Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Penjenayah

Awas!!! Ada taktik terbaru yang kini digunakan penjenayah untuk mengalih perhatian sebelum meragut atau mencuri barang berharga milik mangsa.

Khamis lepas di Serdang, sekumpulan tiga orang dipercayai warga Filipina menggunakan taktik menumpahkan sos cili ke baju mangsa untuk mengalihkan perhatian mangsa sebelum dirompak.

Taktik itu bagaimanapun gagal apabila seorang daripada suspek itu berjaya ditahan sepasukan polis berpakaian preman yang meronda kawasan sekitar kawasan kejadian iaitu di pusat membeli-belah The Mines.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata tiga suspek itu pada mulanya menumpahkan sos cili ke atas mangsa iaitu seorang wanita warga China di sebuah stesen bas sebelum merompaknya.
Beliau berkata, anggota polis yang meronda terdengar jeritan wanita berkenaan meminta tolong segera membantu mangsa.

“Taktik menggunakan sos cili itu kini merupakan cara baru pen jenayah mengalihkan perhatian mangsa.
“Bagaimanapun anggota kami berjaya mengejar dan memberkas seorang daripada mereka,” katanya.

Abdul Razak memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang 03-8074 2222 untuk membantu siasatan.

Seorang jurugambar profesional ketika melawat sebuah tasik di Tanzania terkejut apabila menemui pelbagai jenis haiwan menjadi keras seperti baru disumpah menjadi batu.

Nick Brand ketika melawat Tasik Natron mendapat tahu haiwan itu berubah menjadi kaku seperti batu adalah kerana tubuh mereka menjadi terawet oleh alkali yang tinggi terkandung di dalam air tasik itu.

Air tasik itu sebenarnya mengandungi abu gunung berapi yang bernama Natron. Natron turut digunakan oleh orang Mesir untuk mengawet mayat para pemerintah ketika Mesir purba seperti mayat Firaun.
Tahap alkali di dalam tasik itu adalah dalam kadar pH antara 9 dan 10.5 serta suhunya adakalanya boleh mencecah 60 darjah celcius.

Tidak ada haiwan akan terselamat apabila berada di tasik itu dan biasanya haiwan-haiwan itu akan mati.

Sebaik sahaja seekor burung atau binatang jenis kelawar terjatuh ke dalam air Tasik Natron, mineral yang terdapat di dalam air akan mula mengubah daging mereka menjadi batu.
Tubuh mereka kemudian akan kaku betul-betul pada saat terakhir kematian mereka.

Jika dilihat daripada keadaan haiwan di dalam gambar itu, ia kelihatan seperti di sebuah tasik yang berhantu tetapi dipenuhi oleh hantu binatang akibat daripada kejadian itu.


Tiada sesiapa pun tahu punca sebenarnya mereka mati tetapi suasana air tasik yang kelihatan seperti satu imej cermin menjadikan haiwan terutamanya burung keliru lantas terhempas ke dalam tasik itu.

“Kandungan garam dan soda dalam tasik ini begitu tinggi sehingga ia boleh memadamkan dakwat pada kotak filem Kodak saya dalam beberapa saat sahaja.

“Mineral inilah yang menyebabkan haiwan itu diawet sebegitu, saya menemui mereka mati di sepanjang persisir tasik dan gambar mereka saya olah pada keadaan mereka ketika hidup,” katanya.
madonna (1)


Setelah menyimpan selama lebih dua dekad, Madonna, 55, akhirnya berkongsi satu rahsia hidup yang disimpannya selama ini.

Dalam majalah Harper’s Bazaar edisi November, Madonna menulis tentang pengalamannya dirogol di bumbung bangunan oleh lelaki tidak dikenali yang mengacukan pisau kepadanya.
Insiden pahit itu dilalui Madonna ketika mula-mula tiba di New York dari Rochester, Michigan untuk mengejar impiannya menjadi bintang pada usia 19 tahun.

Selain itu, Madonna turut berkongsi pengalaman awal dia mula mengejar cita-cita di kota besar secara sendirian. Antaranya, menjadi model bogel untuk kelas seni demi membayar yuran kelas tarian.

Mengakui seorang yang liar pada usia muda, Madonna juga menulis bagaimana dia akhirnya sedar perlu menjadi seseorang yang lebih berguna daripada dikenali sebagai perempuan bergigi emas dan mempunyai teman lelaki gangster semata-mata.

Antara titik perubahan terbesar dalam hidupnya adalah menemui ajaran Kaballah dan bergelar ibu kepada dua anak.

Madonna yang boleh digelar permaisuri Pop, merancang untuk keluar dengan album baru pada tahun hadapan

Untuk menjadi pelukis memerlukan bakat tapi jika mahu mengikut stail Leandro Granato, 27, ia memerlukan lebih daripada itu.

Pelukis abstrak Argentinia ini mampu membuatkan sesiapa sahaja kagum dengan keupayaannya melukis menggunakan teknik luarbiasa, iaitu menggunakan mata.

Caranya, Granado akan menyedut bancuhan warna air di hidung sebelum menghembus warna ke kanvas menggunakan saluran di mata.

Teknik ini telah dipraktikkan oleh Granado sejak kecil lagi, sebaik sahaja menyedari matanya boleh menyemburkan air apabila dimasukkan menerusi hidung.

Granado memerlukan masa antara 10 minit hingga berbulan-bulan untuk menyiapkan satu-satu karya yang dijual lebih £1,500 (RM7,800) setiap satu.
Antara inspirasinya adalah pelukis Amerika, Jackson Pollock.

Akui Granado, keluarganya menyangka dia sudah gila ketika mula-mula memberitahu mahu serius menggunakan cara ini untuk menyara hidup.

Namun lama kelamaan keluarganya sama seperti orang lain, sedar bahawa Granado telah menjadi perintis dalam memperkenalkan cara baru berkarya menggunakan teknik yang dipanggil ‘eye painting’.


Baru-baru ini Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama terpaksa menangguhkan lawatan rasminya ekoran konflik kewangan negara Uncle Sam itu sehingga terpaksa menutup operasi beberapa agensi kerajaannya.

Kira-kira 800,000 orang kakitangan awam di AS diberikan cuti tanpa gaji sehingga operasi jabatan mereka kembali beroperasi semula.

Sebenarnya, kerajaan AS bukanlah sudah sampai pada tahap bankrap cuma mengalami sedikit masalah kewangan.

Dewan Kongres AS bagaimanapun menolak usul untuk menaikkan had kredit sehingga menyebabkan gaji kesemua kakitangan terlibat gagal dibayar.

Obama menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memaklumkan penangguhan itu dan memohon maaf serta berjanji komited untuk melawat Malaysia pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Bagaimanapun, jika sudah ada kebencian pada kerajaan pimpinan Najib pasti ada puak yang bermulut jahat sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak masuk akal dan juga tidak ada kena mengena langsung dengan isu penangguhan lawatan Obama itu.

Satu status dari akaun Hanisya Abdul Hamid yang menuduh Perdana Menteri konon-kononnya membawa ‘malang’ selepas melawat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan AS bankrap.

Dari wajah gambar profil, manis bertudung tapi mulut boleh tahan biadabnya.

Daripada penjelasan dirinya di Facebooknya, Hanisya ini mendakwa dia sebagai ‘Kakak Kawasan’ kononya dia bertugas di Pusat Khidmat Ahli Majis Perbandaran Kuantan.

Bekerja di agensi perkhidmatan awam juga rupanya, beginilah manusia kalau jiwa, hati dan mulut dah dipenuhi kebencian.
Curang

Kota Kinabalu – Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), awal pagi semalam.

Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya.

Sumber berkata, ketika pintu bilik dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala.
“Marah dan kecewa melihat perbuatan isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut serta dalam serbuan,” katanya.

Menurutnya, kecurangan wanita terhadap suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna.
“Sejak keluar rumah, dia tidak pernah menemui suami yang menetap di bandar raya ini.

“Pelik dengan sikap isterinya, lelaki itu menjejaknya sebelum mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang juga dari Semporna.

“Sebaik mengetahui isterinya kerap bersama kekasih lain di hotel murah, suami terbabit melaporkan perkara itu kepada JHEAINS,” katanya.

Sementara itu, Penolong Penguat Kuasa JHEAINS Khamis Jamil berkata, berdasarkan aduan, pihaknya bersama tiga anggota polis bergegas ke lokasi dimaksudkan bagi menjalankan serbuan.

“Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai tuala membuka pintu itu.

“Ketika disoal, lelaki terbabit mengaku bermalam dengan wanita yang didakwa tunangnya,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui wanita terbabit di dalam tandas dengan hanya memakai tuala sebelum diarah keluar.

“Siasatan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan dan wanita itu juga masih berstatus isteri orang,” katanya. – HARIAN METRO
IPOH - Mayat dua lelaki ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya diikat serta muka ditutup dengan plastik lut sinar di dalam but sebuah kereta di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Alor Pongsu, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat Bagan Serai, sini Jumaat.
 
IPOH - Mayat dua lelaki ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya diikat serta muka ditutup dengan plastik lut sinar di dalam but sebuah kereta di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Alor Pongsu, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat Bagan Serai, sini Jumaat.
 
Mayat Ting Liong Chin, 28, yang berasal dari Cheras dan Seu Hong Chee, 19, dari Kepong, Kuala Lumpur, ditemui dalam but kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu kira-kira pukul 4.05 petang tadi.

Menurut seorang pekerja di hentian itu yang enggan dikenali, beliau melihat kereta itu dalam keadaan mencurigakan selepas terhidu bau busuk dan terdapat banyak lalat di kereta berkenaan.

“Kereta yang berkunci ini berada di sini sejak pukul 7.30 petang semalam. Saya tidak pasti siapa yang tinggalkan kereta di sini dan melaporkan perkara itu kepada polis,” katanya.

Polis telah memecah tingkap kereta berkenaan untuk membuka but kereta sebelum menemui dua mayat berkenaan, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan. - BERNAMA
Keluarga Suspek Kes Rogol Nak Saman Pihak Sebar Wajah Anak Mereka Di Internet

SUNGAI BUAYA – Kesemua lapan keluarga suspek kes rogol kanak-kanak 12 tahun akan mengambil tindakan saman terhadap pihak terlibat mengambil, memuat naik dan menyebarkan gambar anak mereka ke dalam akhbar, internet serta laman sosial.

Tindakan itu diambil susulan tersebarnya gambar lapan suspek termasuk beberapa individu lain berpakaian tahanan yang berada dalam sebuah van pihak berkuasa.

Ibu seorang suspek yang enggan namanya didedahkan berkata, mereka tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu kerana memalukan keluarga sedangkan anak mereka belum disabitkan kesalahan.
“Kami tidak akan bertolak ansur dalam soal ini. Ini soal maruah dan masa depan anak-anak kami.
“Bagaimana maruah kami dan bagaimana masa depan anak kami yang sepatutnya boleh dirahsiakan tetapi disebar dan disiarkan dalam media massa,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Seorang lagi ibu kepada suspek berkata, kerahsiaan itu sepatutnya tersimpan dan hanya diketahui pihak berkuasa tetapi penyebarannya di media massa mencemarkan maruah ahli keluarga suspek.

“Cukuplah kami dimalukan dengan jiran serta penduduk kampung, tetapi kami kecewa dan tidak boleh bertolak ansur apabila maruah kami dicalar hingga diketahui seluruh negara.

“Gambar itu sudah cukup membuka aib kami semua sedangkan perbicaraan mahkamah sekalipun masih belum berjalan,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa tidak sepatutnya terlepas pandang perkara sedemikian sepanjang suspek berada dalam jagaan atau pengawasan mereka.

Katanya, dari apa yang berlaku itu, individu terbabit atau pihak berkuasa harus bertanggungjawab berhubung perkara ini.

Seorang bapa kepada dua suspek berkenaan berkata, anaknya baru menerima keputusan soal siasat dan masih dalam proses siasatan sepenuhnya, tetapi gambar mereka didedahkan dengan niat mengaibkan.

Katanya, sikap individu terbabit jelas mencemarkan maruah keluarga mereka sehingga tersebarnya wajah anak mereka di akhbar, internet dan laman-laman sosial.

“Maknanya, semua yang terlibat mengambil, memuat naik dan menyebar serta menyiarkan gambar tersebut di internet, laman sosial dan televisyen swasta harus bertanggungjawab,” katanya.

