Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Pendengar setia radio Suria FM pasti mengenali deejay Naim Tahak yang mengacarakan rancangan Suria Intro yang memperkenalkan lagu dan penyanyi baru, Suria Nova (interaksi dan dedikasi) dan Grandstand Suria (berkaitan sukan).
Jika anda tertanya-tanya mengapa suara Naim tiba-tiba tidak kedengaran sehari dua ini, ia disebabkan dia terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya Damansara – Puchong ketika dalam perjalanan ke konti, Sabtu lalu.
Akibatnya Naim terpaksa menerima rawatan di Pusat Perubatan Kelana Jaya.
Walaupun jika dilihat pada kenderaannya, kemalangan dipercayai agak teruk juga tetapi Naim disahkan cuma mengalami kecederaan ringan dan akan sembuh tidak lama lagi.
 Dalam keadaan cuaca tidak berapa elok sejak dua menjak ini, diharapkan kita semua lebih berhati-hati di jalanraya untuk mengelak sebarang kejadian tak diingini.
Buat deejay Naim, mudah-mudahan segera sembuh dan dapat bertugas seperti biasa.

Walaupun hubungan cinta di antara mereka sudah pun putus, namun baik Hanez Suraya mahupun Awi Rafael kelihatan sungguh profesional apabila diminta berdiri bersebelahan satu sama lain, baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Media Hiburan, dapat dilihat Hanez kelihatan malu-malu sedikit namun mereka tetap memberikan kerjasama yang baik terhadap media yang cuba menyiapkan tugasan mereka.
Mereka kebetulan berada dalam satu majlis yang sama iaitu Anugerah Juara Lagu di mana Awi berjaya merangkul tempat ketiga bersama rakan duetnya, Altimet menerusi lagu Kalau Aku Kaya manakala Hanez hadir bagi memberi sokongan kepada rakan-rakan artis yang bertanding.
Memandangkan ini merupakan pertemuan pertama mereka selepas berpisah, kedua-duanya kelihatan sedikit kekok namun masih sempat mendoakan kejayaan karier masing-masing.
Macam ni lah baru profesional!



#Poster Coca-Cola yang telah dilancarkan di Australia pada 1995 mencecah $200,000. Tapi sayang terpaksa kena tarik balik kerana kesilatan designer. Oh My Coca Cola. Kini anda telah mempunyai sebab kenapa perlu boikot coca cola. #LOL





Banyak-banyak benda kankung juaa yang naik. Sejak dua menjak nih nama kangkung melonjak naik sampai masuk BBC TRENDING. Perrghh.. Dalam kesibukan semua nak bagi trending kangkung tu, muncul pula game apps kangkung nih.. Hahahah.. tak rugi download sebab best jugak main kalau boring. Agak2 games ni boleh cecah sampai juta-juta download tak. 



Selamat bermain...





BESUT - Ahli kaji bumi tidak menyangkal dinosaur mungkin pernah hidup di Malaysia berdasarkan bukti dari beberapa kawasan di negara ini dengan batuannya berusia Jura-Kapur antara 203 juta hingga 65 juta tahun lampau sesuai untuk haiwan purba berkenaan hidup.

Ini dikuatkan lagi dengan penemuan tulang femur kiri, dinosaur sauropod yang pertama ditemui di Khon Kaen di Timur Laut Thailand pada tahun 1976 dalam batuan berusia Jura-Kapur.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Datuk Yunus Abd Razak berkata kawasan berusia Jura-Kapur dijumpai di Gunung Panti, Johor dan juga di Gunung Gagau yang bersempadan dengan Terengganu, Kelantan dan Pahang yang memberi keyakinan bahawa fosil dinosaur boleh ditemui.

“Bagaimanapun setakat ini kami belum bernasib baik untuk menemui fosil dinosaur kecuali fosil tumbuhan yang berusia Jura-Kapur yang hanya ditemui dalam lapisan batu pasir setakat ini”, katanya kepada media selepas melawat lokasi penemuan fosil tumbuhan kuno berusia antara 270 hingga 340 juta tahun berhampiran kawasan projek pembinaan Ampangan Paya Peda, Hulu Besut di sini malam tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan melakukan ekspedisi kajian di beberapa kawasan bagi membuat cerapan geologi untuk mencari fosil fauna termasuk flora lagi pada masa akan datang.

Kata Yunus sejak tahun 1974 beberapa kawasan dalam negara termasuk Sungai Chincin di Terengganu dan Panti di Johor telah dikaji tetapi hanya hasil fosil flora sahaja ditemui.

Beliau bnerkata mungkin pihaknya akan mendapatkan pakar dari Thailand bagi mengesan fosil dinosaur kerana mereka berpengalaman melakukannya hingga menemuinya di negara mereka sebelum ini.

Katanya JMG dengan kerjasama Kumpulan Warisan Geologi Malaysia serta pakar geologi akan meneruskan kerja-kerja inventori, pencarian, pengelasan, penilaian dan penarafan berkaitan sumber warisan geologi di seluruh negara.

Usaha itu akan diteruskan dan hasilnya didedahkan untuk pengetahuan generasi akan datang, katanya. - Bernama

Kuala Selangor- Empat pen jenayah melarikan wang tunai RM3.3 juta daripada sebuah van keselamatan di sebuah stesen minyak di Ijok di sini, kira-kira 10 pagi tadi.
Sumber polis berkata, difahamkan, kejadian berlaku apabila sebuah van syarikat keselamatan berhenti di stesen minyak itu untuk memindahkan wang tunai ke ATM.
“Sebaik kenderaan itu berhenti, keempat-empat suspek yang sudah menunggu di stesen minyak berkenaan terus menyerbu dan melarikan van terbabit dengan membawa bersama empat pengawal keselamatan.
“Kenderaan itu dilarikan kira-kira 1 kilometer ke sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Makmur,” katanya.
Menurut sumber, sebaik tiba di ladang kelapa sawit itu, empat penjenayah terbabit mula memindahkan sembilan beg berisi wang itu ke sebuah van lain sebelum membakar van syarikat keselamatan itu.
Kesemua pengawal keselamatan terbabit ditinggalkan bersama van yang terbakar, katanya.
Katanya, dua daripada empat pengawal keselamatan mengalami kecederaan melecur pada anggota badan dan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. –myMetro Online

Melihat darah daging sendiri menderita kesakitan yang teramat sangat di depan mata pastilah satu pengalaman yang amat pahit.
Kepahitan itu tak mungkin mampu diterjemahkan dengan kata-kata kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Namun apabila seorang adik berkongsi ‘detik’ kesengsaraan abangnya yang sedang meniti saat-saat  akhir sebagai pesakit kanser menggunakan foto, derita itu kelihatan jelas dan menyentuh hati.
Itulah yang dirasakan apabila melihat gambar-gambar yang dirakam Ahmad Yusni pada 39 hari terakhir yang dilalui abangnya, Mohammad Sani sebaik sahaja didiagnos menghidap kanser ‘germ sell’.
Sel kanser yang dihidap Mohammad Sani sangat agresif, hinggakan dia terpaksa menanggung kesakitan di seluruh tubuhnya.
Kesakitan itu tertera jelas dalam gambar-gambar dirakam Ahmad Yusni, antaranya momen pada 11 Disember 2012 di rumah mereka di Georgetown, Pulau Pinang di mana abangnya berlutut di atas katil menahan kesakitan yang teramat sangat hinggakan dia tidak mampu untuk menelan sebarang makanan mahu pun minuman.
Pada 14 Disember pula, Mohammad Sani dirakam duduk termenung di hadapan tandas sambil merokok kerana tidak mampu untuk tidur walau sejenak meskipun selepas diberikan morfin bagi menahan kesakitan
Akhirnya selepas 39 hari, Mohammad Sani menghembuskan nafas terakhir pada usia 33 tahun.
Mohammad Sani dikebumikan bersebelahan pusara bapa dan abangnya yang sudah pergi terlebih dahulu.
Mengenang semula detik-detik bersama abangnya hingga ke saat akhir nyawa ditarik, Ahmad Yusni menyifatkannya sebagai sesuatu yang amat menyedihkan.
Paling tidak dapat dilupakannya, terdapat dua malam di mana dia melihat abangnya bertarung dengan kesakitan yang amat dahsyat depan mata namun tidak ada apa yang mampu dilakukan bagi membantu. Akhirnya dia ikut menangis kerana terlalu sedih.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohammad San

Tepat sebulan usia pernikahannya, Linda Onn dan suami telah memilih malam semalam untuk mengadakan majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan mereka.
Jika pernikahannya sebelum ini berlangsung dalam sebuah majlis tertutup dan sederhana, namun nampaknya untuk resepsi yang diadakan di Restoran Hadramawt kali ini disambut penuh meriah sambil dihadiri rakan-rakan terdekat.

Lebih menarik lagi, kesemua tetamu yang terdiri daripada selebriti popular seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Umie Aida, Rabecca Nur Al-Islam dan Noniswara turut sama menari bersama pengantin mengikut lagu-lagu yang dimainkan.

















Los Angeles: Anugerah Grammy semalam memberi kejutan lain daripada yang lain apabila turut meraikan 33 pasangan yang dikahwinkan serentak sebagai sebahagian daripada persembahan pada malam itu.

Acara itu berjaya dirahsiakan sehingga waktu yang ditetapkan, iaitu ketika persembahan lagu Same Love oleh Macklemore dan Ryan Lewis bersama Mary Lambert serta Madonna. 
Perkahwinan semua pengantin terbabit - yang turut merangkumi pasangan sejenis - dirasmikan Queen Latifah.
Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif The Recording Academy Neil Portnow berkata, dia bangga majlis perkahwinan itu berjalan lancar malah menganggapnya cukup bermakna.  

“Banyak idea ditonjolkan dalam majlis anugerah kami adalah hasil idea kreatif artis kami.

“Lagu ini memang istimewa dan menyeru kita bersikap adil serta toleransi,” katanya.

Portnow juga tidak mempedulikan persepsi negatif yang mungkin menganggap anugerah Grammy digunakan untuk mempolitikkan isu tertentu.

“Kami tidak pernah mencampuradukkan anugerah ini dengan politik.

“Majlis malam ini sekadar untuk menyatukan pasangan yang saling mencintai dan mahu hidup bersama,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam. - Reuters


London: Habis madu, sepah dibuang - begitu nasib menimpa seorang wanita selepas dia menyelamatkan nyawa suaminya dengan menderma buah pinggang.

Samantha Lamb, 41, menawarkan buah pinggang untuk suaminya Adam, 45, yang menghidap kegagalan renal dan memerlukan dialisis untuk meneruskan hidupnya.

Sebagai persediaan menderma buah pinggang, Samantha sanggup menahan lapar bagi membolehkan berat badannya turun 19 kilogram bagi memastikan dia sendiri cukup sihat pembedahan pada Oktober 2009.

Pengorbanan itu kemudian menarik perhatian stesen televisyen BBC yang menerbitkan dokumentari khas mengenai cinta Samantha.  
Tidak seperti cerita cinta biasa, rumah tangga Samantha - Adam berantakan hanya beberapa tahun selepas pembedahan itu.

Adam akhirnya meninggalkan Samantha.

Dia mengangkut semua barangnya, termasuk televisyen dan radio sebelum meninggalkan kunci rumah di dalam peti surat ketika Samantha bekerja syif malam.

Samantha percaya suaminya menjalin hubungan sulit dengan rakan baiknya, namun Adam berkali-kali menafikan.

Pasangan itu - yang berkenalan ketika sama-sama menjadi pemandu ambulans - pernah berpisah seketika sebelum berkahwin pada 2007.

Adam jatuh sakit tidak lama selepas itu dan terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Kata Samantha, dia tidak tergamak melihat Adam lalu menawarkan buah pinggangnya.

“Adam yang mempunyai anak hasil perkahwinan sebelum ini mahu melihat mereka membesar,” katanya.

Menurut Samantha, dia kini menyesal membantu Adam.

“Saya tidak menyesal melakukan pembedahan yang membantu seseorang - namun alangkah baiknya jika buah pinggang itu diberi kepada orang lebih layak.

“Kalaulah boleh saya ambil semula buah pinggang itu dan memberinya pada orang lain,” katanya.

Namun dia mengakui perkara itu mustahil dan kini hanya berharap proses perceraian diselesaikan secepat mungkin.

Katanya, dia merasa sakit hati setiap kali melihat parut berukuran empat inci hasil pembedahan itu.

“Namun sekurang-kurangnya Adam pun perlu sentiasa ingat dia berhutang nyawa dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Adam menafikan mengadakan hubungan dengan rakan isterinya selain menegaskan tidak pernah meminta didermakan organ berkenaan.


SUNGAI BULOH: Seorang lelaki nyaris terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki dipercayai rakannya dalam kejadian di Stesen Komuter Kuang petang tadi.

Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, mangsa didatangi suspek yang mengeluarkan sepucuk pistol dari pinggangnya sebelum melepaskan satu das tembakan dari jarak tiga meter. 
Difahamkan, punca kejadian adalah bermotifkan dendam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, siasatan di tempat kejadian menemui satu kelongsong peluru 9 milimeter.

"Punca kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa dan seorang lagi rakannya dan mahu membalas dendam.

"Siasatan masih dijalankan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) kerana cubaan membunuh," katanya.


Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah agama di sini berusia 15 tahun mendakwa dirogol oleh teman lelakinya di sebuah bilik darjah di sekolah tersebut pada 24 Oktober lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, suspek dikatakan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak mangsa untuk berjumpa di sebuah bilik darjah yang tidak digunakan.
Dalam pertemuan tersebut, teman lelakinya yang juga pelajar sekolah sama dan sebaya kemudian mengajak melakukan hubungan seks di atas meja.

Kejadian itu kemudian terbongkar dan diketahui keluarga mangsa lalu ibunya yang merupakan suri rumah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam (IPD) pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian itu terbongkar selepas mangsa menghantar SMS kepada teman lelakinya menyatakan kebimbangan mungkin dia mengandung kerana tidak didatangi haid sejak Hari Kejadian..
"Teman lelaki mangsa yang panik dengan SMS itu kemudian telah menghantar SMS kepada tunang bapa saudara mangsa bagi meminta pandangan serta bantuan.
"Menyedari perbuatan itu serius dan tidak bermoral, wanita tersebut memberikan SMS kepada bapa saudara mangsa yang kemudian memaklumkan kepada ibu pelajar terbabit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Noor Mushar berkata, mangsa dikatakan mengenali suspek sejak tiga tahun lalu dan mengakui telah lima kali melakukan hubungan seks bersama suspek yang kesemuanya dilakukan di tempat sama.
"Kejadian masih disiasat dan tangkapan terhadap suspek masih belum dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Alor Setar: Demi mengelakkan isterinya ditahan, seorang lelaki Myanmar sanggup menipu dengan mendakwa tinggal sendirian apabila pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Belakang Masjid Intan Syafinaz, Anak Bukit, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan pada jam 3 pagi, lelaki berusia 30-an itu dipercayai menyembunyikan isterinya di dalam bilik air sebelum wanita terbabit berjaya meloloskan diri menerusi pintu belakang ketika anggota Jabatan Imigresen Kedah membuat pemeriksaan di sekitar kawasan berkenaan.

Walaupun wanita itu berjaya melarikan diri, namun suaminya ditahan bersama 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) lain berusia 19 hingga 40 tahun dalam Ops 6P selama lima jam bermula jam 12 tengah malam di sekitar daerah itu, Pendang dan Yan.

Ketua Bahagian Penguat kuasanya Nar Azaman Ibrahim berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas 38 warga asing terdiri warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Myanmar di tiga lokasi berkenaan.

Katanya, daripada jumlah berkenaan 14 daripadanya didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

Menurutnya, mereka membabitkan 12 lelaki dan seorang wanita warga Myanmar yang dikesan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Dalam serbuan itu, kami turut menahan seorang lelaki warga Bangladesh kerana menetap lebih masa dalam negara dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi berasingan kira-kira jam 9 pagi kelmarin, empat lelaki warga Bangladesh berusia antara 30 hingga 36 tahun ditahan kerana melanggar syarat pas diberikan di sebuah premis perniagaan di Sungai Petani, di sini.

Menurutnya, mereka ditahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Semua PATI berkenaan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Juru di Pulau Pinang atau Langkap di Perak untuk siasatan lanjut.



Georgetown: Pekarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar di sini, dilempar bom petrol dipercayai dilakukan dua lelaki jam 1.30 pagi, semalam.

Ketika kejadian, seorang pekerja gereja berusia 71 tahun ternampak kelibat dua lelaki menunggang sebuah motosikal menghampiri gereja itu sebelum membaling dua botol bom petrol ke pekarangan gereja sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, hanya satu daripada dua botol bom petrol dihasilkan menggunakan botol minuman keras yang dibaluti kain itu meletup dan terbakar.

Berikutan letupan itu, pekerja gereja terbabit bergegas ke tempat bom petrol itu terbakar dan terus memadamkan kebakaran kecil itu sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, tiada kerosakan serius berlaku kerana hanya satu daripada dua botol bahan letupan itu meletup.


California – Seorang lagi lelaki `Marlboro’ meninggal dunia akibat penyakit paru-paru berpunca daripada tabiat merokok.

Lelaki itu, Eric Lawson pernah menjadi model untuk rokok Marlboro pada 1978 hingga 1981.
Selain Lawson, model Marlboro yang lain ialah David Millar yang meninggal dunia pada 1987 dan David McLean yang meninggal dunia pada 1995 akibat kanser paru-paru.

Selain menjadi iklan Marlboro, Lawson juga pernah muncul dalam rancangan Beretta, Charlie’s Angel dan Baywatch.

Lawson meninggal dunia pada usia 72 tahun pada awal bulan ini akibat kegagalan sistem pernafasan di kediamannya di San Luis Obispo.

Dia mula merokok sejak usia 14 tahun dan menurut isterinya, Lawson meneruskan tabiat buruk itu sehingga dia disahkan menghidap penyakit paru-paru kronik.


Los Angeles – `Ia merupakan hari yang sedih kerana anak-anak kita tidak dapat menyaksikan anugerah Grammy,’’ itu luahan ibu bapa selepas menyaksikan persembahan menjolok mata penyanyi Beyoncé pada majlis berkenaan.

Ramai ibu bapa yang terkejut menyaksi aksi liuk lentuk Beyonce dan ia dianggap terlalu lucah untuk ditonton oleh anak-anak mereka.

Pada majlis itu, Beyonce yang juga ibu kepada seorang anak perempuan itu memakai pakaian seksi ketika mempersembahkan lagu Drunk In Love bersama suaminya, Jaz Z.

Sepanjang persembahan itu diadakan, ibu bapa terus memuat naik kecaman melalui twitter dan Facebook mengenai aksi berahi Beyonce yang disifatkan sebagai tidak menghormati dan tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Sementara suaminya pula tidak dapat menahan daripada memegang punggung isterinya dan turut bercium ketika pertengahan lagu.

Ketika penonton di Staples Center gembira menyaksikan persembahan itu, keadaan berbeza dengan penonton di rumah yang langsung tidak teruja dengan aksi lucah penyanyi berkenaan.

Beyonce sebelum ini mengaku bahawa dia bangga dengan penampilan seksinya itu dalam satu dokumentari mini.

“Saya tidak malu kerana menjadi seksi. Saya tidak rasa bahawa saya perlu menyembunyikannya,’’ katanya.


Hancur ego lelaki Zain Saidin dengan tajuk sebegini. Pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin baru baru telah terbang ke kepulauan Bali, Indonesia untuk bercuti bersama sama dengan beberapa orang rakan mereka.
Itu cerita sampingan, maklumlah pengantin masih baru bercuti ke luar negara begini masih boleh dianggap berbulan madu. Rozita Che Wan dalam kenyataan terbaru beliau kepada media berkongsi rasa teruja untuk hamil lagi.
“Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya pun sudah berusia 16 tahun,” ujar Rozita Che Wan kepada portal GUA baru baru ini.
“Memanglah risau untuk hamil pada usia begini sebab ia agak berisiko. Tapi Didie Alias ada juga berkongsi tips untuk hamil. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya dan Zain menimang cahaya mata,” tambahnya yang juga mengakui percutian ke Bali merupakan bulan madu kedua.
Rozita Che Wan turut berkongsi yang beliau berasa kekok sehingga tidak boleh tidur malam pada awal perkahwinan namun kini sudah semakin selesa hidup bersama suami, Zain Saidin.

Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.



1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru


Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.


Johor Bahru mencatatkan negeri ke 10 dengan kos sara hidup paling tinggi di Malaysia.

Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.
Seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.

Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu.



Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.

Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.

Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.

Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung ToKong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan.

Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.

Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal, mungkin kerana kesegarannya.

Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.

Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.

Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit kepada penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan lebih baik berbanding mereka.

Keadaan sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara.

P/s; Menjelang tahun 2014 ini, sememangnya ia adalah tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia. Mana tidaknya dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, minyak, tol dan elektrik serta makanan adalah sebahagian utama keperluan rakyat Malaysia, ditambah pula dengan harga rumah yang semakin meningkat naik.

Adakah dengan mencari alternatif lain seperti bekerja sambilan mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup yang dialami oleh rakyat?

Pada pendapat kami kerajaan perlulah mengurangkan atau tidak lagi menaikkan harga keperluan asas seperti minyak dan elektrik kerana ia memberi impak yang amat besar kepada seluruh penduduk Malaysia. Kerajaan juga perlulah mencari/merangka alternatif selain pemberian BR1M, ada lagi insentif lain yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat.