Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Chef Riz Akhirnya Dedah Kekasih Baru

SELEPAS beberapa bulan berpisah dengan pelakon Ana Dahlia, anak teruna Chef Wan iaitu Chef Riz pernah memuat naik gambarnya bersama seorang gadis melalui laman Instagramnya awal tahun ini.

Ia sekaligus menimbulkan persoalan bahawa dia sudah menemui pengganti bekas isterinya itu.

Bagaimanapun, cerita itu lama-kelamaan semakin senyap apabila jejaka ini mengambil pendekatan untuk tidak berterus-terang mengenai hubungannya dengan gadis yang dipanggil ‘Mak Jemah’ itu.

Namun, hari ini, juga melalui laman Instagramnya, Chef Riz akhirnya memuat naik gambar dengan gadis yang juga kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Meambong.
Kali dengan disertakan dengan ‘caption’ yang teramat jelas menunjukkan mereka bercinta.

Chef Riz Dedah Kekasih Barunya

Begitu juga dengan gambar di akaun Instagram Shikin.

Chef Riz Dedah Kekasih Barunya

cantik dan padan pilihan Chef Riz ini. Apapun, kami doakan hubungan kali ini akan terus berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Bila Wanita Afrika Buat Lawak Di McD

Kebanjiran warga Afrika di negara ini tak dapat dinafi menimbulkan bermacam-macam masalah.

Selain kes penipuan, black money dan pergaduhan; budaya mereka yang berbeza selalu menimbulkan perasaan kurang senang di hati masyarakat Malaysia.

Sebagai contoh kejadian yang dikatakan berlaku di McDonald Kuching ini apabila sekumpulan wanita Afrika ke sana.

Seperti lagak ‘atttention seeker’, wanita-wanita ini buat macam restoran makanan segera itu keluarga mereka punya apabila duduk di atas kaunter sambil ‘feeling’ cantik.

Apabila ditanya sama ada mahu ‘take away’ (bungkus) atau ‘eat here’ (makan sini), mereka jawab ‘eat here’ jadi itulah sebabnya
mereka terus duduk atas kaunter.’


ini kisah inspirasi. Laura Patricia , seorang gadis dari Singapura mempunyai berat badan 82 kilogram. Oleh sebab beliau sering menjadi bahan ketawa dan diberi gelaran Fat Swan. Kini beliau mempunyai berat badan 52 kilogram. 

Laporan asal Singapore Seen
Pelik sungguh bila hal berlaku tanpa kita sedari. jom terjah gambar kat bawah nih.. Menarik dan menghairankan!

APABILA berhadapan dengan masalah di jalan raya, kami sarankan agar anda bertenang dan elakkan diri dari terlalu panik bagi mengelakkan situasi bertambah teruk.

Rakaman video ini boleh dijadikan contoh akibat yang berlaku jika anda tidak mahu menyelesaikan masalah secara berhemah.

Seorang lelaki yang agak berusia dilihat berang dengan seorang pemandu atas sebab yang tidak kami ketahui.

Pemandu itu kemudiannya dilihat tidak mahu keluar dari kenderaannya dan mahu melarikan diri dari kawasan yang agak sesak itu.

Akibatnya, beberapa kereta lain menjadi mangsa perlanggarannya sebelum dia memandu laju meninggalkan kawasan itu.

Mungkin dia lupa yang polis boleh mengesannya melalui nombor plat jika ada pihak yang membuat laporan di balai.





Korea ‘sepi’ pelajar duduki peperiksaan

Seoul: Korea Selatan semalam menyaksikan 65,000 pelajarnya mula menduduki peperiksaan tahunan untuk kemasukan ke kolej, menyebabkan jadual penerbangan terpaksa diubahsuai, manakala lalu lintas dikawal ketat bagi memastikan mereka dapat menghadirinya. 


Peperiksaan yang diadakan serentak di 1,257 pusat di seluruh negara, menyaksikan seluruh Korea berubah menjadi menjadi negara sunyi sepi. Kementerian pengangkutan melarang semua pesawat berlepas atau mendarat untuk tempoh 40 minit ketika ujian lisan bahasa diadakan. 





Elak latihan tentera 

Kementerian Pertahanan juga menjadualkan semula latihan tentera udara dan menembak manakala kenderaan dilarang berada dalam lingkungan 200 meter berhampiran pusat peperiksaan. 

Pejabat awam dan perniagaan utama termasuk pasaran saham dibuka kira-kira sejam lebih lewat daripada biasa semalam untuk memastikan jalan raya lengang dan pelajar tiba tepat pada masanya. 

“Mereka yang terperangkap boleh mendail nombor kecemasan 112 dan meminta bantuan kereta atau motosikal polis yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk membawa pelajar ke pusat peperiksaan,” kata pegawai. 
Di Sekolah Tinggi Perempuan Pungmoon di Seoul, pelajar junior meletakkan kain rentang ucapan selamat berjaya dan berbaris untuk memberi galakan kepada senior mereka yang memasuki dewan peperiksaan.

Ibu bawa tasbih 

Bagi ibu pula mereka membawa tasbih berdoa di luar pintu pagar sekolah selain ada yang terus ke kuil untuk mendapatkan restu. 

Keselamatan turut menjadi keutamaan apabila beratus-ratus pegawai peperiksaan diletakkan di satu lokasi rahsia selama sebulan dan hanya dibenarkan untuk meninggalkan tempat itu selepas peperiksaan berlangsung. 

Mereka diasingkan, dilarang menghubungi keluarga menggunakan telefon dan segala-galanya termasuk sisa makanan mereka turut tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan Persediaan bagi peperiksaan penting itu bermula dari sekolah rendah dan memberikan tekanan hebat kepada pelajar dan turut dipersalahkan dengan pelbagai perkara termasuk penyebab pelajar membunuh diri. AFP
iPad Air terima sambutan hangat


Tokyo: Bagi Takaaki Sasaki, menjadi pelanggan pertama beratur untuk mendapatkan iPad baru adalah cara untuk mengucapkan terima kasih kepada Apple Inc kerana memainkan peranan penting mengubah hidupan setahun lalu. 

Sasaki yang mencipta aplikasi popular di Jepun, adalah antara beratus-ratus rakyat Jepun yang menyerbu gedung Apple di daerah Gitza ketika pintu kedai mula dibuka untuk iPad Air yang mula dijual di negara itu Jumaat lalu. Pelancaran itu datang dengan sedikit saja publisiti berbanding iPad atau iPhone sebelum ini, dengan pelanggan berpotensi mungkin terpengaruh dengan sambutan kritikal yang sebahagian besar adalah positif, tetapi didominasi dengan bicara bahawa iPad Air bukan pengubah landskap. 



Pelancaran di seluruh dunia bermula di Australia dengan Apple di negara itu mengatakan sudah ada barisan di luar kedai apabila pintu dibuka dengan beberapa ratus orang dilaporkan berbaris di luar kedai di Sydney. 

Di gedung tiga tingkat Apple di Beijing, premis Apple terbesar di Asia, setiap pelanggan disambut dengan sorakan dan tepukan daripada kira-kira 25 kakitangan yang memakai baju biru terang manakala 12 pekerja lain berdiri bersedia untuk tepukan kedua di kaunter tunai di bahagian bawah kedai itu. 

Di Singapura, Edmond Ong, jurucakap bagi peruncit Epicentre, berkata jualan kali ini hambar berbanding pelancaran iPad tahun lalu. 

“(Bagaimanapun) Kami tidak terlalu bimbang kerana masih ramai pelanggan yang datang untuk mendapatkan iPad pagi ini,” katanya. 

Penguasaan Apple susut 

iPad Air bersaing untuk meraih perhatian pembeli kerana perlu bersaing dengan pelbagai tablet pesaing lain yang kian berkembang walaupun ketika pasaran meletup. 

“Angka yang dikeluarkan Khamis lalu menunjukkan penghantaran tablet di seluruh dunia meningkat sebanyak satu pertiga kepada 47.6 juta unit pada suku ketiga berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan penguasaan pasaran Apple susut kepada 29.6 peratus, jumlah paling rendah setakat ini,” kata teknologi firma penyelidikan pasaran IDC. 

iPad Air adalah lebih nipis daripada versi sebelum ini dengan berat kira-kira 450 gram dan dikatakan pantas,” kata Naib Presiden Apple, Phil Schiller pada sesi pelancaran di San Francisco pada 23 Oktober. 

Apple turut mempamerkan versi iPad Mini yang dinaik taraf yang akan mula dijual pada akhir bulan ini dengan memiliki paparan retina. 

Kedua-dua model baru itu menampilkan cip A7 dengan pemproses 64-bit. - AFP


MANILA: Taufan Haiyan yang turut membawa putting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina awal pagi ini dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometre sejam, demikian menurut agensi perkhidmatan kaji cuaca. 


Haiyan yang bermula di Pulau Samar, kira-kira 600 kilometer di barat daya Manila, membadai di pecan pesisir pantai Guiuan jam 4.40 pagi tadi waktu tempatan, demikian menurut pegawai kaji cuaca Romeo Cajulis. - AFP 


MOSCOW - Sebuah roket membawa obor Sukan Olimpik berlepas dari Bumi semalam menjelang Sukan Musim Sejuk Sochi 2014 di Rusia.
Siaran langsung Televi- syen Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan roket Soyuz TMA-11M yang tertera dengan logo Sochi 2014 itu dilancar pada waktu pagi dari pusat pelancaran roket Baikonur di Kazakhstan.
Obor itu akan berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Ia kemudian akan dibawa keluar dari ISS oleh seorang angkasawan yang berjalan di angkasa lepas.
Aksi itu adalah yang pertama kali dibuat sepanjang sejarah Sukan Olimpik.
Roket Soyuz itu turut membawa angkasawan Rusia, Mikhail Tyurin; angkasawan NASA, Rick Mastracchio dan Koichi Wakata dari Jepun.
Bagaimanapun, obor itu tidak mengandungi api demi keselamatan angkasawan di dalam roket dan di ISS.
Obor Olimpik sebelum ini pernah dibawa ke angkasa lepas iaitu pada tahun 1996 di dalam kapal angkasa Atlantis menjelang Sukan Olimpik Musim Panas di Atlanta.
Roket Soyuz itu tiba di ISS semalam enam jam selepas ia berlepas dari pusat pelancaran tersebut.
"Ia merupakan satu kegembiraan dan menjadi tanggungjawab kami untuk membawa obor yang menjadi simbol keamanan ini," kata Tyurin kepada wartawan menjelang pelancaran Soyuz kelmarin.
Obor tersebut akan berada di angkasa lepas selama lima hari.
Dua lagi angkasawan Rusia yang sudah berada di ISS, Oleg Kotov dan Sergei Ryazanskiy akan membawa obor tersebut untuk acara berjalan kaki di angkasa lepas esok sebelum ia dibawa pulang ke Bumi oleh tiga angkasawan berkenaan pada Isnin ini.
Acara membawa obor Sukan Olimpik Sochi selama empat bulan yang bermula di sini pada 7 Oktober lalu merupakan yang terpanjang dalam sejarah temasya Sukan Olimpik.
- Agensi

BOCHUD (kiri) dan Mangin bergambar dengan dokumen yang menunjukkan laporan siasatan terhadap polonium yang ditemui pada tulang dan pakaian Arafat.
LAUSANNE, Switzerland - Seorang saintis Switzerland, Profesor Francois Bochud dari Institut Radiofizik Lausanne menyatakan, terdapat bahan polonium dalam kuantiti yang tinggi pada tulang bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat.
Menurut Bochud, bahan beracun itu juga ditemui pada barang-barang peribadi milik Arafat sekali gus menunjukkan terdapat pihak ketiga yang menyebabkan kematiannya pada tahun 2004.
"Ia menunjukkan terdapat pihak ketiga yang terlibat (yang menyebabkan kematian Arafat)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Bagaimanapun, pasukan itu hanya memberikan sokongan pada tahap sederhana tentang idea bahawa Arafat telah diracun dengan bahan radioaktif itu
"Hasil kajian kami menyokong teori beliau diracun," tambahnya.
Menurut Pengarah Pusat Forensik Hospital Universiti Lausanne, Patrice Mangin, bahan beracun itu tidak menyerap masuk ke dalam badan Arafat secara semula jadi.
Ekoran pendedahan itu, balu Arafat, Suha menyatakan, beliau yakin terdapat orang yang dekat dengan bekas pemimpin tersebut yang meracunnya.
Beliau menganggap kematian Arafat adalah disebabkan pembunuhan politik.
Kadar kandungan polonium itu adalah 20 kali lebih tinggi daripada yang digunakan untuk tujuan penyelidikan.
Selepas pendedahan itu, seorang pegawai kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin menyatakan, tiada keraguan lagi bahawa Arafat telah mati diracun.
Pegawai itu, Wasel Abu Yusef berkata, pihaknya meminta satu jawatankuasa antarabangsa menyiasat tentang pembunuhan itu.
Arafat meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis pada tahun 2004.
Punca kematiannya menjadi misteri dan masih belum disahkan.
Pada tahun lalu, sebuah makmal di sini menemui kesan polonium-210 pada pakaian pemimpin itu yang diserahkan oleh balunya, Soha.
Lebih banyak sampel telah diambil pada jenazahnya di Tebing Barat.
Polonium-210 merupakan bahan radio aktif beracun yang sukar dikesan menggunakan alat pengesan radio aktif kerana susunan zarahnya.
Kurang satu gram serbuk polonium-210 berwarna perak boleh menyebabkan kegagalan organ yang membawa kepada kematian.
Racun tersebut biasanya dicampur ke dalam minuman dan makanan dengan tujuan untuk membunuh mangsa.
Dalam pada itu, ramai penduduk Palestin percaya Israel telah meracun Arafat tetapi dinafikan oleh regim Zionis.
"Kami tidak pernah membuat keputusan untuk memudaratkan Arafat secara fizikal," kata Menteri Tenaga Israel, Silvan Shalom yang berkhidmat sebagai Menteri Luar pada tahun 2004 ketika diwawancara Radio Israel.
"Pada pendapat saya, tuduhan ini telah digembar-gemburkan. Namun, jika benar beliau (Arafat) diracun, ia bukan kerja Israel," kata Shalom.
"Mungkin ada orang dalam yang mempunyai niat atau kepentingan untuk membunuhnya," tambah menteri berkenaan. - Agensi




Florida: Polis di Sarasota County sedang memburu perompak bank yang memakai topeng Albert Einstein ketika rompakan di sebuah bank, Sabtu lalu.
Mengikut Pejabat Syerif Sarasota County, perompak yang turut memakai rambut palsu kelabu melarikan diri dari Wells Fargo di Venice, Florida, dengan sejumlah wang yang tidak didedahkan menaiki kereta sedan merah yang dipandu rakannya.
Dia turut dilaporkan mencederakan seorang pelanggan yang cuba mengikutnya keluar dari bank itu.

Pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan apa dikatakan suspek kepada pekerja bank ketika rompakan atau sama ada dia memiliki pistol. - AP
Los Angeles: Pihak berkuasa melaporkan seorang lelaki dari Nebraska bakal mendapat kembali motosikalnya 46 tahun selepas kenderaan itu dicuri dari rumahnya.
Kastam AS berkata Isnin lalu motosikal Triumph Tiger 100 1953 berwarna hitam dan biru itu ditemui minggu lalu di Pelabuhan Los Angeles untuk dihantar ke Jepun dengan nilai disenaraikan sebagai AS$9,000 (RM29,000).
Ketika dilaporkan hilang pada Februari 1967, motosikal itu bernilai AS$300 dan tidak diinsuranskan

Peronda Lebuh Raya California akan memulangkan motosikal itu kepada pemilik asalnya yang kini berusia 70-an di Omaha, Nebraska. Namanya tidak didedahkan. - AP
Rio: Justin Bieber mungkin semakin menyesal memiliki begitu banyak tatu di badannya.
Hujung minggu lalu, tatu pada lengan penyanyi berusia 19 tahun itu yang membolehkannya dikenal pasti ketika cuba menyelinap keluar dalam bungkusan selimut dari rumah pelacuran di Brazil. Kini video ‘selfie’ peminat wanitanya yang berparti dengan bintang remaja berkenaan pula tersebar di Internet.
Video yang dirakamkan wanita Brazil dikenali sebagai Tati Neves berkenaan menunjukkan Bieber sedang tidur nyenyak dengan topi besbol kegemarannya di sisi manakala pakaian dan telefon bimbit memenuhi ruang tidurnya. Dalam video berkenaan, wanita terbabit merakamkan Bieber sedang tidur nyenyak serta dirinya sendiri sebelum akhirnya membuat aksi seolah-olah mencium penyanyi popular itu dari jauh sambil tersenyum kegirangan.

Wakil Bieber enggan mengulas. Sumber bagaimanapun mengakui ada sekumpulan lelaki dan wanita berparti di rumah itu, namun menafikan ada pelacur dalam kalangan mereka.
Bieber dikatakan menjemput beberapa gadis pulang ke rumah agamnya untuk berparti, hujung minggu lalu.

Semua tetamunya menandatangani kontrak melarang mereka daripada bercerita mengenai parti itu atau mengambil gambar, malah telefon bimbit turut dirampas. - Agensi

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT - Seorang nenek berusia 86 tahun meninggal dunia sehari selepas menjadi peserta tertua menyertai Marathon New York, Ahad lalu.

Joy Johnson dari California mengambil masa kurang lapan jam menamatkan perlumbaan 4.2 kilometer melalui lima bandar utama di Amerika Syarikat.

Anak perempuannya, Diana Boydston berkata, ibunya terjatuh pada kilometer 19 dan hanya ke khemah perubatan setelah perlumbaan tamat.

"Dia bukan berlari untuk bersaing, dia berlari kerana itu minatnya," katanya dipetik  AFP
Muhammad Asyraf Ikhwan

KUALA TERENGGANU - Bapa kepada bayi lelaki yang menjadi mangsa dalam kejadian kereta dilarikan oleh seorang remaja di Dungun, Isnin lalu  mahu anaknya itu dipindahkan ke hospital di Kota Baharu, Kelantan.

Abdul Pirhat Karim, 34, berkata ini bagi memudahkan keluarga mentuanya yang tinggal di Tumpat menguruskan anak dan isterinya, Che Mastura Che Awang, 31,
yang turut cedera dalam kejadian itu.

"Saya pun masih cedera di tangan dan pergerakan agak terbatas. Jika balik ke kampung isteri, dapatlah mereka sama-sama membantu meringankan beban kami," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini hari ini.

Katanya beliau sudah mengemukakan permohonan untuk memindahkan anaknya Muhammad Ashraf Ikhwan yang berusia sembilan bulan itu ke hospital di Kota Baharu kepada pihak pengurusan HSNZ.

Mengenai keadaan Muhammad Ashraf Ikhwan yang baru sedar selepas dua hari koma susulan kejadian, beliau berkata anaknya itu semakin stabil dan sudah dapat menyusu seperti biasa. 

Abdul Pirhat adalah antara dua keluarga yang berdepan detik cemas apabila mereka "dilarikan" bersama kereta masing-masing oleh seorang remaja lelaki dalam dua kejadian yang berlaku secara berturut-turut, bermula di kawasan rehat dan rawat Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil.

Selepas kereta yang dinaiki keluarga Abdul Pirhat terbabas dan terbabit kemalangan, remaja itu bertindak menahan dan melarikan sebuah kereta lain yang juga dinaiki oleh sebuah keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub memberitahu Bernama polis masih menyiasat motif sebenar kejadian.

Suspek memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dan memberitahu dia berbuat demikian kerana mahu pulang ke kampungnya di Kelantan, katanya menambah beliau juga sedang menunggu hasil siasatan bagi memastikan sama ada suspek perlu dirujuk kepada pakar sakit mental. - Bernama
Tom Cruise
SELEPAS bercerai dengan Katie Holmes, beberapa pihak media menuduh aktor Tom Cruise mengabaikan anaknya, Suri Cruise.
Menurut laporan E! Online, Tom menyifatkan tuduhan tersebut adalah menjijikkan kerana dia tidak mungkin akan melakukan seperti yang didakwa itu.
"Kenapa mereka (media) perlu membuat tuduhan itu? Apa yang telah diberitakan adalah sangat menjijikkan," katanya.
Suri Cruise
Tambah Tom, dia tidak pernah pun berniat untuk meninggalkan Suri begitu sahaja, namun tidak ada pilihan lain apabila dia dan bekas isterinya tiada lagi persefahaman.
Gara-gara tuduhan yang dipaparkan dua media iaitu In Touch Weekly dan Life & Style,Tom telah menghantar surat saman atas merasakan nama baiknya sudah tercemar.