Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wanita Mangsa Rogol Mati Jatuh Dari Bumbung
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Seorang wanita yang bersedih selepas lelaki yang dituduh merogolnya dibebaskan mati selepas terjun dari bumbung sebuah tempat letak kereta.
Mangsa Tracy Shelvey, 41 tahun, yang menurut polis dalam keadaan sedih dan murung dengan keputusan itu, jatuh dari bumbung tempat letak kereta pusat membeli-belah Wheatsheaf di Rockdale, United Kingdom semalam.
Beliau ketika ini sedang berhubung rapat dengan Polis Greater Manchester selepas mengetahui tentang keputusan itu, bagi membolehkan pihak polis memberikannya sokongan moral.
Sebelum kejadian, Tracy menelefon polis dalam keadaan bersedih menyebabkan polis datang ke rumahnya bersama kakitangan perubatan dan ambulans.
Siasatan menyeluruh berkaitan kematian mangsa kini sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca kematiannya.
Kes itu juga sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC) untuk siasatan.
Penolong Ketua Polis Konstabel Dawn Copley berkata ia adalah satu pengakhiran yang sedih untuk Tracy dalam kes itu yang didakwa berlarutan terlalu lama dan sukar.
“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga wanita berkenaan yang meninggal dunia dalam keadaan bersedih.
“Wanita itu adalah seorang pengadu berkaitan sebuah kes yang sudah pun diputuskan di mahkamah. Anggota polis yang dilatih khas ketika ini sedang memberikan nasihat dan sokongan moral selepas kes itu,” katanya.
Tracy sebelum itu memberi keterangan sebanyak dua kali ke atas tertuduh seorang bekas tentera Patrick Hall yang menjalani perbicaraan tahun lepas kerana tuduhan merogol tujuh wanita antara tahun 2006 dan 2011.
Tertuduh bagaimanapun dibebaskan daripada kesemua tuduhan berkenaan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments