Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


London – Adele adalah seorang penyanyi yang mempunyai pendapatan berjuta-juta dolar namun hakikatnya diamenjalani kehidupan biasa tanpa kemewahan berlebihan.

Walaupun mendapat 106 anugerah, sembilan anugerah Grammy, Golden Globe dan Oscar, namun Adele tetap merendahkan diri.
Tahun lepas, Adele memperolehi pendapatan £41,000 sehari namun wang berkenaan dibelanjakan untuk membeli hartanah.

Dia membeli sebuah rumah agam berharga £7million di West Sussex dan sebuah rumah bernilai £800,000 di Notting Hill.
Minggu lepas, ibu muda berusia 24 tahun itu menolak jemputan ke majlis Pra Oscar anjuran Elton John yang mana menunya disediakan oleh Chef Goldon Ramsey.

Adele juga menolak jemputan pasangan Chris Martin dan Gwyneth Paltrow untuk keluar bersama dan enggan menyertai parti anjuran Kim Kardashian dan Rihanna.

Ini kerana Adele lebih suka duduk di rumah sambil makan spaghetti daripada menghadiri majlis keramaian tersebut.

Adele juga sebenarnya lebih suka meluangkan masa bersama teman lelakinya, Simon Konecki dan anak mereka yang berusia empat bulan, Angelo.

Salah seorang ibu saudaranya, Anita Adkins memberitahu, jika Adele berada di rumah, dia masih perlu menyediakan hidangan teh kepada anggota keluarganya yang lain.

“Adele membesar dalam sebuah flat yang sesak dengan anggota keluarganya yang lain dan dia tidak mendapat layanan yang berbeza. Semuanya sama sahaja,” kata Anita.

Adele dilahirkan di Tottenham, north London dan dibesarkan oleh ibunya, selepas ibubapanya bercerai ketika dia berusia dua tahun.

Jelas Anita, sejak itu, Adele tinggal di flat berhampiran keluarga ibunya.

“Kami tinggal di flat yang sama malah lapan sepupunya menetap di sini dan sering mengunjungi rumah masing-masing,” katanya.



                             Jamalul Kiram III
KESULTANAN Sulu adalah sistem monarki tradisional Islam orang-orang Tausug yang meliputi wilayah Basilan, Palawan, Sulu dan Tawi-Tawi di Filipina iaitu Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) dan bahagian timur Sabah.
Ia diasaskan pada tahun 1457 oleh ulamak bernama Sharif Abu Bakar, yang menyandang gelaran Sultan Shariful Hashim selepas mengahwini Paramisuli iaitu seorang puteri tempatan.

Tentunya ramai yang sudah mengetahui mengenai penyanyi kumpulan OAG, Radhi yang dilaporkan sudah menemui cinta hatinya yang muda 15 tahun daripadanya.
Baru-baru ini, Radhi telah membawa kekasihnya itu sekali ke Festival Filem Malaysia ke 25 yang bertempat di Putrajaya.
Menerusi Ohbulan, Radhi mendedahkan nama sebenar teman wanitanya ialah Nur Shahira Ayu Zahiri, 19 tahun.
Iran – Anda tentu tidak akan percaya bahawa Iran yang dilihat sebagai sebuah negara konservatif sebenarnya merupakan pendahulu dalam pembedahan plastik.


Malah dianggarkan 200,000 penduduknya kebanyakan wanita telah menjalani pembedahan hidung setiap tahun bagi mengecilkan hidung mereka selain menjadikannya lebih mancung.

MANILA – Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini berkata, terdapat tanda-tanda yang jelas wujudnya konspirasi dalam tindakan Jamalul Kiram III dan para pengikutnya menggunakan kekerasan dalam tuntutan mereka ke atas Sabah.

Presiden itu berkata, beliau tidak buta kepada tanda-tanda yang menunjukkan konspirasi dalam ketegangan berterusan itu.

Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari memberitahu Malaysia bahawa beliau bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu pencerobohan ke atas Sabah, yang digerakkan oleh sekumpulan warga Filipina.

“Ini perutusan saya kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Razak bahawa saya bersedia untuk menghantar cucu saudara saya untuk memulakan perbincangan,” kata Misuari kepada pemberita pada majlis sambutan hari ulang tahun ke-71 beliau, semalam.


Penyanyi remaja pujaan seluruh dunia, Justin Bieber dilaporkan berkata parti hari jadinya pada tahun ini adalah yang paling teruk dan buruk sekali.

Ini adalah disebabkan salah seorang jemputannya iaitu anak kepada Will Smith, Jaden Smith, 14, tidak dibenarkan masuk ke kelab itu kerana bawah umur.


Selalunya golongan selebriti sama ada penyanyi, pelakon atau pembaca berita yang akan mempunyai penggikut yang ramai di laman sosial mereka.

Selain itu ahli politik dan ahli sukan juga tidak terkecuali dalam hal ini.
Tetapi bagaimana pula dengan seekor kucing yang setakat ini sudah mencapai sebanyak 36,361 pengikut di laman Instagramnya.
 Kucing putih gebu yang diberi nama Sam ini memang amat unik jika dibandingkan dengan kucing-kucing yang lain.

Ini kerana dia mempunyai bulu yang berwarna hitam di atas kedua-dua belah matanya dan menjadikannya seakan-akan dia mempunyai kening.
Comel kan?



Pelakon berbakat besar, Nabila Huda kembali membuat kontroversi apabila tampil dengan pakaian yang menayangkan bahagian paha pada majlis Anugerah Festival Filem Malaysia ke-25, baru-baru ini.

Yang peliknya, entah kenapa dia seolah-olah sengaja mahu menayangkan bahagian berkenaan.


Semasa Tom Cruise dan Nicole Kidman berpacaran pada satu ketika dulu, mereka pernah mengambil anak angkat yang kini sudah pun berusia 18 tahun.
Anak mereka itu bekerja sebagai DJ (Disc Jockey) di sebuah kelab malam.

Baru-baru ini, anak angkat mereka itu telah tiba di kelab berkenaan dengan memandu Lamborghini warna kuning. Dikatakan ia adalah hadiah daripada Tom Cruise.

Lihat gambarnya bersama Lamborghini.



MANILA, Filipina – Jamalul Kiram III hari ini berkata, beliau mahu bukan sahaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk campur tangan dalam situasi yang semakin buruk di Sabah.


Kiram berkata, pihak kesultanan telah hilang kepercayaan bahawa pentadbiran Aquino akan membantu dalam tuntutan mereka ke atas Sabah, yang dianggap sebagai tanah nenek moyang masyarakat Sulu.
Penyanyi yang kerap putus cinta, Taylor Swift kini dilaporkan sedang berkasih dengan kawan baik Harry Styles iaitu penyanyi British, Ed Sheeran.
Swift dan Styles sudah putus cinta sejak awal Januari lalu setelah tiga bulan berpacaran.
WOwwww!!! Apa cerrrrr dengan hero nih? Penentang kerajaan yang sejati kot...




New York – Kejam. Beberapa keping gambar yang menunjukkan bagaimana seorang pemuda berusia 23 tahun, berasa bangga dengan menayangkan kepala ibunya selepas dia memotong kepala wanita itu dengan gergaji dalam satu kes bunuh yang mengejutkan banyak pihak di Bronx.

Bahsid McLean, 23, bergambar di depan cermin bilik air rumahnya sambil memegang kepala ibunya, Tanya Byrd, 45, seolah-olah dia menjulan sebuah piala.


Anak perempuan Jamalul Kiram, yang duk mengaku dirinya Puteri, Jacel Kiram dikantoikan media Filipina apabila memperlihatkan gambar-gambar kejadian di Selatan Thai sebagai kononnya kejadian di Lahad Datu.

SEMPORNA  — Puluhan penduduk membelasah hingga mati seorang lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendapyang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.


KAMPUNG SIMUNUL: Tiga mayat yang disyaki merupakan lelaki bersenjata Sulu yang ditembak mati pada Sabtu masih terbaring di Lorong 5 di Kg Simunul, jalan sepanjang satu kilometer yang terpaksa dilalui oleh beratu-ratus keluarga yang ingin berpindah.


Satu mayat berada di atas bot, satu lagi di atas titian kaku dan yang ketiga di sebuah rumah panjang.
Kawasan sekitar berlumuran dengan darah.


Labuan: Fenomena air merah atau ‘Red Tide’ dikesan mula menyerang perairan Wilayah Persekutuan Labuan sejak kelmarin, kira-kira 600 meter dari Pulau Papan. Tinjauan Jabatan Perikanan mendapati, fenomena itu mula menyerang perairan itu pada jam 11.40 pagi dan keluasan meliputi kira-kira tiga hingga empat hektar dan sedang hanyut menghampiri Pulau Papan.
Foto

Kuala Lumpur: “Saya selalu melihat Rozita bakal menjadi seperti ibunya. Walaupun sudah berusia, masih cantik dan bergetah,” kata pelakon kacak, Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, atau lebih mesra disapa Zain Saidin mengenai faktor penarik yang ada pada aktres jelita, Rozita Che Wan, 42, hingga memilih wanita berstatus janda itu sebagai teman hidupnya.
Usia anak kepada pasangan Victoria dan David Beckham, Harper Seven yang baru 19 bulan sudahpun memiliki koleksi kasut bernilai RM6,980 (1,500 pound).

Bertuahnya jadi Harper!