Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Baru-baru ini, kumpulan pembangun aplikasi telefon 'Just Impressive' Group yang berpusat di Kota Kinabalu Sabah telah melancarkan aplikasi telefon mereka yang pertama.


Aplikasi ini adalah salah satu daripada beberapa siri Aplikasi hiburan daripada mereka, menurut Ketua Pembangun Just Impressive Group, mereka akan melancarkan beberapa lagi Aplikasi Hiburan pada masa hadapan dan sedang merancang untuk berkolebarasi bersama kumpulan-kumpulan media yang lain. 


Ahli kumpulan pembangun aplikasi telefon yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini berharap yang Aplikasi ini akan memberikan sesuatu yang baru di dalam industri pembangunan aplikasi mobile di Malaysia.

Aktiviti promosi kini sedang giat dijalankan, applikasi ini akan dipaparkan lagi di sebuah Temubual atas talian baru yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma di Google Playstore di 

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.superlawakapp.superlawakapps

Ataupun dengan menaip Superlawak di Google Playstore :D

Just Impressive juga menerima tempahan untuk Membina Laman web dan Aplikasi Mobile dengan harga yang bepatutuan, anda boleh menghubungi mereka di jsimpressive@gmail.com ataupun di nombor 0178142285
- - - -
KUALA LUMPUR: Dalam raut wajahnya yang lembut dan sering dipilih sebagai jurucakap produk kecantikan, Siti Saleha, 24 sebenarnya seorang yang lasak dan sangat menggemari aktiviti ekstrim.

Tidak sedikitpun terselit perasaan gentar meskipun terpaksa merentasi hutan rimba tebal, bergayut dan terbang daripada satu dahan ke satu dahan yang lain dengan ketinggian yang pastinya menggayatkan bagi kebanyakan gadis di luar sana.
Semuanya telah disaksikan portal murai.com.my ketika mengikuti penjelajahan bersama-sama pelakon campuran Melayu-Inggeris itu menerusi aktiviti penuh mencabar lagi mendebarkan yang dianjurkan di Flying Squirrels, Chiang Mai, Thailand baru-baru ini.

Ketika ditanya adakah itu merupakan kali pertama dia menyertai ativiti seperti itu, dia lantas menjawab tidak.
Malah dia sangat teruja untuk merentasi lebih 20 halangan mencabar termasuk beberapa zipline di atas tali kabel yang di bina di atas pokok berusia beratus tahun itu.

Bukan sahaja zipline panjang yang berketinggian 1,000 meter di atas paras laut, malah dia turut merentasi jaringan labah-labah buatan, berbasikal di atas kabel, skateboard udara, jejantas gantung dan gelongsor udara.

Malah jelas Siti Saleha, semua itu adalah perkara biasa dan menurut kata gadis kacukan Melayu-Inggeris itu, itu bukanlah kali pertama dia mengikuti aktiviti menggerunkan itu, terutama apabila berpeluang menjelajah keluar negara.
Menerusi cabaran yang disediakan Flying Squirrels, Siti Saleha yang turut ditemani pembantu peribandinya, Fynaz telah memberanikan diri mencuba cabaran paling menggerunkan iaitu bergayut di atas zipline sepanjang beberapa meter pada ketinggian 1,000 meter di atas paras laut di dalam hutan tebal.

Ditemani bunyi unggas belantara hutan hujan tropika, SitiSaleha tetap memberanikan diri walaupun sedar jeritan orang terdahulu yang merasainya mungkin mampu melunturkan semangat dirinya untuk terus mencuba.


Namun apa yang pasti, Siti Saleha telah berjaya melalui kesemua halangan tanpa sedikitpun merungut sebaliknya diakhiri dengan riang tawa dan senyuman penuh kepuasan.
Penerbangan tambang murah, AirAsia turut terbang ke Chiang Mai dua kali sehari pada harga cukup berpatutan. -Murai

KUALA LUMPUR: Filem The Journey tiada formula khas atau khusus bagi menjadikan filem ini meletup di pawagam serta menjadi filem terlaris di Malaysia.
Sebaliknya, misi utama orang-orang kuat di belakang tadbir adalah berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan keseimbangan antara seni dan nilai komersial.
Naib Presiden Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai semasa menjadi tetamu dalam program bual bicara Agenda AWANI berkata, mereka sentiasa cuba untuk mewujudkan kedua-dua elemen ini dalam setiap filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw.
Namun, kadang-kadang filem tersebut tidak berjaya mendapat tempat di hati penonton walaupun karya tersebut memenuhi kedua-dua elemen tersebut.
Kejayaan The Journey memang tidak disangka-sangka kerana menurut Gayatri, seluruh pasukan produksi hanya mahu menceritakan kisah kehidupan rakyat Malaysia dan tidak menjangka ia akan meletup di pawagam.


Sementara itu, Pengarah filem The Journey, Chiu Keng Guan pula menyifatkan perkara yang kecil boleh menimbulkan satu perasaan yang akan dapat meninggalkan kesan terhadap penonton.

Filem yang meliputi elemen kekeluargaan ini juga katanya adalah seimbang antara peranan seorang bapa dan anaknya dimana watak-watak ini juga bukanlah dilakonkan oleh pelakon yang profesional.
Ini menurutnya bagi membawa penonton rasa lebih dekat dengan jalan cerita The Journey ini.
KUALA LUMPUR : Murai Batu percaya pasti ramai yang tertanya-tanya apakah keputusan I Am A Singer pada Jumaat lalu setelah Shila Amzah terpaksa bersaing dengan 6 peserta lain termasuklah penyanyi hebat daripada Hong Kong, G.E.M.
Keputusannya adalah Shila berjaya meraih tempat kedua dan sekaligus ia memberikan laluan yang selesa buatnya untuk terus bertanding di dalam program realiti tersebut bagi pusingan seterusnya.

Tahniah Murai Batu ucapkan buat Shila. Apapun, dalam pusingan pada Jumaat lalu, ramai audiens di China yang lebih tertarik melihat persembahan Shila dan G.E.M kerana mereka disifatkan mempunyai cara dan gaya nyanyian yang lebih kurang sama.
Seperkara lagi, sudah 3 kali G.E.M meraih tempat kedua di dalam pusingan I Am A Singer yang terdahulu. Namun, setelah berdepan dengan Shila, G.E.M gagal mempertahankan kedudukannya itu dan hanya berjaya meraih tempat keempat sahaja.
Sewaktu diwawancara pihak media di sana, Shila memberitahu, dai tidak puas apabila hanya dapat menyanyi sekali saja di pentas I AM A Singer. Kalau boleh, dia mahu menyanyi lebih dan mahu memperlihatkan bakat muziknya di platform tersebut.
Takpe Shila, selepas ni Shila akan berpeluang untuk berdepan dengan pesaing lain di dalam pusingan I Am A Singer yang seterusnya. Good Luck Shila….Buat yang terbaik okey!

Jakarta: Julia Perez (Jupe) dilaporkan terlalu berang apabila didakwa menyuap hakim supaya mahkamah menyebelahinya untuk menghukum saingannya, Dewi Perssik, supaya dipenjara.
Media semalam melaporkan ada pihak menuduh Jupe merasuah hakim Mahkamah Agung sehingga Rp700 juta (RM196,119) bagi mendorong mahkamah menyabitkan kesalahan ke atas Dewi.
Peguam Jupe, Malik Bawazier berkata, pihaknya sedang mengesan individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah berkenaan.


“Walaupun berita itu tidak benar, kami tetap mahu mencari pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan.

“Ia sengaja dibuat untuk memburuk-burukkan imej Jupe,” katanya.
Jupe dan Dewi pernah menjadi rakan baik sebelum terbabit dalam pergaduhan ketika melakonkan aksi pergaduhan sebuah filem.
Mereka kemudian membawa kes berkenaan ke mahkamah.
Baru-baru ini hakim memutuskan Dewi bersalah mencederakan Jupe dan mengarahkan aktres terbabit dipenjara selama tiga bulan.
Malik berkata, jika fitnah berkenaan berlanjutan pihaknya tidak teragak-agak membawa kes itu ke mahkamah.
“Kami akan mengheret penyebar fitnah itu ke muka pengadilan,” katanya.- Agensi


DRAMA Ariana Rose telah mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan penonton apabila setiap kali drama siri ini bersiaran, ia berjaya mencatat kadar keseluruhan tontonan sebanyak 2.7 juta penonton.
Selepas 25 episod Ariana Rose ditayangkan di slot Akasia, malam ini, drama arahan Raja Alauddin Shah hampir sampai ke kemuncaknya.

