Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Korea Jadi ‘Sepi’ Pelajar Duduki Peperiksaan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Korea ‘sepi’ pelajar duduki peperiksaan

Seoul: Korea Selatan semalam menyaksikan 65,000 pelajarnya mula menduduki peperiksaan tahunan untuk kemasukan ke kolej, menyebabkan jadual penerbangan terpaksa diubahsuai, manakala lalu lintas dikawal ketat bagi memastikan mereka dapat menghadirinya. 


Peperiksaan yang diadakan serentak di 1,257 pusat di seluruh negara, menyaksikan seluruh Korea berubah menjadi menjadi negara sunyi sepi. Kementerian pengangkutan melarang semua pesawat berlepas atau mendarat untuk tempoh 40 minit ketika ujian lisan bahasa diadakan. 





Elak latihan tentera 

Kementerian Pertahanan juga menjadualkan semula latihan tentera udara dan menembak manakala kenderaan dilarang berada dalam lingkungan 200 meter berhampiran pusat peperiksaan. 

Pejabat awam dan perniagaan utama termasuk pasaran saham dibuka kira-kira sejam lebih lewat daripada biasa semalam untuk memastikan jalan raya lengang dan pelajar tiba tepat pada masanya. 

“Mereka yang terperangkap boleh mendail nombor kecemasan 112 dan meminta bantuan kereta atau motosikal polis yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk membawa pelajar ke pusat peperiksaan,” kata pegawai. 
Di Sekolah Tinggi Perempuan Pungmoon di Seoul, pelajar junior meletakkan kain rentang ucapan selamat berjaya dan berbaris untuk memberi galakan kepada senior mereka yang memasuki dewan peperiksaan.

Ibu bawa tasbih 

Bagi ibu pula mereka membawa tasbih berdoa di luar pintu pagar sekolah selain ada yang terus ke kuil untuk mendapatkan restu. 

Keselamatan turut menjadi keutamaan apabila beratus-ratus pegawai peperiksaan diletakkan di satu lokasi rahsia selama sebulan dan hanya dibenarkan untuk meninggalkan tempat itu selepas peperiksaan berlangsung. 

Mereka diasingkan, dilarang menghubungi keluarga menggunakan telefon dan segala-galanya termasuk sisa makanan mereka turut tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan Persediaan bagi peperiksaan penting itu bermula dari sekolah rendah dan memberikan tekanan hebat kepada pelajar dan turut dipersalahkan dengan pelbagai perkara termasuk penyebab pelajar membunuh diri. AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments