Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan pada mata di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, petang tadi.


Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di tepi kawasan berbukit pada jam 3 petang tadi. 

Setakat ini, beberapa pegawai kanan polis termasuk Komander STAFOC, Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Datuk Khuzir Abdul Majit, turut berada di lokasi kejadian. 

BH

Columbus: Satu keluarga di Ohio memenuhi permintaan seorang lelaki agar membolehkan dia menunggang motosikal Harley-Davidson yang disayanginya buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

Mayat Billy Standley yang meninggal dunia Ahad lalu dilihat memakai jaket kulit dan berkaca mata hitam sambil menunggang model Electra Glide keluaran 1967 itu di dalam keranda yang ditutupi kaca lutsinar. Mayat Standley, 82, yang mati akibat kanser paru-paru dapat dilihat dengan jelas menerusi keranda istimewa itu.

Selama bertahun-tahun dia memberitahu keluarga dan rakan yang dia bukan saja mahu menunggang motosikal ke ‘syurga,’ tetapi turut mahu orang lain melihatnya melakukannya.

Dia membuat persediaan untuk upacara pengebumiannya dengan membeli tiga lot tanah bersebelahan kubur isterinya, Lorna agar kawasan itu dapat memuatkan keranda besarnya yang unik itu.


Anak lelakinya, Pete dan Roy kemudian mereka keranda daripada kaca lutsinar yang dilengkapi dengan kayu dan logam di bahagian bawahnya. Bagi memastikan Standley tidak terjatuh di sepanjang perjalanan, mayatnya diampu dengan pendakap dan tali pengikat.

“Kami pernah melakukan sesuatu yang istimewa tetapi tidak sampai ke peringkat sebegini,” kata Tammy Vernon pekerja rumah mayat.

“Standley meminta dia dikebumikan bersama motosikalnya dan kami gembira untuk membantu,” katanya. Keluarga Standley menyokong penuh rancangan pengebumiannya dan berhasrat untuk mempamerkan keranda berkenaan yang disimpan di garaj kediaman mereka selama lima tahun kepada orang ramai. - Agensi







WASHINGTON DC - Siapa sangka Presiden AS Barack Obama merupakan saudara jauh pelakon Hollywood , Brad Pitt . Sementara bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton mempunyai hubungan darah dengan, Angelina Jolie .

Fakta unik ini ditemui Komuniti Sejarah Genealogi New England , sebuah komuniti pakar yang meneliti asal - usul keluarga seseorang .

Obama , beribukan seorang perempuan kulit putih asal Kansas dan berayahkan seorang lelaki kulit hitam asal Kenya juga bersaudara dengan enam Presiden AS , termasuk George W Bush.

Menurut kajian komuniti itu , Obama ternyata mempunyai " garis darah " dengan para Presiden AS , baik dari parti Republik maupun Demokrat .

Saudara jauh Obama termasuk Presiden George W Bush , ayahnya George HW Bush , Gerald Ford , Lyndon Johnson , Harry S Truman , dan James Madison .

Saudara lain Obama juga terkenal , iaitu Naib Presiden Dick Cheney , PM Inggeris Winston Chuchill , hingga Jeneral AD saat perang saudara , Robert E Lee .

Akar keluarga Barack Obama ini sudah dikesan ahli genealogi , Christopher Child , bersama rakannya , Gary Boyd , selama tiga tahun .

Lalu , bagaimana kaitan Barack Obama dan Brad Pitt ? Ternyata mereka juga adalah saudara jauh yang disatukan oleh sang moyang , Edwin Hickman , seorang warga Virginia yang meninggal dunia pada 1769 .

Komuniti Sejarah Genealogi New England dibentuk pada 1845 dan merupakan organisasi genealogi nonprofit tertua di Amerika Syarikat .

Seorang wanita yang bersedih selepas lelaki yang dituduh merogolnya dibebaskan mati selepas terjun dari bumbung sebuah tempat letak kereta.
Mangsa Tracy Shelvey, 41 tahun, yang menurut polis dalam keadaan sedih dan murung dengan keputusan itu, jatuh dari bumbung tempat letak kereta pusat membeli-belah Wheatsheaf di Rockdale, United Kingdom semalam.
Beliau ketika ini sedang berhubung rapat dengan Polis Greater Manchester selepas mengetahui tentang keputusan itu, bagi membolehkan pihak polis memberikannya sokongan moral.
Sebelum kejadian, Tracy menelefon polis dalam keadaan bersedih menyebabkan polis datang ke rumahnya bersama kakitangan perubatan dan ambulans.
Siasatan menyeluruh berkaitan kematian mangsa kini sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca kematiannya.
Kes itu juga sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC) untuk siasatan.
Penolong Ketua Polis Konstabel Dawn Copley berkata ia adalah satu pengakhiran yang sedih untuk Tracy dalam kes itu yang didakwa berlarutan terlalu lama dan sukar.
“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga wanita berkenaan yang meninggal dunia dalam keadaan bersedih.
“Wanita itu adalah seorang pengadu berkaitan sebuah kes yang sudah pun diputuskan di mahkamah. Anggota polis yang dilatih khas ketika ini sedang memberikan nasihat dan sokongan moral selepas kes itu,” katanya.
Tracy sebelum itu memberi keterangan sebanyak dua kali ke atas tertuduh seorang bekas tentera Patrick Hall yang menjalani perbicaraan tahun lepas kerana tuduhan merogol tujuh wanita antara tahun 2006 dan 2011.
Tertuduh bagaimanapun dibebaskan daripada kesemua tuduhan berkenaan.

Kebanyakan kita pasti pernah melalui zaman remaja di mana akal masih kurang matang dan terlalu mengikut perasaan.
Tapi tak kira macam mana muda sekali pun usia, pegangan agama dapat mengelakkan diri daripada terjebak melakukan perkara yang tidak sepatutnya – ibu bapa sila ambil perhatian perkara ini.
Jika tidak, jadilah seperti seorang remaja perempuan dalam gambar di atas. Semata-mata kerana putus cinta, adik ini tergamak mengelar lengannya sampai berdarah kemudian berkongsi perbuatannya itu di Facebook untuk membuktikan kepada bekas teman lelakinya dia berani bertindak sedemikian.
Pemeriksaan penulis pada akaun Facebook adik ni bagaimanapun mendapati dia masih sihat dan aktif memuatnaik status-status baru jadi perbuatan ini bolehlah diklasifikasikan sebagai kes nakkan perhatian semata-mata.
Sebenarnya dik, buang masa saja menunjukkan kekecewaan kita terhadap manusia lain.
Kumbang bukan seekor, dibuatnya tersilap toreh sampai putus urat nadi hari tu takkah awak mati sesat tak fasal-fasal?

Menerusi artikel dalam ruangan gosip baru-baru ini, pelakon kacukan Melayu-Jerman, Cristina Suzanne Stokstill dikatakan dibenci oleh seorang rakan artis lelaki yang namanya bermula dengan pangkal huruf M.
Menurut laporan itu lagi, artis M itu dikatakan tidak menyenangi kehadiran semula Cris dalam bidang seni lakonan.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Cris nyata terkejut dan pelik dengan berita tersebut kerana setahunya dia tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa.
“Sehingga laporan itu keluar saya sendiri tidak pernah mengetahui ada seorang pelakon lelaki yang tidak senang dengan saya malah saya juga tidak kenal dengan mana-mana pelakon yang namanya bermula dengan huruf M.
“Saya terkejut dan pada masa sama berasa pelik kerana saya tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa,” katanya memetik laporan mStar.
Tambah aktres berusia 29 tahun ini lagi, sepanjang melibatkan diri dalam bidang lakonan, dia tidak pernah mengganggu periuk nasi dan rezeki mana-mana artis apatah lagi memusuhi mereka.
Hai, artis manalah tu yang busuk hati sangat dengan Cris, ke Cris menolak cinta dia tu yang dia benggang sangat dengan Cris?
Macam-macam hal..

Berikutan gambar baby bump yang ditayangkannya menerusi laman Instagram, isteri kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah Ahmad Saburi diselar sesetengah pihak yang menyifatkan perbuatannya itu sebagai show off atau berlagak dengan kandungannya itu.
Bagi meleraikan perkara itu dan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepadanya, Sakinah menulis panjang lebar di Instagramnya, menyatakan,
“Salam utk sahabat, stalkers & haters. Maaf psl gmbr yg menayangkn gmbr perut sy tu. Terlalu excited tgk perut boyot, tu yg pi upload tu. Bknnya nk show off bagai. Tau, org lain pun pregnant jgk. Tp sblm ni, pantang naik perut sket pi gym la. jog la. Sit up la. Tp now rs lain, bila tau pregnant je, dok tgu bila perut nk besaq.
Time makan pun tak kira. Asal lapaq, makan! Lgpun org dok kata perut sy kecik. Tp bl hmpir 7 bln ni tb2 dia besaq! Tgk dlm gmbr lg nmpk besaq! Tu yg sy pi upload tu. Xrs seksi pun. cuma excited tang perut. xde niat nk sakitkn hati sape2.. Sy dh delete gmbr tu. Terima kasih atas teguran.
InsyaAllah xkn berlaku lg upload gmbr bkn2. Sy mengaku sy salah. Selain mintak ampun kat Allah, mntk maaf pd suami, sy jg mntk maaf pd anda semua. Sy jgk maafkn anda yg xpenat dok maki hamun. Tak pyh la cari kat padang masyar. Jenuh. Ramai org. Ssh nk jmp. Kira 0-0 kat sini je la yea.
Satu lg, jgn la hentam suami sy tu teruk sgt. Dia usaha jd suami yg terbaik utk kami berdua. Bkn setakat cukup mkn pakai. Agama pun dia bg. Tp tu la, dlm dok kawal, terlepas jgk.. Hehe.
Sy mntk doakanlah kebahagiaan kami bertiga (Dayana, Ashraf & Sakinah). Doa anak yg bakal dilahirkn nnt jd ank soleh atau solehah, yg sihat tubuh bdnnya & cergas akal fikirannya. Doakn jg Ashraf & teman baik sy, Dayana selamat tb di Mekah & dpt menunaikan ibadat umrah yg mabrur. Salam. -peace-”.
Hmm, kesian pula dengan Sakinah ni, dia pun macam ibu mengandung lain di luar sana, pastinya teruja dengan kandungaannya sendiri.
Jadi rasanya tak salah untuknya memuatnaik gambar yang dapat menunjukkan momen-momen bahagianya sebelum bergelar ibu.
Madunya tak bising, orang luar pulak yang lebih.
Tak gitu?

KOTA BHARU – Perbuatan dua remaja mencabul seorang pelajar berusia 14 tahun membawa padah apabila dibelasah seorang lelaki yang datang dalam kumpulan di Taman Desa Kemumin, Padang Tembak, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, dalam kejadian jam 6 pagi itu, dua remaja terbabit cedera di seluruh badan dipercayai dipukul menggunakan besi.
“Dua remaja itu yang sedang berehat di sebuah rumah dikejutkan dengan kedatangan enam lelaki dan salah seorangnya yang juga ahli keluarga mangsa, bertindak menyerang mangsa secara bertubi-tubi di bahagian kepala serta badan.
“Mereka kemudiannya turut dibawa kumpulan lelaki berkenaan ke sebuah rumah lain sebelum dipukul dengan besi,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Azham berkata, siasatan awal mendapati dua remaja itu dipukul setelah mencabul seorang gadis berusia 14 tahun pada hari yang sama di sebuah rumah di Pengkalan Chepa, pada jam 2 pagi.
“Dua remaja tersebut membawa pelajar terbabit untuk keluar dengan menaiki kereta sebelum membawanya ke sebuah rumah remaja berkenaan.
“Salah seorang daripada remaja itu menarik tangan gadis tersebut masuk ke dalam rumah sebelum bertindak membuka baju mangsa menyebabkan terkoyak, selain cuba untuk mencium mangsa,” katanya.
Azham berkata, remaja terbabit kemudian melepaskan mangsa dan menghantarnya pulang ke rumah.
“Mangsa yang juga pelajar di sebuah sekolah di sini, membuat laporan polis mengenai kejadian cabul yang menimpa dirinya pada hari kejadian,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua remaja terbabit ditahan reman bermula hari ini sehingga 5 Februari.

Orang kata bila berkata atau menulis sesuatu, haruslah bijak berfikir sebelum terlepas kata kan.
Seperti seorang lelaki yang dikenali sebagai Ryutaro Ken yang lancang menulis di laman Facebooknya sehingga tergamak menggelar jururawat yang berkhidmat di hospital kerajaan sebagai pelacur.
Antara yang ditulisnya menerusi ruangan status adalah, “swasta memang la best layanan dia sebab tu la mahal. Kalau kerajaan ni kan murah, so layanan macam pelacur murahan. Semua staff-staff nurse kerajaan ini memang dah macam pelacur murahan!!”
Tak tahulah atas sebab apa dia bengang sangat dengan nurse hospital kerajaan, mungkin dia ada masalah dengan sesetengah nurse sebelum ini, tapi janganlah sampai biadap memanggil orang macam tu sekali kan.

Benarkah masih ada sekolah yang sedaif ini di Malaysia?
Menerusi status yang dimuatnaik seorang guru yang mengajar di SK Kg Simunul, Semporna, Sabah di laman Facebook ada bangunan sekolah tersebut amat uzur dengan atap sudah berlubang sana sini dan mengalami keretakan dinding.
 Walaupun banyak aduan sudah dibuat kepada pelbagai pihak cuma atap kantin dan Blok C sahaja didakwa digantikan tahun lepas, manakala bangunan lain yang sudah retak sampai terpaksa gunakan penahan masih belum dibaiki.
Akibatnya kelas di bangunan itu dikosongkan kerana banjir bila musim hujan dan murid-murid terpaksa menumpang di dewan, surau dan bengkel untuk terus mengikuti pembelajaran. Sudah tentu, ini mengurangkan keselesaan buat murid mahu pun guru.
Guru-guru dikatakan terpaksa menelan perasaan risau dan buat-buat berani depan murid sedangkan dalam hati, takut jika bangunan sekolah runtuh.
Jika perkara ini benar, maka sesuatu harus dilakukan segera kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa.
YB kawasan berkenaan tu, diharapkan bukan sahaja turun padang bagi meninjau permasalah rakyat di kawasan anda tetapi usahakan juga supaya ia diselesaikan segera

Memang sangat zalim!!
Seorang lelaki sanggup memenggal kepala kucing. Kucing juga mempunyai nyawa seperti manusia. Sama ada kucing itu bersalah ataupun tidak namun tindakan lelaki ini yang memenggal kepala kucing tersebut tetap salah. Dunia akhir zaman. kalau dulu orang takut dengan hantu tapi sekarang sudah berubah. Orang kini takut dengan orang. Mana tidaknya, orang lebih kejam dari hantu.. Main cincai potong je.. Nyawa tuu... Ingat Cincaikah??




Individu berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar, layak mendapat bantuan RM35 sehari menerusi program Baucar Kerja yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia.

Dilancarkan pada peringkat perintis pada April ini, ia akan menyaksikan penglibatan seramai 100 peserta yang tergolong di bawah tahap miskin bandar.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JobsMalaysia), Yusuff Harun berkata bantuan tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

“Namun, bantuan itu tidak akan diberikan sewenang-wenangnya. Mereka harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

“Golongan itu hendaklah mencari kerja sambilan terlebih dahulu, dan kita akan menyumbang sebanyak RM35 sehari.

“Jumlah tersebut boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut,” katanya.

Program Baucar Kerja menyasarkan golongan bekerja di kawasan bandar yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, dan individu yang tidak bekerja.

Ia juga menyasarkan golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran.
JobsMalaysia akan memastikan pemilihan peserta dilakukan secara teliti berdasarkan kaedah pemilihan profil dan dirujuk dari pangkalan e-kasih.

e-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Individu yang layak akan dihubungi secara terus, kata Yusuff.

Berdasarkan pangkalan data e-kasih terkini, golongan dalam kumpulan miskin dan miskin tegar kini mencecah 500,000 orang.

Menurut Yusuff, bagi individu yang terikat dengan kontrak pengambilan pekerja yang tidak membenarkan mereka melakukan dua kerja pada masa yang sama, JobsMalaysia akan memainkan peranan sebagai orang tengah untuk berunding dengan majikan bagi membenarkan pekerja untuk melakukan kerja sambilan.

“Bagaimanapun ia tertakluk kepada akta-akta pekerjaan dan buruh yang berkaitan,” katanya.


TEXAS– Sanggup ke anda mengambil risiko semata-mata mahu mendapat `selfie’ yang terbaik, meskipun ia boleh mengorbankan nyawa sendiri?

Kalau sanggup, silalah ke Houston Bull Run seperti yang dilakukan oleh Christian.
Dia merakamkan selfie ketika dikejar oleh kerbau, dan kesanggupannya mengambil risiko itu telah menyebabkan gambarnya itu menjadi muka depan bagi media sosial termasuk juga Houston Press.

Gambar Christian sedang beraksi sambil berlari itu berjaya dirakamkan oleh seorang penonton dengan tajuk `mencapai selfie tahap 11’ iaitu risiko paling tinggi.

Manakala di pihak Christian pula, dalam rakaman videonya, kedengaran suara `36 ekor kerbau’ sebelum binatang itu dilepaskan dan mengejar peserta yang mengambil bahagian.
Christian kemudiannya mula berlari dalam pertandingan yang disertai oleh 3,000 orang di Houston Bull Run bulan lepas.

Hanya seorang pelajar, Hugo Soto mengalami kecederaan.


BRASILIA – Seorang pencuri dirakamkan cuba mengadakan hubungan seks dengan patung peraga pakaian selepas memecah masuk sebuah pusat beli-belah di Jaragua, lapor media semalam.

Aksi lelaki terbabit terdedah selepas pengawal keselamatan di pusat beli-belah itu menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan untuk mencari maklumat mengenai beberapa kejadian curi di situ.
Melalui rakaman CCTV itu pengawal keselamatan melihat seorang lelaki mencuri beberapa pasang pakaian.

Pada satu ketika lelaki terbabit dilihat menegakkan sebuah patung di dinding sebelum mencium ‘payudara’ dan melakukan aksi lucah.
Lelaki itu yang menutup mukanya menggunakan kemeja-T dipakai kemudian memakai semula seluarnya sebelum beredar.

Rakaman itu dimuat naik ke YouTube dan sudah dilihat beribu kali sehingga semalam.
Suspek akhirnya ditahan selepas pihak berkuasa dimaklumkan dan mereka mengenal pasti lelaki terbabit apabila dia kembali ke situ.

Pihak polis percaya suspek mencuri baju berkenaan untuk dijual bagi mendapatkan dadah.
Sementara itu, pengurus pusat beli-belah berkenaan Ricardo Carvalho menganggap kejadian itu “terlalu pelik.” “Bayangkan jika dia memecah masuk rumah orang, tidak mustahil dia melakukan perkara seperti itu terhadap seseorang,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek pula mendakwa dia memasuki pusat beli-belah itu kerana “tiada kerja lain.” Bagaimanapun, dia enggan mengulas perbuatan lucahnya itu. – Agensi


Seorang wanita, Naima Rharouity, 47, terbunuh selepas skaf yang dipakainya disyaki tersangkut pada eskalator di sebuah stesen keretapi Metro Fabre di Montreal, Kanada, semalam.

Menurut saksi, selepas menyedari skafrnya tersangkut, Naima, warganegara Maghribi yang berhijrah ke Kanada bersama keluarganya, dia cuba membongkok untuk menarik keluar skafnya tetapi lain pula jadinya apabila rambutnya pula tersekat pada eskalator itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tidak sedarikan diri apabila sampai di hujung eskalator yang dinaikinya.



Ibu kepada dua anak lelaki itu baru sahaja berhijrah ke Kanada sejak setahun setengah dan ketika kejadian berlaku, suaminya dalam perjalanan ke tanah air mereka untuk menziarahi ibunya yang telah meninggal dunia.

Apa-apa pun peringatan buat kita, agar sentiasa berhati-hati semasa menaiki tangga elektronik ini kerana malang sememangnya tidak berbau.



MAJURO (Kepulauan Marshall) – Seorang nelayan yang hanyut 14 bulan di Lautan Pasifik menyambung hidup minum dengan hanya meminum darah penyu selain makan ikan dan camar mentah sepanjang tempoh berkenaan.

Jose Salvador Alvarenga yang kini digelar Lelaki Ajaib Pasifik juga minum air kencingnya sendiri untuk mengelak kehausan.

Namun dia gagal membantu rakannya berusia antara 15 hingga 18 tahun dikenali sebagai Ezekiel yang meninggal dunia kira-kira empat minggu selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin pada 21 Disember 2012.

Ezekiel mati kerana tidak dapat menelan atau menghadamkan daging mentah.
Alvarenga berkata, dia terpaksa melepaskan mayat Ezekiel ke laut, namun enggan menceritakan insiden itu lebih lanjut.

“Saya sedih apabila mengenangkan Ezekiel namun bersyukur masih hidup. “Sukar percaya saya terselamat. “Saya tidak dapat ingat apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Apa yang ada dalam memori saya cumalah lautan yang luas.

“Saya terselamat kerana tidak henti berdoa,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakannya pada mulanya cuba mendapat bantuan nelayan namun gagal.
Bot dinaiki mereka hanyut lebih 12,500 kilometer dari El Salvador dan dipukul ombak ketika cuaca ribut sebelum akhirnya menemui daratan di Ebon Atoll.

“Saya bernasib baik bot terlanggar sesuatu lalu saya terus mengumpulkan tenaga dan semangat untuk berenang ke daratan.

“Jika tidak mungkin saya terus hanyut. Tidak mungkin saya terselamat dalam keadaan itu,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, dia terlelap keletihan di bawah pokok kelapa tanpa menyedari ada perkampungan di situ.

Penduduk yang menemuinya terkejut apabila mendapati Alvarenga yang berambut panjang dan berjambang lebat dengan pakaiannya yang hampir reput akibat berada di laut tidak ubah seperti watak dimainkan Tom Hanks dalam filem Castaway. – Agensi


SETIU – Tiga maut manakala dua lagi cedera parah dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kampung Bari, Sungai Tong, di sini, pagi semalam, gara-gara seekor babi hutan melintas jalan.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.30 pagi itu melibatkan Toyota Innova, Proton Wira dan Perodua Kelisa.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah Wan Nor Azreen Wan Ghazali, 24, (pemandu Proton Wira) serta ibunya, Rokiah Ab Rahim, 69, yang beralamat di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.

Manakala, seorang lagi ialah penumpang Toyota Innova yang merupakan salah seorang pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman, Mohd Farham Mohd Fisol, 16, meninggal dunia di Hospital Setiu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamad berkata, nahas dipercayai berlaku apabila Proton Wira dipandu Wan Nor Azreen dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan terbabas ke kanan jalan sebelum bertembung dengan Toyota Innova yang dipandu Mohd Fauzi Ibrahim, 46, dari arah bertentangan.

“Proton Wira dinaiki pemandu bersama ibu dan adiknya, Wan Nor Sofiana Wan Ghazali, 15, telah terlanggar seekor babi hutan.

” Kemudian terbabas ke laluan bertentangan serta bertembung dengan MPV.
“Akibat pertembungan itu, pemandu yang merupakan penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan ibunya yang berada di bahagian tempat duduk hadapan tersepit sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat.

“Kedua-dua beranak ini meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Manakala adik mangsa cedera parah,” katanya.

Ab Rahman berkata, akibat pertembungan itu, seorang penumpang Toyota Innova, Mohd Farham maut, dua cedera ringan iaitu Husna Mardhiyah Mohd Fauzi, 15 dan Mohd Shakir Mohd Fauzi, 17.

Manakala, pemandu MPV itu, Mohd Fauzi cedera parah.
“Seorang lagi penumpang Toyota Innova, Mohd Faiz Mohd Fisol, 15, tidak cedera dan begitu juga dengan pemandu Perodua Kelisa yang juga datang dari arah Kota Bharu ke Kuala Terengganu, Mohd Fazizi Usop,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Penolong Penguasa Mohd Anuar Mamat berkata, enam anggota menaiki sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan sebelum dibantu enam anggota bomba lagi dari Kuala Terengganu.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, anggota bomba dapati tiga mangsa tersepit iaitu pemandu dan penumpang Proton Wira serta pemandu Toyota Innova.

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa dari tempat duduk masing-masing,” katanya. – Sinar Harian


BUKAN sekali dua kita mendengar kes kecurian di surau yang sepatutnya menjadi tempat beribadah oleh umat Islam, malah sudah berkali-kali.

Kes terbaru yang berlaku di surau Hospital Putrajaya yang dikongsikan melalui Facebook Islam Agama Ku ini merupakan salah satu daripadanya.

Kali ini, pencurinya merupakan kaum Hawa yang menggunakan taktik ‘solat dulu, baru curi’.
Berikut merupakan maklumat yang disertakan oleh admin akaun tersebut:

” Wanita didalam gambar tersebut adalah seorang pencuri yang menggunakan surau sebagai modus operandi beliau. Kejadian sebenar berlaku di Hostpital Putrajaya semalam, sewaktu solat Asar. 

” Suspek mempunyai modus yang sungguh JIJIK. Beliau akan masuk menunaikan solat di surau tersebut apabila melihat ada mangsa yang membawa handbag kedalam surau.

” Beliau akan sembahyang di sisi tetapi meninggal saf lebih awal kerana ‘MEMBEDAL’ handbag2 yang. Rumah ALLAH SWT yang suci dijadikan tempat untuk mencuri. Semoga beliau si keji bakal mendapat balasan setimpal dengan perbuatan. Untuk warga HM sila berhati-hati dengan taktik licik ini,”

Laporan Polis telah dibuat di IPD Putrajaya dengan salinan gambar dari CCTV Hospital Putrajaya. Terima kasih kepada staff keselamatan hospital yang memberi bantuan penuh.”

Bagi penulis, wanita yang melakukan perbuatan ini mungkin sudah ‘hitam’ hatinya sehingga tiada lagi rasa bersalah tatkala mencuri di tempat ibadah seperti ini.

Tapi, sepandai-pandai tupai melompat, suatu hari nanti pasti akan jatuh ke tanah jua.

Gambar Aksi Ngeri Gadis Cucuk Tangan Dengan Jarum.Apa tujuan dan motif gadis ini dan untuk apa mencederakan diri seperti ini. Gambar gadis cucuk tangan dengan jarum yang cukup ekxtreme.











Bagi penggemar adult video asal Jepun, pasti mengenal artis seperti Miyabi, Sora Aoi, Ameri Ichinose, dan lain-lain. Kebanyakan dari mereka sudah tak aktif lagi menjadi bintang film biru, sebagian masih “berkarya” hingga kini. Namun jika ada pertanyaan, siapa “the real” bintang film biru Jepun? Jawabannya adalah Yumi Kazama.
 
Pemilihan Yumi Kazama sebagai bintang film biru Jepun yang paling bersinar bukanlah tanpa alasan kerana dirinya sudah bertapak dunia itu selama 15 tahun lebih. Ia pun sudah membuat 1000 judul film biru. Dan yang mengapa status the real bintang film ditasbihkan kepada Yumi Kazama adalah, hingga kini ia masih berkarya.

Dikutip dari situs rocketnews24, Yumi Kazama mengaku mulai menjadi bintang film biru sejak usia 18 tahun, setelah ia lulus sekolah tingkat atas. Saat itu, ia kerap memerankan anak sekolah dan melakukan adegan hubungan badan. Seiring bertambahnya usia, peran yang dimainkan oleh Yumi Kazama pun berubah, mulai dari pekerja kantoran seksi hingga istri yang menggoda.

Saat ini, usia Yumi Kazama sudah menginjak 33 tahun. Namun, ia belum berencana untuk pensiun dari dunia yang membesarkan namanya itu. Terbukti baru-baru ini ia meluncurkan foto album yang ia beri nama Bittersweet. Foto album tersebut berisi foto-foto dirinya (yang tentu saja tanpa busana) dalam berbagai pose. Berkat kesetiaannya di dunia film biru Jepang, Yumi Kazama mendapat julukan Japanese most loved mature hotties