Dibintangi ramai pelakon handalan seperti Keith Foo, Nur Fathia, Hisyam Hamid, Nabila Huda, Arja Lee dan ramai lagi.

Drama 28 episod yang akan melabuhkan tirainya hari ini mengisahkan tentang Ariana Rose yang menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita dengan tujuan untuk menggagalkan perkahwinan itu.

Malah pengakuan palsu Ariana itu ternyata telah memporak-perandakan majlis tersebut sehingga Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali gadis itu.

Demi mengetahui kebenarannya, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya itu.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad menculik Ariana dan kemudian, Tengku Adam meragut kesucian Ariana.

Pelbagai konflik melanda mereka sehingga dipertemukan sebagai suami isteri.

Menurut penerbit drama tersebut, Ziela Jalil berkata, drama tersebut merupakan adaptasi daripada buku The Wedding Breaker karya Evelyn Rose.

"Menyedari sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton, kami tidak pernah merancang untuk menyambung drama ini.

"Biarpun novel ini ada sambungannya, namun drama Ariana Rose tiada kesinambungan selepas ini," katanya ketika ditemui dalam tayangan eksklusif Ariana Rose, kelmarin.

Persenda agama?
Menyentuh kontroversi yang melanda drama tersebut mengenai pelakon utamanya, Keith Foo yang bukan beragama Islam tetapi perlu berlakon sebagai Muslim, Ziela berkata, pemilihan Keith
menerajui watak Tengku Adam adalah bertepatan dengan watak dalam novel itu.

"Kami bukan sengaja mahu menimbulkan mempersendakan agama Islam kerana banyak perkara sensitif kami jaga.

"Sebagai contoh, Keith tidak membaca al-Quran atau solat tetapi hanya mengenakan baju Melayu untuk menggambarkan dia sebagai Muslim," katanya.

Tegas Ziela, sebelum memulakan penggambaran Keith telah mempelajari Islam supaya tidak bercanggah dengan agama ketika melakonkan wataknya itu.

"Bagi saya, setiap babak yang dilakukan sebaik mungkin untuk memenuhi cita rasa penonton.

"Kami sedar Keith bukan Islam tetapi agama tidak boleh dipermainkan dan perkara ini sangat saya titik beratkan sejak mula penggambaran," katanya.


SHAH ALAM: Kumpulan pelawak, Sepahtu yang dianggotai Mohd Nadzri Zainal Abidin, Shahmira Muhamad dan Rahim Mat Ali dinobatkan sebagai juara program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 menewaskan empat peserta lain, pada pentas akhir program yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam tadi.


Persembahan lawak yang bertemakan muzikal dan bebas itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi.

Manakala, tempat kedua dimenangi kumpulan Shiro yang dianggotai Shahrol Azizie Azmi dan Mohamad Hanffi Razak yang memenangi hadiah RM250,000 beserta trofi. 


Tempat ketiga dimenangi Bocey (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam, Mohd Nasir Hamzah dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan) yang menerima hadiah RM150,000 serta trofi. Tempat keempat dan kelima dimenangi kumpulan Jambu (Zamatul Amri Zakaria dan Yussry Edoo) dan Ahmad Nabil Ahmad masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.

Sementara itu, Bocey dipilih sebagai kumpulan terbaik pada final Maharaja Lawak Mega 2013.

Program yang diadili juri tetap, Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikel dan Nora Danish sebanyak 70 peratus itu turut diadili penonton melalui undian SMS sebanyak 30 peratus.

Hadiah disampaikan Ketua Saluran Premium Astro, Nizam Sani dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Kredit Foto Kepada ROTIKAYA.COM
























Sebentar tadi telah berlangsungnya majlis anugerah berprestij Grammy kali ke 56 yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles.
Antara yang berjaya mengondol trofi ialah penyanyi rap Macklemore dan Ryan Lewis di mana mereka telah membawa pulang empat anugerah iaitu Best New Artist, Best Rap Perfomance, Best Rap Album dan Best Rap Song menerusi lagu Thift Shop.
Sementara itu, Daft Punk yang dianggotai oleh Pharel Williams turut menang besar apabila memenangi dua kategori besar iaitu Record of The Year (Get Lucky) dan Album of The Year (Random Access Memories).
Anugerah yang mengiktiraf penyanyi dan pihak produksi album itu turut dihiburkan dengan persembahan hebat Beyonce, Jay-Z, Pink dan ramai lagi artis terkenal Hollywood.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang Anugerah Grammy untuk makluman anda:
Best New Artist: Macklemore & Ryan Lewis

Best Pop Duo/Group Performance: “Get Lucky,” Daft Punk ft. Pharrell Williams and Nyle Rodgers
Best Rock Song: “Cut Me Some Slack,” Dave Grohl, Paul McCartney, Krist Novoselic & Pat Smear
Best Pop Solo Performance: “Royals,” Lorde
Best Pop Instrumental Album: Stepping Out, Herb Albert
Best Traditional Pop Vocal Album: To Be Loved, Michael Buble
Best Reggae Album: Ziggy Marley In Concert, Ziggy Marley
Best Spoken Word Album: America Again: Re-becoming The Greatness We Never Weren’t, Stephen Colbert
Best Remixed Recording, Non-Classical: Summertime Sadness, Cedric Gervais, Remixer (Lana Del Rey)
Best Gospel/Contemporary Christian Music Performance: “Break Every Chain [Live]“, Tasha Cobbs
Best Gospel Song: “If He Did It Before… Same God [Live]“, Tye Tribbett
Best Gospel Album: Greater Than [Live], Tye Tribbet,
Best Latin Pop Album: Vida, Draco Rosa,
Best Song Written For Visual Media: “Skyfall,” Thomas Newman
Best Chamber Music/Small Ensemble Performance: Brady Wells and Roomful of Teeth, “Roomful of Teeth”
Best New Age Album: Love’s River, Laura Sullivan
Best Jazz Vocal Album: Liquid Spirit, Gregory Porter,
Best Jazz Instrumental Album: Money Jungle: Provocative In Blue, Terri Lyne Carrington
Best Latin Jazz Album: Song For Maura, Paquito D’Rivera And Trio Corrente
Best Compilation Soundtrack Album: Sound City: Real To Reel, Butch Vig (Compilation Producer)
Best Musical Theater Album: Kinky Boots, Cyndi Lauper
Best Song Written For Visual Media: “Skyfall”, Adele
Best Americana Album: Old Yellow Moon, Emmylou Harris, Rodney Crowell
Best Folk Album: My Favorite Picuture of You, Guy Clark
Best Dance Recording: “Clarity,” Zedd ft. Foxes
Best Dance/Electronica Album: Random Access Memories, Daft Punk
Best Comedy Album: Calm Down Gurrl, Kathy Griffin
Best Rap Performance: “Thift Shop,” Macklemore & Ryan Lewis
Best Rap Song: “Thift Shop,” Macklemore & Ryan Lewis
Best Rap Album: “The Heist,” Macklemore & Ryan Lewis
Best R&B Performance: “Something,” Snarky Puppy With Lalah Hathaway
Best Traditional R&B Performance: “Please Come Home,” Gary Clark Jr.
Best R&B Song: “Pusher Love Girl,” Justin Timberlake
Best Urban Contemporary Album: Unapologetic, Rihanna
Best R&B Album: Girl on Fire, Alicia Keys
Best Blues Album: Get Up!, Ben Harper With Charlie Musselwhite
Best Music Film: Live Kisses, Paul McCartney
Best Country Duo/Group Performance: “From This Valley,” The Civil Wars
Best Country Solo Performance: “Wagon Wheel,” Darius Rucker
Best Country Song: “Merry Go Round,” Shane McAnally, Kacey Musgraves & Josh Osborne
Best Rock Performance: “Radioactive,” Imagine Dragons
Best Alternative Music Album: Modern Vampires of the City, Vampire Weekend
Producer of the Year, Non-Classical: Pharrell Williams
Best Metal Performance: “God Is Dead,” Black Sabbath
Best Rock Album: Celebration Day, Led Zeppelin

KUALA LUMPUR – TAHNIAH Hafiz kerana telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Anugerah Juara Lagu 28 sebentar tadi bersama lagu “Bahagiamu Deritaku” ciptaan LY dan Baiduri  menewaskan 11 pesaing lain.

Lagu ciptaan LY dan lirik Baiduri itu disampaikan oleh penyanyi, Hafiz dalam persembahan yang begitu menyentuh perasaan.

Naib juara milik lagu Hanya Aku hasil ciptaan dan disampaikan sendiri kumpulan Hyper Act.
Lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael dan Altimet yang dicipta komposer Omar K dan Audi Mok di tempat ketiga.

Sementara itu, Jaclyn Victor diumumkan pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu Ikut Rentakku bagi AJL28 ini.
Persembahan Hafiz dengan lagu Bahagiamu Deritaku juga telah dipilih penonton sebagai Persembahan Terbaik.


Sebentar tadi, telah pun berlangsung Anugerah Juara Lagu 28 di mana 12 lagu telah berentap untuk menentukan gelaran juara. Diacarakan oleh Scha Al Yahya dan AG Hotfm, majlis berjalan lancar. Shila Amzah dan Mus May diikuti oleh DJ Fuzz telah membuat persembahan pembukaan sebelum kesemua “finalis” mendendangkan lagu masing-masing.

Secara keseluruhan, kesemua persembahan ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Bagi Abang Nara, vokal Hafiz memang jelas terserlah kepaduannya. Namun keputusan juri adalah muktamad. Berikut ialah keputusan AJL28:-

1. Juara - Hafiz (Bahagiamu Deritaku)
2. Naib Juara – Hanya Aku (Hyper Act)
3. Tempat Ketiga - Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet)
4. Vokal Terbaik – Jacyln Victor (Ikut Rentakku)
5. Persembahan Terbaik – Hafiz (Bahagiamu Deritaku)



Apa kata anda? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan AJL28 kali ini? Bagaimana pendapat anda mengenai mutu AJL28 secara keseluruhan? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.


Hasil undian anda semua, senarai lima teratas untuk semua kategori utama dan online Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH 2013) telah diumumkan semalam dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Senarai pencalonan menyaksikan Zizan Razak muncul sebagai selebriti dengan pencalonan terbanyak dengan lima kategori, berbanding lapan kategori yang menyenaraikan beliau sebagai calon pada edisi 2012 yang lalu.
Zizan Razak tersenarai bagi lima kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular.
Manakala menerusi kategori dalam talian, Zizan Razak pula dicalonkan bagi kategori Gandingan Di Layar Serasi (bersama Siti Saleha) dan Artis Berpengaruh Di Laman Media.
Edisi ABPBH tahun ini turut memperlihatkan nama-nama baru yang berjaya menjadi lima calon terbaik seperti Nomad (Artis Baru Lelaki Popular), Chacha Maembong (Artis Baru Wanita Popular), Raja Ilya (Pelakon TV Wanita Popular), Pekin Ibrahim (Pelakon Filem Lelaki Popular), Jihan Musa (Artis Komedi Wanita Popular) dan Nik Michael Imran (Pengacara TV Lelaki Popular).
Majlis anugerah berprestij yang akan mengambil tema Magis Alam ini akan berlangsung pada 6 April 2014 nanti di Arena of Stars, Genting Highlands dan akan bersiaran secara langsung menerusi TV3 dan Hot FM.
Lihat senarai penuh pencalonan akhir Anugerah Bintang Popular BH 2013 di laman rasmi mereka dan anda boleh mengundi artis kegemaran mereka bermula 23 Januari hingga 11 Mac untuk menentukan para pemenang & juga Bintang Paling Popular 2013.
CP: Rotikaya

Hollywood: Beberapa jam sebelum acara Anugerah Golden Globes berlangsung, satu insiden menggemparkan tercetus apabila saluran paip pecah dan memancutkan air kumbahan berbau busuk di laluan karpet merah untuk bintang ternama yang hadir.

Air hitam pekat itu kelihatan bergenang berhampiran ratusan petugas media tempatan dan antarabangsa yang menunggu ketibaan bintang terkemuka Hollywood untuk mempamerkan pakaian terbaik mereka.

Petugas media kemudian meninggalkan tempat itu apabila Jabatan Bomba Beverly Hills bergegas ke sana bagi membersihkan limpahan air di depan Hotel Hilton yang popular di Hollywood itu.

Koresponden televisyen E! adalah antara petugas media yang menyaksikan kejadian itu berlaku dalam satu daripada acara selebriti yang ditunggu-tunggu.

Petugas media daripada stesen televisyen itu, Catt Sadler berkata, saluran paip yang pecah memancutkan air hitam pekat ke arah ratusan petugas media yang menunggu ketibaan selebriti Hollywood.

“Tiada hujan di Los Angeles hari ini tetapi kami dilanda banjir,” katanya.

Wartawan Access Hollywood, Billy Bush berkata air kumbahan itu menjejaskan acara karpet merah di Golden Globe kerana persekitaran berbau tengik. - AP

Selepas menggegarkan laman sosial Facebook dengan beberapa buah lagu cover yang kami sendiri impress, pagi tadi, melalui siaran radio Fly Fm, Elizabeth Tan telah diberi kesempatan untuk menyanyi duet lagu Havoc bersama penyanyi asal lagu tersebut, Joe Flizzow.
Dijemput khas untuk mendendangkan lagu secara langsung di Fly Fm, pada mulanya Elizabeth tidak tahu mengenai rancangan pihak radio untuk menemukannya bersama Joe Flizzow.


Ketika sedang mendendangkan sebuah lagu, Joe secara tiba-tiba muncul di belakang Elizabeth sehingga membuatkan gadis tersebut terkejut terpaku sebentar.

Menariknya, bukan sekadar kejutan buat Elizabeth, para pendengar Fly Fm juga dikejutkan dengan persembahan duet Elizabeth dan Joe yang berjaya memukau seluruh studio. Secara jujurnya, kami sendiri tergamam sewaktu mendengar persembahan mereka berdua pagi tadi.
Tak perlu kami panjangkan cerita disini, apa kata anda layan video berdurasi 4.01 minit ini sekarang!

VIDEO - FlyFM

BARU-BARU ini, tersebar khabar yang menyatakan pelakon Nur Fazura telah ditawarkan sebagai pengacara bagi menggantikan Neelofa untuk program popular Nona yang disiarkan setiap Ahad di TV3.
Ada yang betul dan tidak betul dalam kenyataan di atas.
Memang benar Fazura menerima tawaran daripada penerbit eksekutif Nona, Ezzah Aziz Fawzy sebagai pengacara Nona, memetik laporan Berita Harian.
“Terus-terang Faz sangat terharu apabila beliau sendiri datang ke butik Faz untuk bertanyakan hal itu.
“Bagaimanapun Faz terpaksa menolak tawaran berkenaan secara baik kerana kesuntukan waktu, selain terikat dengan pelbagai komitmen yang dipersetujui lebih awal. Insya Allah jika ada rezeki Faz pada masa akan datang, Faz akan terima,” jelasnya.
Bab yang tak betulnya, tawaran itu bukanlah untuk menggantikan Neelofa, sebaliknya ia lebih kepada pengacara jemputan.

Ini dijelaskan sendiri oleh Ezzah:
“Manalah tahu jika ada pengacara tetap yang bercuti atau ada hal yang tak dapat dielakkan, sekurang-kurangnya adalah juga pengganti. Kontrak untuk dua pengacara Nona sebelum ini sudah pun diperbaharui. Jadi mana mungkin ada bakal menggantikan sesiapa.”
Ha, itulah perkara yang sebenarnya. Apa pun, peminat Neelofa boleh menarik nafas lega kerana dia masih terus mengacarakan Nona selepas ini.
Kepada peminat Fazura, jangan risau. Kami yakin suatu hari nanti pelakon ini akan kembali semula ke bidang pengacaraan yang pernah menjadi ‘makanan’nya suatu ketika dahulu.

KUALA LUMPUR: Pesta Muzik Planet Eupe yang bakal diadakan di Sungai Petani, Kedah pada 1 Mac 2014 menjadi festival muzik terbesar di Utara Malaysia menggabungkan barisan artis tempatan dan antarabangsa.
Pengarah Urusan Eupe Corporation Berhad, Datuk Beh Huck Lee berkata, pemilihan negeri itu sebagai tapak acara adalah sebagai salah satu usaha mengubah landskap budaya dan muzik di negara ini yang kebanyakannya tertumpu di Kuala Lumpur.
"Tujuan kami mengadakan konsert ini untuk membuka lembaran baharu negeri di utara sebagai salah satu tempat yang bukan sahaja kaya dengan budaya tetapi juga mampu menarik pelancong luar dengan pelbagai aktiviti seperti konsert yang bakal diadakan.
"Usaha ini juga sebagai salah satu langkah untuk memperkenalkan negeri di utara pada peta dunia dengan penganjuran konsert bertaraf antarabangsa ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media konsert itu di Hotel Hilton di sini, Khamis.
Pesta Muzik Planet Eupe akan diadakan di Taman Air Carnivall Eupe, Cinta Sayang Resort bermula pukul 6 petang.
Barisan artis yang bakal terlibat seperti Wang Lee Hom, Yuna, Najwa Latif, U-KISS dan Jeannie Hseih.
Buat pertama kali sebuah festival muzik diadakan secara besar-besaran di Kedah.
Manakala artis Cina tempatan turut memeriahkan acara seperti Orange Tan, Da.Mon.Ster, KahJun dan Mint G.
Tambah Beh, pihaknya menyasarkan penonton dari negeri-negeri di utara iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis untuk menghadiri konsert tersebut namun berharap ia turut disertai oleh penonton dari negeri lain di Malaysia.
Pihak Eupe Corporation Berhad juga merancang untuk menjadikan pesta ini sebagai acara tahunan sekiranya ia mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.
"Biarpun konsert ini diadakan di utara tanah air namun kami turut menyasarkan hadirin akan hadir dari seluruh Malaysia kerana sambil menonton persembahan artis mereka juga boleh melancong ke Kedah yang terkenal dengan pelbagai keunikan," ujarnya.
Dalam pada itu, Beh tidak menafikan kemunculan kumpulan K-Pop iaitu U-KISS adalah sebagai salah satu tarikan kepada pengunjung terutamanya di kalangan remaja yang meminati muzik daripada Korea Selatan.
Tambahnya lagi, pemilihan Yuna juga dibuat sebagai salah satu penghormatan buat penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat itu bagi memberi inspirasi kepada peminat dan pengunjung.
Kedatangan Lee Hom cukup dinanti-nantikan oleh peminat.
"Wang Lee Hom mempunyai peminat cukup besar di Malaysia dan kami yakin dia dapat menarik pengunjung dan begitu juga U-KISS yang menjadi fenomena di kalangan peminat muzik K-Pop.
"Semua barisan artis terutama daripada luar negara cukup menyokong pesta ini dan berjanji akan memberikan persembahan bertenaga kepada penonton," katanya.
Sementara itu, Beh berkata, pihaknya menyasarkan lebih 20,000 pengunjung akan memenuhi tapak konsert itu nanti yang turut mempunyai pelbagai aktiviti lain sebelum acara utama bermula.
Kata Beh, pada hari itu juga akan diadakan pertandingan pemilihan peserta daripada Malaysia untuk mewakili negara dalam Kejohanan Tarian Antarabangsa Hip Hop yang akan diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Tiket untuk menyaksikan konsert ini serendah RM90 (berdiri), RM190 (berdiri), RM290 (tempat duduk bernombor) dan RM390 (tempat duduk bernombor).
Peminat boleh mendapatkan tiket di Cinta Sayang Resort dan melalui laman web TicketCharge iaitu www.ticketcharge.com.my atau menghubungi 03-9222 8811 atau 04-6459 811.
Maklumat lanjut mengenai konsert boleh melayari www.planetEUPE.com danwww.facebook.com/PlanetEUPE.