Sinar Harian juga telah difahamkan bahawa gambar tersebut dirakam ketika kesemua suspek termasuk dua lelaki yang menghadapi kes berlainan sedang dalam perjalanan ke Selayang untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Gambar tersebut telah mula dimuat naik antara 20 September hingga 25 September lalu dan terus tersebar di laman internet dan sosial.
Anggota Polis Nak Raikan Pengesahan Jawatan, 'Kantoi' Dengan Awek Di Hotel

BATU PAHAT – Niat seorang anggota polis yang mahu meraikan pengesahan jawatannya bersama kekasih terbantut, apabila bilik hotel disewanya diserbu pihak berkuasa, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Lelaki berkenaan yang bertugas sebagai anggota polis di Terengganu ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat kerana berkurung dengan kekasihnya sehingga menimbulkan syak.

Timbalan penguat kuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan ditahan dalam operasi bersepadu Jaij Batu Pahat, Muar, Kluang dan Johor Bahru dalam membanteras maksiat sekitar Ayer Hitam.

Katanya, pihaknya beberapa kali mengetuk pintu bilik berkenaan, namun tiada jawapan. Setelah menunggu lama dan pihak penguat kuasa mahu memecah pintu barulah ia dibuka.

“Sebaik pintu berkenaan dibuka, pihak kami mendapati seorang lelaki yang lengkap berpakaian begitu juga pasangannya. Bagaimanapun, kedua-duanya berada dalam ketakutan ketika diambil keterangan.

“Pasangan lingkungn 20-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, namun selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk dan beberapa pegawai penguat kuasa mendesak memecah pintu, barulah pintu dibuka.

“Pemeriksaan menyeluruh dilakukan mendapati, lelaki dan pasangannya yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai hubungan sah,” katanya.

Saiful berkata, pasangan terbabit kini ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

Katanya, pasangan terbabit juga akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan berhubung kesalahan itu selesai.

Menurutnya lagi, operasi bersepadu ini bertujuan membendung kegiatan sumbang seperti judi dan maksiat yang semakin menular di kalangan umat Islam terutama anak muda sejak akhir-akhir ini.

“Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan lebih kerap dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan berpotensi kelakuan seperti ini,” katanya.

Saiful berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan enam individu kerana melakukan kesalahan berjudi yang kemudiannya dibawa ke Balai Polis Ayer Hitam untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

“Kesemua lelaki terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana membeli atau berada dalam kedai judi.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. – SINAR HARIAN
Naomi Campbell Cuma Minum Jus Selama 10 Hari

NAOMI Campbell mungkin kelihatan masih lincah dan memiliki potongan supermodel ketika melangkah di pentas peragaan sempena pertunjukan fesyen Atelier FW13 Couture oleh Versace baru-baru ini, tapi hakikatnya dia telah melakukan satu pengorbanan yang kedengaran tidak masuk akal.

Menurut Naomi, dia hanya minum jus semata-mata sebelum tarikh peragaan agar tubuhnya muat elok dengan jubah Versace yang disarung pada hari berkenaan.

Perkara ini terpaksa dilakukan apabila Naomi kembali ke pentas peragaan selepas lebih sedekat tidak muncul namun berazam untuk kelihatan sama seperti dahulu.
Akuinya, selama sepuluh hari dia hanya mengambil jus karot, nenas dan halia.

Bagaimanapun apabila mengingat kembali bagaimana respon penonton yang kelihatan kagum melihat dia sama seperti dahulu sebaik sahaja muncul, Naomi menyatakan semua itu berbaloi.


naomi versace
Sumber: Metro UK
Ratu Dunia Diejek Pembantu Rumah Kerana Asal Filipina

KEMENANGAN Megan Young sebagai Ratu Dunia pada tahun ini nampaknya kurang dipersetujui banyak pihak terutama yang suka bersifat perkauman. Hinggakan, sebuah laman Facebook mengutuk Megan telah diwujudkan.

Perkara ini menyakitkan hati pelayar internet dari Filipina apabila wakil dari negara mereka itu digelar sebagai ‘pembantu rumah’ dan kemenangan itu satu perkara lawak.

Selain Facebook, kritikan terhadap kemenangan Megan turut diluahkan di Twitter, antaranya berbunyi: ‘Miss Philippines is Miss World? What a joke! I did not know those maids have anything else in them Ha Ha Ha’

Seorang pemilik akaun dari Singapura turut memberikan komen melampau apabila merujuk perempuan Filipina sebagai miskin, berbau dan tidak berpelajaran.

Akibatnya, Facebook yang mengutuk Megan menjadi medan pertengkaran antara pengomen yang bersifat perkauman dengan pelayar internet Filipina yang marah.

Megan ditabalkan sebagai Ratu Dunia pada Sabtu lepas di Bali, Indonesia. Kemenangannya mencatat sejarah sebagai wakil pertama dari Filipina yang berjaya memenangi gelaran tersebut.

Selain menjadi sasaran pihak yang tidak bersetuju dengan kemenangannya, gambar-gambar lama Megan ketika beraksi seksi sebagai model turut tersebar selepas kemenangannya. missworldkenakutuk

Selebriti wanita yang juga pengacara rancangan E! news Asia, Marion Rose Caunter tetap kelihatan menawan dan bergaya biarpun kini sedang hamil anak kedua.

Bagi yang mengikuti laman Instagram pengacara cantik ini pasti anda kagum dengan dirinya yang tidak menjadikan kehamilan sebagai satu halangan untuknya sentiasa tampil cantik dan bergaya.

Selain itu pemilik salun rambut, Myhairplay ini turut gemar berkongsi fesyen rambut yang sentiasa digayakan mengikut majlis keraian yang dihadirinya.

Untuk makluman, Marion dan suaminya, SM Nasaruddin diijabkabulkan pada 16 Disember 2010 dan anak pertama mereka, Leia Rose dilahirkan pada tanggal 16 Disember 2011.



Kucing

Seorang wanita dikenali sebagai Caroline H, merakam dan memuatnaik video seekor kucing mengiau dengan mengeluarkan bunyi seperti ‘go away’ di Dublin, Ireland.

Bunyi itu seolah-olah diajuk kerana Caroline terlebih dahulu mengucapkannya untuk menghalau kucing berkenaan yang menceroboh dapur rumahnya.

Kucing berwarna hitam putih itu dipercayai memasuki dapur Caroline melalui tingkap selepas terhidu bau biskut.

Dalam keadaan takut-takut berani ketika Caroline mahu menghalau itulah, ia mengeluarkan suara mengiau berbunyi seperti ‘go away’. Menurut Caroline dalam keterangan videonya, kucing itu tidak diapa-apakan dan terus melepaskan diri selepas dirakam.

Berasakan ada sesuatu yang menyeramkan pada kucing berkenaan, Caroline menggelarkannya ‘kucing syaitan’ dan meminta penduduk sekitar berhati-hati.

Bagaimanapun tidak lama selepas video ini tersebar, seseorang muncul dan mendakwa itu kucingnya namun ia tidaklah misteri mana. Kejadian mungkin berlaku ketika kucing itu tersesat apabila keluar dari rumah untuk bersiar-siar yang merupakan rutin biasanya.
Abu Mayat


Charlie Nguyen, pemilik kedai Charlie’s Liquor & Smoke di Wichita, Kansas sudah biasa menemui barang-barang yang ditinggalkan oleh pelanggan seperti telefon bimbit dan kunci.

Namun buat pertama kali, ada seorang pelanggan tertinggal bungkusan tertulis ‘remains of Helen K. Dapron’ beserta tarikh kelahiran dan kematian pada Oktober 1930 dan Jun 2010.
Bermakna, ia adalah bungkusan berisi abu mayat!

ashes

Dalam usaha mengenalpasti pelanggan yang keciciran bungkusan abu mayat tersebut, Charlie telah memeriksa rakaman keselamatan namun ia tidak jelas.

Usaha menampal iklan di pintu kedai juga tidak mendatangkan hasil, membuatkan Charlie sanggup menempah iklan di laman web Craigslist.

Menjelaskan mengapa dia bersungguh-sungguh sampai begitu sekali, Charlie menyatakan bungkusan itu merupakan abu mayat nenek seseorang. Jika ia miliknya, pasti dia akan mencari sampai jumpa memandangkan ia sesuatu yang berharga.

Akhirnya semalam (Khamis), seseorang muncul dan mengaku abu mayat itu miliknya.

Bagi penulis, Remy Ishak merupakan salah seorang artis yang gemar berkongsi gambar menarik dan berseni menerusi laman Instagram selain Nabila Huda, Amy Search, Zahiril Adzim dan Tiz Zaqyah.

Jika anda mengikuti Instagram Remy pastinya anda mengetahui dia kini sedang berada di kota London menjalani penggambaran bagi telefilem Selangkah Ke Syurga.

Menerusi naskhah terbarunya itu Remy digandingkan bersama pelakon wanita berbakat besar, Nadiya Nisaa.

Alang-alang dah berada di negara orang, pelakon kelahiran Melaka ini tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan gambar-gambar menariknya sepajang berada di sana.
Antara tempat menarik yang sempat dilawatinya ialah Big Ben dan Liverpool Street.







PANTAI HUNTINGTON – Berpuluh-puluh ekor anjing mencuri tumpuan apabila menyertai Pertandingan Luncur Anjing Surf City di California, Amerika Syarikat.

Kejohanan tahunan kali kelima itu berlangsung di Pantai Huntington pada Ahad lalu.

Pertandingan luncur ombak tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori berat bermula daripada anjing di bawah sembilan kilogram (kg) hingga kepada lebih 27kg.

Acara berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton sejak ia diperkenalkan pada 2009.

Anjing-anjing yang ditemani pemilik masing-masing turut dipakaikan pelbagai jenis pakaian.
Terdapat juga kategori khusus di mana pemilik boleh meluncur dengan anjing peliharaan masing-masing serta dua ekor anjing meluncur bersama-sama di atas sebuah papan luncur pada satu masa. – Agensi
Elfira Loy

Pelakon kecil molek Elfira Loy menafikan dirinya berlagak baik dihadapan peminatnya sebalikya dia hanya menjadi dirinya yang sebenar di hadapan meraka.

Isu ini dikatakan bermula apabila Elfira dikatakan semakin seksi dalam imej serta pemakaiannya.

Mengulas mengenai perkara itu, melalui portal Gua, Elfira menjelaskan, “saya tak tahu nak komen apa sebab saya tak seperti yang diperkatakan mereka. Kalau nak cakap saya seksi, diikutkan dari awal kemunculan saya dalam industri lagi, saya dah memang berpakaian sebegini. Mungkin mereka mula bercakap sebab sekarang dah ada Instagram dan lebih mudah mereka nak tengok gambar saya”.

Enggan memanjangkan isu tersebut, Elfira mengambil pendekatan hanya menjadi dirinya sendiri tanpa perlu bersikap hipokrit terhadap peminatnya.

Menyentuh mengenai perkembangan seninya, Elfira akan menggembara ke negara Filipina dan Thailand untuk sebuah program travelogue yang akan bersiaran tidak lama lagi.
Selain itu, figura manis ini juga menjelaskan dia kini tidak lagi bergelar Wajah Eksklusif Astro sejak Disember lalu.

Kini, Elfira bergerak sendiri menguruskan kerjaya di kala usianya kini mencecah 20 tahun.
Skype, WhatsApp

Karachi – Wilayah Sindh di selatan Pakistan akan menghalang akses kepada rangkaian komunikasi online termasuk Skype dan WhatsApp selama tiga bulan dalam usaha menyekat keganasan.

“Kami kesal kerana ini memberi masalah kepada pengguna tetapi terpaksa mengharamkannya selama tiga bulan,” kata Menteri Penerangan Sindh, Sharjeel Memon.
Katanya, tindakan menyekat penggunaan Skype, WhatsApp, Tango dan Viber adalah disebabkan sebab keselamatan.

Seorang pegawai polis berkata, aplikasi online itu sering digunakan oleh pengganas dan penjenayah.

Agensi keselamatan baru-baru ini melancarkan operasi besar-besaran selepas berlaku beberapa pembunuhan dan peras ugut di Karachi.

Pegawai tempatan berkata, kerajaan wilayah akan memohon Pihak Berkuasa Telekomunikasi (PTA) menyekat rangkaian di Sindh selama tiga bulan. – AGENSI

TINDAKAN dua gadis Singapura memakai bikini dan memilih bumbung bangunan meletak kereta sebagai tempat untuk ‘berjemur’ menyebabkan seorang pengawal keselamatan wanita ‘naik angin’ dan menghalau kedua-duanya dari situ dengan payung!

Yang lawaknya, salah seorang gadis tersebut juga diketuk dengan payung itu oleh pengawal berkenaan setelah terjadi pertengkaran di antara mereka.

Kejadian berlaku pukul 2 petang, ketika cuaca sedang panas terik.

Dua gadis berkenaan pada mulanya dilihat pergi ke petak parkir yang kosong sebelum menanggalkan pakaian mereka.


Kemudian dengan hanya berbikini, kedua-duanya dilihat enak berbaring seolah-olah berada di tepi pantai.

Tindakan mereka disedari oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas.
Pengawal wanita itu ternyata cukup marah dengan perbuatan tersebut.


Kejadian yang berjaya dirakam itu kini menjadi viral di republik tersebut setelah ia tersebar di dalam internet.

Macam-macam hal….












VIDEO: Luahan Maaf Pengantin Perempuan Setelah Lauk Kendurinya Korbankan 4 Nyawa


PENGANTIN perempuan yang majlis perkahwinannya di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu lalu menyebabkan kematian empat orang kerana keracunan makanan memohon maaf kepada semua yang terlibat atas ketentuan yang berlaku.

Haslina Yusof berkata, beliau sedih dan terkilan dengan kejadian yang menimpa sanak saudara dan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu.

Empat orang yang maut itu keracunan makanan selepas menikmati juadah kenduri kahwin berkenaan termasuk sepupu Haslina sendiri, Norshazana Mohd Rashid, 24, yang meninggal dunia di rumahnya di Sungai Petani.

“Saya tidak sangka boleh jadi begini,” katanya kepada wartawan .

Haslina, 23, merayu agar tidak ada mana-mana pihak yang menaruh syak wasangka dan memberi tanggapan serong terhadap keluarganya.

Katanya, beliau dan keluarga sudah cukup menanggung malu atas apa yang telah terjadi.

Mereka juga tidak berniat untuk menganiaya sesiapa apatah lagi menaruh racun ke dalam makanan seperti yang ditohmah oleh sesetengah pihak.

main_ax_0210_P12a

Sementara itu, bapa Haslina, Yusof Ahmad, 52, juga terkilan dan sedih kerana tidak menyangka majlis perkahwinan pertama dalam keluarganya itu bertukar jadi bencana.

“Saya sebagai tuan rumah nak minta maaf banyak-banyaklah berlaku pada kenduri baru-baru ini. Saya pun tak sangka yang boleh jadi macam itu. Saya panggil kawan-kawan untuk datang makan kenduri ini dengan iklhas, tak ada niat nak buat jahat atau apa,” katanya.

Apa yang menyebabkan beliau lebih terkilan ialah antara mangsa keracunan yang dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia itu adalah saudara-maranya sendiri.

Yusof turut memaklumkan beliau dan ahli keluargnya juga cirit-birit dan muntah-muntah dan ditahan di hospital selama tiga hari. Mereka hanya dibenarkan pulang pada pagi Rabu.

Sementara itu, jenazah mangsa keempat, Wang Razali Yaacob, 56, selamat dikebumikan pada pagi Rabu di Tanah Perkuburan Masjid Al-Atiq, Kampung Merbok, Sungai Petani.

Allahyarham meninggal dunia pukul 7.15 malam Selasa di Hospital Sultan Abdul Halim setelah sakit perut dan muntah-muntah selepas pulang dari majlis perkahwinan itu.

Dua lagi mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut yang maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan dan Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma yang meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan.

Dalam pada itu, polis masih menunggu laporan perubatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mengumpulkan laporan berkenaan daripada empat buah hospital daerah dan dijangka akan siap dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalili Ariffin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh selepas menerima laporan itu bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk melihat unsur khianat atau kecuaian.

Setakat ini, 270 orang dilaporkan mendapatkan rawatan di hospital kerana keracunan makanan daripada majlis kenduri kahwin itu. – ASTRO AWANI