematografi atau lokasi Highland Tower itu sendiri.

Dengan suasana sunyi, bangunan usang dan semak samun, ia sudah cukup memberi satu debaran yang tersendiri buat penonton.

Apatah lagi, Pierre bijak memancing perhatian penonton dengan meletakkan sedikit babak seram pada permulaan jalan cerita sebelum membawa penonton 'menjelajahi' Highland Tower.

Lakonan mantap! 

Meskipun mempertaruhkan muka-muka baru dalam filem ini, bagi penulis lakonan mereka tidak wajar dipandang enteng terutamanya Eddy, Mikael dan Nizam.

Malahan kali ini, Eddy dan Mikael dilihat lebih berjaya mengemudi watak masing-masing dan Eddy kerap menimbulkan rasa lucu kerana sikapnya yang begitu takut sehingga beberapa kali mengajak rakannya untuk pulang.

Justeru, bagi pembaca yang masih belum menonton Highland Tower, penulis sarankan untuk menonton filem ini kerana ia lain dari lain dan anda akan saksikan sendiri keseramannya.
Altimet

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan penulis lirik Altimet menafikan lirik lagu ciptaannya berjudul Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael menyentuh dan mempersendakan mana-mana pihak termasuk kerajaan.

Altimet atau nama sebenar Ahmad Abdul Rahman, 35, berkata, lirik lagu tersebut dicipta pada awal tahun lalu sebelum pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Oktober lepas.

"Saya tidak pernah memikirkan untuk mempersendakan mana-mana pihak ketika menulis lagu ini. Ia adalah sepenuhnya berkaitan apa yang rakyat mahukan jika mereka menjadi kaya.

"Cuma lagu ini secara kebetulan hit ketika pembentangan bajet 2014 dilakukan," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran muzik video lagu itu di Kelab Petroleum Malaysia, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, Jumaat.

Altimet berkata demikian bagi mengulas dakwaan segelintir pihak yang menganggap lirik lagu tersebut ada menyentuh tentang beberapa perkara mengenai Bajet 2014 yang dibentangkan seperti menyentuh tentang subsidi gula.

Awi Rafael

Tambahnya, dalam mencari idea menulis lagu ini, dia terpaksa membuat tinjauan terhadap lebih 40 orang daripada pelbagai peringkat usia bagi mengetahui impian mereka jika berpeluang menjadi jutawan.

"Ketika menulis lagu ini saya banyak bertanya kepada orang ramai tentang impian mereka.
"Apa yang saya tulis bukan rekaan saya sahaja tetapi suara segelintir rakyat di negara ini," katanya.

Sementara itu, Awi mengakui penerimaan masyarakat terhadap lagu tersebut sangat menggalakkan termasuk golongan kanak-kanak.

"Ia sebuah lagu yang memberi inspirasi dan mudah didengar. Saya lihat ramai kanak-kanak yang sudah menghafal dan menjadikan lagu ini sebagai siulan.
"Saya berterima kasih kepada Altimet kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya menyanyikan lagu ini," katanya.

Dalam pada itu, muzik video alau Aku Kaya turut berkisarkan tentang persepsi pandangan seseorang tentang nilai harga dan kekayaan.

Penggambaran muzik video arahan Ravi ini dilakukan di Gerik, Perak dengan menggunakan beberapa kenderaan antik.
Alif Satar

PETALING JAYA: Penyanyi Alif Satar ada meminta pandangan dan nasihat daripada penyanyi Tomok dalam usahanya untuk mengahwini kekasih yang enam tahun lebih tua daripadanya iaitu Shadila, 29.

Alif, 23, berkata, dia sudah bersedia untuk bergelar suami dan seterusnya berada dalam dunia rumah tangga yang lebih mencabar walaupun usianya masih muda.

"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar dan diizinkan tahun depan saya akan mendirikan rumah tangga.

"Saya ada bertanya dan minta nasihat daripada Tomok tentang kehidupan selepas berkahwin pada usia muda terutamanya dengan isteri yang lebih berusia kerana Tomok telah melalui pengalaman berkahwin dengan wanita yang lima tahun lebih tua," katanya kepada mStar Online.

Tambah Alif, keluarganya turut merestui untuk dia menamatkan zaman bujang pada usia muda.

Tomok

Biarpun enam tahun perbezaan usia, Alif menganggap ia bukan satu masalah dan halangan dalam mencapai persefahaman.

“Saya tidak merasakan perbezaan usia tersebut. Jarak usia bukanlah penghalang dalam sesuatu hubungan tetapi persefahaman itu yang penting untuk memastikan hubungan cinta akan kekal,” katanya

Sementara itu, bercakap soal kerjaya, Alif yang mengendalikan program realiti kanak-kanak Idola Kecil 6 ini mengakui bidang pengacaraan menjadi pilihan keduanya selepas nyanyian.
"Saya sudah lima musim mengendalikan rancangan ini dan Alhamdulillah saya semakin selesa dengan bidang pengacaraan.

"Selain program kanak-kanak ini, saya juga akan muncul dalam program travelog iaitu 24 Jam Bersama Alif Satar yang bakal disiarkan pada Januari depan," katanya.

Dalam pada itu, dia turut akan melancarkan album terbaharu berjudul Definisi pada 20 November ini.