Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Erma Sindir Rabecca Kerana Enggan Terima Syiling 5 Sen
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

PETALING JAYA: Tindakan pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 23, yang mahu memulangkan semula wang syiling 5 sen berjumlah RM11,500 kepada Erma Fatima membuatkan pengarah itu menyindir pelakon tersebut di laman Instagram miliknya pada awal pagi Rabu.
Erma dalam beberapa kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial tersebut berkata, tidak baik bagi Rabecca untuk tidak menerima wang syiling berkenaan dan senaskhah Al-Quran yang diberikan kepadanya.
"Tak baik you reject coin 5 sen dan Al-Quran, 5 sen pun duit tuntutan you juga, nilainya tetap sama, seems Al-Quran pun you reject maka I tetap nak you tahu apa yang tertulis dalam Al-Quran itu untuk you, so I post di sini sebab I tahu you akan baca," katanya yang dipetik daripada Instagram itu pada Rabu.
Gambar yang dimuat naik oleh Erma pada tengah malam Rabu.
Rabecca pada Selasa menerima wang tuntutannya daripada Erma Fatima iaitu sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen selepas memenangi kes tuntutan terhadap pengarah drama itu pada 8 November lalu.
Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Julai 2013.
Selain wang syiling dan Al-Quran yang dihantar ke pejabat peguam Rabecca, Erma turut menyelitkan sekeping kad dengan kata-kata agar pelakon wanita tersebut terus tidak berbohong.
"Rabecca, kita mampu membohongi satu dunia tapi kita tidak akan mampu berbohong pada diri kita dan Allah.
"Andai ini (wang berkenaan) hak awak maka halallah ia, tetapi kalau bukan hak awak maka saya haramkan dunia akhirat, selamat menikmati kemenangan," tulis Erma pada kad berkenaan yang turut dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Kata-kata yang ditulis oleh Erma dalam sekeping kad yang dikirimkan kepada Rabecca bersama wang syiling 5 sen.
Bagaimanapun, pada tengah hari Rabu, Erma telah memadam kesemua status dan gambar sindiran itu dalam laman sosialnya.
Sementara itu dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepadamStar Online pada Rabu Erma enggan memberi sebarang kenyataan terhadap perkara tersebut.
"Maaf, saya tidak mahu beri apa-apa kenyataan. Rasanya tidak perlu saya komen dan saya tidak perlukan publisiti tentang itu.
"Cukup-cukuplah... biar dia sorang sahaja yang gila publisiti, maafkan akak ya," ujarnya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments