GEORGETOWN - Mayat seorang daripada dua lelaki yang dilapor lemas ketika mandi di Pantai Kerachut, Teluk Bahang dekat sini ditemui hari ini.
Mayat Ashwanpaljit Singh Charnjit Singh, 22, ditemui terapung dalam keadaan telungkup di pantai itu oleh pasukan menyelamat pada pukul 5 petang tidak jauh dari lokasi dia dilapor dihanyutkan ombak kuat petang semalam.
Ketika mayat Ashwanpaljit Singh dibawa turun daripada bot ke jeti nelayan Taman Negara Pulau Pinang, ibunya yang hanya dikenali sebagai Manjit Kaur dilihat rebah sehingga terpaksa dipapah anggota keluarganya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.
Sementara itu usaha mencari dan menyelamat seorang lagi pekerja syarikat pengiklanan yang turut hilang selepas dihanyut ombak kuat itu, Ku Muhammad Ilyas Ku Abdul Halim, 19, masih diteruskan.
Operasi mencari bermula 7.30 pagi ini melibatkan 70 pegawai dan anggota daripada Polis Marin Wilayah Utara, Renjar Hutan, Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Dalam kejadian pada pukul 4.17 petang semalam, lima orang dihanyut ombak kuat menyebabkan seorang mati, dua berjaya diselamatkan manakala dua lagi hilang.
Mereka adalah antara 24 pekerja sebuah syarikat di Prai, dekat sini yang menyertai kem bina diri di Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang. - Bernama
Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KEMATIAN seorang lagi pendaki akibat tergelincir di Bukit Tabur, Taman Melawati, Gombak 14 Januari lalu menarik kembali perhatian kepada bukit yang tersergam indah itu.
Ia antara lokasi riadah terkemuka bagi warga kota yang gemarkan aktiviti lasak.
Bukit Tabur mula meniti di bibir pendaki sekitar tahun 2006 selepas ia menjadi perhatian para juru gambar amatur.
Gambar-gambar keindahan Bukit Tabur yang tersebar di alam maya menarik minat bukan sahaja jurgambar malah penghuni kota yang gemarkan sukan lasak itu.
Maka tidak hairanlah, mereka yang menaiki Bukit Tabur ini tidak mengira peringkat umur dan juga latar belakang.
Ada yang naik kerana suka-suka, bersukan mahupun bagi tujuan merakamkan gambar matahari terbit di sebalik bukit-bukau dan kehijauan alam flora di bukit ini.
Namun, di sebalik ceritera keindahan Bukit Tabur ini, ia juga tidak sunyi dengan insiden-insiden ngeri sehingga meragut nyawa pencinta alam yang mengunjunginya.
Dalam bulan ini sahaja, dua insiden berlaku di Bukit Tabur. Yang pertama pada 5 Januari melibatkan seorang wanita yang mendaki secara berseorangan di bukit itu.
Anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) mengambil masa kira-kira 15 jam untuk membawa mangsa turun.
Operasi menyelamat yang disifatkan paling lama diambil oleh pasukan itu.
Tidak sampai 10 hari selepas insiden itu, seorang lagi wanita turut terjatuh di bukit yang sama akibat tergelincir.
Malangnya, mangsa tidak dapat diselamatkan. Mangsa jatuh ke dalam gaung setinggi 60 meter. Seramai 55 anggota polis, bomba dan JPAM terlibat dalam operasi menyelamat mangsa yang tidak sedarkan diri ketika ditemui.
Operasi yang mengambil masa tiga jam itu terpaksa menggunakan helikopter untuk mengeluarkan mangsa daripada tempat kejadian.
Mangsa yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagaimanapun meninggal dunia setengah jam kemudian akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Begitulah tragisnya insiden Bukit Tabur, aktiviti sihat boleh bertukar bahaya jika salah langkah. Berikut beberapa kronologi insiden Bukit Tabur yang dilaporkan media;
- 14 Januari 2014: Soleha Abdul Rahman, 25, dilaporkan terjatuh dari Bukit Tabur kira-kira 60 meter ke dalam gaung. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
- 5 Januari 2014: Noor Asmahani Hashim, 28, mengalami kecederaan belakang, tangan dan wajah setelah terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.
- 3 Disember 2013: Guru sains, Ng Pee Tat, 30an, maut setelah tergelincir di sebuah cerun yang curam ketika pertama kali menyertai pendakian di Bukit Tabur bersama rakan-rakannya
- 28 September 2013: Tan Tick Soon, 51, jatuh sejauh 60 meter di cerun curam dan mengalami kecederaan serius. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa empat jam untuk menyelamatkan mangsa
- 17 Disember 2012: Seorang jurutera berusia 27 tahun terselamat setelah terjatuh dari ketinggian 100 metre ke dalam gaung di Bukit Tabur. Chan Wing Sing bagaimanapun mengalami kecederaan buku lali dan pinggang.
- 19 Disember 2009: Lima sekawan dilaporkan sesat selama lima jam ketika mendaki Bukit Tabur, namun berjaya ditemui dengan selamat.
-23 September 2009: Lim Kok Leong, 51, terselamat daripada maut setelah dahan-dahan pokok memperlahankan jatuhan mangsa ketika mendaki berseorangan di Bukit Tabur. Mangsa terperangkap selama lima jam sebelum berjaya diselamatkan.
- 28 Mac 2009: Dua doktor ditemui mati di dalam gaung berhampiran Klang Gates di Ulu Ampang selepas sebuah ekspedisi mendaki di Bukit Tabur. Kedua-dua mangsa Dr Haliza Mohd Shafie, 53, seorang pakar kanak-kanak dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yen Ming, seorang pakar bedah kanak-kanak dilaporkan tergelincir dan jatuh dalam jarak sekitar 500 meter.
-15 Oktober 2008: Seorang pelajar kolej jatuh dari ketinggian 100 meter namun terselamat ekoran dahan-dahan yang menahan mangsa dari jatuh dengan lebih cepat. Mangsa bagaimanapun dilaporkan cedera parah antaranya luka dalam di dahi, retak tulang rusuk serta tertusuk ke paru-paru.
Ia antara lokasi riadah terkemuka bagi warga kota yang gemarkan aktiviti lasak.
Bukit Tabur mula meniti di bibir pendaki sekitar tahun 2006 selepas ia menjadi perhatian para juru gambar amatur.
Gambar-gambar keindahan Bukit Tabur yang tersebar di alam maya menarik minat bukan sahaja jurgambar malah penghuni kota yang gemarkan sukan lasak itu.
Maka tidak hairanlah, mereka yang menaiki Bukit Tabur ini tidak mengira peringkat umur dan juga latar belakang.
Ada yang naik kerana suka-suka, bersukan mahupun bagi tujuan merakamkan gambar matahari terbit di sebalik bukit-bukau dan kehijauan alam flora di bukit ini.
Namun, di sebalik ceritera keindahan Bukit Tabur ini, ia juga tidak sunyi dengan insiden-insiden ngeri sehingga meragut nyawa pencinta alam yang mengunjunginya.
Dalam bulan ini sahaja, dua insiden berlaku di Bukit Tabur. Yang pertama pada 5 Januari melibatkan seorang wanita yang mendaki secara berseorangan di bukit itu.
Anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) mengambil masa kira-kira 15 jam untuk membawa mangsa turun.
Operasi menyelamat yang disifatkan paling lama diambil oleh pasukan itu.
Tidak sampai 10 hari selepas insiden itu, seorang lagi wanita turut terjatuh di bukit yang sama akibat tergelincir.
Malangnya, mangsa tidak dapat diselamatkan. Mangsa jatuh ke dalam gaung setinggi 60 meter. Seramai 55 anggota polis, bomba dan JPAM terlibat dalam operasi menyelamat mangsa yang tidak sedarkan diri ketika ditemui.
Operasi yang mengambil masa tiga jam itu terpaksa menggunakan helikopter untuk mengeluarkan mangsa daripada tempat kejadian.
Mangsa yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagaimanapun meninggal dunia setengah jam kemudian akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Begitulah tragisnya insiden Bukit Tabur, aktiviti sihat boleh bertukar bahaya jika salah langkah. Berikut beberapa kronologi insiden Bukit Tabur yang dilaporkan media;
- 14 Januari 2014: Soleha Abdul Rahman, 25, dilaporkan terjatuh dari Bukit Tabur kira-kira 60 meter ke dalam gaung. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
- 5 Januari 2014: Noor Asmahani Hashim, 28, mengalami kecederaan belakang, tangan dan wajah setelah terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.
- 3 Disember 2013: Guru sains, Ng Pee Tat, 30an, maut setelah tergelincir di sebuah cerun yang curam ketika pertama kali menyertai pendakian di Bukit Tabur bersama rakan-rakannya
- 28 September 2013: Tan Tick Soon, 51, jatuh sejauh 60 meter di cerun curam dan mengalami kecederaan serius. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa empat jam untuk menyelamatkan mangsa
- 17 Disember 2012: Seorang jurutera berusia 27 tahun terselamat setelah terjatuh dari ketinggian 100 metre ke dalam gaung di Bukit Tabur. Chan Wing Sing bagaimanapun mengalami kecederaan buku lali dan pinggang.
- 19 Disember 2009: Lima sekawan dilaporkan sesat selama lima jam ketika mendaki Bukit Tabur, namun berjaya ditemui dengan selamat.
-23 September 2009: Lim Kok Leong, 51, terselamat daripada maut setelah dahan-dahan pokok memperlahankan jatuhan mangsa ketika mendaki berseorangan di Bukit Tabur. Mangsa terperangkap selama lima jam sebelum berjaya diselamatkan.
- 28 Mac 2009: Dua doktor ditemui mati di dalam gaung berhampiran Klang Gates di Ulu Ampang selepas sebuah ekspedisi mendaki di Bukit Tabur. Kedua-dua mangsa Dr Haliza Mohd Shafie, 53, seorang pakar kanak-kanak dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yen Ming, seorang pakar bedah kanak-kanak dilaporkan tergelincir dan jatuh dalam jarak sekitar 500 meter.
