Aril Pilus bakal diijabkabul pada 20 Disember ini
Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus bakal menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya, Puteri Erma Edlinda yang merupakan pramugari Saudi Arabian Airlines pada 20 Disember ini.
Aril atau nama sebenarnya Azam Pilus berkata, dia tidak dapat berkongsi mengenai perkembangan dan persiapan perkahwinannya kerana dia tiada di tanah air ketika berita dia bakal berkahwin tersebar.
"Saya tak lari atau sorok. Sebenarnya, saya tak ada di Malaysia tetapi berada di Indonesia bagi urusan mempromosikan lagu baru, "Tulus".
"Sebab itu saya tak dapat nak kongsi dengan peminat. Bila balik Kuala Lumpur saya terkejut cerita itu timbul pula, tapi sebelum saya nak canang, perlulah dapatkan keizinan keluarga dua-dua belah pihak juga," katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Aril turut memberitahu dia akan mengadakan majlis akad nikah di kediaman Puteri Erma di Wakaf Che Yeh, Kelantan.
"Majlis akad nikah nanti saya akan buat kecil-kecilan saja untuk keluarga dan rakan-rakan rapat. Saya terpaksa buat majlis nikah nanti secara sederhana dan tertutup atas permintaan keluarga."
No comments
Post a Comment