Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Bagi peminat filem Star Wars, Hotel kapsul di Penang ini memberikan anda pengalaman seolah-olah berada di dalam “Corellian Space”. Hotel yang diberi nama Qube ini terletak hanya 3 minit berjalan kaki dari pusat membeli-belahGurney Plaza. Ia merupakan sebuah hotel butik yang menampilkan bilik-bilik gaya kapsul dengan akses WiFi percuma di dalam bilik.

homeway image.

homeway image

agoda image

Hotel kapsul ini terletak di Jalan Tanjung Tokong

Setiap unit kapsul menawarkan penghawa dingin, soket elektrik dan peti keselamatan peribadi.
Imej dari agoda.com


agoda image

Harga penginapan di hotel ini adalah serendah dari RM35 untuk satu malam. Pastinya Qube merupakan pengalaman baru yang mesti anda cuba. Untuk maklumat lanjut mengenai Qube, anda boleh layari laman Facebook mereka.

Sumber dari Hitz.fm

Pastinya ramai yang kenal dengan Albert Einstein kan? Percaya atau tidak, hampir semua ahli akademik dari seluruh dunia mengkagumi jasa dan pencapaiannya. Einstein adalah tokoh ahli fizik yang berasal dari Jerman. Dia juga merupakan seorang ilmuwan terkenal di abad ke-20. Kerana terlalu genius, Einstein dikenali ramai orang dari seluruh dunia. Selain kecerdasan otaknya, Einstein juga dikenali kerana wajahnya.

Ketika ini mungkin ada ramai orang yang memiliki IQ setara dengan Einstein tetapi tidak ramai yang mempunyai wajah seakan-akan mirip dengan Einstein. Dari laporan laman web shanghaiist.com, lelaki bernama Profesor Manzou ini dikatakan amat mirip dengan Enstein.




Dengan rambut yang putih, kumis putih dan wajah yang tenang, profesor ini mendapat perhatian warga maya dan menjadi selebriti internet. Profesor Manzou merupakan seorang pensyarah di Fujian Agriculture and Foresty University. Beliau sudah mengajar di Universiti tersebut selama 3 tahun.

Di dalam kelas, profesor Manzou dikenali sebagai seorang pensyarah yang ramah dan murah dengan senyuman. Para pelajar juga turut berasa senang hati dengan kehadirannya di Universiti tersebut. Sejak pelajarnya mengambil gambar dirinya untuk dimuatnaik ke laman media sosial, kini profesor Manzao menjadi selebriti di dunia maya kerana wajahnya yang mirip dengan Albert Enstein.

Sumber dari shanghaiist.com

Hello Kitty Gournemt Café adalah kafe pertama seumpanya di Malaysia dan peminat tegar Hello Kitty boleh membuat pesanan makanan dengan watak kesukaan anda. Terletak di tingkat bawah Oasis Boulevard di Sunway Piramid, kafe ini dipenuhi dengan perabot kayu dan kusyen yang jelas seperti suasana di Paris.

Baru sahaja dua hari beroperasi dan sambutan yang diterima sangat menggalakan. Orang ramai sanggup beratur seawal 9 pagi untuk merasai sendiri pengalaman dan menjadi orang terawal menikmati makanan di kafe ini.

Kafe dua tingkat ini bagaimanapun agak luas untuk keselesaan pengunjung. Tingkat atas terletaknya dapur utama manakala tingkat bawah mengendalikan minuman dan pembayaran. Anda akan melihat pekerja turun naik di kafe ini.

Jika anda bukanlah seorang peminat Hello Kitty rasanya kafe ini tak rugi untuk dicuba. Tapi jika anda tak mahu menunggu terlalu lama, atau tidak suka kan suasana yang terlalu sesak memandangkan ianya masih baru lebih baik tunggu beberapa bulan sehingga ianya reda. Buat anda yang ingin ke sini kami sediakan maklumat lanjut operasi kafe ini.


Sumber dari The Rakyat Post