Penyanyi remaja pujaan seluruh dunia, Justin Bieber dilaporkan berkata parti hari jadinya pada tahun ini adalah yang paling teruk dan buruk sekali.
Ini adalah disebabkan salah seorang jemputannya iaitu anak kepada Will Smith, Jaden Smith, 14, tidak dibenarkan masuk ke kelab itu kerana bawah umur.
Majlis sambutan hari jadi ke-19 Bieber itu diadakan di sebuah kelab malam di London hujung minggu lalu.
Disebabkan insiden itu, Bieber terus membatalkan sambutan itu dan dikhabarkan dia dan tetamunya itu dijemput ke bilik hotelnya untuk meraikan hari jadinya dengan makanan segera McDonalds.
Tak perlu lah buat sambutan di kelab kalau tahu jemputan awak ada yang di bawah umur.
Walaupun bertaraf selebriti ternama, penjaga di kelab itu tetap berpegang teguh kepada pekerjaan mereka.
Undang-undang tetap dijalankan tanpa mengira pangkat dan nama seseorang itu.
No comments
Post a Comment