Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

David Beckham Bakal Jual Kediaman RM61 Juta

NAMPAKNYA kediaman agam milik David dan Victoria Beckham sekeluarga, Beckingham Palace tidak akan diwarisi oleh anak-anaknya apabila mereka dilaporkan akan menjualnya dengan harga RM61 juta.

‘Istana’ di Hertfordshire itu akan dijual bersama dengan beberapa lagi kereta mewah mereka bagi mencapai hasrat untuk membeli sebuah kediaman agam baru bernilai lebih RM229 juta di tengah kota London.

Menurut laporan akhbar tabloid Sun On Sunday, keputusan itu merupakan ‘permulaan era baru’ bagi keluarga Beckham.

“David sangat sedih untuk menjual kediaman keluarganya itu kerana terdapat begitu banyak memori di rumah itu. Mereka menjalani tahun-tahun yang cukup menggembirakan di situ, tapi kini tiada sebab untuk tidak menjualnya,” ujar sumber.
Tiga anak mereka, Brooklyn, 14, Romeo, 11, dan Cruz, lapan, tinggal selama beberapa tahun di rumah itu sebelum berpindah ke Sepanyol dan Los Angeles kerana karier bola sepak ayah mereka.

Pasangan Beckham membeli estet seluas 12 ekar itu hanya tiga bulan selepas perkahwinan mereka dengan harga RM12.7 juta pada tahun 1999 sebelum harganya mula naik berganda selepas itu.
article-2446239-031847AD00000514-706_640x1017
'Top 10' Isteri & Teman Wanita Pemain EPL

MENJADI salah seorang pemain bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris bukan saja memberi kelebihan bukan sahaja dari segi wang dan populariti, malah ia turut memberi peluang untuk mendapat pasangan yang ‘super hot’.

Melalui laman web Ftbpro.com, sebuah artikel telah menyenaraikan carta 10 isteri atau kekasih pemain yang dianggap paling mengancam di mata peminat sukan bola sepak pada masa kini:

lorena bernal

10. Lorena Bernal – Isteri kepada pemain tengah Arsenal, Mikel Arteta ini pernah memegang gelaran Miss Spain pada tahun 1999.

sam cooke

9. Sam Cooke – Model English Glamour dan Page ini merupakan teman wanita kepada pemain pertahanan Manchester United, Chris Smailling. Dia juga pernah muncul di ruangan majalah untuk lelaki di Britain.

polly parsons

8. Polly Parsons – Gadis jelita ini sedang bertakhta di hati kapten pasukan Arsenal, Thomas Vermaelen dan merupakan seorang penyampai rancangan televisyen Inggeris.

sophie leigh adam

7. Sophie-Leigh Adam – Wanita seksi ini sudah pun memetrai ikatan perkahwinan dengan pemain tengah Stoke City, Charlie Adam. Dia dikatakan banyak mempengaruhi perpindahan Adam dari Blackpool ke Liverpool. Mana tidaknya, tengok muka saja dah cair.

frankie sandford

6. Frankie Sandford – Penyanyi berusia 24 tahun ini merupakan tunang kepada pemain kelab Reading, Wayne Bridge dan kini sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka. Katanya, dia mahukan Bridge berada di sisinya sewaktu proses bersalin dan akan memicit tangannya sekuat hati agar Bridge dapat merasai kesakitan yang dialaminya.

tanya robinson

5. Tanya Robinson – Isteri kepada pemain pertahanan Sunderland, Phil Bardsley ini merupakan model Inggeris yang amat seksi. Sehingga kami sendiri sukar menemukan gambar beliau yang agak sopan. Huh!

helen flanagan

4. Helen Flanagan – Teman wanita pemain sayap dan juga simpanan Machester City, Scott Sinclair ini merupakan seorang pelakon drama bersiri ‘Coronation Street’ selama 12 tahun.

abbey clancy


3. Abbey Clancy – Mungkin ramai yang agak sinikal dengan pemain Peter Crouch apabila berjaya memiliki isteri jelita seperti Clancy. Dia merupakan seorang model dan penyampai televisyen. Crouch pernah berseloroh, “jika saya bukan pemain bola sepak, mungkin saya masih teruna’. Gulp!

natalie suliman

2. Natalie Suliman – Memiliki wajah yang eksotik dan menawan, model kelahiran Britain ini berjaya memikat hati pemain sayap Fulham, Kieran Richardson. Memang beruntung.

katsia zingarevich

1. Katsia Zingarevich – Sebenarnya wanita ini bukanlah isteri kepada pemain bola sepak, tetapi lebih daripada itu. Dia merupakan isteri kepada pemilik kelab bola sepak Reading, Anton Zingarevich. Itulah yang menjadikan Katsia paling unggul dalam carta setakat ini!

\\ PANAS: Nora 'Buka Mulut' Mengenai Hadiah Kondo RM7 Juta & Ferrari Anak Menteri
Hubungan antara pelakon jelita, Nora Danish dengan anak VVIP, Mohamed Nedim Mohamed Nazri semakin menjadi perbualan hangat di mana terbaru, pelakon filem ‘Bencinta’ ini dikatakan menerima hadiah sebuah kereta Ferrari dan rumah banglo bernilai RM7.2 juta dari jejaka tersebut.

Walaupun sebelum ini Nora tidak mendedahkan status hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, namun pembelian kereta serta rumah banglo mewah tiga tingkat tersebut sedikit sebanyak menunjukkan hubungan mereka lebih sekadar teman biasa.

Menghadiri pertandingan ‘Fruitale Star Search’ yang diadakan di Mydin Subang Jaya petang Sabtu, membuka peluang kepada GUA untuk bertemu dengan duta Fruitale itu bagi mendapatkan penjelasaannya mengenai hadiah mewah yang diterimanya.

“Saya agak terkejut dan tidak tahu menahu pun mengenai isu ini. Setahu saya, rumah itu adalah hadiah untuk ibunya dan dia bukan beli untuk saya. Takkanlah dia nak beli hadiah semahal itu untuk saya. Malah, isu kereta Ferrari pun tidak benar kerana saya tidak pakai pun kereta jenama tersebut,” jelas Nora kepada GUA.

“Orang suka buat andaian dan sejujurnya, saya kesian pada dia kerana orang asyik bercakap pasal reputasi jahat dia saja. Jangan kaitkan apa yang dia buat dengan saya kerana memang dia tidak beli hadiah yang dimaksudkan itu untuk saya. Di sini saya ingin tegaskan yang isu ini tidak betul sama sekali dan ia adalah fitnah semata-mata.”

Ketika pertemuan kami, GUA juga sempat bertanyakan kepada Nora mengenai keterbukaan Nedim di laman sosial miliknya yang menunjukkan seolah-olah mereka mempunyai hubungan istimewa. Walaupun Nora sendiri tidak pernah mengiyakan mengenai perkara tersebut, namun kemesraan yang dipamerkan membuktikan yang mereka adalah pasangan kekasih.

“Bagi saya, terpulang pada hak individu dan itu adalah hak dia untuk berbuat demikian. Dia berani untuk bersikap terbuka mengenai hubungan kami namun saya tetap dengan prinsip saya, di mana nak berkahwin baru saya akan umum,” ujar pelakon drama ‘Tentang Dhia’ ini sambil menjawab isu kononnya dia hanya memilih untuk berkawan dengan anak Menteri sahaja.

“Saya berkawan rapat dengan ramai orang dan mereka yang bercakap begitu mungkin tidak kenal rapat dengan saya. Benda lepas banyak mengajar saya dan saya sendiri tidak meletakkan kriteria untuk berkawan dengan sesiapa. Bagi saya, apa yang penting adalah persefahaman dan selagi selesa, saya tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.”
Selena Gomez tampil dengan kostum Bollywood merah menyala memanaskan pentas MTV Movie Awards. The Sun melaporkan Selena mengenakan pakaian demikian ketika mempersembahkan nyanyiannya pada malam tersebut.

Bekas pelakon Disney berusia 20 tahun ini berjaya melenyapkan imej bersihnya dengan persembahan yang amat menghiburkan di Culver City, California melalui single terbarunya Come & Get It.

Denga penampilan hangat itu juga, Selena turut mempromosikan filem terbarunya Spring Breakers, dan dalam filem tersebut beliau adalah bintang utama yang hanya memakai bikini.

Selena juga langsung tidak memakai kasut dan terus menarik perhatian hadirin yang hadir pada malam itu. Selena sebelum ini dilaporkan meminta bekas kekasihnya, Justin Bieber untuk tidak memasukkan mana-mana klip video yang mengandungi wajahnya di dalam dokumentari beliau yang akan datang.


Nan Yu ialah antara sebab kenapa Expandables 2 menjadi filem yang lebih HOT dari Expandables 1. Kali ini filem lakonan Stallone, Schawanennshsgsdher , Wilis, Li, Lundgren, Statham, Crews , Couture , Van Damme dan Chuck. Nan Yu, pelakon berusia 33 tahun yang berasal dai Dalian China. Pelakon wanita ini ialah graduan Beijing Filem Academy dan fasih berbahasa Inggeris dan Perancis. Sebelum Expandables beliau muncul di dalam filem Speed Racer. 



Laporan Chinese Filsm dan MTIME
Azharina Akui Lelaki Takut Dekatinya Sejak Bergelar Janda

PENYANYI lagu Elegi Sepi iaitu Azharina mengakui lelaki takut mendekatinya selepas bergelar janda sejak enam tahun lalu.
Azharina atau nama sebenarnya Azharina Azhar, 28, berkata, disebabkan perkara itu juga dia masih solo namun mengakui selesa dengan statusnya itu.

“Orang akan ingat saya jenis yang memilih atau sudah serik untuk berumah tangga tetapi sebenarnya lelaki takut hendak dekat dengan saya selepas bergelar janda,’ katanya kepada mStar Online.
Bagiamanapun kata Azharina atau lebih mesra dengan sapaan Nina, ada beberapa lelaki yang cuba mendekatinya sebelum ini namun hubungan tersebut tidak kekal lama.

Jelas Nina, lelaki yang cuba rapat dengannya itu tidak dapat memahami kariernya sebagai seorang penyanyi tambahan pula jadualnya padat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Bukan tidak ada yang cuba tetapi hubungan itu tak dapat bertahan kerana saya sangat mengutamakan karier berbanding percintaan tetapi saya tidak kisah kerana menganggap jodoh belum sampai,” jelasnya.

Tambah Nina, walaupun keinginan untuk mempunyai keluarga sendiri menembal dalam dirinya namun selepas enam tahun hidup bersendirian dia tidak melihat perkahwinan sebagai keutamaan pada masa ini.
“Apabila tengok adik-beradik yang telah berkahwin dan mempunyai anak rasa cemburu juga tetapi saya tidak tertekan hidup menjanda malah lebih berdikari,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nina berkata, dia sebelum ini tidak berniat untuk merahsiakan status perkahwinannya daripada pengetahuan umum sebaliknya memberitahu dia tidak mempunyai pilihan.
Jelas Nina, bekas suaminya tidak mahu perkahwinan mereka diketahui umum dan dia telah berjanji untuk tidak membocorkan mengenai perkara itu kepada pihak lain.

“Saya buat begitu kerana diberi kata dua oleh bekas suami dan sebagai isteri saya perlu taat kepadanya. Jika perkara itu terbongkar saya akan diceraikan dengan talak tiga,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Nina berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharunya iaitu Pergilah Cinta dan akan melakukan strategi pemasaran berbeza bagi mempromosikan lagu itu. – mStar
Noh Salleh Tak 'Ngam' Dengan Hujan?

NAMPAKNYA ada khabar kurang enak yang kami dengar mengenai vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.

Memetik laporan myMetro Ahad, penyanyi itu dikatakan sudah tidak ‘ngam’ dengan anggota kumpulannya itu.

Pendek kata, mereka mempunyai masalah persefahaman. Namun, tidak dinyatakan pula apa punca permasalahan itu.
Lebih panas lagi, ada pula khabar yang menyatakan bahawa Noh kini sudah menubuhkan kumpulan baru.

Hai, kalau benar memang kecewalah peminat tegar kumpulan Hujan.
Kami harap perkara ini tidak benar dan cuma khabar angin semata-mata.

Apa-apa pun, lebih baik Noh dan ahli kumpulan Hujan yang lain muncul untuk memberi kenyataan kepada pihak media agar spekulasi negatif tidak terus berlegar di minda peminat.
KRU Rancang Black Hawk Down Versi Baru

PASTINYA anda pernah menonton filem blockbuster Hollywood Black Hawk Down yang dibintangi Josh Harnett, Eric Bana dan Ewan McGregor.

Terbaru, dengarnya KRU Studios merancang untuk menerbitkan versi lain yang turut mengangkat tema yang sama seperti filem peperangan tersebut.

Menerusi Astro Awani, Presiden Eksekutifnya, Norman Abdul Halim berkata filem itu masih dalam peringkat perancangan dan penyelidikan mengenai peristiwa itu akan dimulakan tidak lama lagi.

Black Hawk Down versi Malaysia akan berkisarkan sudut pandang tentera Malaysia yang terlibat dalam pertempuran yang berlaku 20 tahun lalu di Mogadishu, Somalia.

“Kami belum melibatkan diri dengan mana-mana pihak ketiga. Kami menjalankan penyelidikan sendiri untuk menempatkan kejadian itu dari kaca mata tentera Malaysia (yang menyertai pertempuran tersebut),” katanya.

Semoga impian KRU Studios tercapai dan projek ini mendapat kerjasama daripada pihak berkaitan agar generasi masa hadapan akan lebih mengetahui dan menghargai pergorbanan yang telah dilakukan oleh pasukan keselamatan Malaysia demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.