Tentunya ramai yang sudah mengetahui mengenai penyanyi kumpulan OAG, Radhi yang dilaporkan sudah menemui cinta hatinya yang muda 15 tahun daripadanya.
Baru-baru ini, Radhi telah membawa kekasihnya itu sekali ke Festival Filem Malaysia ke 25 yang bertempat di Putrajaya.
Menerusi Ohbulan, Radhi mendedahkan nama sebenar teman wanitanya ialah Nur Shahira Ayu Zahiri, 19 tahun.
Radhi turut berkata, “buat masa ini tak ada perancangan yang khusus. Untuk tarikh dan sebagainya saya serahkan pada ketentuan Tuhan sahaja”.
Radhi turut menyatakan perbezaan umur yang agak ketara tidak menjadi penghalang untuk mereka saling mencintai di antara satu sama lain.
Penyanyi kelahiran Sarawak ini sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan pelakon Shazlin Sharif tetapi disahkan sudah bercerai pada 2010.
Hasil perkahwinan itu, Radhi dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Muhammad Rifdhi Muslim, 8 tahun.
No comments
Post a Comment