Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Linda Perez (18) ialah seorang ibu tunggal yang berasal dari Miami Florida. Ogos tahun lalu beliau memilih untuk melakukan pembedahan pembesaran buah dada di sebuah klinik kecantikan. Malangnya ketika prosedur dilakukan berlaku komplikasi dan beliau koma selama dua bulan. Selepas sedar daripada koma Linda kini lumpuh dan tidak mampu berkata-kata. Ibu bapa Linda kini menyaman klinik kecantikan yang menjalan prosedur pembesaran buah dada ini kerana dikatakan bertanggungjawab atas kecacatan anak mereka. 

Pihak klinik pula berkata apa yang berlaku adalah kesalahan pesakit yang tidak mencatatkan kesemua masalah berkaitan kesihatan sebelum pembedahan dijalankan. Terdapat rekod yang menunjukkan Linda mempunyai alergi terhadap beberapa jenis anastetik ketika melahirkan anak beliau 4 tahun sebelum ini. Kes masih berjalan dan tidak diketahui siapa akan menang. Kesimpulan dari kes ini ialah kalau dah cantik nak bedah apa lagi? Cc kepada artis Malaysia yang "mengamalkan ambil wuduk dan dzikir bagi mendapatkan hidung mancung dan kulit tegang".








BUDAK-BUDAK zaman sekarang memang gemar menjadikan laman sosial sebagai medium untuk melepaskan kemarahan kepada sesiapa sahaja termasuklah keluarga sendiri.
Entah apa yang mereka dapat pun kami tak tahu.
Sebagai contohnya, status yang ditaip di Twitter oleh seorang remaja perempuan ini.
Hanya kerana dileteri ibunya kerana belum menunaikan solat Maghrib kerana sibuk menonton drama bersiri popular ‘Ariana Rose’, dia dengan sewenang-wenangnya mencarut terhadap ibunya hingga terkeluar perkataan ‘babi’.
Walaupun tidak ditulis secara penuh, semua orang boleh mengagaknya, betul tak?
Kepada adik-adik di luar sana, kalau marah sekali pun, gunalah akal sikit.
Jangan lupa, insan yang kita beri gelaran tak elok itulah yang melahirkan kita ke dunia.
Kalau tak kerana dia, tak mungkin anda kenal dunia termasuklah ‘Ariana Rose’…huh!

KEJAYAAN meraih pingat gangsa yang sepatutnya diraikan oleh peluncur ais Rusia, Olga Graf melalui Olimpik Musim Sejuk 2014 hampir menjadi detik yang memalukan buat dirinya, Ahad lalu.
Apa tidaknya, selepas sahaja tamat pertandingan, dia terus saja menarik zip sutnya tanpa menyedari yang dia tidak memakai pakaian dalam.
Mungkin terasa ada sesuatu yang ‘kurang’, Olga kemudian dilihat menyentuh dadanya sebelum reaksi wajahnya berubah menjadi terkejut.
Dia kemudian pantas memegang sutnya dan menarik semula zip tersebut.
“Saya benar-benar terlupa. Saya hanya mahu bernafas dan membukanya. Video ini mungkin akan tersebar di YouTube, tapi saya tak rasa ia terlalu teruk,” ujarnya.


Seperti yang umum sedia maklum, Anugerah Meletop ERA (AME) sudah pun melabuhkan tirainya pada malam Sabtu lepas dan meninggalkan pelbagai respon positif serta negatif di kalangan penonton.



Majlis anugerah tersebut menyaksikan ramai selebriti tempatan bergaya sakan dengan pakaian yang dihasilkan oleh pereka fesyen pilihan masing-masing.



Selain daripada Neelofa yang mendapat kritikan pedas dengan fesyen peliknya, Tasha Shilla turut mendapat perhatian daripada pengikut tegar perkembangan seni tempatan.

Memang tidak dapat dinafikan, busana yang dipakai oleh Tasha nampak cantik, tiada cacat cela, dan berjaya menyerlahkan bentuk badannya dengan sempurna.

Bagaimanapun, timbul pula spekulasi yang mengatakan Tasha memakai padding supaya bahagian dada dan punggungnya kelihatan lebih menonjol.


