Baru-baru ini Presiden Amerika Syarikat
(AS) Barrack Obama terpaksa menangguhkan lawatan rasminya ekoran konflik
kewangan negara Uncle Sam itu sehingga terpaksa menutup operasi
beberapa agensi kerajaannya.
Kira-kira 800,000 orang kakitangan awam
di AS diberikan cuti tanpa gaji sehingga operasi jabatan mereka kembali
beroperasi semula.
Sebenarnya, kerajaan AS bukanlah sudah sampai pada tahap bankrap cuma mengalami sedikit masalah kewangan.
Dewan Kongres AS bagaimanapun menolak usul untuk menaikkan had kredit sehingga menyebabkan gaji kesemua kakitangan terlibat gagal dibayar.
Obama menghubungi Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak untuk memaklumkan penangguhan itu dan memohon maaf
serta berjanji komited untuk melawat Malaysia pada satu tarikh yang akan
ditetapkan nanti.
Bagaimanapun, jika sudah ada kebencian
pada kerajaan pimpinan Najib pasti ada puak yang bermulut jahat sanggup
mengeluarkan kata-kata yang tidak masuk akal dan juga tidak ada kena
mengena langsung dengan isu penangguhan lawatan Obama itu.
Satu status dari akaun Hanisya Abdul
Hamid yang menuduh Perdana Menteri konon-kononnya membawa ‘malang’
selepas melawat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan AS bankrap.
Dari wajah gambar profil, manis bertudung tapi mulut boleh tahan biadabnya.
Daripada penjelasan dirinya di
Facebooknya, Hanisya ini mendakwa dia sebagai ‘Kakak Kawasan’ kononya
dia bertugas di Pusat Khidmat Ahli Majis Perbandaran Kuantan.
Bekerja di agensi perkhidmatan awam juga rupanya, beginilah manusia kalau jiwa, hati dan mulut dah dipenuhi kebencian.
No comments
Post a Comment