PANTAI HUNTINGTON – Berpuluh-puluh ekor
anjing mencuri tumpuan apabila menyertai Pertandingan Luncur Anjing Surf
City di California, Amerika Syarikat.
Kejohanan tahunan kali kelima itu berlangsung di Pantai Huntington pada Ahad lalu.
Pertandingan luncur ombak tersebut
dibahagikan kepada beberapa kategori berat bermula daripada anjing di
bawah sembilan kilogram (kg) hingga kepada lebih 27kg.
Acara berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton sejak ia diperkenalkan pada 2009.
Anjing-anjing yang ditemani pemilik masing-masing turut dipakaikan pelbagai jenis pakaian.
Terdapat juga kategori khusus di mana
pemilik boleh meluncur dengan anjing peliharaan masing-masing serta dua
ekor anjing meluncur bersama-sama di atas sebuah papan luncur pada satu
masa. – Agensi
No comments
Post a Comment