Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bieber Didesak Dapat Rawatan Pemulihan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Anggota keluarga dan sahabat yang rapat dengan Justin Bieber mendesaknya memasuki pusat pemulihan selepas beberapa bulan ditimpa pelbagai skandal.
Mengikut sumber, penyanyi sensasi berusia 19 tahun itu memerlukan bantuan bagi isu perilaku selain sering menggunakan dadah untuk tujuan berseronok. 
Bagaimanapun, buat masa ini Bieber nampaknya belum merancang mendengar nasihat mereka mendapatkan rawatan pemulihan.

Sumber memberitahu MailOnline keluarga serta sahabat Bieber mahukan yang terbaik untuknya dan mengharapkan dia menyedari betapa teruk keadaannya sekarang.

Penyanyi itu kini masih di California selepas kediamannya di Calabasas diserbu polis, minggu lalu, apabila didakwa 'menyerang' rumah jirannya dengan telur yang mungkin boleh membawa kepada penahanan dan dakwaan bagi kesalahan vandalisme.
Rakannya Lil' Za turut ditahan dalam serbuan itu kerana didapati memiliki dadah dipercayai kokain. Bagaimanapun, polis berkata Bieber tiada kaitan dengan dadah ditemui. Bieber juga dikatakan tidak langsung menghubungi jiran itu untuk memohon maaf atau membayar ganti rugi kerosakan dialaminya.

Menurut laporan, perbuatannya itu mengakibatkan kerosakan lebih $20,000 (RM65,920). Undang-undang California menetapkan kerosakan lebih daripada $400 (RM1,318) dianggap vandalisme yang boleh membawa hukuman penjara.

Keluarga dan rakan-rakan Bieber semakin risaukan keadaan penyanyi muda itu terutama sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang melihatnya dihimpit pelbagai skandal membabitkan parti lewat malam bersama gadis-gadis seksi malah lambat hadir untuk persembahan konsertnya sendiri.

Desas-desus turut mengatakan Bieber yang berada di Amerika menggunakan visa kerja mungkin dihantar pulang ke Kanada selepas isu serangan telur itu.

"Jika Bieber didakwa dan didapati bersalah bagi tuduhan vandalisme, ada kemungkinan dia menghadapi tindakan pembatalan visa kerja yang membolehkannya tinggal di Amerika Syarikat.

"Perbuatannya itu boleh dianggap kesalahan moral yang keji mengikut perundangan imigresen Amerika," kata sumber agensi pengkuatkuasaan kepada laman berita Radar.

Kejadian itu bukan kali pertama Justin menimbulkan kemarahan jirannya, malah sering mengadakan parti yang membingitkan sehingga lewat malam serta berlumba.

Pada Mac tahun lalu, dia dikatakan meludah ke muka seorang jiran selepas memarahinya kerana memandu Ferrari miliknya dengan laju.

Jabatan Syerif Los Angeles dipanggil melakukan siasatan berikutan Bieber didakwa memaki hamun jirannya sambil berkata: "Saya akan bunuh awak!" 

Sementara itu, November lalu pihak polis dipanggil ke rumahnya tiga kali dalam satu malam selepas jiran tidak tahan bunyi bising apabila dia mengadakan parti.

Menurut TMZ, polis dipanggil pada jam 1 pagi dan mengarahkannya supaya berhenti membuat bising.

Selain itu, laman web Radar turut melaporkan ada anggota pasukan keselamatan Bieber dipecat selepas menegur perbuatannya. Akibatnya Bieber kini boleh melakukan apa saja yang dimahukannya.

"Pengawal peribadinya Dustin Folkes bertikam lidah dengan pengurus Bieber, Scooter selepas menawarkan mahu membantu Bieber mendapatkan rawatan perilaku.

"Dustin dan anggotanya kemudian dipecat kerana cuba mencampuri isu itu. Malangnya, kini pasukan keselamatan sedia ada tidak mempedulikan apa yang terbaik untuknya jadi keadaan menjadi semakin tidak terkawal," katanya.


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments