Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Spekulasi kehilangan pesawat MAS MH370 sering dikaitkan dengan penglibatan Amerika Syarikat dan Diego Garcia.
Teori pesawat MH370 dikawal oleh teknologi drone, alat kawalan jarak jauh berkeupayaan tinggi AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives.
Pihak kedutaan AS di Malaysia tampil menafikan teori berkenaan.
Pihak kedutaan AS menafikan sekeras-kerasnya teori yang mengatakan pesawat itu mendarat di pangkalan tentera udara AS di pulau kecil itu.
Tuduhan itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak mendarat di situ, kata seorang jurucakap Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.



“Spekulasi bahawa penumpang MH370, Philip Woods menghantar mesej foto dari Diego Garcia juga tidak benar,” katanya.

Menurut beliau, AS turut menolak dakwaan beberapa orang yang menyaksikan pesawat dengan skim warna seakan sama dengan MH370 terbang rendah di ruang udara Maldives pada pagi 8 Mac lepas.
”Tidak ada petunjuk bahawa MH370 terbang di mana-mana berhampiran Maldives atau Diego Garcia,” katanya.
Berkaitan data, jurucakap itu menambah bahawa ia hanya memberi maklumat atas permintaan dan Malaysia tidak meminta data dari satelit Amerika yang terletak di Pine Gap, Australia.
Jurucakap itu berkata usaha kerjasama Malaysia dan Australia, tujuh kapal Tentera Laut AS bersama 26 negara lain dilakukan berdasarkan kawasan yang dikenalpasti oleh pakar-pakar Malaysia dan antarabangsa..

SHAH ALAM – Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menafikan dakwaan bahawa sebuah kereta terjatuh dalam mendapan yang berlaku di Jalan Bukit Bintang, hari ini.
Pengarah Strategi Komunikasi dan Perhubungan Awamnya, Amir Mahmood Razak berkata, mendapan itu tidak menghasilkan lubang yang besar sehingga menyebabkan kerosakan harta.
“SOP kami bertindak segera dan jalan itu terus ditutup apabila mendapan itu dikesan. Saya menafikan segala rumor yang tersebar mengatakan bahawa kereta telah terjatuh ke dalam lubang.
“Saya gesa agar pihak yang menyebarkan rumor berkenaan menghentikannya kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh menimbulkan panik kepada orang awam,” katanya dalam satu kenyataan.
Laluan yang terlibat dilaporkan akan ditutup sehingga 6 pagi esok.
Dalam kenyataan sama, MRT Corp berkata, tindakan segera berkenaan diambil berikutan kontraktor kerja-kerja bawah tanah Projek MRT, MMC Gamuda KVMRT (T) mengesan berlaku sedikit mendapan di bawah laluan pejalan kaki.
“Apabila mendapan itu dikesan, kontraktor segera mengerahkan Emergency Response Team (ERT) dan menghubungi pihak berkuasa.
“Keputusan itu dibuat berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Projek MRT untuk menutup sehingga jarak 500 meter Jalan Bukit Bintang itu bagi memastikan risiko minimum kepada orang awam,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu juga, penutupan jalan yang bermula sejak 9 pagi tadi membolehkan kerja mengukuhkan tanah dengan menurap kawasan di bawah laluan itu.
“Jalan di Bukit Bintang akan ditutup sehingga 6 pagi esok untuk tujuan mengukuhkan tanah itu. Dalam tempoh penutupan itu, laluan trafik bertentangan akan dikawal manakala laluan trafik dari Bukit Bintang menghala ke Jalan Tun Razak akan diarahkan kepada dua laluan bertentangan,” katanya. – SINAR HARIAN


Sudah 18 tahun berlalu. Kalau Ting Song Sheng masih hidup, usianya kini 27 tahun. Namun sampai sekarang, Song Sheng yang hilang pada 15 Januari 1996, masih tidak ditemui. Di mana dia?

Kepada yang tidak mengetahui kisah ini, untuk pengetahuan anda, Song Sheng hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah, Klang untuk pulang ke rumahnya. Ada pihak mendakwa dia telah dilarikan sindiket lalu dijadikan pengemis di Thailand. Kalau benar, mengapa sampai sekarang pihak berkuasa negara berkenaan gagal mengesannya?

Gan Kim Choo dan isterinya, Tin Kuwi Diun telah menghabiskan wang sebanyak RM40,000 untuk mencari Song Sheng, termasuk menggunakan khidmat 80 orang bomoh, namun semuanya hampa.

Apa sebenarnya yang berlaku kepada Song Sheng?

Kehilangan Song Sheng memang misteri, tapi kes kehilangan seorang kanak-kanak di Kampung Gantuk, Mentakab, Pahang, pada 28 November 1998 lebih pelik. Pagi itu Zulaiha Muhamad, 6, bermain dengan adiknya, Muhamad Nur Rahman, dua setengah tahun, di bawah pokok jambu mawar di halaman rumahnya. Ibu mereka, Kamariyana Osman pula sibuk menyapu sampah.

Oleh kerana sakit perut, Kamariana meninggalkan mereka dan bergegas ke tandas. Namun sekembalinya Kamariyana ke halaman, didapatinya Zulaiha tiada. Ke mana menghilangnya Zulaiha? Muhammad Nur berlari datang dari balik sebatang pokok sambil menjerit-jerit. Dia menangis dan memberitahu bahawa kakaknya itu jatuh di pangkal pokok jambu tersebut.

Kalau setakat jatuh, mengapa Zulaiha tiada di situ? Muhamad Nur tidak dapat memberikan jawapan.

Usaha mencari dilakukan segera. Pihak polis menghantar anjing pengesan, beberapa buah bot dan helikopter untuk menyusuri Sungai Semantan yang terletak 200 meter dari rumah Kamariyana. Namun Zulaiha tidak ditemui. Selepas lebih hampir dua minggu berusaha, akhirnya operasi itu terpaksa dihentikan.

Bagaimana Zulaiha boleh ghaib dalam waktu yang sebegitu cepat? Ada pendapat mengatakan kanak-kanak itu pergi ke Sungai Semantan dan lemas. Persoalannya, kalau benar begitu, kenapa tiada seorang jiran pun yang melihatnya sedangkan Zulaiha memerlukan kira-kira 10 minit untuk ke sana.

Zulaiha lemas di sungai? Kalau benar, kenapa tidak ada kesan tapak kaki, seliparnya mahupun kesan tergelincir di tebing sungai? Mengapa mayatnya tidak dijumpai? Dia diculik? Soalnya, mengapa ramai jiran yang pagi itu berbual dan mengemas halaman tidak melihat kejadian tersebut. Juga tidak kedengaran langsung suara jeritan, raungan atau kesan pergelutan.

Kedua, kenapa Muhamad Nur tidak diculik sekali? Muhamad Nur malah tidak memberitahu pun ada seseorang telah membawa Zulaiha pergi.

Andaian yang tinggal sekarang sangat aneh. Ada pihak yang mengatakan, Zulaiha sebenarnya telah dibawa ke alam lain. Dia telah disedut masuk ke dalam dunia ghaib oleh makhluk halus yang tinggal di pangkal pokok jambu mawar!

Apatah lagi menurut bapa kanak-kanak tersebut, Muhamad Petah, 42, berlaku kejadian-kejadian pelik sebelum Zulaiha hilang. Pertama, anaknya, Siti Rofeah pernah terhidu bau wangi di pangkal pokok tersebut dan bau itu melekat pada badannya selama beberapa hari.

Esoknya, seekor kucing mereka enggan masuk ke rumah dan hanya mahu tidur di bawah pokok berkenaan. Seorang bomoh yang cuba mencari Zulaiha pula tiba-tiba berasa tubuhnya bagaikan ditarik oleh suatu kuasa ghaib ke arah pangkal pokok jambu itu. Puas dia mengelak hingga tubuhnya terpelanting.

Kalau kisah itu belum cukup misteri, bagaimana dengan peristiwa ini pula. Pada pukul sekitar pukul 10.30 pagi, 6 November 2004, Baharudin Sallehuddin, 6, bersama adiknya, Budin, 5, dan Asmira, 3, hilang ketika bermain-main berhampiran pondok yang dibina oleh bapanya di ladang getah Felcra Mambang Seberang, Paloh Hinai, Pekan, Pahang.

Misterinya ialah ketiga-tiga beradik ini ditemui semula lima hari kemudian di sebuah pulau kecil dipenuhi belukar dan dikelilingi paya, enam kilometer dari pondok tempat kali terakhir mereka dilihat!

Apa yang berlaku kepada mereka? Kisah yang diceritakan oleh tiga beradik ini sangat pelik. Kata Baharudin, akibat leka bermain, mereka telah berjalan hingga 1.5 kilometer dari pondok tersebut. Ketika itulah mereka terserempak dengan seorang lelaki berbadan sasa yang membawa seekor anjing berwarna hitam.

Lelaki itu mengarahkan Baharudin, Budin dan Asmira duduk di belakang anjing tersebut, lalu haiwan itu membawa mereka bersiar-siar. Sampai di suatu tempat, anjing tersebut melompat melepasi sebatang parit selebar 10 meter yang memisahkan Felcra Mambang Seberang dengan kawasan sekitarnya.

Tiga beradik tadi terus dibawa bersiar-siar sehingga sampai di Tanjung Cempaka, Lepar, enam kilometer dari Felcra Mambang Seberang. Lewat petang, lelaki berbadan sasa yang dipenuhi bulu itu mengarahkan pula anjingnya berenang merentasi sebuah paya.

Sambil membawa tiga beradik itu di atas belakangnya, anjing tersebut berenang sehinggalah sampai di sebuah pulau yang dipenuhi belukar. Sekeliling pulau itu hanyalah paya yang sedalam 1.2 meter. Baharuddin dan adik-adiknya diturunkan dari belakang anjing berkenaan.

Menjelang senja, datang seorang nenek dan memberikan mereka buah-buahan. Di situlah Baharudin, Budin dan Asmira terdampar, hinggalah ditemui oleh polis lima hari kemudian, iaitu pada pukul 5.45 petang 10 November 1995.

Pembaca sekalian, apa yang berlaku ini memang misteri. Akal yang waras tidak dapat menjawab persoalan bagaimana tiga beradik itu boleh sampai di pulau berkenaan. Mustahil juga mereka boleh pergi ke tempat sejauh itu dan melintasi parit selebar 10 meter, kalau tidak dibantu oleh `sesuatu.’


MAK MANDIN – Gara-gara tidak dapat mengawal nafsu terhadap wanita yang diminati, seorang warga Bangladesh melepaskan geram dengan menggigit bibir mangsa hingga berdarah dalam satu kejadianmencabul awal pagi, kelmarin.
Namun, Muhiduzzan Moshed, 22, ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioener Zulkifli Alias yang dihubungi berkata, mangsa seorang kerani pengeluarandan bertugas berseorangan di dalam pejabat ketika kejadian itu berlaku.
“Sekitar jam 12.08 pagi kelmarin, suspek memasuki pejabat kilang berkenaan dan menyerahkan borang pengeluaran untuk disemak oleh mangsa. Tiba-tiba suspek bertindak memegang tangan mangsa membuatkan dia terkejut,” katanya.
Zulkifli berkata, suspek kemudiannya menarik tangan mangsa dan memeluknya dari belakang dan dalam masa sama, bertindak agresif cuba mencium mulutnya.
“Mangsa dikatakan cuba menolak suspek dan memaklumkan bibirnya terdapat ulser, namun suspek tidak menghiraukan sebaliknya terus bertindak rakus. Disebabkan terlalu ghairah, suspek dikatakan menggigit bibir mangsa hinggaberdarah. Selepas kejadian itu, mangsa membuat laporan kepada penyelianya sebelum membuat laporan di Balai Polis Mak Mandin kemudiannya,” katanya.
Selepas kejadian, mangsa dibawa mendapatkan rawatan di sebuah hospital, kerana mengalami pendarahan yang agak teruk di bahagian bibir.
Zulkifli berkata, suspek dikatakan meminati kerani pengeluaran wanita itu sejak mula masuk bekerja di kilang itu hampir dua tahun lalu, namun mangsa tidak pernah memberi sebarang reaksi.
Mangsa yang ditemui bagaimanapun enggan mendedahkan identiti dan membenarkan kesan kecederaan di bibirnya dirakam, kerana malu dengan kejadian itu.
Suspek ditahan pagi semalam di tempat kerjanya sebelum direman selama 14 hari untuk disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.


PETALING JAYA : Seorang duda yang pernah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana kesalahan merogol, sekali lagi diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol anak teman wanitanya, tahun lalu.
Hakim Hayatul Akmal membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap Hamdan Ahadluddin, 53.
Hayatul dalam penghakimannya, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati keterangan saksi boleh dipercayai serta disokong oleh rekod perubatan.
Tertuduh, yang kini bekerja sebagai penghantar makanan segera, memilih memberi keterangan secara bersumpah dari kandang tertuduh dan mahkamah menetapkan perbicaraan Selasa depan.
Hamdan dituduh merogol mangsa berusia lima tahun, di sebuah rumah di Lembah Subang, antara Mei 2013 dan didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin, manakala peguam Farhan Read dan P G Cyril mewakili tertuduh.-BH

Taiwan – Selamat datang ke Funny Sex, iaitu sebuah restoran di Taiwan yang menghidangkan puding bertemakan seks termasuk bentuk payudara dan buah zakar dalam menu mereka.
Ia merupakan restoran bertemakan seks yang pertama di Kaohsiung, dan terletak di selatan Taiwan.
Ketika restoran ini dikecam kerana menyediakan hidangan tema seks itu, pengurusnya, Chen Yu gi menjelaskan bahawa bukan senang untuk menyediakan puding berbentuk buah zakar dan payudara itu kerana ia mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
“Bukan mudah kerana kita perlu memastikan hiasannya tidak menjijikkan,’’ katanya.
CNN sebelum ini menggelar restoran Funny Sex sebagai restoran yang menawarkan pendidikan seks kerana menunya memberitahu pelanggan mengenai purata saiz buah zakar dan payudara wanita seluruh dunia.

California – Seorang wanita sanggup membelanjakan hampir RM50,000 untuk melakukan pembedahan plastik semata-semata untuk mendapatkan wajah menarik ketika `selfie’.
Triana Lavey, 38, dari Los Angeles, California, mendedahkan dia benci dengan wajahnya dalam Facebook dan Instagram.
Justeru bagi membolehkan dia mendapatkan wajah yang seperti supermodel, dia telah melakukan implan di dagu, hidung dan pipi.
Selepas dua tahun, dia berjaya mendapatkan wajah yang diidamkannya itu.
“Saya kini mendapat wajah yang menarik dan menjadi diri sendiri selain Photoshopped,’’ katanya.
Jelasnya, dia berbuat demikian kerana penyertaan dalam media sosial adalah penting dan dalam masa sama adalah untuk mempromosikan diri sendiri.
Memandangkan dia bekerja sebagai pengurus mencari bakat maka adalah penting untuk Lavey mempunyai rupa yang menarik.
Lavey juga menggunakan suntikan botox bagi memastikan wajahnya terus tegang dan kelihatan menarik.


Penyanyi tersohor negara, Datuk Sheila Majid mempunyai seorang anak gadis iaitu Wan Nur Khaleda atau lebih mudah dikenali sebagai Kayda Aziz memiliki raut wajah sama seperti ibunya.


Gadis berusia 22 tahun itu sangat sosial orangnya dan sering tampil dengan pakaian-pakaian yang agak seksi. Ini menyebabkan Sheila Majid sedikit dikritik peminat di laman sosial.


Walaupun Datuk Sheila Majid dikritik dengan teruk, beliau menganggap apa yang sedang dilalui oleh Kayda Aziz adalah satu proses pendewasaan hidup untuk mematangkan diri.




“Umur dia bukannya 45 atau 50 tahun. Dia baru 22. Ini apa yang kita panggil proses pembesaran. Adakalanya kita kena buat silap dalam kehidupan. Memang ada beberapa insiden yang dia terkantoi, tapi dia belajar dari kesilapan tu. Dia ambil itu sebagai pengajaran.

“Bagi saya pada umur sekarang dia nak pakai camtu, tak mengapa. Kalau dah umur 42 pakai seksi macam tu memanglah saya marah. Sekarang ni dia masih lagi tercari-cari fesyen yang sesuai. Tapi tak adalah sampai keterlaluan hingga menampakkan pakaian dalam sahaja.





“Saya pernah bagitahu wartawan sebelum ni, anak saya bukan selebriti, dia cuma gadis remaja yang sedang membesar dan dia tak akan lari dari membuat silap. Cuma malangnya, dia adalah anak saya dan dia pun turut jadi bahan perhatian.


“Bagi dia peluang untuk membesar, biar dia buat kesilapan dan belajar dari situ. Jangan terus menghukum. Saya juga pernah buat silap, tapi masa dulu saya cuma anak Haji Abdul Majid, orang tak peduli,” katanya dengan panjang lebar.


Beberapa minggu lalu, Shila Amzah dikecam teruk peminat di laman sosial kerana didakwa hanya memakai skirt pendek paras peha sambil bertudung yang dipadankan dengan legging berwarna kulit.



Kontroversi itu akhirnya reda selepas ND Lala tampil menjelaskan situasi sebenar dan mengambil tanggungjawab penuh terhadap kesilapan tersebut. Dia juga berharap agar orang ramai tidak menyalahkan anaknya setelah tampil mengenakan fesyen tidak menutup aurat.

Semalam pula, Shila telah memuatnaik sekeping foto yang menunjukkan dirinya hanya memakai inner berwarna kulit yang kelihatan seperti tiada lengan. Foto itu disertakan dengan caption seolah-olah menyindir seseorang. Siapa agaknya individu yang ingin disindir Shila Amzah?

Tindakan bekas kekasih Sharnaaz Ahmad itu mendapat sokongan dari beberapa peminatnya yang beranggapan bahawa pemakaian Shila tidak salah kerana ia masih menutup aurat walaupun hanya memakai inner berwarna kulit untuk lengannya.


PETALING JAYA : Ahli keluarga yang hilang MH370 penumpang penerbangan mahu kerajaan menyiasat dakwaan bahawa penerbangan yang hilang kini berada di Kandahar , Afghanistan.


Terdapat laporan bahawa pesawat itu ialah di negara Asia Selatan dan memetik agensi perisikan Rusia sebagai sumber.

Permintaan itu dibuat oleh keluarga terdekat dalam surat bertarikh 14 April dan dialamatkan kepada Menteri Pengangkutan Pemangku Hishamuddin Hussein. Satu salinan juga dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita sedar bahawa Kerajaan Malaysia kini memberi tumpuan usaha carian di Selatan Lautan Hindi berdasarkan data yang dibekalkan oleh Inmarsat . Walau bagaimanapun, kita memasuki hari ke-37 tidak berjaya dalam mencari sebarang bukti fizikal di kawasan ini.

"Oleh itu, ia adalah masa yang tinggi bahawa kerajaan patut mula berfikir di luar kotak dengan meneroka dan memeriksa semula semua petunjuk, baru dan lama.

"Berdasarkan semangat ini, kami hormat meminta pertimbangan pihak anda untuk melibatkan diri semula kerajaan Rusia dan Afghanistan untuk memeriksa dan mengesahkan dakwaan bahawa MH370 mendarat di Afghanistan.

"Kami yakin bahawa kerajaan Malaysia akan mendapati bahawa jalan ini adalah bernilai meneroka menimbangkan kehidupan 239 penumpang dan anak kapal MH370 ," kata keluarga terdekat dalam surat itu yang diterbitkan di Facebook.

Penerbangan MAS menuju Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah pergi hilang dari radar pada 8 Mac.

Usaha carian telah tertumpu di bahagian selatan Lautan Hindi tetapi setakat apa-apa yang berkaitan dengan MH370 telah dijumpai.



KUALA LUMPUR: Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.


Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.

“Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya.
Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan “masih ada” dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.
Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.
Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas.
Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini.
“Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu,” ujar waris berkenaan.
Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian.
“Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body’ pun jadilah.
“Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa,” jelasnya.
Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
“Saya tak tahan dengar dan terus balik,” katanya.
Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.
Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi.
Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu. - ASTRO AWANI

Ini bukan kes pertama anak remaja buat tindakan bodoh mengelar lengan semata-mata mahu tunjukkan kasih sayang dan frust pada kekasih.
Sesudah dikelar, muat naik pula gambar darah di laman sosial untuk tagih perhatian.
Diharapkan selepas ini ibu bapa pantaulah laman sosial anak masing-masing untuk pastikan tidak ada kebodohan seperti ini menimpa keluarga anda.

Kepada adik manis di atas kami nak pesan, perjalanan hidup masih panjang lagi daripada nak diakhiri dengan perkara bodoh seperti putus cinta, dicurangi atau apa-apa sahaja.
Kalau setakat kelar untuk raih simpati dan perhatian macam ini biasanya memang tak bawa kematian tapi dibuatnya terlajak sampai putus urat nadi hari tu macam mana? Tak fasal-fasal mati sesatlah jadinya


KUALA LUMPUR: Setelah hampir sebulan mengikat janji sehidup semati sebagai pasangan suami isteri, pasangan selebriti Aidil Zafuan Abd Razak dan Zarema Zainal akhirnya dapat menikmati bulan madu mereka yang tertunda akibat kepadatan jadual serta komitmen karier masing-masing.
Menerusi laman sosial Instagram kedua-dua selebriti ini, destinasi bulan madu Aidil dan Zarema adalah di sekitar Asia dan memilih pantai mengadap Laut Andaman sebagai saksi kemesraan dua sejoli ini.
Beberapa foto di muat naik pasangan ini menyatakan bahawa mereka menikmati waktu bahagia bersama ketika berada di Krabi, Thailand yang merupakan pusat peranginan tumpuan dunia itu.

Antara aktiviti yang dilakukan mereka adalah menonton muay thai, meronda dengan motosikal sekitar Krabi, selam skuba dan menikmati makan tengahari dalam suasana paling romantis sekali.
Pasangan Aidil dan Zarema telah sah diijabkabulkan pada 14 Mac lalu dan majlis nikah telah diadakan di kediaman Zarema di Pandamaran, Klang.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat pemain pertahanan skuad bola sepak Johor Darul Takzim ini selepas kali pertama berumahtangga dengan aktres Rita Rudaini pada tahun 2008.
Jom kita layan gambar bulan madu pasangan kontroversi ini.-Murai







JUBA 22 April - Kumpulan pemberontak di Sudan Selatan yang menawan sebuah pekan utama pada minggu lalu, didakwa melakukan pembunuhan etnik besar-besaran, termasuk menyerang sebuah masjid yang menyaksikan lebih 200 orang dibunuh dan 400 orang lagi cedera.

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan, Toby Lanzer berkata, kejadian itu berlaku di pekan Bentiu pada minggu lalu apabila kumpulan pemberontak etnik Nuer menyerang masjid Kali-Ballee, gereja Katolik, hospital dan sebuah kemudahan Program Makanan Sedunia (WFP).

Lanzer yang mengadakan lawatan ke lokasi pembunuhan, menyifatkan kejadian tersebut sangat mengerikan kerana wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa kekejaman pemberontak Nuer.

Malah, jelas beliau sejumlah besar mayat, kebanyakannya orang awam bergelimpangan di jalan, pasar serta di luar dan dalam rumah ibadat.

"Pemberontak Nuer menggeledah beberapa tempat perlindungan penduduk Sudan Selatan dan rakyat asing sebelum membunuh mereka atas sebab perbezaan etnik.
"Mereka turut menggunakan radio tempatan untuk menggesa kaum lelaki merogol wanita yang berlainan etnik dan menghalau golongan tersebut dari Bentiu," katanya.

Perbalahan etnik tercetus selepas askar yang setia kepada Presiden Salva Kiir, dari etnik Dinka cuba menghapuskan pemberontakan etnik Nuer yang diketuai oleh bekas Naib Presiden, Riek Machar selepas beliau dipecat.

Sebaik-baik menawan pekan Bentiu yang kaya dengan hasil minyak itu, jurucakap pemberontak, Lul Ruai Koang memuji tindakan kumpulannya melakukan operasi penghapusan etnik di Bentiu.

Pasukan pengaman PBB di Sudan Selatan (UNMISS) bagaimanapun berjaya menyelamatkan lebih 500 penduduk yang kebanyakannya cedera di hospital dan beberapa lokasi lain sebelum mengiringi mereka ke pangkalan PBB.
Sementara itu, jurucakap PBB di New York, Stephane Dujarric menggesa satu siasatan dijalankan berhubung laporan kejadian tersebut dan menahan pihak yang terlibat. - REUTERS



JIKA diberi peluang meneliti satu persatu naskhah yang pernah dijayakan oleh pelakon ini, mungkin setiap satunya tidak pernah gagal memberikan kesan yang berbeza pada jiwa para penonton. Utuh membalut nama dengan beberapa pengiktirafan, karya-karya lakonannya jarang sekali mendapat respons negatif.



Siapa boleh lupa, gelodak emosi yang ditampilkan oleh Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau lebih mesra disapa Que Haidar menerusi beberapa buah filem dan telemovie lakonannya, sering menarik perhatian ramai.
Pernah meneraju beberapa filem melodrama seperti KL Menjerit 1, Bilut, Syaitan dan Cinta, aktor berusia 35 tahun ini cukup terkenal dengan sikap 'memilih' apabila menyentuh tentang karakter serta ciri-ciri filem yang bakal dibintanginya.
Ketika berpeluang bertemu dengannya sewaktu sesi penggambaran telemovie Malaikat Di Pintu Babusalam di Kampung Rantau Panjang, Batu 14, Hulu Langat, Selangor baru-baru ini, ujar Que, sifat selektif perlu ada bagi menonjolkan kebolehan yang dimiliki menerusi setiap naskhah yang dilakonkannya.

Botakkan kepala
"Saya begitu cerewet dalam memilih naskhah yang diberikan kepada saya. Setiap kali menerima tawaran berlakon daripada mana-mana syarikat produksi, saya pastikan bahawa saya tahu tentang kekuatan jalan ceritanya, skrip, watak, pengarah serta para pelakon yang akan bekerja dengan saya.
"Saya berbuat demikian bukan semata-mata kerana mahu dikenali menerusi filem atau drama yang hebat tetapi proses memilih itu mampu membuatkan para penonton mengingati karakter lakonan saya sampai bila-bila. Impak tersebut yang saya mahukan dalam karier saya," ujarnya.
Justeru, tidak hairanlah jika Que mengambil keputusan drastik dengan membotakkan kepalanya semata-mata ingin memenuhi tuntutan watak pesakit kanser yang dimainkannya menerusi telemovie arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin itu.
"Apabila sudah bergelar sebagai pelakon, kita tidak seharusnya meletakkan status itu sebagai penghalang untuk terus merealisasikan watak yang telah diberikan.
"Watak itu menuntut saya untuk membotakkan kepala, mengapa saya perlu menidakkan permintaan itu? Jika saya telah bersetuju untuk berlakon dalam sesebuah telemovie atau filem, maka saya juga telah bersetuju untuk mengikut jalan cerita serta watak yang telah tertulis dalam perjalanan cerita tersebut," ujar Que lagi.
Penyakit kanser
Memegang watak sebagai penulis bernama Ezra, pelakon yang berasal dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini berkata, elemen penyakit kanser yang ditampilkan di dalam telemovie Malaikat Di Pintu Babusalam merupakan idea asal miliknya.
"Sebelum menerima tawaran untuk menjayakan telemovie ini, pihak produksi yang sama iaitu Enuja Production ada menghubungi saya mengajak berlakon dalam sebuah telemovie lain. Ketika itu saya terpaksa menolak kerana jalan cerita yang ditampilkan tidak begitu kuat.
"Kemudian, mereka bercadang untuk menghasilkan sebuah skrip yang kena dengan jiwa saya. Setelah beberapa kali mengadakan sesi perbincangan dengan Raja Mukhriz dan produser, Zainuddin Mohd. Ismail, mereka bersetuju untuk memasukkan kisah penderitaan seorang pesakit kanser sebagai salah satu konflik yang ditampilkan dalam telemovie ini," ujarnya.
Sengaja memilih elemen kanser sebagai salah satu konflik yang ingin ditonjolkan di dalam telemovie ini, Que berkata, nekadnya itu timbul kerana kaum keluarga serta sahabatnya sendiri ramai yang menderita akibat penyakit tersebut.
"Ramai antara ahli keluarga saya yang menghidap penyakit ini. Ia merupakan penyakit keturunan yang menyerang hampir kebanyakan kaum keluarga saya.
"Selain darah daging sendiri, kanser juga telah menyebabkan saya kehilangan seorang rakan yang pernah giat berlakon teater bersama saya suatu ketika dahulu.
"Jadi, sebagai seorang pelakon, saya mahu memberikan kesedaran kepada rakyat di negara kita tentang bahayanya penyakit ini jika tidak dikesan dan dirawat pada peringkat awal," katanya.

Cabaran
Selain bertindak membotakkan kepalanya, Que juga turut berhadapan dengan beberapa cabaran sepanjang menjalankan penggambaran telemovie ini.
"Sejujurnya, cabaran yang saya hadapi sepanjang menjayakan telemovie ini sama sahaja dengan drama atau filem yang pernah saya lakonkan.
"Cuma, perkara yang paling memenatkan ialah babak yang dirakamkan tidak berjalan mengikut apa yang terkandung di dalam skrip. Justeru, saya perlu tahu emosi saya ketika masih sihat sehinggalah sedang sakit tenat," ulas Que yang begitu teliti dalam menjaga kesinambungan emosinya dalam telemovie ini.
Menurut Que, walaupun emosi merupakan perkara yang paling penting dalam sesi penggambaran, namun, hubungannya dengan para pelakon lain turut diambil kira agar perjalanan wataknya dapat digambarkan secara jelas tanpa sebarang masalah.
"Selain bermain dengan emosi, saya perlu menjaga babak-babak yang ada kaitan dengan pelakon-pelakon lain. Ini kerana, karakter saya antara anak dan isteri berubah-ubah mengikut tahap penyakit kanser yang saya deritai," katanya lagi.
Kerja sampingan
Walaupun Que tidak kerap muncul sebagai seorang pelakon, namun kehadirannya sebagai tenaga pengajar cukup diterima ramai, terutamanya anak-anak muda yang teringin untuk mendalami dunia lakonan.
Selain mengajar, dia juga sedang menjinak-jinakkan diri dengan bisnes pengurusan majlis dan reka bentuk hiasan dalaman bersama isterinya, Linda Jasmine.
"Jika tidak berlakon, saya sibuk menjelajah beberapa buah negeri dan mengadakan bengkel-bengkel lakonan di beberapa buah pusat belia yang terpilih.
"Selain itu, saya juga turut aktif menguruskan bisnes pengurusan acara yang banyak melibatkan sambutan hari jadi serta majlis perkahwinan. Linda pula sedang giat memulakan perniagaan mereka bentuk hiasan dalaman yang telah dimulakan pada akhir tahun lalu," ujar Que yang menyifatkan kerja-kerja sampingan ini mampu memberikannya peluang untuk memilih haluan kariernya selain daripada berlakon.
Sebelum mengakhiri temu bual, Que mengakui bahawa dia tidak akan bersara daripada dunia lakonan walaupun kurang muncul di kaca TV dan giat melakukan pelbagai pekerjaan sampingan bersama isterinya.
"Dunia lakonan telah menjadi darah daging saya. Mustahil untuk saya tinggalkan perkara yang saya suka," tutur Que.

KOSMO



BEIRUT - Seorang bekas penyanyi rap Jerman, Denis Mamadou Cuspert yang menyertai kumpulan jihad di Syria telah mati syahid selepas terbunuh dalam satu serangan berani mati yang dilancarkan oleh sebuah kumpulan pejuang yang lain, kata sumber kumpulan jihad berkenaan semalam.
Cuspert yang menggunakan nama pentas, Deso Dogg dan menukar namanya kepada Abu Talha al-Almani selepas memeluk Islam dilaporkan terbunuh dalam serangan di wilayah timur pada Ahad lalu.
Dia yang menyertai perjuangan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) terbunuh dalam dua serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh kumpulan Barisan Al-Nusra Front.
Berita berhubung kematian Abu Talha itu diumumkan dalam sebuah laman forun kumpulan itu.
"Kami dengan sedih mengumumkan berita bahawa Abu Talha al-Almani telah mati syahid dan semoga dia diterima Tuhan.
"Dia meninggal dunia akibat serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh anggota-anggota tentera yang belot ke atas sebuah rumah yang didiami oleh beberapa pejuang ISIS," tambahnya.
Lebih 150,000 orang terbunuh dalam konflik di Syria yang bermula sebagai bantahan aman untuk mendesak Presiden Bashar Al-Assad meletak jawatan pada Mac 2011.
Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi perang saudara selepas rejim Bashar menggunakan kekerasan terhadap mereka. - Agensi




KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini terkejut besar apabila menemui mayat bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dalam mangkuk tandas di rumah sewanya di Flat Awam Padang Hiliran di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi, pelajar itu pada mulanya tersentak melihat seorang rakan serumahnya yang tidak bermaya terbaring di hadapan tandas di rumah tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pelajar berkenaan yang menemui tompokan darah di dalam tandas telah menjenguk ke dalam mangkuk tandas lalu menemui mayat bayi tersebut.
"Bimbang keadaan rakan serumahnya yang berusia 21 tahun itu, pelajar tersebut segera menghubungi ambulans dan suspek dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini. Suspek dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya. Kosmo




Bandar Seri Begawan: Brunei menangguhkan pelaksanaan undang-undang Islam yang sepatutnya bermula semalam ketika negara itu menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB.
Pembantu Pengarah Unit Undang-undang Islam Brunei, Jauyah Zaini berkata, tiada tarikh baru ditetapkan untuk memulakan pelaksanaan undang-undang syariah itu yang menyediakan peruntukan hukuman sebat, memotong tangan atau kaki serta rejaman hingga mati.
Namun, Jauyah berkata, undang-undang itu akan tetap dilaksanakan “dalam masa terdekat.” Katanya, pelaksanaan undang-undang itu terpaksa ditangguh atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pengumuman itu dibuat ketika Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dan kerajaan dipercayai menunggu pemerintah berkuasa itu kembali sebelum memperkenalkan undang-undang sensitif berkenaan.
Namun, penangguhan pelaksanaan hukuman itu mampu mengubah pendirian sultan berusia 67 tahun itu.
Pihak berkuasa baru-baru ini menjalankan beberapa taklimat untuk agensi rasmi dan organisasi bukan kerajaan bagi menerangkan mengenai hukuman berkenaan.
Peguam dan aktivis hak asasi, Nizam Bashir berkata, pengenalan undang-undang itu bagaikan satu tembok bagi mengatasi globalisasi.

“Jika anda cuba melompat tembok itu, akan timbulnya beberapa isu.

“Setiap kali anda menerima jawapan, soalan lain akan bermula dan memberikan mereka idea yang tidak selari dengan konsep yang difahami,” katanya.
Sementara itu, Majlis Hak Asasi Manusia PBB menyatakan “sangat bimbang” dan mendakwa, hukuman seperti merejam dengan batu diklasifikasi undang-undang antarabangsa sebagai hukuman “penderaan kejam dan tidak berperikemanusiaan.” Hampir 70 peratus daripada 400,000 rakyat Brunei adalah Melayu Muslim, manakala kira-kira 15 peratus lagi etnik Cina bukan Islam.- AFP