Anak perempuan Jamalul Kiram, yang duk mengaku dirinya Puteri, Jacel Kiram dikantoikan media Filipina apabila memperlihatkan gambar-gambar kejadian di Selatan Thai sebagai kononnya kejadian di Lahad Datu.
Jacel mempelihatkan gambar konflik Selatan Thai dalam satu sidang media sambil mendakwa ia kejadian pertempuran Jumaat lalu antara pasukan keselamatan Malaysia dengan pasukan yang setia dengan bapanya di Lahad Datu.
Kurang yakin dengan apa yang dipertontonkan, salah satu media Filipina, GMA melakukan penilitian lanjut terhadap gambar itu dan terbukti ia bukan pencerobohan di Sabah.
GMA mendakwa ia telah berulang kali cuba menghubungi Jacel untuk mendapatkan penjelasan berhubung gambar berkenaan tetapi gagal.
Jamalul Kiram bukan Sultan Sulu kerana Kesultanan itu tidak diiktiraf oleh Filipina atau mana-mana kerajaan berdaulat di dunia ini.
Ini menjadikan Jacel juga bukan seorang puteri raja seperti yang didakwanya dalam setiap sidang media.
No comments
Post a Comment