Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Seorang gadis muda berpose di sayap pesawat jet peribadi ditemani dua awak pesawat. Trend foto "Rich Kid of Instagram" merebak di laman Instagram yang mempamerkan kehidupan glamour dari para remaja kaya. Dailymail.co.uk / Instagram
Sejumlah pemuda berpose dengan rakan-rakan mereka di yatch semasa bercuti. Foto-foto ini mempamerkan cara para pemuda ini apabila berfoya-foya dengan yatch, rumah mewah dan sportcar mewah. Dailymail.co.uk
Artis Kendall Jenner berpose dengan Lamborghini putih yang senada dengan bajunya. Trend mempamerkan foto seperti ini memberi inspirasi sebuah stesen televisyen untuk mengangkatnya dalam sebuah acara reality show. Instagram.com / Kendall Jenner
Seorang pemuda bermain golf dari atas geladak yatch peribadinya semasa bercuti. Para pemuda dalam foto-foto ini umumnya berusia 30 tahun ke bawah dan berasal dari keluarga kaya raya. Dailymail.co.uk / Instagram
Seorang remaja berpose dengan tas belanja toko aksesoris mewah Louis Vuitton dan sportcar hitam. Dailymail.co.uk/Instagram
Seorang pemuda menenteng sebotol champagne saat menaiki jetpack di atas kolam renang di sebuah pesta bersama rakan-rakannya. Dailymail.co.uk
Sumber: tempo.co
Sumber: tempo.co
Foto Bah
Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus bakal menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya, Puteri Erma Edlinda yang merupakan pramugari Saudi Arabian Airlines pada 20 Disember ini.
Aril atau nama sebenarnya Azam Pilus berkata, dia tidak dapat berkongsi mengenai perkembangan dan persiapan perkahwinannya kerana dia tiada di tanah air ketika berita dia bakal berkahwin tersebar.
"Saya tak lari atau sorok. Sebenarnya, saya tak ada di Malaysia tetapi berada di Indonesia bagi urusan mempromosikan lagu baru, "Tulus".
"Sebab itu saya tak dapat nak kongsi dengan peminat. Bila balik Kuala Lumpur saya terkejut cerita itu timbul pula, tapi sebelum saya nak canang, perlulah dapatkan keizinan keluarga dua-dua belah pihak juga," katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Aril turut memberitahu dia akan mengadakan majlis akad nikah di kediaman Puteri Erma di Wakaf Che Yeh, Kelantan.
"Majlis akad nikah nanti saya akan buat kecil-kecilan saja untuk keluarga dan rakan-rakan rapat. Saya terpaksa buat majlis nikah nanti secara sederhana dan tertutup atas permintaan keluarga."
Hiburan
Liu Chonghua , merupakan lelaki asal China yang telah menghabiskan berjuta-juta dolar untuk membina enam istana bergaya Eropah di Megacity Chongqing . Struktur bangunan istana itu menyerupai Windsor Castle di Britain .
Perbezaan antara Windsor Castle di Britain dengan istana milik Liu ini iaitu Windsor Castle versi negeri panda itu dikelilingi oleh sawah hijau yang subur . Istana ini juga mempunyai menara yang ternyata terinspirasi dari filem Disney , Aladdin . Tak hanya itu saja , lelaki 59 tahun itu juga mempunyai sebuah istana putih dengan menara gula-gula berwarna , serupa dengan istana milik King Ludwig di abad ke - 19 .
Alasan Liu membina istana itu adalah untuk mewujudkan impian masa kecilnya . Kehidupan Liu yang dulu sangat berbeza jauh dengan yang sekarang . Ia berasal dari keluarga miskin dan hampir setiap hari merasa kelaparan . Hebatnya , kini ia berjaya menjadi seorang pengusaha kuliner yang berjaya dan boleh menghasilkan berjuta-juta dolar .
" Saat saya masih kecil , saya sering mendengar cerita tentang putera dan istana . Kerana itu saya ingin membuat istana impian saya menjadi sesuatu yang nyata , " ungkap Liu ketika ditemuramah AFP , seperti dipetik dari Oddity Central .
Walaupun kini impiannya menjadi kenyataan , tapi ada beberapa orang yang merasa tidak suka dengan apa yang dilakukan Liu . Bahkan , dia menerima ancaman kematian dan terlibat perang mulut dengan pejabat tempatan di Chongqing . Tapi , Liu tidak terpengaruh oleh itu semua dan tetap bertekad untuk mewujudkan impiannya .
" China memerlukan istana . Sebuah bandar memerlukan orang yang mempunyai mimpi untuk membantu masyarakat berkembang , " papar Liu .
Sedihnya, kerajaan China tak sependapat dengan Liu . Mereka bahkan ingin merobohkan gerbang istana setinggi 16 meter yang sudah dibina Liu .
Sumber: wolipop.detik.com
Sedihnya, kerajaan China tak sependapat dengan Liu . Mereka bahkan ingin merobohkan gerbang istana setinggi 16 meter yang sudah dibina Liu .
Sumber: wolipop.detik.com
Global
Gambar hiasan. Image: Google
Kajang: Misteri kehilangan pakaian dalam milik seorang remaja perempuan yang dijemur di ampaian rumahnya di Taman Suria di sini, terjawab selepas perbuatan tidak bermoral itu dilakukan jirannya sendiri.
Dalam kejadian terbaru, penghuni rumah berkenaan dikejutkan dengan bunyi salakan anjing pada jam 3.30 pagi menyebabkan bapa mangsa keluar memeriksa keadaan di luar kawasan rumah sebelum mendapati beberapa helai pakaian dalam anak perempuannya hilang.
Menurut sumber, bapa mangsa kemudiannya meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lalu mendapati jirannya masuk untuk mencuri pakaian itu.
“Kes kecurian pakaian dalam milik anak perempuannya sudah kali keempat berlaku menyebabkan bapa mangsa terpaksa membuat laporan polis agar individu terbabit tampil menyerah diri, “katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 447/379 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
Dalam kejadian terbaru, penghuni rumah berkenaan dikejutkan dengan bunyi salakan anjing pada jam 3.30 pagi menyebabkan bapa mangsa keluar memeriksa keadaan di luar kawasan rumah sebelum mendapati beberapa helai pakaian dalam anak perempuannya hilang.
Menurut sumber, bapa mangsa kemudiannya meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lalu mendapati jirannya masuk untuk mencuri pakaian itu.
“Kes kecurian pakaian dalam milik anak perempuannya sudah kali keempat berlaku menyebabkan bapa mangsa terpaksa membuat laporan polis agar individu terbabit tampil menyerah diri, “katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 447/379 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
[Wow] - Berita Tempatan
Bunyi itu diduga datang dari kompleks bekas menara kembar World Trade Center ( WTC ) yang hancur akibat serangan pengganas pada 11 September 2001 .
Kenny merasa bulu tengkuknya berdiri . " Saat itu aku terbangun kerana mendengar bunyi itu , " kata Kenny Cummings , seperti dipetik dari News.com.au , Rabu ( 4/12/2013 ) .
Menurut Kenny , bunyi yang terdiri dari ' dua nada ' itu terdengar selama berjam - jam . " Kupastikan semua orang di pusat bandar mendengarnya . Bunyi itu amat jelas dan mengerikan , " ujar Kenny .
Jangan bayangkan tentang hal - hal mistik . Bunyi itu sama sekali tak ada kaitannya dengan kejadian tragis keganasan 9 / 11 yang mengorbankan beribu-ribu orang .
Selepas tenang kembali, Kenny mula menggunakan logik . " Pada mulanya aku tak yakin apa itu , tapi setelah beberapa saat aku menyedari , asalnya dari One Trade Centre , " kata dia . " Pada masa itu sedang hujan , namun pokok - pokok kelihatan agak tenang , tak ada angin yang bertiup . Tapi mungkin cuaca di atas sana berbeza . "
Bangunan One World Trade Centre atau dikenali juga dengan Freedom Tower adalah bangunan yang terdiri dari 104 tingkat dengan tinggi 1,776 kaki atau 541 meter - yang membuatnya diakui menjadi bangunan tertinggi di AS . Di kemuncaknya terdapat antena penyiaran .
Lalu , dari mana bunyi mengerikan itu berasal ?
Antena logam yang berada di kemuncak One World Trade Centre itu mempunyai reka bentuk gril diduga jadi puncanya. Bunyi timbul ketika angin bertiup melaluinya .
Kenny Cummings sempat merakam bunyi itu dan memuat naik videonya ke YouTube .
Kebelakangan , lelaki itu pun menyedari , dia pernah mendengar bunyi seperti itu sebelumnya . Bezanya , saat itu masih siang hari .
" Aku pertama kali mendengar bunyi mengerikan seperti itu selama badai Sandy tahun lalu , " kata dia .
Bunyi yang terdengar mirip paduan suara dari kejauhan kali pertama kali dilaporkan terdengar di tengah badai Sandy . Angin angin kencang dan hujan , menukar menara One World Trade Centre menjadi alat muzik ...
One World Trade Center
One World Trade Center dibina di Manhattan di dekat bekas Menara Berkembar WTC . Merupakan 1 dari 6 bangunan baru di lokasi keganasan 11 September 2001 . Dengan lebih daripada 2,000 orang terbunuh , peristiwa 9 / 11 menjadi serangan pengganas paling teruk dalam sejarah AS .
Tinggi bangunan 1,776 kaki adalah simbol tahun menandatangani kemerdekaan AS dari Inggeris .
Selain jadi pejabat , One World Trade Center juga menjadi muzium dan memorial bagi mereka yang tewas dalam serangan keganasan 9 / 11 .
Di plasa di bawahnya , dua kolam besar berbentuk kotak , menjadi penanda lokasi menara kembar WTC yang hancur . Dilengkapi air terjun buatan terbesar yang ada di seluruh negeri Uncle Sam .
Sumber: news.liputan6.com
Global
Keretapi kabel Bukit Bendera sangat sinonim dengan Pulau Pinang. Adalah tidak lenglap lawatan anda ke pulau mutiara sekiranya anda tidak menaiki kerana kabel Bukit Bendera. Tahukah anda keretapi kabel seperti di Bukit Bendera sudah wujud sejak 1515 di Salzburg Austria. Sejak dari itu terdapat banyak sistem keretapi kabel ini digunakan seluruh dunia. Hari ini mari kita lihat keretapi kabelAngel Flights di Los Angeles yang diiktiraf sebagai laluan keretapi terpendek di dunia. Ia menyambungkan Hill Street dan California Plaza. Laluan ini mempunyai dua buah tram dan hanya sepanjang 91 meter. Ini adalah sangat pendek jika dibandingkan dengan laluan Bukit Bendera sepanjang 2007 meter. Angel Flights dibina pada tahun1901 dan berfungsi denga hanya satu kemalangan maut sehingga 1969.
Perkhidmatan dihentikan kerana kawasan persekitaran stesen dibangunkan semula. Pada tahun 1996Angel Flight dipasang semula di kawasan berdekatan dan pada tahun 2001 ianya dihentikan sekali lagi apabila berlaku kemalangan maut mengakibatkan 1 kematian. Kemalangan berlaku apabila tram keretapi menggelunsur kebelakang akibat masalah brek. Sementara menunggu laporan keselamatan diumumkan Angel Flight ditutup sehingga 2010. Angel Flight kini kembali beroperasi dan diisyitiharkan sebagai warisan negeri California. Jika anda mahu menaiki laluan keretapi terpendek dunia silalah ke California. Harga tiket hanya 50 sen sehala.
Laporan asal Wikipedia
Cool
PETALING JAYA: Tindakan pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 23, yang mahu memulangkan semula wang syiling 5 sen berjumlah RM11,500 kepada Erma Fatima membuatkan pengarah itu menyindir pelakon tersebut di laman Instagram miliknya pada awal pagi Rabu.
Erma dalam beberapa kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial tersebut berkata, tidak baik bagi Rabecca untuk tidak menerima wang syiling berkenaan dan senaskhah Al-Quran yang diberikan kepadanya.
"Tak baik you reject coin 5 sen dan Al-Quran, 5 sen pun duit tuntutan you juga, nilainya tetap sama, seems Al-Quran pun you reject maka I tetap nak you tahu apa yang tertulis dalam Al-Quran itu untuk you, so I post di sini sebab I tahu you akan baca," katanya yang dipetik daripada Instagram itu pada Rabu.
Rabecca pada Selasa menerima wang tuntutannya daripada Erma Fatima iaitu sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen selepas memenangi kes tuntutan terhadap pengarah drama itu pada 8 November lalu.
Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Julai 2013.
Selain wang syiling dan Al-Quran yang dihantar ke pejabat peguam Rabecca, Erma turut menyelitkan sekeping kad dengan kata-kata agar pelakon wanita tersebut terus tidak berbohong.
"Rabecca, kita mampu membohongi satu dunia tapi kita tidak akan mampu berbohong pada diri kita dan Allah.
"Andai ini (wang berkenaan) hak awak maka halallah ia, tetapi kalau bukan hak awak maka saya haramkan dunia akhirat, selamat menikmati kemenangan," tulis Erma pada kad berkenaan yang turut dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Bagaimanapun, pada tengah hari Rabu, Erma telah memadam kesemua status dan gambar sindiran itu dalam laman sosialnya.
Sementara itu dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepadamStar Online pada Rabu Erma enggan memberi sebarang kenyataan terhadap perkara tersebut.
"Maaf, saya tidak mahu beri apa-apa kenyataan. Rasanya tidak perlu saya komen dan saya tidak perlukan publisiti tentang itu.
"Cukup-cukuplah... biar dia sorang sahaja yang gila publisiti, maafkan akak ya," ujarnya.
[Wow] - Kisah Artis
Chris Booth dan James Mollison ialah dua orang jurugambar yang menghasilkan projek Where Children Sleep dimana mereka mengembara keseluruh dunia untuk melihat "bilik tidur" kanak-kanak. Ada yang mempunyai bilik yang mewah dan tak kurang juga ada yang tinggal sebagai gelandangan. Siri foto ini menginsafkan.
Cool
Kuala Lumpur – Seorang lelaki kurang upaya dilibas dengan parang oleh suspek dipercayai mempunyai masalah mental ketika sedang minum di restoran mamak Jalan Bangsar di sini hari ini.
Kejadian jam 10.45 pagi itu mengejutkan lebih 10 pelanggan di restoran itu yang lari bertempiaran ketika suspek mengamuk dengan menggunakan parang.
Mangsa cedera di muka dan ditetak di beberapa bahagian badan. – BH Online
[Wow] - Jenayah
KUANTAN – Keadaan banjir di Pahang kini semakin buruk dan semakin banyak mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri ini.
Bandar Kuantan kini hampir lumpuh apabila kebanyakan kawasan terputus bekalan elektrik dan air, selain jalan raya di sekitar bandar dinaiki air sehingga melebihi satu meter akibat hujan tidak berhenti hingga hari ini.
Beberapa kawasan perkampungan dan perumahan di sekitar Kuantan turut terputus bekalan elektrik dan air, selain dinaiki air sehingga melebihi dua meter.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri sehingga jam 11 pagi tadi, sebanyak 11,721 mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan, Rompin, Pekan, Maran dan Jerantut.
“Di Kuantan, sebanyak 4,148 mangsa banjir ditempatkan di 33 pusat pemindahan, Rompin (3,615 mangsa di 10 pusat pemindahan), Pekan (2,716 mangsa di 9 pusat pemindahan), Maran (1,179 mangsa di sembilan pusat pemindahan) dan Jerantut (63 mangsa di sebuah pusat pemindahan).
Tinjauan mendapati kebanyakan premis perniagaan, swasta dan institusi kewangan di bandar Kuantan tidak beroperasi berikutan bekalan elektrik terputus.
Pengamal media di Pahang turut menghadapi kesulitan untuk beroperasi bagi melaporkan situasi banjir terkini di Pahang.
Penduduk di kawasan rendah dan kawasan perumahan di sekitar Kuantan diarah bersiap sedia berpindah berikutan hujan masih berterusan dan dijangka berlaku air pasang dari laut dan bertembung dengan air Sungai Kuantan serta Sungai Lembing pada malam ini.
Berdasarkan tinjauan Bernama, beberapa pusat pemindahan juga mengalami masalah bekalan makanan dan keperluan asas berikutan kawasan penempatan mangsa banjir tidak dapat dihubungi menerusi jalan darat. - BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
Selepas hubungan cintanya Ahmad Albab
iaitu anak kepada pengarah Eirma Fatim berakhir beberapa lalu, belum ada
berita mengkhabarkan pelakon Sharifah Sakinah bertemu pengganti.
Sehinggalah malam tadi sewaktu majlis
malam gala tayangan filem terbaru lakonannya, Ular, bertempat di
e@Curve, adik kepada pelakon dan pelawak Sharifah Shahirah itu tidak
datang keseorangan. Apa yag jelas, dia hadir bersama seorang jejaka yang
tidak kurang segaknya.
Lantas pihak media terus bertanyakan pada tuan empunya badan, siapakah gerangan jejaka tersebut? Adakah kekasih baru Sakinah?
“Bukan. Dia tu trainer gym saya, Murad
namanya. Tapi sebenarnya dia trainer kak Lin (Sharifah Haslinda). Memang
dia selalu temankan saya. Kalau dia tak ada kelas, memang 24 jam dia
dengan saya. Dia tu anak angkat mak saya sebenarnya. Dia nak jadi
pelakon sebenarnya, jadi itu yang saya bawa dia malam ni untuk dia lihat
sendiri bagaimana kerja pelakon.
“Sekarang ni saya dalam proses nak
kuruskan badan. Dalam masa 6 bulan ni saya dah turun 12kg. Macam hari ni
(malam tadi) saya bawa Murad ke sini, jadi makanan macam nasi goreng
dan kueh teow goreng yang ada hari ni, semua tu saya tak boleh makan.
Dia tak bagi. Kalau dia tak ada, memang saya dah makan dah”, katanya
kepada pihak media sekaligus memberitahu buat masa ini dia masih lagi
solo.
‘Ular’ Yang Pertama
Sementara itu berkongsi mengenai filem
Ular, Sakinah berkata filem arahan Jason Chong itu merupakan filem
sulung lakonannya. Walaupun watak yang dibawakan ringan tapi sebagai
orang yang baru nak berjinak-jinak di layar perak, Sakinah berasa
bertuah dan bangga dapat bekerjasama dengan pelakon hebat seperti Lisa
Surihani, Yusry juga produksi yang sangat komited.
Disebabkan dia sudah biasa berlakon
sejak dari kecil, jadi dia tida berasa kekok untuk berlakon di laya
lebar. Mengimbas saat kira-kira dua tahun lalu, dia seronok sepanjang
menjalani penggambaran Ular.
“Ni filem sulung saya. Penggambaran masa
tahun 2011, masa tu umur saya 21 tahun. Lebih kurang 3 minggu kami
berada di Pulau Tioman untuk penggambaran.
“Watak saya ringan saja iaitu sebagai
seorang gadis yang gedik bernama Lin. Dia kawan baik kepada Amy (lakonan
Zarina Anjoulie). Saya seronok sepanjang penggambaran. Sepatutnya ada
babak saya bersama ular sebenar, tapi pihak produksi tak buat sebab
risikonya besar.
“Sepanjang kat pulau tu, nak diikutkan
memang tak selesa sebab banyak nyamuk dan lepas tu kena shoot dalam
hutan. Tapi saya okay saja”, katanya.
Ular arahan pengarah Jason Chong, bakal ditayangkan di pawagam pada 5 Disember ini. – Malaysian Digest
Hiburan
Apa yang anda lihat di dalam majalah selalunya bukan diri mereka yang sebenar. Semua telah diberi 'retouching' agar dapat memikat hati pembaca. Tak percaya? Cuba anda tengok sendiri.
Sakit Mata
Selepas selamat bergelar suami isteri pada 10 November yang lalu, pasangan Fizo Omar dan Mawar ada memaklumkan kepada media yang mereka akan terbang ke Eropah untuk percutian bulan madu mereka dan nampaknya ketika ini mereka sedang berada di sana.
Fizo Omar melalui akaun Instagram beliau ada berkongsikan beberapa keping gambar sekitar destinasi pertama mereka di Dubai, UAE untuk tatapan para peminat sebelum pasangan ini terbang ke kota London untuk percutian Eropah mereka.
Bercakap tentang gambar di Instagram, Fizo Omar baru baru ini menegur sebilangan individu yang datang dan menulis komen negatif terhadap gambar yang dikirimkan melalui laman sosial itu — walaupun ianya hanya gambar dikalangan keluarga.
“Saya sebenarnya boleh terima teguran dari anda semua sebab saya pun manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan tapi, kalau nak menegur bukan memalukan sesiapa di laman sosial yang boleh dilihat berjuta orang,” luah Fizo Omar.
Pedulikan sahaja mereka, lebih ramai lagi yang gembira melihat kehidupan Fizo Omar lebih lebih apabila sudah bahagia berumahtangga ketika ini.
Rotikaya
Hiburan
Satu kemalangan ngeri telah berlaku sekitar pukul 5.40 petang semalam di Batu 19 Sandakan. Dua penunggang motorsikal maut digilis apabili bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.
Mengikut saksi ditempat kejadian, motor tersebut cuba memotong sebuah kenderaan namun tidak menyedari lori tersebut telah menghampiri mereka. Takziah kepada keluarga mangsa
[Wow] - Berita Tempatan
Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menawarkan
60 unit Myvi Edisi Terhad FEM (Female Empowerment Movement) kepada
golongan wanita sebagai usaha bagi menjayakan kempen FEM yang memberi
fokus kepada golongan terbabit.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh
berkata, kempen seperti itu dilihat dapat menyumbang 20 hingga 30
peratus kepada jualan tahunan syarikat.
“Kempen yang fokus kepada golongan sasaran ini salah satu strategi kami bagi mengekalkan penguasaan pasaran automotif di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran kempen PERODUA FEM di sini, semalam.
Kempen terbabit menyaksikan PERODUA menawarkan Myvi dilengkapi
pelekat trendy, kusyen kulit dan warna putih Ivory. Semua ciri istimewa
itu bernilai RM4,000 dan apa paling menarik, harga unit terbabit tetap
berada pada harga semasa iaitu RM56,000 seunit.
Beliau berkata, golongan wanita perlu berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan memiliki atau pernah memandu kereta PERODUA untuk menikmati tawaran terbabit. Mereka juga perlu berdaftar di laman web www.peroduafem.com.my untuk menikmati pelbagai kemudahan lain dan berkongsi maklumat mengenai isu wanita.
Katanya, sehingga kini, laman web itu mencatatkan 2,000 keahlian dan syarikat menyasarkan 10,000 keahlian menjelang akhir tahun depan.
Ketika ditanya kesan kenaikan tarif elektrik kepada operasi
syarikat, Aminar berkata syarikat akan cuba terus menawarkan harga
berpatutan kepada pelanggan dengan mengurangkan kos pada setiap
peringkat dalam rangkaian pembekalan.
[Wow] - Motokar
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments