Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bukit Tabur 'BUKIT BERDARAH'
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KEMATIAN seorang lagi pendaki akibat tergelincir di Bukit Tabur, Taman Melawati, Gombak 14 Januari lalu menarik kembali perhatian kepada bukit yang tersergam indah itu.
Ia antara lokasi riadah terkemuka bagi warga kota yang gemarkan aktiviti lasak.

Bukit Tabur mula meniti di bibir pendaki sekitar tahun 2006 selepas ia menjadi perhatian para juru gambar amatur.

Gambar-gambar keindahan Bukit Tabur yang tersebar di alam maya menarik minat bukan sahaja jurgambar malah penghuni kota yang gemarkan sukan lasak itu.

Maka tidak hairanlah, mereka yang menaiki Bukit Tabur ini tidak mengira peringkat umur dan juga latar belakang.

Ada yang naik kerana suka-suka, bersukan mahupun bagi tujuan merakamkan gambar matahari terbit di sebalik bukit-bukau dan kehijauan alam flora di bukit ini.

Namun, di sebalik ceritera keindahan Bukit Tabur ini, ia juga tidak sunyi dengan insiden-insiden ngeri sehingga meragut nyawa pencinta alam yang mengunjunginya.

Dalam bulan ini sahaja, dua insiden berlaku di Bukit Tabur. Yang pertama pada 5 Januari melibatkan seorang wanita yang mendaki secara berseorangan di bukit itu.

Anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) mengambil masa kira-kira 15 jam untuk membawa mangsa turun.

Operasi menyelamat yang disifatkan paling lama diambil oleh pasukan itu.

Tidak sampai 10 hari selepas insiden itu, seorang lagi wanita turut terjatuh di bukit yang sama akibat tergelincir.

Malangnya, mangsa tidak dapat diselamatkan. Mangsa jatuh ke dalam gaung setinggi 60 meter. Seramai 55 anggota polis, bomba dan JPAM terlibat dalam operasi menyelamat mangsa yang tidak sedarkan diri ketika ditemui.

Operasi yang mengambil masa tiga jam itu terpaksa menggunakan helikopter untuk mengeluarkan mangsa daripada tempat kejadian.

Mangsa yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagaimanapun meninggal dunia setengah jam kemudian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Begitulah tragisnya insiden Bukit Tabur, aktiviti sihat boleh bertukar bahaya jika salah langkah. Berikut beberapa kronologi insiden Bukit Tabur yang dilaporkan media;

- 14 Januari 2014: Soleha Abdul Rahman, 25, dilaporkan terjatuh dari Bukit Tabur kira-kira 60 meter ke dalam gaung. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

- 5 Januari 2014: Noor Asmahani Hashim, 28, mengalami kecederaan belakang, tangan dan wajah setelah terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.

- 3 Disember 2013: Guru sains, Ng Pee Tat, 30an, maut setelah tergelincir di sebuah cerun yang curam ketika pertama kali menyertai pendakian di Bukit Tabur bersama rakan-rakannya

- 28 September 2013: Tan Tick Soon, 51, jatuh sejauh 60 meter di cerun curam dan mengalami kecederaan serius. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa empat jam untuk menyelamatkan mangsa

- 17 Disember  2012: Seorang jurutera berusia 27 tahun terselamat setelah terjatuh dari ketinggian 100 metre ke dalam gaung di Bukit Tabur. Chan Wing Sing bagaimanapun mengalami kecederaan buku lali dan pinggang.

- 19 Disember 2009: Lima sekawan dilaporkan sesat selama lima jam ketika mendaki Bukit Tabur, namun berjaya ditemui dengan selamat.

-23 September 2009: Lim Kok Leong, 51, terselamat daripada maut setelah dahan-dahan pokok memperlahankan jatuhan mangsa ketika mendaki berseorangan di Bukit Tabur. Mangsa terperangkap selama lima jam sebelum berjaya diselamatkan.

- 28 Mac 2009: Dua doktor ditemui mati di dalam gaung berhampiran Klang Gates di Ulu Ampang selepas sebuah ekspedisi mendaki di Bukit Tabur. Kedua-dua mangsa Dr Haliza Mohd Shafie, 53, seorang pakar kanak-kanak dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yen Ming, seorang pakar bedah kanak-kanak dilaporkan tergelincir dan jatuh dalam jarak sekitar 500 meter.

-15 Oktober 2008: Seorang pelajar kolej jatuh dari ketinggian 100 meter namun terselamat ekoran dahan-dahan yang menahan mangsa dari jatuh dengan lebih cepat. Mangsa bagaimanapun dilaporkan cedera parah antaranya luka dalam di dahi, retak tulang rusuk serta tertusuk ke paru-paru.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments