Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Wajah sebenar Sharifah Anis Al-Idrus, kekasih baru Sharnaaz Ahmad - Pembabitan Anis Al-Idrus atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, dalam dunia peragaan bukan baru. Seingat Sha, dia aktif sebagai model sejak berusia belasan tahun.

Wajah cantiknya banyak menghiasi majalah dan kini bergelar pelakon. Kemunculannya dalam Selamat Malam Kekasih menerusi watak Maya Karmilla mendapat perhatian ramai.

Drama lain dibintangi si cantik ini Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak. Dalam pada itu, ada khabar angin pengusaha bisnes tudung Nishbyanisalidrus itu kini rapat dengan pelakon kegilaan ramai, Sharnaaz Ahmad.

Sejauh mana rapat tu, Sha tidak pasti tetapi menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, Anis dan Sharnaaz saling menyukai.

Melihat keperibadian Anis yang lemah lembut dan pandai bawa diri, siapa tidak jatuh hati. Kalau benar mereka ada perasaan antara satu sama lain, Sha tidak terkejut kerana sebelum ini ada peminat bercerita seronok melihat kemesraan Sharnaaz dan Anis yang sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sepanjang bulan puasa ini.

Kata mereka, Anis buka gerai jual tudung manakala Sharnaaz rancak menjual kemeja-T dan serunding daging asli di bawah jenama Sharnaaz Ahmad Garment. Sha dengar ada juga kenalan Anis bertanya sejauh mana hubungannya dengan Sharnaaz, tapi model dan pelakon itu hanya mendiamkan diri. Melihat reaksinya, mereka segera ubah topik kerana faham Anis tidak suka membicarakan hal peribadi dan sangat berahsia orangnya. 

Apapun, kalau benar bunga-bunga cinta sedang berputik, Sha tumpang gembira. Bertuah Sharnaaz dapat kekasih sebaik Anis. Orangnya sangat istimewa, bukan saja cantik tetapi baik budi pekerti. 

Walaupun berasal daripada keluarga berada, Anis sangat merendah diri dan pandai bawa diri. Malah, dia wanita yang sangat berdikari.


SEORANG wanita nampaknya begitu terdesak untuk menjadi tumpuan ramai apabila dia mengambil keputusan menjual tiket berharga £10,000 (RM53,949.38) kepada 'peminat' yang mahu menyaksikan dia bersalin.
Tindakan itu benar-benar mengejutkan ramai sehingga mempersoalkan kenapa ada yang mahu melakukan perkara itu mahupun membayar untuk tiket berkenaan kerana ia dilihat terlalu pelik.
Wanita itu, Josie Cunningham sebelum ini menarik perhatian ramai apabila melakukan implan payudara di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS). Dia kini kecewa apabila satu tawaran untuk menjual DVD yang menyiarkan rakamannya melahirkan anak dengan sebuah syarikat tidak menjadi.
Josie yang berhasrat untuk menjadi seorang model yang terkenal, dijangka bersalin pada Oktober ini, memberitahu majalah Closer: "Saya sakit hati apabila tawaran DVD itu tidak menjadi. Saya dijangkakan mendapat beribu-ribu (pound) menerusi tawaran itu dan mahu berkongsi pengalaman berharga itu. Saya kemudiannya menyedari perkara terbaik seterusnya adalah menjual tiket untuk menyaksikan saya melahirkan anak di rumah.
"Saya sudah pun teruja dengan rancangan ini. Saya menjual dua tiket pada harga £5,000 (RM26,962.15) setiap satu dan dua tiket berharga £10,000 (RM53,949.38) untuk VIP. Kesemua tiket termasuk kemudahan pengangkutan dan penginapan, dan mana-mana tiket yang berharga lebih tinggi dapat merakamkan kelahiran ini dan mengambil gambar. 
"Saya akan menggunakan wang ini untuk membuat bayaran balik kepada NHS yang melakukan pembedahan saya, dan akan membelanjakan bakinya untuk anak-anak saya."
Bagaimanapun, sukar untuk dipercayai apabila Josie, 23, sudahpun mempunyai seorang 'peminat' yang telah membeli sekeping tiket untuk menghadiri ke acara yang dikatakan amat pelik itu.
Paul Mills-Ash, 29, berkata: "Saya mengikuti perkembangan kerjaya Josie sejak dia mula menjadi tumpuan ramai. Saya menggunakan wang simpanan saya untuk membeli sekeping tiket berharga £5,000. Ia sememangnya satu jumlah wang yang banyak tetapi ia berbaloi. Ia boleh dikatakan sebagai sesuatu yang manis apabila mengenangkan mengenai saya menyaksikan kelahiran itu, pada masa akan datang." - mirror.co.uk




ROME: Seorang remaja maut dalam kemalangan berpunca daripada rambut panjangnya yang tersimpul pada stereng kereta dipandunya.

Caterina Alzetta, 19, sedang memandu kereta, manakala abangnya. Pietro, 21, duduk di sebelah, ketika kejadian itu berlaku di bandar Montereale Valcellina di wilayah Pordenone, Itali.

Sebelum itu, Caterina menurunkan tingkap kereta menyebabkan angin meniup rambutnya dan sejurus kemudian ia tersimpul pada stereng kenderaan berkenaan.

Pietro berkata, apabila Caterina cuba menarik rambutnya kereta mereka terbabas sebelum merempuh kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Bagaimanapun Pieto bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan.

Pieto dan Caterina adalah anak kepada Michelle Alzetta, seorang ketua unit bantuan kecemasan bandar berkenaan.

Michelle berkata, rambut Caterina memang kasar dan panjang.

Keadaan itu, katanya, mungkin menyebabkan ia tersangkut pada stereng dan menyukarkan pemanduan anaknya.

"Saya diberitahu Caterina cuba menyentak rambutnya dengan menggerakkan kepala secara mengejut tetapi tindakan itu menyebabkan stereng kereta juga bergerak," katanya.

Sementara itu, dua lelaki yang ada dalam kereta yang bertembung dengan Caterina turut dihantar ke hospital, namun dijangka dibenarkan pulang tidak lama lagi.

Kemalangan berlaku di jalan yang menghubungkan San Martino di Campagna dan Montereale.

Disebabkan popularitinya di kalangan penduduk setempat, majlis pengebumian Caterina dihadiri ratusan orang. 

Tawau: Tiga bersaudara maut manakala seorang bayi lelaki berusia 19 bulan masih hilang sementara seorang wanita terselamat apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam sungai sebelum dihanyutkan arus deras di Sungai Kakano di Kilometer 131 Jalan Sepulut-Kalabakan, di sini, kelmarin.



Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Riduan Abdul, 36, Fatmawati Mustafa, 38, dan Najar Sabtula, 47, manakala Mohd Ryan Firdaus, 19 bulan, masih gagal ditemui dipercayai tercampak keluar dari kenderaan. 
Sementara ibu bayi yang juga penumpang, Megawati Mustafa, 30, terselamat apabila berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum kenderaan terbabit tenggelam ke dasar sungai. 

Difahamkan, semua mereka yang menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari bandar ini menuju ke arah Keningau, namun setibanya di tempat kejadian, pemandu kenderaan terbabit hilang kawalan sebaik ketika melalui jambatan.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan bomba masih berusaha mengesan bayi berkenaan yang dipercayai dihanyutkan arus sungai.
“Siasatan awal mendapati lima bersaudara ini dikatakan dalam perjalanan ke Batu 38 Jalan Kalabakan untuk menghantar salah seorang rakan mereka selepas berhari raya. -HM




SEBAGAI rakyat Malaysia, kami berbangga dengan bakat lukisan anak tempatan bernama Monica Lee ini.
Boleh dikatakan obses dengan perincian, hasil karyanya tampak begitu ‘hidup’.
Kebiasaannya, lukisan potret yang dihasilkan merupakan terjemahan daripada gambar yang diambilnya sebelum itu.
Monica menghabiskan tiga hingga empat minggu untuk menyiapkan setiap lukisannya.
Anda boleh mengikuti akaun Facebooknya iaitu Monica’s Lee Art untuk melihat lebih banyak hasil karyanya.