-15 Oktober 2008: Seorang pelajar kolej jatuh dari ketinggian 100 meter namun terselamat ekoran dahan-dahan yang menahan mangsa dari jatuh dengan lebih cepat. Mangsa bagaimanapun dilaporkan cedera parah antaranya luka dalam di dahi, retak tulang rusuk serta tertusuk ke paru-paru.
[Wow] - Informasi

PADA tahun 1940, seorang wanita yang bernama Helen Kramer telah
tampil dan mendakwa dia ialah Lorraine Allison, kanak-kanak yang
terselamat sewaktu berusia dua tahun dalam tragedi kapal karam, Titanic
pada tahun 1912.
Mengimbas sejarah, Lorraine merupakan anak perempuan kepada pasangan
kaya, Hudson dan Bess yang turut mempunyai seorang lagi anak, Trevor
yang sewaktu itu berusia tujuh bulan.
Ketika tragedi, pasangan suami-isteri itu dan Lorraine dikatakan
meninggal dunia selepas karam bersama kapal semasa mencari Trevor yang
sebenarnya sudah dibawa masuk ke dalam bot penyelamat oleh pembantu
mereka
Bagaimanapun, ‘kemunculan’ semula Lorraine selepas 28 tahun
mengejutkan ramai pihak termasuklah ahli keluarga Allison yang tidak
percaya kepada dakwaan itu.
Menurut Kramer, dia sebenarnya telah diselamatkan oleh seorang lelaki dan dibesarkan oleh keluarga angkat.
Sebelum meninggal pada tahun 1992, dia telah melakukan pelbagai kempen bagi membolehkan dirinya diterima oleh keluarga Allison.
Usahanya kemudian diteruskan oleh cucunya, Debrina Woods dari Florida
yang telah membina sebuah laman web dan forum bagi mengukuhkan lagi
dakwaan itu selain mendapatkan bantuan guaman.
Dia turut menyatakan bahawa dia telah menemui sebuah beg kepunyaan neneknya yang mengandungi dokumen berkaitan keluarga itu.
Jika terbukti bahawa Debrina ialah keturunan Allison, maka dia berpeluang untuk mewarisi kekayaan keluarga itu nanti.
Bagaimanapun, segalanya musnah selepas satu ujian DNA yang dijalankan
terhadap salah seorang ahli keluarga terdekat Lorraine, Sally Kirkelie
dan kakak tiri Debrina, Deanne Jennings menunjukkan tiada padanan antara
mereka.
“Saya berterima kasih kepada Deanne dan Sally kerana sanggup
menawarkan diri untuk ujian ini bagi menghentikan semua gangguan ini.
Penipuan ini telah menghantui keluarga kami bertahun-tahun lamanya. Ini
semua kerana wang.
“Debrina mahu menulis sebuah buku dan tidak ada kesangsian lagi yang
dia mahukan keuntungan dari cerita kami. Ini cerita kami. Jai, biarkan
kami tenang selepas ini,” jelas David Allison, cucu saudara Hudson.
Namun, keputusan itu disangkal oleh Debrina yang mengatakan dia
mempunyai bukti tersendiri dan tidak berminat dengan wang keluarga
Allison.
Bukti itu akan didedahkan dalam buku yang sedang ditulisnya kini.
(Sumber: Daily Mail & The Telegraph)
Misteri Sejarah

SEPULUH orang termasuk seorang warga Arab Saudi, telah ditangkap kerana mengedar dan menjual air minuman palsu Zamzam.
Kementerian Perdagangan dan Industri Arab Saudi menyerbu sebuah rumah
di kejiranan Al-Rusaifah Makkah, yang telah digunakan untuk mengisi
botol Zamzam dengan air minuman biasa.
Pihak berkuasa berkata sendikit kumpulan ini telah dikendalikan oleh
seorang lelaki Arab Saudi. Mereka di tangap semasa sedang mereka mengisi
botol dengan air biasa dan bersiap sedia untuk mengagihkan nya.
Mereka telah diserahkan kepada balai polis Al-Mansour untuk tindakan selanjutnya. (www.saudigazette.com.sa)
Isu Panas

PONTIAN: Tiga maut dan seorang cedera ringan dalam kemalangan di
Kilometer 41, Jalan Pontian-Johor Bahru, Pekan Nenas di sini, jam 6.40
pagi tadi.
Kemalangan berlaku di depan Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas
membabitkan dua motosikal dan sebuah kenderaan pelbagai guna Nissan
Grand Livina.
Mangsa yang maut ialah Md Hisham Md Khalil, 41, dan dua beradik, Ang Kim Sing, 58, dan Ang Kim Sai, 50.
Mangsa yang cedera ialah seorang wanita yang juga pemandu Grand Livina.
Mangsa yang cedera ialah seorang wanita yang juga pemandu Grand Livina.
Md Hashim menunggang berseorangan manakala Kim Sing dan Kim Sai membonceng sebuah lagi motosikal.
[Wow] - Berita Tempatan
Gadis ini baru berusia 18 tahun tapi videonya di YouTube ditonton lebih ramai orang daripada klip video Lady Gaga.
Bukan itu sahaja, Bethany Mota, 18, yang mempunyai rangkaian fesyen
berjenama sendiri turut mempunyai pengikut Instagram yang jauh lebih
ramai sekali pun pengikut Instagram bagi jenama terkenal seperti Vogue,
Elle, Marie Claire, Glamour dan Cosmo dikumpulkan sekali!
Remaja yang tinggal di Utara California ini, memulakan hobi mengepos
video di YouTube sejak berusia 14 tahun sebelum berjaya menarik
perhatian ramai pengikut.
Popularitinya membuka laluan untuk Mota seterusnya muncul dengan jenama pakaian dan barangan kemas sendiri.
Hingga kini, pengikut Mota berjumlah lebih 5 juta di YouTube sahaja.
Manakala di laman Instagram di mana Mota memuatnaik gambar dirinya,
pakaian dan bilik tidur apabila dia tidak mengepos video di YouTube;
berjaya meraih lebih 2 juta pengikut.
Populariti Mota membuatkan pusat beli belah Aeropostale setuju untuk
memasarkan baju dan barangan kemas menggunakan jenamanya, ‘Motavator’.
Mota juga sebelum ini pernah mendapat peluang bekerjasama dengan
jenama yang popular dalam kalangan remaja, JC Penney dan Forever 21.
Tak keterlaluan dikatakan, media sosial telah menjadikan gadis muda
yang masih tinggal bersama ibu bapa ini menjadi jutawan tanpa
disangka-sangka.
Nampak tak, betapa hebatnya kuasa media sosial yang kadangkala mengalahkan media arus perdana?
Video

PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak Zizan Razak menafikan dia dan aktres Emma Maembong bercumbuan dan bersikap tidak senonoh di dalam kapal terbang ketika penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Zizan atau nama sebenarnya, Razizan Razak, 30, berkata, gosip yang ditimbulkan itu tidak masuk akal kerana pemergian mereka ke negara itu turut disertai oleh pengurus dan beberapa krew penggambaran.
“Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua.
“Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Pemergian Zizan dan Emma ke Amerika turut ditemani oleh rakan-rakan dan krew penggambaran.
Zizan mengulas laporan sebuah ruangan gosip akhbar mingguan pada Ahad lalu yang melaporkan dia dan Emma tanpa segan silu bercumbuan di atas kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain yang melihat aksi mereka.
Anggota kumpulan Jozan itu ketika dihubungi mStar Online pada pagi Isnin lalu pada mulanya enggan mengulas mengenai isu tersebut kerana tidak mengetahui cerita sebenar dan baharu sahaja pulang ke Malaysia.
Dalam pada itu, Zizan berkata, dia tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak sehingga timbulnya gosip tidak berasas itu kerana ia hanya spekulasi.
Malah kata Zizan, dia tidak berkecil hati dengan laporan akhbar tersebut kerana menganggap pihak media hanya menjalankan tugas mereka.
“Gosip itu tidak akan timbul sekiranya tiada pihak yang cerita kepada pihak media dan wartawan hanya menjalankan tugas mereka.
“Saya juga tidak berani hendak tunding jari kepada mana-mana pihak kerana nama pun gosip dan pada saya ia kedengaran kelakar,” ujarnya.
Sementara itu, ditanya mengenai reaksi Emma mengenai gosip berkenaan, Zizan berkata, dia belum sempat untuk bercakap dengan pelakon itu dan tidak berhak untuk memberi kenyataan bagi pihaknya.
Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, percutiannya ke Amerika amat menyeronokkan kerana dia dapat mempelajari pelbagai perkara baharu sepanjang berada di sana.
Jelas Zizan, kehidupan masyarakat di negara itu yang sentiasa pantas cukup mengagumkannya selain pemandangan indah meninggalkan pengalaman manis buatnya.
Hiburan
Bukan hanya tidur , Scotland juga berjalan dan menjalani kehidupan kesehariannya di atas tali itu . Scotland tercatat berada di atas tali selama 12 jam . Aksi nekad lelaki ini diabadikan oleh seorang jurugambar bernama Sebastian Wahlhitter .
" Walaupun saya seorang pendaki gunung dan cukup biasa dengan ketinggian , tapi tetap saja melihat aksi Scotland sangat luar biasa , saya merasa hal itu sangat menakutkan , " ujar Whalhitter . Demikian dilaporkan oleh Daily Mail , Sabtu ( 18/1/2014 ) .
Scotland adalah ahli komuniti pencinta ketinggian yang dikenali dengan nama Slackliners Vienna . Kumpulan ini sering melakukan perjalanan ke wilayah - wilayah terpencil di Vienna untuk mengeksplorasi ketinggian .
" Kumpulan ini memang gila dan mempunyai keinginan untuk merasakan ketinggian di sekitar Vienna , " ungkap Scotland .
Pelbagai
Conventry - Pejalan kaki ini tampak jelas mengikuti peraturan di mana kenderaan tidak boleh berjalan bila lampu isyarat bertukar merah. Demikian seperti yang dilaporkan oleh Metro , ahad ( 19/1/2014 ) .
Wanita yang tak dikenali tersebut ditemui oleh remaja bernama Imogen O'Neill sekitar pukul 2.45 petang waktu setempat sedang berjalan di sepanjang jalan di Coventry .
Dalam gambar kelihatan , wanita itu hanya berdiri menunggu lampu bertukar hijau . Tak mensia - siakan hal itu , O'Neill pun mengambil foto untuk mengabadikannya .
Foto ini bahkan telah disebar lebih dari 4,500 kali di Twitter .
Wanita yang tak dikenali tersebut ditemui oleh remaja bernama Imogen O'Neill sekitar pukul 2.45 petang waktu setempat sedang berjalan di sepanjang jalan di Coventry .
Dalam gambar kelihatan , wanita itu hanya berdiri menunggu lampu bertukar hijau . Tak mensia - siakan hal itu , O'Neill pun mengambil foto untuk mengabadikannya .
Foto ini bahkan telah disebar lebih dari 4,500 kali di Twitter .
Sumber: international.okezone.com
Pelbagai
RASANYA sudah ramai yang tahu akan hubungan ‘istimewa’ antara Zizan Razak dan Emma Maembong biarpun kedua-dua sering membuat penafian.
Baru-baru ini, kedua-duanya telah menjadi mangsa usikan kerana dilihat memuatnaik gambar di lokasi yang sama di Los Angeles dan Las Vegas, namun secara berasingan untuk ‘cover line’.
Tapi, itu tak mengapalah sebab hak masing-masing kan?
Namun, apa yang tak syoknya, Zizan dan Emma dikatakan bercumbuan di dalam kapal terbang semasa perjalanan dari Kuala Lumpur ke sana!
Cerita itu tersebar melalui sebuah sisipan hiburan akhbar tempatan yang menyatakan banyak saksi yang memerhatikan perbuatan mereka itu.
Kami rasa bercumbuan yang dimaksudkan bukanlah ke tahap ‘comolot’, tapi cium pipi pun boleh dikira cumbu kan?
Hai, harap-harap perkara ini tidak benar-benar berlaku. Tapi, kalau benar, kami sarankan agar Zizan dan Emma mengaku sahaja yang mereka sedang bercinta.
Kalau bimbang buat perkara-perkara tak manis, lebih baik kahwin saja. Ye dok?
Hiburan

Walaupun Samsung masih belum mengumumkan harga pasaran bagi keempat-empat peranti tablet terbaru mereka – Galaxy Note Pro 12.2 serta tiga variasi Galaxy Tab Pro – penjual elektronik di pasaran Eropah telah mula “mengumumkan” harga pasaran mereka sendiri.
Memandangkan peranti ini masih belum tiba ke Malaysia, jangan risau, dompet anda masih lagi selamat, walaupun harga pasaran yang ditetapkan oleh penjual di Eropah ini sememangnya tidak munasabah (perkara biasa yang dilakukan oleh mana-mana penjual sebelum harga pasaran sebenar diumumkan).
Peranti Samsung Galaxy Note Pro 12.2 ditetapkan pada harga €999 (RM4,477.94) atau €1099 (RM4,926.18) bergantung pada chipset peranti. Kedua-dua variasi peranti ini mempunyai memori dalaman 32GB. Pemproses bagi peranti pertama, dengan penggunaan Wi-Fi sahaja, lengkap dengan pemproses Exynos 5 Octa manakala peranti kedua lengkap dengan pemproses Snapdragon 800 selain mempunyai sokongan untuk LTE.
Situasi yang sama juga boleh dilihat bagi peranti Galaxy Tab Pro 12.2 – model Wi-Fi sahaja (Exynos 5 Octa 5420) dijual pada harga €900 (RM4,034.86), manakala model LTE (Snapdragon 800) pada harga €1000 (RM4,483.53).
Bagi Galaxy Tab Pro 10.1 pula, dengan memori dalaman 16GB, mereka menetapkan harga €800 (RM3,586.80) untuk model Exynos/Wi-Fi dan €900 (RM4,034.86) untuk model Snapdragon/LTE.
Akhir sekali, tablet terkecil antara semua peranti terbaru dari Samsung, Galaxy Tab Pro 8.4, juga lengkap dengan memori dalaman 16GB, dijual pada harga €700 (RM3,138.56) untuk model Exynos/Wi-Fi dan €800 (RM3,586.80) untuk model Snapdragon/LTE.
Samsung semestinya akan mengumumkan harga pasaran seperti yang ditetapkan oleh penjual Eropah. Namun, buat masa ini, pengumuman tersebut masih belum dikeluarkan oleh syarikat elektronik gergasi tersebut.
Sumber: GSMarena
[wow] - Teknologi

Bakal ambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun palsu laman sosial dirinya
Sebelum ini, akaun Instagram milik Shila Amzah pernah cuba digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun, rancangan jahat itu tidak berhasil dan laman sosial penyanyi berkenaan sempat diselamatkan.
Selepas insiden terbabit, Shila yakin kejadian seumpama itu tidak berulang, namun jangkaannya meleset sama sekali.
Terbaharu, ada insan tidak bertanggungjawab membuka akaun Facebook (FB) palsu penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu dan Makin Aku Cinta itu.
Bukan saja menyamar, tetapi pihak terbabit turut menipu peminat dengan meletakkan pelbagai gambar dan cerita palsu dalam akaun itu sehingga memaksa anak gadis pelakon, penyanyi dan pengacara, ND Lala, itu memberi amaran buat si dalang.
Ketika ditemui pada sidang media khas baru-baru ini, Shila berkata, insiden menabur fitnah ke atas dirinya seperti yang ditulis dalam laman sosial itu membuatkan beliau terpaksa bertindak.
Gambar kahwin
Dalam FB palsu itu, mereka meletakkan gambar Sha memakai baju pengantin dengan keterangan gambar menyatakan Sha sudah berkahwin, walhal gambar terbabit diambil ketika Sha mengadakan persembahan pada malam Tahun Baharu di Shanghai.
Sudahlah cerita tidak benar, sakit hati pula apabila membaca komen yang ditulis. Memandangkan ramai yang percaya dengan fitnah itu, Sha terpaksa menghantar mesej kepada pemilik akaun FB terbabit supaya menutup akaun berkenaan. Buat masa ini, akaun itu sudah tidak aktif, tetapi tak tahulah pada masa akan datang, katanya yang senang membahasakan dirinya Sha.
Tegas Shila, 23, perkara itu sudah dirujuk kepada peguamnya dan jika pemilik akaun terbabit masih berdegil, tindakan undang-undang bakal diambil.
[Wow] - Kisah Artis
Alor Setar: Seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan pucat akibat kesejukan selepas ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Kuala Kedah, di sini, awal pagi tadi.
Kejadian itu disedari pemilik rumah berkenaan selepas dikejutkan dengan bunyi tangisan bayi yang tidak berpakaian itu kira-kira jam 3 pagi.
[Wow] - Berita Tempatan
PENAMPANG: Seorang penjenayah mati ditembak ketika menyerang anggota polis yang cuba menahannya di Kampung Maang, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, seorang anggota polis cedera parah dirempuh kenderaan suspek dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth, di sini.
-BH
[Wow] - Jenayah

YONGBING sedang meniup udara ke dalam tayar menerusi saluran paip getah.
CHENGDU, Sichuan – Seorang lelaki China mencipta rekod dunia apabila dia mengepam empat biji tayar kereta menggunakan hidungnya, lapor sebuah akhbar tempatan.
Nie Yongbing, 63, mengambil masa 21 minit untuk melakukan tugas sukar tersebut.
Dia menggunakan kekuatan hidungnya untuk meniup udara ke dalam tayar kereta berkenaan dengan terdapat dua orang dewasa di atas setiap tayar itu.
Nie mula melakukan perkara ganjil itu selepas seorang doktor memberitahu yang dia dapat meningkatkan tahap kesihatannya dengan meniup belon menggunakan hidung.
Sehingga kini, lelaki tersebut masih belum menemui pencabar yang mahu menandinginya. – Agensi
Pelbagai
LONDON – Seorang pelajar Britain berusia 16 tahun semalam menjadi individu termuda berjalan kaki ke Kutub Selatan, kata pasukannya.
Lewis Clarke meraikan kejayaan tersebut bersama semangkuk pasta dan keju parmesan yang menjadi hidangan lengkap pertamanya sejak dia mengembara sejauh 1,129 kilometer dari Denmark pada 2 Disember 2013.
Remaja lelaki itu dan pemandu arahnya, Carl Alvey merentasi rantau Antartika menggunakan ski dan tanpa sokongan lain.
Mereka hanya membawa barang makanan semasa melakukan perjalanan jauh dengan menempuh suhu -50° Celsius di bawah paras beku.
“Saya benar-benar gembira dan lega kerana buat kali pertama sejak 48 hari lalu, saya tidak perlu bangun dan mengheret gelongsor salji merentasi lapisan ais dan angin sejuk selama sembilan jam setiap hari,” kata Clarke.
Dua pengembara itu tiba di Kutub Selatan pukul 2 pagi semalam (waktu Malaysia).
Clarke yang melakukan perjalanan sukar itu untuk mengutip dana bagi mengisi tabung yayasan belia Putera Charles, akan pulang ke Britain pada Jumaat ini apabila rekodnya disahkan.
Terdahulu, Guinness World Records menyatakan, rekod orang paling muda berjalan kaki ke Kutub Selatan tanpa bantuan anjing atau kenderaan bermotor dicatat oleh gadis Kanada berumur 18 tahun, Sarah Ann McNair-Landry pada Januari 2005. – AFP
Global
Anggota keluarga dan sahabat yang rapat dengan Justin Bieber mendesaknya memasuki pusat pemulihan selepas beberapa bulan ditimpa pelbagai skandal.
Mengikut sumber, penyanyi sensasi berusia 19 tahun itu memerlukan bantuan bagi isu perilaku selain sering menggunakan dadah untuk tujuan berseronok.
Bagaimanapun, buat masa ini Bieber nampaknya belum merancang mendengar nasihat mereka mendapatkan rawatan pemulihan.
Sumber memberitahu MailOnline keluarga serta sahabat Bieber mahukan yang terbaik untuknya dan mengharapkan dia menyedari betapa teruk keadaannya sekarang.
Penyanyi itu kini masih di California selepas kediamannya di Calabasas diserbu polis, minggu lalu, apabila didakwa 'menyerang' rumah jirannya dengan telur yang mungkin boleh membawa kepada penahanan dan dakwaan bagi kesalahan vandalisme.
Rakannya Lil' Za turut ditahan dalam serbuan itu kerana didapati memiliki dadah dipercayai kokain. Bagaimanapun, polis berkata Bieber tiada kaitan dengan dadah ditemui. Bieber juga dikatakan tidak langsung menghubungi jiran itu untuk memohon maaf atau membayar ganti rugi kerosakan dialaminya.
Menurut laporan, perbuatannya itu mengakibatkan kerosakan lebih $20,000 (RM65,920). Undang-undang California menetapkan kerosakan lebih daripada $400 (RM1,318) dianggap vandalisme yang boleh membawa hukuman penjara.
Keluarga dan rakan-rakan Bieber semakin risaukan keadaan penyanyi muda itu terutama sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang melihatnya dihimpit pelbagai skandal membabitkan parti lewat malam bersama gadis-gadis seksi malah lambat hadir untuk persembahan konsertnya sendiri.
Desas-desus turut mengatakan Bieber yang berada di Amerika menggunakan visa kerja mungkin dihantar pulang ke Kanada selepas isu serangan telur itu.
"Jika Bieber didakwa dan didapati bersalah bagi tuduhan vandalisme, ada kemungkinan dia menghadapi tindakan pembatalan visa kerja yang membolehkannya tinggal di Amerika Syarikat.
"Perbuatannya itu boleh dianggap kesalahan moral yang keji mengikut perundangan imigresen Amerika," kata sumber agensi pengkuatkuasaan kepada laman berita Radar.
Kejadian itu bukan kali pertama Justin menimbulkan kemarahan jirannya, malah sering mengadakan parti yang membingitkan sehingga lewat malam serta berlumba.
Pada Mac tahun lalu, dia dikatakan meludah ke muka seorang jiran selepas memarahinya kerana memandu Ferrari miliknya dengan laju.
Jabatan Syerif Los Angeles dipanggil melakukan siasatan berikutan Bieber didakwa memaki hamun jirannya sambil berkata: "Saya akan bunuh awak!"
Sementara itu, November lalu pihak polis dipanggil ke rumahnya tiga kali dalam satu malam selepas jiran tidak tahan bunyi bising apabila dia mengadakan parti.
Menurut TMZ, polis dipanggil pada jam 1 pagi dan mengarahkannya supaya berhenti membuat bising.
Selain itu, laman web Radar turut melaporkan ada anggota pasukan keselamatan Bieber dipecat selepas menegur perbuatannya. Akibatnya Bieber kini boleh melakukan apa saja yang dimahukannya.
"Pengawal peribadinya Dustin Folkes bertikam lidah dengan pengurus Bieber, Scooter selepas menawarkan mahu membantu Bieber mendapatkan rawatan perilaku.
"Dustin dan anggotanya kemudian dipecat kerana cuba mencampuri isu itu. Malangnya, kini pasukan keselamatan sedia ada tidak mempedulikan apa yang terbaik untuknya jadi keadaan menjadi semakin tidak terkawal," katanya.
[Wow] - Selebriti
![]() |
RUMAH tangga Obama - Michelle bergegar beberapa kali sebelum ini. |
Washington: Rumah tangga Presiden AS, Barack Obama didakwa bergolak beberapa kali gara-gara dia disyaki menjalin hubungan dengan wanita lain.
Malah, beberapa pihak percaya Obama akan bercerai dengan isterinya, Michelle.
Sumber berkata, Michelle mengesyaki Obama mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
Bekas editor The New York Times, Edward Klein berkata, Obama dan Michelle kini di ambang perceraian. Kenyataan itu dibuat Klein melalui bukunya, The Amateur.
Khabar itu bukanlah berita baru kerana pada 2000 Michelle dilaporkan pernah menulis surat tuntutan cerai selepas Obama gagal memenangi kerusi senat Illinois di Chicago. Kata Klein, ketika itu Michelle muak dengan Obama yang tidak mengendahkan peringatannya agar tak bertanding menentang penyandang Bobby Rush.
“Ketika mereka berada di tahun ke lapan perkahwinan, Obama kelihatan tertekan kerana menghadapi banyak masalah dengan Michelle. “Pada satu ketika rakan terdekat Obama bimbang dia akan membunuh diri kerana berdepan kekalahan memalukan itu, selain berdepan hutang,” katanya. Bagaimanapun, kata Klein, Obama akhirnya berjaya melepas kegawatan rumah tangga itu dan hubungannya dengan Michelle kembali kukuh.
Kata Klein, hubungan pasangan suami isteri itu juga semakin dekat dengan anak mereka, Malia, 13, dan Sasha, 9. Namun, dugaan sekali lagi datang.
Klein berkata, Obama berdepan kemungkinan bercerai pada 2012 apabila Michelle - yang tidak mempercayai Obama - mencurigai wanita yang ada di sekeliling presiden itu. “Michelle sering menyemak aktiviti harian Obama kerana wanita itu dibayangi skandal presiden terdahulu, seperti John F Kennedy,” katanya. - Agensi
Global
![]() |
Anwar Ibrahim |
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad dilarang memasuki Jepun dan beliau mengkritik layanan yang diberikan oleh para pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.
Beliau menerusi kenyataan di blog miliknya berkata, "Saya membantah sekeras-kerasnya tindakan ini, tidak wajar kerajaan Jepun untuk tidak membenarkan saya masuk dan menafikan hak-hak sah saya bagi perjalanan secara bebas tanpa halangan.
"Ia memang mustahil untuk salah sebuah negara demokrasi yang terkemuka di dunia untuk mengambil tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di bawah alasan lemah itu dan membiarkan saya dengan gambaran bahawa terdapat sesuatu yang mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku," kata Anwar di blognya yang merujuk kepada campur tangan pihak tertentu yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan masuk ke negara itu.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di lapangan terbang pada pukul 6.46 pagi Ahad dari Kuala Lumpur tetapi telah dinafikan kemasukan oleh pegawai-pegawai imigresen.
Sebaliknya, beliau diberitahu untuk menaiki penerbangan pertama untuk pulang atau berhadapan dengan tindakan pengusiran.
Anwar memberi kerjasama dan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi.
Ketua pembangkang itu diberikan penjelasan berhubung pengusirannya ekoran sabitannya sebelum ini pada 1999.
"Saya beritahu mereka ini tidak boleh jadi sebab yang diterima kerana saya pernah memasuki Tokyo tanpa halangan sebanyak tiga kali sebelum ini pada 2006, 2009, dan 2012.
"Saya memberitahu pihak berkuasa imigresen mesti terdapat campur tangan berhubung perkara inu dan membantah bahawa adalah tidak wajar bagi mereka untuk tidak membenarkan saya memasuki ke negara ini (Jepun) tanpa bona fide dan sebab yang sah," katanya.
Apabila didesak untuk diberitahu sebab lain, para pegawai menjelaskan bahawa tindakan itu diambil 'kerana laporan terkini', Anwar berkata, beliau menuntut penjelasan daripada Wisma Putra.
Anwar turut menambah bahawa pejabatnya lebih awal membuat pertanyaan dengan pihak Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur dan telah diberikan pelepasan.
Menurut kenyataan di blog Anwar, beliau pergi ke Tokyo selepas menerima jemputan peribadi oleh Yohei Sasakawa yang merupakan Pengerusi Yayasan Nippon bagi membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Islam.
-mSTar
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA: Pelakon Faizal Hussein menganggap keengganannya membawa watak seorang bapa yang mempunyai anak dewasa sebagai strategi untuk bertahan lama sebagai hero dalam sesebuah drama atau filem.
Faizal, 46, berkata, sebagai pelakon, dia akan memilih watak paling muda dan bersesuaian yang mampu dilakonkannya mengikut kepercayaan yang diberikan oleh pengarah.
"Jika saya ambil watak 'bapa tua' iaitu yang mempunyai anak-anak yang sudah dewasa ia seperti memendekkan jangka hayat saya sebagai seorang hero.
"Sebagai pelakon sudah tentu kita ada strategi kita untuk bertahan lama dalam industri, kalau boleh saya akan pilih watak yang muda daripada usia atau seiring dengan usia sebenar," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanpun, kata Faizal, ia turut bergantung kepada sesebuah skrip yang akan dilakonkan.
Faizal berkata, bagi drama Jiwa watak sebagai bapa kepada pelakon Remy Ishak dan Kamal Adli berbeza kerana ia berkisarkan tentang perkembangan watak.
"Drama Jiwa berbeza kerana watak bapa kepada Remy dan Kamal ialah sejak mereka kecil sehingga mereka membesar. Drama tersebut tentang perjalanan kehidupan daripada saya muda hingga anak-anak membesar.
"Saya tidak mahu watak saya awal-awal sudah menjadi bapa kepada anak-anak yang sudah dewasa," katanya.
Dalam pada itu, Faizal berkata, sejak kembali aktif berlakon, dia lebih banyak menerima watak aksi berbading zaman kegemilangannya dahulu yang dikenali dengan watak romantik.
Kata Faizal, dia selesa menerima watak-watak aksi tersebut biarpun terpaksa membuat persediaan lengkap dan menjaga stamina.
"Sekarang lebih banyak menerima watak aksi berbanding belasan tahun dahulu, saya sentiasa menjaga kesihatan dan stamina agar tidak mengecewakan pengarah.
"Selain itu juga, saya ada persedian dan kelengkapan khas untuk berlakon babak-babak aksi agar tidak cedera," katanya.
Faizal bakal bergandingan dengan Remy Ishak dan Kamal Adli dalam drama Jiwa untuk slot Aksi pada setiap Rabu pukul 9 malam bermula 5 Februari depan di TV3.
[Wow] - Kisah Artis
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments