Seorang wanita, Naima Rharouity, 47, terbunuh selepas skaf yang
dipakainya disyaki tersangkut pada eskalator di sebuah stesen keretapi
Metro Fabre di Montreal, Kanada, semalam.
Menurut saksi, selepas menyedari skafrnya tersangkut, Naima,
warganegara Maghribi yang berhijrah ke Kanada bersama keluarganya, dia
cuba membongkok untuk menarik keluar skafnya tetapi lain pula jadinya
apabila rambutnya pula tersekat pada eskalator itu.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tidak
sedarikan diri apabila sampai di hujung eskalator yang dinaikinya.
Ibu kepada dua anak lelaki itu baru sahaja berhijrah ke Kanada sejak
setahun setengah dan ketika kejadian berlaku, suaminya dalam perjalanan
ke tanah air mereka untuk menziarahi ibunya yang telah meninggal dunia.
Apa-apa pun peringatan buat kita, agar sentiasa berhati-hati semasa menaiki tangga elektronik ini kerana malang sememangnya tidak berbau.
No comments
Post a Comment