SUNGAI BULOH: Seorang
lelaki nyaris terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki dipercayai
rakannya dalam kejadian di Stesen Komuter Kuang petang tadi.
Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, mangsa didatangi suspek yang mengeluarkan sepucuk pistol dari pinggangnya sebelum melepaskan satu das tembakan dari jarak tiga meter.
Difahamkan, punca kejadian adalah bermotifkan dendam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, siasatan di tempat kejadian menemui satu kelongsong peluru 9 milimeter.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, siasatan di tempat kejadian menemui satu kelongsong peluru 9 milimeter.
"Punca kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa dan seorang lagi rakannya dan mahu membalas dendam.
"Siasatan masih dijalankan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) kerana cubaan membunuh," katanya.
No comments
Post a Comment