Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi




PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin tidak tertekan dengan cakap-cakap orang yang masih lagi mempercayai berita kononnya dia telah melakukan pembedahan pada wajahnya.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 30, berkata, walaupun sudah berpuluh kali menafikan menjalani pembedahan itu, dia tetap dituduh cuba menyembunyikan hal berkenaan dan tidak bercakap benar. 

"Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat (pembedahan) muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah.

"Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke samasa. Tetapi tidaklah ketara sangat. Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu," katanya kepada mStar Online.

Pada awal Januari lalu, Yana dikatakan melakukan pembedahan plastik dengan mengubah wajahnya menjadi lebih tirus selain telah pembedahan memancungkan hidung.

Bagaimanapun pelakon filem Adnan Sempit Sawadikap itu menafikannya dan menjelaskan penggunaan pendakap gigi sejak November 2013 yang menyebabkan tulang rahangnya berubah.

Sementara itu, Yana memberitahu, dia tidak pernah mempercayai pembedahan plastik semata-mata untuk kecantikan kerana apa yang dilihat, wajah seseorang itu tidak akan berubah banyak seperti yang diinginkan.

"Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks  tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara.

"Dan saya pelik kenapa sesetangah wanita begitu obses mahu berbuat demikian. Sedangkan mereka tahu dengan risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang nanti," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, sebagai seorang wanita yang mementingkan kecantikan, Yana lebih senang menjalani rawatan kuntur wajah agar sentiasa kelihatan muda.

"Rawatan kuntur wajah adalah antara aplikasi kecantikan yang saya suka kerana membentuk wajah kita agar kelihatan lebih kemas.

"Selain itu saya juga mengamalkan pengambilan makanan tambahan serta ulam-ulaman. Itu sahaja," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Yana yang kini menjadi duta kepada produk kopi iaitu Super Food Marketing Sdn Bhd (SUPER), bersama aktor Izzue Islam kini sibuk dengan promosi jelajah di seluruh negara.

Yana akan berehat daripada lakonan selama sebulan bagi memberi fokus kepada promosi tersebut. Mstar



PETALING JAYA: Pelakon Kilafairy memberitahu, ibunya iaitu penyanyi Rohana Jalil sering memberi nasihat agar dia lebih berhati-hati dengan perlawaan golongan VVIP termasuk kerabat diraja.

Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan, 22, berkata, perkara tersebut dijadikannya panduan agar lebih menumpukan perhatian terhadap bidang seni dan bukan mencari kemewahan serta populariti melalui jalan mudah.

"Bohonglah kalau tiada golongan VVIP atau kerabat cuba mendekati kerana semua yang menjadi artis pasti akan menerima ujian seperti ini. Mama (Rohana) banyak bagi nasihat untuk berhati-hati dan bercerita tentang pengalaman rakan-rakannya yang diganggu golongan VVIP dengan pelbagai cara.

"Ia terpulang kepada kita untuk terima atau tidak, saya tidak layan langsung kerana kalau dilayan nanti ia menjadi-jadi. Kalau boleh terus elakkan daripada pergi tempat-tempat yang ramai golongan seperti ini," ujarnya.


Tambah Kilafairy, kebanyakan taktik golongan VVIP apabila mereka menggunakan kenalannya untuk menjemput bagi menghadiri sesebuah acara dalam usaha memikat hati.

Dia tidak pernah melayan sebarang undangan, mesej atau panggilan telefon daripada mana-mana individu VVIP yang dirasakan cuba mendekatinya kerana tujuan tersebut.

Sementara itu, Kilafairy yang bakal muncul dalam drama terbitan Tonton Music berjudul Hanya Satumengakui dia tidak pernah mengejar populariti atau sebarang anugerah.

Katanya, dalam tempoh ini dia masih dalam proses belajar dan mengasah bakat dalam bidang lakonan.

"Saya tidak ambil semua tawaran yang datang kerana saya berlakon bukan untuk mengejar populariti atau anugerah, sebaliknya sebagai proses mengasah bakat.

"Saya banyak tolak drama dan filem yang menawarkan watak yang sama sahaja iaitu antagonis, kalau boleh saya mahu cuba pelbagai watak," ujarnya.

Mengulas tentang tahap lakonan yang dikatakan masih kaku, Kilafairy berkata, dia menerima kritikan tersebut sebagai panduan untuk  memperbaiki mutu lakonan.

Dalam pada itu Kilafairy bergandingan dengan Syarif (Sleeq), Raja Farah, Qhaud Rashid dan Wan Sharmila dalam drama Hanya Satu yang akan akan disiarkan pada pukul 12 tengah hari bermula 15 September ini.

Drama itu boleh disaksikan di laman web Tonton music www.tontonmusic.com.my.

Mstar

Mexico City: Sebuah keluarga dipenjara semalam kerana mencungkil mata seorang kanak-kanak berusia lima tahun dengan sudu ketika melakukan pemujaan setan.
Dalam kejadian itu, Fernando Caleb Alvarado Rios diarah menutup mata oleh ibunya di depan datuk, neneknya serta ibu dan bapa saudaranya sambil mereka menari mengelilinginya dan memuja syaitan.
Tetapi apabila Rios terlalu takut untuk melakukan apa yang disuruhnya, ibunya, Maria del Carmen Garcia mengambil sudu dan mencungkil mata kanak-kanak itu bersama-sama anggota keluarganya yang lain.
Mereka ditangkap apabila jiran yang mendengar bacaan mantera yang kuat dari rumah keluarga itu dan melihat kanak-kanak itu menjerit kesakitan.
Semalam, dua tahun selepas kejadian pada Mei 2012 itu, sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas setiap tertuduh.
Seorang saksi berkata: “Kami mendengar jeritan dan mengetuk pintu rumah itu.
Tetapi tidak seorang pun membukanya.

Kami memanggil polis yang kemudian memecah pintu rumah itu.” Anggota polis, Benet Curiel memberitahu mahkamah, mereka menyaksikan lima orang dewasa berpakaian seperti syaitan mengerumuni kanak-kanak itu di dapur.

“Dua wanita terbabit berlumuran darah.
Kami terpaksa mengacu pistol untuk memaksa kumpulan itu melepaskan budak berkenaan sebelum memanggil ambulans.
Seorang daripada mereka memberitahu budak itu anaknya dan mengaku bertindak mencungkil mata mangsa,” kata Curiel.

- Agensi




NASHVILLE - Seekor kucing yang mempunyai masalah obesiti terpaksa menjalani latihan senaman menggunakan mesin treadmill untuk membantunya mengurangkan berat badan, lapor New York Daily News kelmarin.
Kucing berusia 10 tahun itu yang dikenali sebagai King Leo memiliki berat badan mencecah 14 kilogram (kg) dan hampir sukar bergerak akibat kegemukan.
Haiwan berkenaan kini ditempatkan di sebuah pusat penjagaan haiwan di bandar ini selepas ia dibuang oleh tuannya.
Pusat jagaan tersebut juga terpaksa mencukur bulu kucing berkenaan bagi memudahkan ia berjalan di atas mesin treadmill.
"King Leo suka berjalan di atas treadmill dan kami tidak menghadapi masalah untuk membantunya bersenam," kata seorang sukarelawan di pusat jagaan itu.
Selain jadual senaman yang ketat, diet pemakanan kucing itu juga dikawal untuk membantu ia mengurangkan berat badan. - Agens





AMPANG JAYA – Tindakan keterlaluan tiga pengawal keselamatan yang membelasah seorang remaja lelaki yang cuba ‘memancing’ wang tabung masjid sampai mati memakan diri apabila mereka dipenjara selama setahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Manira Mohd. Nor menjatuhkan hukuman itu selepas ketiga-tiga tertuduh, Mohd. Aswenry Majon, 31, yang berasal dari Kota Marudu, Sabah dan dua warganegara Indonesia, Iweldo Putra, 20, dan Pondri Neriko, 21, mengaku salah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan terhadap mereka.
Mengikut pertuduhan pindaan, ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan niat bersama telah melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah ke atas Mohamed Shah Reza Fauzi@Muhammad, 20, di tangga tepi pagar Masjid Al-Azim, Pandan Indah di sini pada pukul 5 pagi, 3 Disember tahun lalu.


Kosmo

Shah Alam: Bekas ibu mentua penyampai radio, Jimmy Shanley menafikan suaminya menghalang bekas menantunya itu mengambil cucu mereka, Zahrah Rania ketika giliran bermalam di rumah Jimmy.
Datin Muniroh Kassim, 53, yang juga pengasas produk kosmetik Natasya memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, suaminya, Datuk Suhaimy Othman tidak membenarkan Zahrah Rania diambil kerana yang datang ke rumahnya ketika itu bukanlah Jimmy, sebaliknya kakak iparnya, Datin Mastura Marliza Razali.
“Bukan tak benarkan kakak ipar dia datang, suami saya suruh Jimmy sendiri datang ambil (ZahrahRania).

“Kenyataan suami saya tak benarkan Jimmy ambil anak, tak betul,” katanya menyangkal cadangan peguam syarie Mohd Nor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy bahawa anak guamnya dihalang mengambil Zahrah Rania di rumah keluarga bekas isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Wanita itu berkata demikian pada sesi soal balas perbicaraan kes perintah komital kerana melanggar perintah mahkamah membabitkan hak lawatan dan bermalam yang difailkan Jimmy terhadap Nursuhaila Eliani. HM