Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Kumpulan arkeologi itu dipanggil pihak pengurusan Pasar Raya Monoprix untuk menjalankan pemeriksaan sebelum proses pembinaan dilakukan di kawasan tersebut.
Pengarah pasar raya tersebut, Pascal Roy berkata, pihaknya terkejut apabila menemui sebuah perkuburan komunal yang mayatnya ditanam secara tersusun.
“Kami menyangka kawasan ini hanya terdapat beberapa rangka tulang kerana ia merupakan bekas tapak perkuburan. Tetapi, apa yang berlaku agak memeranjatkan,” katanya.
Dahulu, kawasan itu merupakan tanah perkuburan sebuah hospital yang beroperasi pada kurun ke-12 hingga 17. Bagaimanapun, mayat-mayat yang ditanam di lokasi terbabit dipercayai sudah dipindahkan ke kawasan di bawah pasar raya berkenaan.
“Apa yang menarik adalah mayat-mayat ini bukannya dicampak ke dalam kubur tersebut tetapi ia disusun rapi. Mayat-mayat individu disusun secara selang seli kerana dipercayai untuk menjimatkan ruang kubur itu,” kata ahli arkeologi, Isabelle Abadie. – Agensi
Global
BAKAL hot mummy meletup!
Itu gambaran yang tepat dalam mendefinisikan pengacara cantik, Elaine Daly yang masih lagi mampu kelihatan hot berbikini biarpun dirinya kini sedang berbadan dua!
Pergh memang boleh bikin cemburu wanita-wanita di luar sana tengok body Elaine yang masih lagi meletup bak model biarpun kini sedang hamil lima bulan.
Elaine, hos program tv Bella kini sedang hamil anak sulung dan menyatakan perasaan terujanya mengandung di kala usianya kini sudah pun mencecah 35 tahun ke atas.
Untuk makluman, Elaine berkahwin dengan seorang doktor kelahiran Afrika Selatan pada 4 Disember lalu selepas hampir lapan bulan berkenalan.
Tahniah diucapkan buat Elaine dan suami! – MYNEWSHUB.CC
Hiburan
SOSIALIT Kim Kardashian West ada caranya yang tersendiri bagi meraikan jumlah pengikut Instagramnya yang kini sudah pun mencecah sebanyak 27 juta.
Kim berkongsikan gambar seksi dan menggodanya yang hanya mengenakan pakaian dalam berwarna merah, menyerlahkan lagi ‘asetnya’ yang menjadi pujaan ramai lelaki di luar sana.
Dalam pada itu, Kim dan ahli keluarganya yang membintangi siri realiti Keeping Up With The Kardashians dilaporkan sudah menandatangani kontrak terbaharu siri tersebut yang memberikan pulangan sebanyak RM361 juta buat mereka sekeluarga.
Program realiti popular itu turut dibintangi ibu Kim, Kris Jenner, dan adik-beradik Kim iaitu Kourtney, Khloe, Kendall Jenner dan Kylie Jenner sehingga kini masih lagi menjadi program nombor satu di Saluran E! yang membawa keuntungan buat stesen televisyen tersebut.
Hiburan
BEIJING – Perayaan Tahun Baharu Cina yang akan berakhir dengan sambutan Chap Goh Mehminggu hadapan mencetuskan sensasi di China gara-gara foto seekor babi gemuk kelihatan bersujud di depan sebuah kuil Buddha, lapor media tempatan.
Kejadian berlaku di pekarangan kuil berkenaan di Wenzhou, wilayah Zhejiang pada Selasa lalu, malah ramai pelawat mengambil peluang memuat naik beberapa gambar dan video aksi selamba babi tersebut yang dianggarkan seberat 150 kilogram.
Paparan foto dan visual haiwan najis mughallazah itu tersebar pantas menerusi media sosial sekali gus mencetuskan perdebatan soal apakah sebenarnya dilakukan mamalia tersebut kerana tiada seorang pun berkesempatan tanya babi berkenaan.
Apa yang pasti, babi montel tersebut tampak bersujud dengan dua kaki depan dilipat, dan ia dikelilingi ramai pengunjung, dan kebetulan insiden berlaku ketika satu upacara ritual keagamaan Buddha sedang berlangsung di dalam kuil itu.
Uniknya ia dilaporkan dalam posisi bersujud selama beberapa jam dan hanya meninggalkan tempatnya bersujud setelah sekelompok sami keluar dari dalam kuil dan kemudian terus melantunkan beberapa kalimah daripada kitab suci Buddha.
Para pengguna media sosial WeiBo di China; seumpama Twitter, yakin babi itu sedang berziarah ibadah dan mencari berkat tahun baharu di kuil itu manakala ada mengesyaki haiwan itu cuma cari makan atau beristirahat setelah penat berjalan.
Bahkan ada pengguna WeiBo yang memberikan penjelasan secara ilmiah bagi mengulas peristiwa unik itu dengan mendakwa si babi mungkin menderita kurang vitamin E yang boleh melemahkan kemampuan berdiri dengan empat kakinya.
Setelah foto itu tersebar luas, akhirnya pemilik haiwan haram tersebut, Huang tampil memberi penjelasan bahawa babi montok itu hilang dari ladang ternakannya pada pagi 22 Februari pagi ketika ia sedang leka mencari makan.
Malangnya, dia yang tidak sedar kisah babi itu menjadi sensasi di laman internet dilaporkan sudah memotong haiwan tersebut untuk dimakan dan jika Huang tahu peliharaannya sudah menjadi bintang terkenal, pasti babi itu masih hidup.
“Saya sudah memelihara babi ini bertahun-tahun, tetapi belum pernah melihat hal semacam ini. Saya sepatutnya tidak memotongnya,” kata Huang yang sangat terkesima melihat foto-foto aksi bersahaja babinya itu yang tersebar viral menerusi internet.
Penternak itu malah mendakwa, tiada seekor pun babi ternakannya menghidap penyakit tetapi hairan, jika haiwan tersebut berasa takut, ia seharusnya tidak bersujud manja dan membiarkan orang di sekeliling melihatnya sedemikian rupa.
Bayangkanlah, jika babi tersebut masih hidup lagi, haiwan itu pasti terkenal dan dikunjungi ramai peminatnya dari seluruh China yang tentunya berebut-rebut mengambil gambar selfiedan autograf daripada binatang berkenaan. – Agensi
Pelbagai
TIADA angin tiada ribut, tup-tup pelakon jelita yang baru beberapa bulan pulang ke tanah air, Juliana Evans dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi rap, Sone One.
Walaupun masing-masing masih berdiam diri daripada mengulas khabar angin yang bertiup kencang ini, beberapa siri gambar Juliana dan Sona One di laman Instagram didapati telah dijadikan ‘bahan’ oleh rakan mereka untuk mengusik.
Usikan bertambah rancak apabila jawapan Juliana terhadap komen Marina Juki seperti mengiyakan usikan rakan-rakan yang mengatakan dia dan Sona One sedang bercinta.
Rata-rata peminat Juliana turut memberi komen, mereka secocok dan kelihatan ‘cool’bersama apatah lagi secara kebetulan, masing-masing mempunyai darah campuran Melayu-Inggeris.
Bak kata pepatah ‘kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang’ kan?
Hiburan
RUSIA – Seekor kucing yang diwarnakan merah jambu oleh pemiliknya yang obses dengan warna berkenaan, telah mati akibat mengalami keracunan toksid daripada pewarna tersebut.
Pemilik kucing berkenaan, Lena Lenina yang juga seorang penulis, mewarnakan kucing itu dengan warna pink bagi mengikut tema dalam satu parti yang dianjurkannya iaitu parti merah jambu, dengan semua tetamu diwajibkan memakai baju berwarna merah jambu.
Namun selepas parti berakhir, Lena mula hilang minat dengan kucing berkenaan dan membiarkannya. Kucing itu kemudiannya jatuh sakit dan mati.
Pemeriksaan doktor mendapati kematiannya kucing berkenaan akibat toksid yang dikeluarkan pewarna berkenaan selepas kucing itu menjilat bulunya.
Meskipun Lena sebelum itu dikritik hebat akibat perbuatannya, dia mempertahankan diri dengan menyatakan tindakannya itu mendapat kebenaran doktor haiwan kerana ia memberi manfaat kepada kucing tersebut.
“Warna merah jambu itu dipilih kerana ia dapat memperkuatkan bulunya,’’ kata Lena.
Bagaimanapun orang ramai telah melancarkan petisyen secara dalam talian bagi meminta polis menyiasat perbuatan kejam ke atas haiwan tersebut.-
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments