Georgetown: Pekarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar di sini,
dilempar bom petrol dipercayai dilakukan dua lelaki jam 1.30 pagi,
semalam.
Ketika kejadian, seorang pekerja gereja berusia 71 tahun ternampak
kelibat dua lelaki menunggang sebuah motosikal menghampiri gereja itu
sebelum membaling dua botol bom petrol ke pekarangan gereja sebelum
melarikan diri.
Bagaimanapun, hanya satu daripada dua botol bom petrol dihasilkan
menggunakan botol minuman keras yang dibaluti kain itu meletup dan
terbakar.
Berikutan letupan itu, pekerja gereja terbabit bergegas ke tempat bom petrol itu terbakar dan terus memadamkan kebakaran kecil itu sebelum membuat laporan polis.
Berikutan letupan itu, pekerja gereja terbabit bergegas ke tempat bom petrol itu terbakar dan terus memadamkan kebakaran kecil itu sebelum membuat laporan polis.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, tiada
kerosakan serius berlaku kerana hanya satu daripada dua botol bahan
letupan itu meletup.
No comments
Post a Comment