Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Add caption

SEPANG: Seorang lelaki warga India ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi setelah beg pakaiannya yang padat dengan sayur-sayuran sebenarnya mengandungi dadah seberat 30 kilogram bernilai RM1.8 juta.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata lelaki berusia 44 tahun ditahan pegawai JKDM pada jam 12.10 malam selepas tiba dari Chennai. 

Hasil pemeriksaan, pihaknya menemui satu bungkusan disyaki syabu seberat lima kilogram manakala lima bungkusan lagi mengandungi dadah ketamin seberat 25 kilogram.

"Dadah yang dibawa tidak disorok. Ini jumlah terbanyak yang pernah dibawa satu individu setakat ini tahun ini. Tahun lepas, dadah terbanyak yang dibawa satu individu ialah 42 kilogram, juga dari India," katanya pada sidang berita di sini, hari ini. 

Chik Omar berkata suspek pernah bekerja sebagai tukang masak selama lima tahun di negara ini dan sudah lapan kali berulang alik ke Malaysia.
Omar Chik berkata seorang wanita China berusia 26 tahun, yang tiba dari Cheng Du, ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada 9.50 malam tadi selepas disyaki membawa 2.52 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM478,800. 

"Hasil pemeriksaan terhadap bagasinya menemui enam bungkusan serbuk teh dan sekotak pai kastard yang mengandungi enam bungkusan dadah selain sebuah kotak makanan ringan yang mengandungi lapan bungkusan dadah. Kesemuanya dibalut dengan kertas karbon," katanya. 

Khamis lepas, pihaknya menahan seorang wanita warga China yang tiba dari Guangzhou di KLIA selepas 28 kotak berisi 310 batang pen 'marker' mengandungi dadah disyaki syabu seberat 2.1 kilogram bernilai RM399,000 ditemui dalam bagasinya. 

"Ini adalah modus operandi pertama menyembunyikan dadah dalam pen 'marker'. Ini merupakan kunjungan pertama suspek itu, yang bekerja sebagai pelayan restoran di negaranya, ke Malaysia," katanya.
Omar Chik berkata ketiga-tiga tangkapan itu membabitkan rampasan dadah sebanyak 34.62 kilogram yang bernilai RM2.7 juta. 

Kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. - BERNAMA




PADA 10 Januari lalu, ibu Fasha Sandha menerusi akaun Facebook miliknya, Eja Sandha menyatakan kekesalan terhadap tindakan seorang pengguna Instagram yang bertindak menjadi batu api dalam hubungannya dengan ibu Jejai iaitu besannya, Raja Noora.

Rupa-rupanya, tindakan pengguna Instagram ini sudah lama disedari oleh Fasha Sandha sendiri. Dia dikatakan sudah mula menghina dan mengecam Fasha sejak tujuh bulan lalu.
Justeru, Fasha menegur pengguna Instagram terbabit dan mendedahkan akaun tersebut kepada peminatnya.

Tindakan ini juga dilihat bagi mempertahankan tindakan ibunya menegur perilaku pengguna Instagram tersebut yang lebih kurang sama usia dengan ibunya.
Sebenarnya kalau dilihat tindakan makcik ‘Ungku Sabariah’ ini, ia sememangnya tidak wajar dan perlu dihentikan.



Jodoh masing-masing sudah ditentukan. Sedangkan pihak terlibat semua sudah elok dan jernih hubungannya, mengapa perlu ada orang luar yang mahu menjadi batu api pula, kan?
Lagipun, dosa menjadi batu api ni sangat besar. Takut woo.



Seorang pramugari Singapore Airlines menjadi bualan di forum internet negara terbabit apabila menyiarkan gambar-gambar seksinya di Instagram termasuk hanya memakai coli dan seluar dalam.

Bersama gambar tersebut dia menyertakan hashtag ‘nakal’ termasuk #asiangirlsrocks #sggals #sin #sexy dan #spore.


Selain gambar seksi, dia turut memuatnaik gambar dirinya memakai uniform bertugas.
Tindakan pramugari ini dikecam kerana dianggap menjatuhkan reputasi syarikat penerbangan tersebut


Mei tahun lalu, kisah seorang lelaki Singapura, Kurt Tay, 28, yang melakukan impan buah dada disiarkan oleh media sana.

Apa yang memeranjatkan, alasan implan dibuat Tay bukanlah kerana dia mempunyai naluri wanita atau pondan tetapi disebabkan dia memang teringin untuk memiliki buah dada seperti perempuan sejati.

Baginya, perempuan yang memiliki buah dada besar mempunyai keyakinan lebih tinggi dan dia ingin mengalami perasaan tersebut.

Justeru Tay pergi ke Hospital Yanhee, Bangkok, Thailand bagi melakukan pembedahan.
Dia nyata tak menyesal dengan keputusan itu, malah menyatakan hasrat untuk membesarkan lagi saiz impan tersebut daripada cup C kepada G!

Cadangan itu tidak jadi apabila doktor memberitahu kulit dadanya tidak cukup untuk meregang bagi menampung saiz tersebut. Hal ini ditambah lagi dengan amaran keluarga Tay supaya berhenti ‘menconteng arang’ ke muka mereka.

Selepas keluarganya turut bising kerana dia masih belum berumahtangga, Tay akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin.



Justeru dia mengunjungi agensi cari jodoh, membayar SD8,000 lalu ditemukan dengan wanita Vietnam bernama Kim, 27 yang setuju untuk mengahwininya walaupun selepas mengetahui tentang payu dara yang dimiliki Tay.

Selain Kim, terdapat 11 lagi perempuan lain dicalonkan untuknya namun kesemua mereka berat hati untuk ‘menerima’ payu dara Kim.

Kim bekerja sebagai pengawal keselamatan namun bercita-cita menjadi penyanyi dan pernah mengeluarkan EP sulungnya pada Jun tahun lepas namun gagal mendapat sebarang kontrak rakaman walaupun selepas mengiklankan albumnya itu dengan membeli iklan di surat khabar.

Hingga sekarang implan Tey masih ada namun disembunyikan di sebalik kemeja longgar yang dipakainya



TOKYO – Dengan hanya memakai seluar dalam berwarna putih, sekumpulan lelaki di Jepun menahan kesejukan bagi mengambil bahagian dalam satu upacara kerohanian yang dikatakan mampu membersihkan jiwa mereka.
Upacara tradisi oleh pengikut Shinto itu diadakan setiap tahun pada tahun baru dan dikatakan mampu memberikan kejayaan melalui penyucian jiwa.
Meskipun suhu beku 6C, namun ia bukan halangan untuk mereka melakukan upacara tersebut iaitu dengan membersihkan diri dalam air yang sejuk membeku.
Mereka juga memegang ketulan ais blok, iaitu salah satu proses yang dilakukan oleh pengikut Shinto.
Pengikut Shinto percaya roh-roh mahukan manusia gembira dan bersedia membantu jika dilayan dengan baik, justeru mereka tidak kisah jika terpaksa menyiksa diri.
Shinto tidak mempunyai tuhan atau pengasas dan membenarkan pengikutnya menganut agama lain.
Ia dikatakan mengajar prinsip asas iaitu menyayangi diri.

BUENOS AIRES -  Seorang lelaki yang menghabiskan masa selama 10 tahun dengan tinggal bersama mumia ibunya, akhirnya ditemui mati berhampiran mumia berkenaan.
Claudio Alferi, 58, ditemui terbaring di atas kerusi bersebelahan mumia wanita yang dikeringkan dan dibalut dengan plastik.
Kematiannya disedari selepas jiran-jiran menghidu bau busuk sejak pertengahan bulan Disember lalu menyebabkan mereka menghubungi polis.
Pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu untuk masuk ke rumah berkenaan dan menemui dua mayat.
Mumia wanita itu dikenal pasti sebagai ibu Alferi, Margarita Aimer de Alferi.
Menurut jiran, kali terakhir mereka melihat Margarita adalah sedekad lalu ketika dia berusia 90 tahun namun anaknya memberitahu bahawa ibunya masih hidup dan sihat.
“Apabila ditanya mengenai ibunya, dia hanya menjawab bahawa wanita itu sihat,” kata jiran.
Pihak forensik percaya Margarita meninggal dunia sekitar lapan hingga 10 tahun lalu manakala Alferi pula sudah meninggal dunia selama 30 hari.
“Rangka wanita itu dibalut dengan beg plastik, malam seliparnya juga masih tersarung di kaki wanita terbabit.
“Dia dijaga dengan penuh kasih sayang oleh anaknya,’’ kata polis.

JOHOR BAHRU – Mabuk sehingga tidak sedar orang yang terbaring di sebelahnya, sebenarnya sudah pun mati, dipercayai dibunuh.
Dalam kes di Taman Nusa Bestari, Johor Bahru itu, dua lelaki ditemui kira-kira jam 6 pagi terbaring di tepi jalan berhampiran sebuah pub di kawasan berkenaan.
Seorang berusia 36 tahun mati, manakala seorang lagi dua tahun lebih tua terbaring tidak sedarkan diri di sebelahnya.
Beberapa Kesan Tikaman
Ketua Polis Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad, berkata lelaki yang mati dengan beberapa kesan tikaman itu bekerja di sebuah syarikat percetakan.
“Polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai dua lelaki itu.
“Pemeriksaan kemudian mendapati seorang daripada mereka sudah meninggal dunia, manakala seorang lagi tidak sedarkan diri. Mereka dipercayai di bawah pengaruh alkohol.
“Ketika kejadian, dua lelaki itu dipercayai mabuk, tapi siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti pembunuh,” katanya sambil menambah, lelaki 38 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis. – Berita Harian

Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti .
Kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius terhadap kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.
PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan.
Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti.
SENIOR DCP DATO’ PAHLAWAN MOHD SHUKRI BIN DAHLAN

KETUA POLIS SELANGOR

Georgetown: Cubaan empat penyamun melarikan diri ke sebuah kawasan perkampungan mengundang padah apabila tiga daripada mereka ditahan selepas tersesat dan memasuki ‘jalan mati’ dalam kejadian di Kampung Seberang Tasek, Simpang Ampat di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, empat suspek terbabit dikatakan baru selesai melakukan kegiatan samun di rumah milik tauke kilang tauhu dan dikejar polis, namun mereka enggan memberhentikan kenderaan.
Menurut sumber, berikutan itu polis mengejar mereka yang menaiki Toyota Vios sebelum kenderaan yang dinaiki kumpulan penjenayah terbabit masuk ke kawasan kampung.
“Bimbang dicekup, kumpulan penjenayah berkenaan masuk ke satu kawasan perkampungan, tetapi tidak menyedari laluan dimasuki itu sebenarnya jalan mati.
“Kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar Proton Saga milik penduduk sebelum mereka cuba melarikan diri ke hutan berhampiran,” katanya.
Menurutnya, semua suspek masuk ke hutan itu, namun keadaan gelap menyukarkan mereka bergerak dan sejam selepas itu tiga daripada mereka ditahan polis yang mengepung kawasan berkenaan.
“Siasatan awal mendapati suspek sebelum itu melakukan samun di rumah pemilik kilang tauhu, namun kegiatan itu disedari dan secara kebetulan polis yang melakukan rondaan terserempak kereta dinaiki mereka dalam keadaan mencurigakan.
“Polis menemui beg mengandungi barang kemas dan pelbagai barang berharga lain dipercayai hasil samun ditinggalkan di ladang nanas berhampiran rumah mangsa,” katanya.

HULU SELANGOR: Kerana tidak puas hati dengan layanan diberikan terhadap bapanya, seorang lelaki bertindak menumbuk Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan hingga mengalami kecederaan di bahagian leher, di pejabatnya di sini, petang tadi.
Sebelum kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Kamalanathan dikatakan bertemu dengan bapa suspek yang meminta bantuannya untuk urusan memindahkan menantunya yang bertugas sebagai guru di selatan tanah air.
Bagaimanapun, setelah diterangkan yang beliau hanya mampu memberikan sokongan, bapa suspek bertindak merayu hingga menyatakan sanggup mencium kaki Timbalan Menteri terbabit. 

Terkejut dengan tindakan lelaki itu, Kamalanathan memintanya untuk beredar dari situ.

Beliau terus menghadiri perjumpaan lain di pejabatnya.

Sebaik tiba, beliau berjabat tangan dengan setiap ahli yang menghadiri perjumpaan berkenaan sebelum ditumbuk suspek yang kemudian menuduhnya menghalau bapanya siang tadi.  Sehubungan itu, Kamalanathan terus membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Beruntung dekat Bukit Sentosa sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu. 

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan kejadian dan memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 324 kerana mendatangkan cedera.



Bintang pop ternama Justin Bieber melancarkan serangan ‘nakal’ ke kediaman jirannya minggu lalu dengan melemparkan telur ke arah rumah berkenaan.
Sebuah laman sesawang gosip hiburan mendakwa insiden itu turut mendapat perhatian polis Los Angeles yang dihubungi ke tempat kejadian.
Polis berkata, jiran penyanyi itu terdengar sesuatu dilemparkan ke kediamannya di Calabasas kira-kira jam 7.30 malam pada Khamis.

Apabila jiran terbabit keluar ke balkoni tingkat dua untuk meninjau, dia melihat Bieber berada di tingkat bawah kediamannya sedang melontar telur ke arah pintu depan rumahnya.

Sambil menyiarkan beberapa foto menunjukkan telur yang dilempar ke kediaman itu, laman sesawang berkenaan melaporkan turut berlaku perang mulut antara Bieber dan jirannya itu.
Jirannya yang berang mempersoal tindakan penyanyi yang menjadi kegilaan remaja itu dan bertanya apa yang dia sudah lakukan. 

Polis memberitahu, Bieber melontar sekurang-kurangnya 20 biji telur ke arah kediaman itu.

Tidak diketahui sama ada pihak berkuasa merekod kenyataan daripada Bieber.

Kejadian itu adalah kisah terbaru yang menggemparkan kejiranan mewah di Calabasas yang terletak kawasan bukit di Lembah San Fernando, barat California. 

Penyanyi berusia 19 tahun itu dilaporkan sering membuat jiran tetangganya berang dengan pelbagai kerenah seperti membuat bising, berparti dan memandu secara berbahaya.

Mac tahun lalu dia dikatakan meludah ke arah muka jirannya selepas ditegur kerana memandu kereta Ferrari miliknya secara membabi-buta di kawasan kejiranan itu. Jabatan Polis Los Angeles dilaporkan akan menyiasat insiden itu yang turut menyatakan Bieber mengancam jiran terbabit dengan kata-kata: “Saya akan bunuh kamu”.

Pada November, polis mengunjungi kediaman penyanyi itu sebanyak tiga kali pada waktu malam ketika dia mengadakan parti secara besar-besaran.

Portland: Seorang bapa ayam memfailkan saman AS$100 juta (RM320 juta) ke atas syarikat pengeluar kasut Nike kerana gagal memberi amaran bahawa produk mereka - Air Jordan - tidak sesuai untuk untuk membelasah seorang lelaki.
Sirgiorgiro Clardy, 26, mendakwa Nike turut bertanggungjawab terhadap hukuman penjara 100 tahun yang dihadapinya kerana membelasah seorang lelaki. 
Akhbar semalam melaporkan bapa ayam dari Portland itu memakai kasut Air Jordan ketika memijak muka lelaki yang cuba meninggalkan hotel tanpa membayar upah atas khidmat melanggan pelacur seliaannya. 


Clardy didapati bersalah melakukan serangan tahap kedua oleh juri pada awal tahun lalu.

Mangsa menerima beberapa jahitan dan terpaksa menjalani pembedahan plastik. Clardy juga didapati bersalah kerana merompak lelaki terbabit, selain turut membelasah wanita yang dipaksa menjadi pelacur hingga telinga wanita itu berdarah.

Pretoria: Seorang paderi mempunyai cara tersendiri untuk mengajak pengikutnya ‘mendekati Tuhan’ - iaitu dengan meragut rumput seperti haiwan ternakan.
Lesego Daniel dari Afrika Selatan yang menjadi paderi di Pusat Rabboni di Garankuwa, utara Pretoria turut didakwa memijak dan menendang pengikutnya ketika mereka melakukan upacara keagamaan baru-baru ini.
Media semalam melaporkan, paderi kontroversi itu sudah melakukan pelbagai kekasaran atas nama agama, tetapi pengikutnya tetap mempertahankan perbuatannya itu. 


Bagaimanapun, pengguna media sosial menggelar Daniel “gila” apabila lelaki terbabit memuat naik gambar menunjukkan dia memijak pengikutnya di laman Facebook.

Berdasarkan gambar itu, ada antara pengikutnya dilihat menahan sakit ketika dipijak.

Sebelum ini, Daniel pernah mengarahkan pengikutnya melelapkan mata ketika dia cuba memulihkan seorang wanita yang menghadapi kehamilan ‘syaitan.’ Sambil mempertahankan tindakan paderi itu, pengikutnya menjelaskan kepada media mengapa mereka mentaati arahannya.


Pelajar undang-undang, Rosemary Phetha, 21, berkata mereka rela memakan rumput kerana ia menunjukkan - dengan kuasa Tuhan - apa saja boleh dilakukan.

“Memakan rumput menyembuhkan sakit tekak yang saya hidapi sejak lebih setahun,” katanya. Pengakuannya itu turut disokong Doreen Kgatle, 27, dari Garankuwa.

“Saya tidak boleh berjalan tetapi selepas memakan rumput seperti diarahkan, saya mula mendapat kekuatan dan sejam kemudian, saya boleh berjalan semula,” katanya.  Sementara itu, pengguna Facebook Melvin Jeddy Bowtie berkata, dia melihat banyak perkara tidak masuk akal dilakukan paderi itu dan ia tidak lucu. 

“Daniel sudah menukar pengikutnya menjadi kambing,” katanya dalam satu kenyataan.- AFP

Miri: Pengusaha dan pekerja sebuah pusat kecantikan serta refleksologi di Jalan Sida di sini, berada dalam kebingungan selepas mengetahui dalang yang terbabit bagi beberapa kejadian pakaian dalam wanita digantung di depan premis perniagaan itu sejak Disember lalu.
Pemilik premis yang dikenali sebagai Amie, 40-an, membuat penemuan mengejutkan itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang menunjukkan perbuatan itu dilakukan seorang lelaki warga emas yang juga pekerja restoran bersebelahan premis itu.
Amie berkata, setakat ini kejadian sama berlaku sebanyak empat kali sejak pertengahan Disember lalu menyebabkan dia dan 10 pekerja wanita lain sentiasa berjaga-jaga kerana bimbangkan keselamatan mereka diancam lelaki gila seks itu.

Dalam kejadian terbaru semalam, Aimie berkata, dia dan beberapa pekerjanya terkejut apabila mendapati lebih 10 pakaian dalam wanita terpakai seperti coli dan seluar dalam digantung pada bidai di hadapan premis perniagaannya pada jam 9.30 pagi.

Katanya, dia tidak mengetahui motif individu yang melakukan perbuatan itu, namun hasil rakaman CCTV yang dipasang di luar premis itu mendapati ia dilakukan pekerja restoran bersebelahan.
“Saya tidak tahu apa niat lelaki itu kerana selama ini dia langsung tidak pernah bertegur sapa dengan saya atau pekerja saya dan tingkah lakunya yang pelik itu membimbangkan kami,” katanya, semalam.
Katanya, tindakan lelaki terbabit menakutkannya, apatah lagi apabila dimaklumkan pekerjanya bahawa lelaki terbabit sering berlegar-legar di hadapan premisnya hampir setiap hari. Berikutan itu katanya, dia membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkenaan dan mendapatkan keterangan daripadanya bagi membantu siasatan.

Katanya, setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan, namun pihaknya akan mendapatkan maklumat mengenai identiti suspek dengan majikannya, sekali gus mengenal pasti motif tindakannya.
Gambar Hiasan

KOTA TINGGI: Seorang bapa dan anak perempuanyanya maut selepas motosikal yang dinaiki mangsa terbabas sebelum dilanggar oleh dua buah kereta di KM 76, Jalan Johor Baharu-Mersing, pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 tengah hari itu, Mohamad Anwar Razali, 32, bersama anak tunggalnya Nurul Elyanatasha, 9, dari Felda Tenggaroh 5, Mersing dilaporkan dalam perjalanan menuju ke bandar Kota Tinggi selepas membeli kek hari jadi anak perempuannya itu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman ketika dihubungi berkata ketika tiba di tempat kejadian, motosikal yang dinaiki mangsa telah hilang kawalan lalu terjatuh di tengah jalan sebelum dirempuh oleh dua buah kereta dari arah yang bertentangan.
"Nurul meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan kecemasan di Hospital Kota Tinggi (HKT) petang semalam," katanya ketika dihubungi di sini Ahad.
Rahmat berkata bagaimanapun, pemandu kedua-dua buah kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, adik Mohamad Anwar, Fadzil Razali, 26, berkata beliau turut menemani abangnya itu ke Kota Tinggi dengan menunggang sebuah motosikal lain.
"Kami singgah di sebuah pasar raya dan membeli kek yang kemudiannya dipegang oleh Nurul sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi.
"Bagaimanapun sampai di satu selekoh, motosikal abang saya hilang kawalan menyebabkan kedua-duanya tercampak di tengah jalan raya sebelum dilanggar oleh dua buah kereta," katanya.
Beliau sedih kerana majlis sambutan hari jadi untuk anak saudaranya yang sepatutnya diadakan hari ini, bertukar menjadi kenduri tahlil untuk kedua beranak itu. - BERNAMA

KOTA KINABALU: Gambar menunjukkan dua individu ditahan polis, yang sedang tersebar secara meluas di media sosial dan khidmat pesanan ringkas tidak mempunyai kaitan dengan kes tembakan di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Omar Mammah berkata kedua-dua lelaki itu adalah suspek dalam kes kecurian dan tidak ada kena-mengena dengan kes tembakan di lebih 30 premis perniagaan di sini, di Penampang dan Inanam pada awal pagi Sabtu.
Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek sebenar.
"Orang ramai tidak sepatutnya terbawa-bawa kes ini dan percaya apa yang diperkatakan atau disiarkan di media sosial," katanya.
Omar juga berkata polis masih meneliti rakaman televisyen kamera litar tertutup (CCTV).
"Kami masih mengumpul bukti, termasuk rakaman CCTV yang dipasang di beberapa premis," katanya.

PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin menafikan dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bergelar doktor selepas hubungannya dengan aktor Johan As'ari putus.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, laporan berkenaan tidak benar sama sekali dan menegaskan dia kini masih belum mempunyai pengganti Johan.
"Laporan itu tidak benar. Saya masih single and available," ujarnya menerusi mesej yang dikirimkan melalui aplikasi sosial WhatsApp kepada mStar Online, Ahad.
Sebuah akhbar mingguan melaporkan Lana sedang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki kacukan Pakistan dan Inggeris itu yang juga rakan lamanya.
Malah lelaki berkenaan didakwa telah menghantar 50 tangkai bunga mawar kepada Lana dan dia sendiri telah pun memuat naik jambangan bunga berkenaan di laman Instagram miliknya.
Cinta Lana dan Johan hanya bercinta selama sebulan.
Lana bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Johan sebelum ini telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa.
Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 lalu dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan aktres seksi itu kerana percaya Lana adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu.
Bagaimanapun Johan menerusi kenyataannya di sebuah akhbar pada akhir Disember lalu mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga Johan.

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif menafikan laporan sebuah akhbar pada Ahad yang menganggarkan pendapatannya mencecah RM1 juta setahun.
Najwa, 18, menjelaskan pendapatannya sepanjang tahun lalu kurang daripada RM500,000 hasil daripada persembahan pentas, penjualan album dan nada dering selain pelantikannya sebagai duta Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).
"Saya masih belum tahap bergelar jutawan seperti dilaporkan namun syukur jika benar pendapatan saya sebanyak itu saya anggap apa yang ditulis sebagai doa," katanya kepadamStar Online.
Najwa ditemui pada Jelajah Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) di Busana @ Menara Mara di sini, Ahad.
Najwa mengulas mengenai laporan yang menyenaraikannya sebagai salah lima artis wanita muda yang mempunyai pendapatan tertinggi di Malaysia.
Najwa memberitahu dia baharu sahaja membeli sebuah kereta dan kondominium hasil daripada titik peluhnya sejak bergelar artis.
Bagaimanapun Najwa tidak menafikan ada membeli sebuah kereta dan kondominium di Shah Alam sebagai aset untuk masa depannya.
"Impian saya untuk mempunyai kereta dan rumah sendiri akhirnya terlaksana hasil kerja keras saya selama ini," katanya.
Dalam perkembangan sama, Najwa berkata, dia tidak bimbang sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya selepas berita itu disiarkan kerana ia tidak benar.
Kata Najwa, apa yang lebih penting dia perlu sentiasa berpijak dibumi nyata dan meningkatkan motivasi diri supaya dapat menghasilkan lagu yang berkualiti kepada peminatnya.
"Bimbang juga laporan itu disalah erti tetapi ia tidak terlalu memberi kesan kerana apa yang lebih penting perhatian terhadap pengajian di UNITAR dan kerjaya nyanyian menjadi keutamaan saya," jelasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai AJL 28, Najwa berkata, persiapannya lebih tertumpu kepada persembahan pada malam itu nanti dan tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana pihak.
Kata Najwa, dia hanya mahu berseronok membuat persembahan untuk penonton dan teruja berpeluang bertanding di AJL 28 buat kali kedua.
"Soal menang atau kalah bukan perhatian saya tetapi lebih kepada persediaan untuk membuat persembahan kerana ingin berseronok pada malam itu nanti," ujarnya.
Najwa turut memberitahu dia bakal melancarkan dengan single terbaharunya berjudulHilang awal Februari yang ditulis bersama kakaknya, Syafiqah Latif.