PASTINYA anda pernah menonton filem blockbuster Hollywood Black Hawk
Down yang dibintangi Josh Harnett, Eric Bana dan Ewan McGregor.
Terbaru, dengarnya KRU Studios merancang untuk menerbitkan versi lain
yang turut mengangkat tema yang sama seperti filem peperangan tersebut.
Menerusi Astro Awani, Presiden Eksekutifnya, Norman Abdul Halim
berkata filem itu masih dalam peringkat perancangan dan penyelidikan
mengenai peristiwa itu akan dimulakan tidak lama lagi.
Black Hawk Down versi Malaysia akan berkisarkan sudut pandang tentera
Malaysia yang terlibat dalam pertempuran yang berlaku 20 tahun lalu di
Mogadishu, Somalia.
“Kami belum melibatkan diri dengan mana-mana pihak ketiga. Kami
menjalankan penyelidikan sendiri untuk menempatkan kejadian itu dari
kaca mata tentera Malaysia (yang menyertai pertempuran tersebut),”
katanya.
Semoga impian KRU Studios tercapai dan projek ini mendapat kerjasama
daripada pihak berkaitan agar generasi masa hadapan akan lebih
mengetahui dan menghargai pergorbanan yang telah dilakukan oleh pasukan
keselamatan Malaysia demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.
No comments
Post a Comment