Nampaknya remaja Barat mempunyai ancaman baru yang boleh membawa kematian iaitu kes buli di sekolah dan di laman sosial.
Kes remaja membunuh diri disebabkan hal ini semakin meningkat dengan
kes terbaru melibatkan seorang pelajar perempuan, Izzy Dix, 14.
Izzy ditemui mati menggantung diri dalam bilik tidur di kediaman mereka di Devon, England oleh ibunya, Gabbi, bulan lepas.
Tidak lama sebelum mengambil keputusan menamatkan riwayat sendiri,
Izzy telah menulis sebuah puisi berjudul I Give Up yang membayangkan dia
tertekan kerana dibuli secara emosi oleh rakan-rakan di sekolah.
Dia tertekan kerana tiada siapa mahu berkawan dengannya dan diejek dengan panggilan ‘pelik’, ‘hodoh’ dan ‘tak ada siapa nak’.
Kematian Izzy mengejutkan Gabby memandangkan Izzy merupakan pelajar
pintar dan menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di Universiti
Oxford satu hari nanti.
Dia menyalahkan pihak sekolah, Brixham College, kerana tidak
mengambil berat tentang aduan yang dibuatnya beberapa bulan sebelum
kematian Izzy berkenaan isu diejek dan disisihkan kerana dapat melihat
perkara berkenaan mempengaruhi emosi anaknya.
Gabby juga melahirkan rasa geram apabila melihat ada rakan sekolah
anaknya yang menjadi punca kejadian turut hadir dan memeluk dirinya
ketika majlis memperingati Izzy diadakan.
Sebagai ibu tunggal yang hanya ada Izzy bagi menemani hidup,
peristiwa yang berlaku meninggalkan impak besar kepada Gabby jadi sukar
untuk dia memaafkan ‘pembunuh’ anaknya.
Disebabkan insiden ini Gabby tidak lagi pulang ke rumah sejak hari dia menemui Izzy tergantung dalam keadaan tidak bernyawa.
No comments
Post a Comment