KUALA LUMPUR: Setelah hampir sebulan mengikat janji sehidup semati sebagai pasangan suami isteri, pasangan selebriti Aidil Zafuan Abd Razak dan Zarema Zainal akhirnya dapat menikmati bulan madu mereka yang tertunda akibat kepadatan jadual serta komitmen karier masing-masing.
Menerusi laman sosial Instagram kedua-dua selebriti ini, destinasi bulan madu Aidil dan Zarema adalah di sekitar Asia dan memilih pantai mengadap Laut Andaman sebagai saksi kemesraan dua sejoli ini.
Beberapa foto di muat naik pasangan ini menyatakan bahawa mereka menikmati waktu bahagia bersama ketika berada di Krabi, Thailand yang merupakan pusat peranginan tumpuan dunia itu.
Antara aktiviti yang dilakukan mereka adalah menonton muay thai, meronda dengan motosikal sekitar Krabi, selam skuba dan menikmati makan tengahari dalam suasana paling romantis sekali.
Pasangan Aidil dan Zarema telah sah diijabkabulkan pada 14 Mac lalu dan majlis nikah telah diadakan di kediaman Zarema di Pandamaran, Klang.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat pemain pertahanan skuad bola sepak Johor Darul Takzim ini selepas kali pertama berumahtangga dengan aktres Rita Rudaini pada tahun 2008.
Jom kita layan gambar bulan madu pasangan kontroversi ini.-Murai
No comments
Post a Comment