Tasha yang dihubungi oleh OHBULAN! sebentar tadi menafikan perkara itu sekeras-kerasnya sambil menegaskan badannya adalah original.


Saya taknak komen banyak pasal ni. Terpulanglah orang nak cakap apa. Apa yang ada di badan saya memang original sebab saya selalu amalkan senaman. Saya tak perlukan padding.

Kalau orang kat luar sana nak bentuk badan macam saya, pergilah buat senaman. Kawan saya, Sakinah pun dah buat kelas senaman, boleh ikut serta untuk miliki badan yang cantik dan sihat.






Masih belum habis lagi rupanya isu berkaitan Anugerah Meletop Era (AME) yang diadakan Sabtu lalu, memang betul-betul meletoplah sehinggakan tidak habis-habis diperkatakan orang ramai.
Tak cukup dengan isu pakaian ‘merepek’ Neelofa, isu Wak Doyok yang dikatakan terasa hati dengan Neelofa kini timbul pula isu berkaitan pakaian yang digayakan pemenang terbesar AME iaitu Zizan Razak.
Jika diperhatikan Zizan mengenakan pakaian bercorak askar bersama-sama lencana dan batch yang menyerupai badan beruniform, Rejimen Askar Melayu.
Perkara ini telah dibangkitkan oleh seorang pengguna Facebook yang mengatakan perkara ini seharusnya dibawa ke tengah agar di masa hadapan tiada lagi selebriti menggunakan pingat dan lencana milik badan beruniform dengan sewenang-wenangnya.

Sebelum ini pun, Farid Kamil pernah mencipta kontroversi sebegini apabila pakaian di majlis persandingan dikatakan menyerupai satu lagi badan beruniform negara.
Seperti yang diketahui, baik askar mahupun polis, mereka perlu menjalani latihan yang sukar dan lasak sebelum dapat memakai lencana dan pingat tertentu.
Jadinya, memang tidak wajarlah bagi orang awam lebih-lebih lagi selebriti yang dikenali ramai mengambil kesempatan di atas perkara tersebut kerana ia dilihat seolah-olah mereka tidak menghormati badan beruniform tersebut.

PADA masa kini, tiada apa yang menghairankan tatkala melihat ramai pengguna lama sosial memuatkan gambar ‘selfie’ mereka.
Jika anda fikir ‘selfie’ hanya wujud selari dengan kemunculan Facebook dan Instagram, anda sebenarnya silap!

Gambar ‘selfie’ terawal telah dirakamkan pada tahun 1909 oleh sekumpulan jurufoto di Manhattan yang bernaung di bawah syarikat The Bryon Company.
Pemilik syarikat, Joe Bryon bersama rakan-rakannya telah merakamkan gambar mereka di atas bumbung bangunan 5th Avenue, New York.
Koleksi gambar tersebut kini dipamerkan di Muzium New York untuk tatapan ramai.

Bagaimanapun, sumber tertentu menyebut ‘selfie’ yang pertama di dunia diambil oleh seorang ahli kimia, Robert Cornelius pada tahun 1839.




PETALING JAYA – Lelaki yang didakwa memuat naik kenyataan berunsur hasutan di Facebook berhubung sambutan Thaipusam baru-baru ini ditahan pada Isnin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi twitnya mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan.
“Akhirnya ‘MAN NANBLAST’ yang muat kata-kata berunsur hasutan semasa upacara Thaipusam tempoh hari berjaya ditangkap tadi @PDRMsia,” tulis beliau di Twitter.
Bagimanapun maklumat lanjut mengenai tangkapan itu masih belum diperolehi.
Sebelum ini, pengguna Facebook yang menggunakan nama samaran ‘Man Namblast’ menulis di statusnya ketika sambutan Thaipusan pada 17 Januari lalu berbunyi: “Berpuluh ribu syaitan sedang berarak menaiki tangga Batu Cave.”
Sekurang-kurangnya 178 laporan polis dibuat pada hari hari berikutnya.
Khalid sebelum ini dilaporkan berkata bahawa pihak polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pemilik akaun Facebook berkenaan.

KUALA LUMPUR –  Pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat pada Isnin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia tidak dapat menyusukan anaknya akibat kecederaan pada payudara selepas didera majikannya, sepuluh tahun lepas.
Nirmala, 29, dalam pernyataan saksinya berkata dia tidak dapat menyusukan kedua-dua anak lelakinya, masing-masing berumur empat tahun dan setahun ketika mereka masih bayi akibat kecederaan yang dilakukan Yim Pek Ha selaku defendan pertama, pada kedua-dua belah payudaranya.
Nirmala berkata, kejadian itu berlaku sekitar Mac atau April 2004 selepas diadiminta Yim supaya membuka coli dan baju sebelum meletakkan seterika panas padapayudara di sebelah kiri dan kanannya apabila baju yang digosoknya menggunakan seterika kurang licin.
“Saya mengalami parut akibat daripada kecederaan itu dan disebabkan kejadiantersebut saya mengalami tekanan emosi serta takut untuk bekerja,” katanya dalam perbicaraan hari pertama kes saman yang difailkan terhadap Yim dan suaminya, HiiIk Tiing kerana mendera dan mencederakannya dengan seterika dan air panas.
Ibu dua anak dari Desa Tuapakas di Kota Kupang, Indonesia itu berkata selaindicederakan dengan seterika panas, defendan pertama juga menyimbah air panas pada paha kanannya dan memukulnya sehingga menyebabkan kecederaan pada dahi, bibir dan hidungnya.
Dalam pada itu, wanita Indonesia itu berkata, dia diminta oleh defendan pertama untuk menandatangani diari yang telah ditulis olehnya (defendan pertama) mengandungi barang-barang yang dikatakan telah dirosakkan oleh pembantu rumah itu termasuk baju, cawan, pinggan dan mangkuk.
“Defendan pertama yang menulis kandungan dalam diari itu dan saya diminta menandatanganinya,” katanya ketika menjawab soalan peguam M. Kavimani, yang mewakilinya.
Namun, Nirmala berkata, barang-barang yang rosak itu tidak disengajakannya dan seingatnya ada baju yang rosak semasa dia menggosok baju berkenaan menggunakan seterika.
Sementara itu, Nirmala tidak bersetuju dengan cadangan peguam Chan Vy Sing, yang mewakili Yim dan suaminya bahawa dakwaan dia didera oleh defendan sebenarnya tidak pernah berlaku kerana dia tidak pernah melarikan diri atau menghubungi agensi pekerjaan sekiranya didera, meskipun mempunyai peluang untuk berbuat demikian.
Nirmala juga tidak bersetuju dengan cadangan Chan bahawa kecederaan yangdialaminya adalah akibat perbuatannya sendiri dan bukan orang lain.
Pada 28 Januari 2010, Nirmala memfailkan saman terhadap Yim, 46, dan Hii, 48, selepas didakwa didera dan dicederakan beberapa kali oleh Yim, antaranya denganmenggunakan seterika panas yang dilekapkan pada badannya pada Januari 2004.
Wanita itu, yang diambil bekerja sebagai pembantu rumah kepada pasangan terbabit yang tinggal di Villa Putera, Jalan Tun Dr Ismail di sini pada September 2003, mendakwa Hii pula telah gagal menghalang isterinya daripada mencederakannya serta gagal memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya kepada dia.
Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi kehilangan pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.
Pada 1 Oktober 2012, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yangmenjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap Yim, yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala.
Yim, yang kini berada di Penjara Kajang turut hadir pada prosiding pada Isnin,diiringi pegawai penjara dalam keadaan tangannya bergari.
Perbicaraan di hadapan Hakim, Siti Khadijah S.Hassan Badjenid bersambung pada Selasa. – BERNAMA

London – Sanggup berhabisan sehingga RM 16,450 semata-mata untuk mendapatkan lesung pipit seperti penyanyi pujaan. Itu yang dilakukan peminat fanatik anggota Cheryl Cole iaitu Cherelle.
Dia yang juga pelatih peguam berkata, lesung pipit Cheryl Cole sangat menawan menyebabkan dia berasa kecewa kerana tidak memiliki lesung pipit sendiri.
“Saya memang sukakan Cheryl dan lesung pipitnya,’’ katanya.
Susulan itu, dia telah menemui doktor dan kemudiannya pisau bedah digunakan untuk menebuk lubang di pipinya.
Sebaik sahaja lubang ditebuk, maka jadilah lesung pipit.
“Saya mendapat tahu mengenai pembedahan itu daripada rakan-rakan. Kini saya gembira kerana ia akan kekal,’’ katanya.
Biarpun dia tidak menyangka lesung pipit itu agak dalam, namun Cherelle gembira dengannya dan tidak berhenti tersenyum.

PEREKA duo yang kini sedang mengukir nama di persada fesyen Malaysia, Wanpa menafikan bahawa pakaian rona merah jambu yang digayakan oleh Neelofa ketika mengacarakan Anugerah Meletop Era (AME) direka oleh mereka.
Ketika di awal pembukaan AME, Neelofa menggayakan sebuah ‘jumpsuit’ berwarna merah jambu terang. Busana tersebut mendapat kritikan di laman sosial dan ramai beranggapan busana itu melekap di susuk tubuh dan menampakkan bentuk badan Neelofa, malahan ada juga pihak yang ‘nakal’ menyamakan baju tersebut dengan kostum karakter ‘Power Rangers’.
“Busana tersebut bukan kami yang reka dan buat. Umum tahu, Neelofa baru sahaja pulang dari Los Angeles, Amerika Syarikat. Saya pula baru pulang dari Jepun. Kami diberitahu oleh Neelofa mengenai busana tersebut pada Khamis yang lalu, jadi kami menolak untuk membuat pakaian tersebut kerana kesuntukan masa.
“Rekaan dan material untuk busana tersebut sudah ada, jadi Neelofa menghantar baju tersebut ke tukang jahit yang mampu untuk menyiapkan baju tersebut dalam masa yang ditetapkan dan kami hanya menolong untuk memakaikan baju tersebut kepada Neelofa di belakang pentas atas dasar mahu menolong kawan,” ujar Rosix mewakili Wanpa ketika dihubungi oleh GUA.
“Kami ada di belakang pentas ketika AME berlangsung adalah untuk membantu Neelofa menggayakan baju tersebut, itu sahaja. Kami tolong membetulkan mana yang besar, mana yang longgar, yang ada pada busana itu. Pembukaan AME memerlukan Neelofa terbang dari atas ke bawah, jadi baju ‘jumpsuit’ sesuai untuk digayakan. AME merupakan satu acara anugerah yang sempoi, ‘funky’ dan santai, jadi rasanya pakaian itu bukan masalah. Tapi ada segelintir pihak yang membuatkan perkara ini isu besar dan mereka menuduh kami tanpa mengetahui cerita yang sebenar,” ujar Rosix lagi.
Mengulas mengenai adakah isu ini bakal memberikan impak ataupun publisiti yang kurang baik terhadap nama mereka sebagai pereka fesyen yang semakin mendapat tempat di hati peminat, Wanpa ada jawapan yang tersendiri mengenai perkara ini.
“Publisiti adalah publisiti. Kalau orang tahu itu dan kenal Wanpa, mereka pastinya tahu bagaimana cara kami mereka sesebuah pakaian ataupun busana. Biarlah apa orang nak kata, kami hanya menghulurkan bantuan mana yang perlu atas dasar kawan,” ujar Rosix lagi.
Ketika diminta untuk memberikan sedikit komen mengenai sikap segelintir peminat yang menyalahkan Wanpa atas rekaan yang bukan kepunyaan mereka, Wanpa hanya akan mengambil pendekatan untuk tidak mengambil endah.
“Kami tak mahu layan sikap segelintir pihak. Apa pun, jangan bertindak melulu sekiranya mereka tidak tahu hal dan perkara yang sebenarnya. Jangan kaitkan kami dengan perkara yang tidak mereka tahu pun situasinya,” tutur Rosix mengakhiri perbualan. – GUA

SEBELUM ini kami pernah kongsikan tindakan remaja mengelar lengan sendiri guna pisau sebab mahukan perhatian teman lelaki.
Ini pula, tindakan lebih kurang serupa seorang lagi remaja yang hanyut di alam percintaan.
Walaupun tahu ia satu tindakan bodoh, remaja ini tetap gigih menahan sakit mencacah lengan sendiri kerana baginya tangan itu hak dia.
Amboi, pandai-pandai je dakwa tangan itu milik diri sendiri kan?
Untuk pengetahuan adik tangan itu amanah Tuhan jadi jawablah sendiri bila ditanya di akhirat nanti apa dah dibuat pada amanah itu.
Bawalah banyak-banyak istighfar dan ingat sama ibu bapa yang telah membesar dan melahirkan anda selama ni.
Penat-penat bela sampai dah besar, senang-senang je nak korbankan diri untuk manusia yang baru dikenali setahun dua?
Kasihanlah pada mak ayah anda oi. -

KUALA TERENGGANU - Seorang suami tergamak membelasah isterinya yang sedang sarat mengandung hanya kerana tidak berpuas hati selepas disoal siasat oleh mangsa berhubung status sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh seorang wanita kepadanya.


Kejadian berlaku di kediaman pasangan suami isteri itu di Kampung Laut, Chendering, di sini, kira-kira jam 11.37 pagi, 5 Februari lalu.


Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa, 21, yang sedang sarat mengandung tujuh bulan terbaca satu SMS yang dihantar oleh seorang perempuan dikenali kepada suaminya yang berbunyi 'kenapa tidak hubungi serta SMS pada hari ini'.

“Suspek berusia 20-an ‘terkantoi’ dengan SMS tersebut yang masih berada di dalam telefon bimbit miliknya kerana dipercayai terlupa untuk memadamnya.


“Mangsa yang terkejut selepas membaca isi kandungan SMS yang agak pelik itu, cuba mendapatkan penjelasan daripada suspek dengan bertanyakan status SMS tersebut,” katanya.


Bagaimanapun kata sumber, suspek yang tidak suka mangsa masuk campur urusannya mula naik hantu selepas disoal berhubung SMS tersebut.

“Mangsa bukan sahaja dimaki hamun, malah suspek tergamak menyepak, memukul dan menampar muka si isteri dalam keadaan mangsa yang sedang sarat mengandung itu,” katanya.


Kata sumber lagi, susulan perbuatan kejam suspek, mangsa lebam di bahagian muka serta bengkak di bahagian kepala serta sakit di bahagian perut.

Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengugut akan membunuh mangsa jika membuat laporan polis berhubung perbuatannya itu.


“Bagaimanapun, bimbang keselamatan diri dan keluarganya pada masa akan datang, mangsa tetap memberanikan diri membuat laporan polis tanpa mempedulikan ugutan tersebut sejurus suspek melarikan diri,” katanya.


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.


PASIR MAS - Sebatang pokok petai yang didakwa mengeluarkan bunyi seakan-akan tangisan kanak-kanak menggemparkan lebih 300 penduduk di Kampung Binjai, Bunut Susu di sini.
Pokok setinggi 10 meter itu yang terletak di laluan utama kampung berkenaan turut didakwa mengeluarkan air seolah-olah air mata.

Penduduk Kampung, Abdul Razak Manaf, 57, berkata, kejadian itu mula berlaku pada malam Jumaat lalu dan berlarutan sehingga semalam.

“Saya menyedari kejadian pelik ini pada jam 3 pagi dan mulanya menyangka ia adalah tangisan anak kecil jiran sebelah rumah.

“Selepas bertanyakan perkara tersebut kepada jiran, saya diberitahu tiada tangisan yang berlaku pada malam itu,” katanya.

Menurutnya, bagaimana pun tangisan itu berulang kembali pada malam berikutnya.

Abdul Razak berkata, disebabkan perasaan ingin tahu yang menebal dia mengambil keputusan untuk mengesan bunyi tangisan itu.

“Saya terkejut apabila mendapati ia datang dari sebatang pokok petai yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah.

“Kejadian pelik itu turut didengari oleh jiran yang tinggal berhampiran dengan pokok berkenaan dan selepas itu perkara tersebut menjadi bualan penduduk kampung sehingga tempat ini menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, bukan itu sahaja ada beberapa penduduk telah mengambil air yang didakwa air mata pokok petai berkenaan untuk tujuan perubatan.

Katanya, air tersebut digunakan untuk merawat penyakit antaranya strok, kulit dan sebagainya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Ismail Loman, 58, berkata, tangisan tersebut dapat didengari bermula jam 12 tengah malam dan ke atas.

“Kejadian itu cukup menghairankan penduduk dan ia merupakan kejadian aneh pertama di kampung berkenaan sejak menetap di kawasan itu 13 tahun lalu,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan kejadian mendapati terdapat kesan air yang didakwa air dari pokok berkenaan di atas jalan.

Misteri kejadian itu telah menarik puluhan orang ramai untuk hadir bagi menyaksikan sendiri fenomena pelik tersebut secara lebih dekat.

Sementara itu Pengamal Perubatan Islam, Datuk Shamsuri Shafie berkata, kejadian tersebut berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan makhluk halus.

Beliau yang juga Pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Tobibi berkata, berdasarkan kejadian yang sama pernah berlaku di sini beliau yakin kawasan tersebut pernah menjadi tempat pemujaan dan membuang barang-barang berkaitan makhluk halus.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian tersebut.

“Sepertimana dakwaan yang mengatakan pokok petai itu mengeluarkan air mata, saya berharap orang ramai tidak terpengaruh sehingga terlalu taksub dengan air tersebut.

“Ini kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan laporan berita sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku di Pulau Pinang, dan beberapa tempat di negeri sebelah utara.

Jika dipertimbangkan faktor tiupan angin, pokok-pokok tinggi seperti pokok petai ini biasanya akan mengeluarkan bunyi seakan-akan suara tangisan jika ditiup oleh angin.

Oleh itu, kemungkinan pokok petai berkenaan yang mengeluarkan bunyian itu ada kaitan dengan faktor alam semula jadi.

Manakala menurut sumber Jabatan Pertanian Pulau Pinang, 'air mata' yang keluar dari pokok dipercayai berlaku kerana serangga riang-riang jantan akan kencing setiap lima hingga enam saat ketika dalam proses mengawan terutama pada musim kemarau.

“Kemungkinan besar air yang turun seperti hujan renyai-renyai dari pokok petai ialah air kencing riang-riang terutama jika ia berkumpul dalam jumlah yang banyak kerana ia serangga bermusim,” katanya.

Namun begitu ada segelintir penduduk kampung kawasan kejadian tidak percaya pokok petai menangis disebabkan serangga riang-riang kerana beranggapan ‘air mata’ itu mempunyai khasiat tertentu.

SH


BERA - Seorang ibu tunggal yang menolak cinta jiran sekampungnya hidup dalam keadaan trauma selepas dirogol lelaki itu semasa dalam perjalanan ke kebun getah di Kampung Menteri, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Supritendan Zakaria Yusof berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa dalam perjalanan ke kebun getahnya yang terletak kira-kira 700 meter daripada rumahnya dengan menaiki motosikal.

Menurutnya, wanita itu terpaksa memberhentikan motosikalnya selepas mendapati titi kecil di parit dekat kebun itu dialihkan.

“Tetapi, sebaik sahaja mangsa turun daripada motosikal, suspek telah memeluk belakang mangsa dan mengikat kaki, tangan dan mulut serta menutup muka mangsa sebelum bertindak merogol mangsa.

“Suspek kemudiannya meletakkan senjata tajam di leher mangsa dan mengugut untuk membunuh mangsa sekiranya mangsa bertindak melawan,” katanya kepada Sinar Harian.

Zakaria berkata, mangsa hanya berjaya membuka ikatan dan menyelamatkan diri selepas hampir satu jam suspek melarikan diri.

Katanya, mangsa dibawa oleh ahli keluarga untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.

Dipercayai, suspek yang beberapa cuba memikat mangsa sebelum ini bertindak ganas selepas cintanya ditolak mangsa.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang lima tahun dan sebatan atau kedua-duanya sekali.

“Kita sudah menahan suspek semalam (kelmarin) di Jalan Mengkarak ketika cuba melarikan diri dan suspek ditahan reman selama enam hari mulai hari ini (semalam) sebelum dijangka didakwa Jumaat ini,” kata beliau.

SH


MEXICO - Polis Mexico dilaporkan menemui kubur besar di kawasan terpencil di Tinguindin, mengandungi 20 mayat tanpa kepala .
Selain Tinguindin, kubur yang mengandungi empat jasad tanpa kepala juga dijumpai  di daerah Zacan. Kubur tersebut ditemui oleh penduduk setempat .

Diyakini mayat-mayat yang ditemui merupakan korban keganasan dari kartel dadah yang beroperasi di daerah tersebut . Hal tersebut turut diakui oleh jurucakap dari desa Tinguindin .

Kubur tanpa kepala itu adalah mayat korban kekerasan kartel dadah . Hal ini disebabkan penduduk desa Tinguindin melakukan penentangan atas kejahatan kumpulan kartel dadah .

Dilapor dari BBC , Sabtu ( 8/2/2014 ) , penentangan yang dilakukan penduduk kampung disebabkan oleh gagalnya pihak keselamatan Mexico dalam memastikan keselamatan mereka .

Ketika ini pihak berkuasa telah melakukan siasatan atas penemuan kubur besar ini . Mereka menfokuskan siasatan kepada sejak bila mayat-mayat ini dibuang di ke kubur besar tersebut .


Ipoh: Sepasukan anggota polis bertungkus-lumus lebih 15 minit mengumpil pintu besi setebal lebih 20 sentimeter sebelum memberkas sekumpulan wanita warga China dan Vietnam yang disorokkan sindiket pelacuran di dalam bilik rahsia dibina di dalam tandas lelaki sebuah pusat karaoke di Jalan Medan Ipoh, di sini.

Dalam serbuan jam 1.20 pagi semalam, sindiket terbabit yang menyedari kehadiran sepasukan anggota polis melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar premis berkenaan, mengarahkan semua pelacur terbabit bersembunyi di bilik berkenaan.

Jurucakap polis berkata, taktik itu dikesan sepasukan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman dibantu anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Menurutnya, siasatan mendapati premis yang pernah diserbu polis sebelum ini masih menawarkan khidmat pelacur membabitkan warga China dan Vietnam pada harga serendah RM160.

“Kegiatan maksiat itu ditawarkan dalam bentuk pakej termasuk caj bilik karaoke dan minuman keras disajikan. Kegiatan maksiat di pusat hiburan itu dianggap eksklusif berikutan ia menjadi tumpuan golongan lelaki kaya dan ahli perniagaan.



Hmetro


Pelbagai cara boleh dilakukan pasangan untuk menunjukan kasih sayangnya menjelang perayaan Valentine . Tapi apa yang dilakukan lelaki ini sememangnya bodoh , dia menjual kekasihnya di laman eBay .
eBay sendiri sebenarnya tidak membenarkan penjualan manusia , tapi entah bagaimana  lelaki Inggeris itu boleh terlepas dan menarik puluhan pengunjung eBay .

Lelaki bernama Shaun Coles itu menjual kekasihnya , Debbie Moran , yang sudah memasuki usia lanjut . Padahal keduanya mempunyai hubungan yang romantis dan sudah menjalin kasih sejak 6 tahun.

Tindakan Coles yang menjual kekasinya di eBay berjaya menarik perhatian pengunjung laman web tersebut , bahkan ada 50 pengguna yang ingin membeli dengan tawaran tertinggi mencapai US $ 1,081.

Namun pada akhirnya Coles mengaku bahawa dia hanya main-main mahu menjual kekasihnya . Ini hanya hal bodoh yang dia lakukan sebagai bentuk hadiah menjelang perayaan valentine .

" Saya tidak pernah bersungguh - sungguh ingin menjualnya , " kata Coles , ketika diwawancara ITV, isnin ( 10/2/2014 ) .

" Itu semua hanya permainan , " tambah Moran.


Beijing: Gara-gara hendak dilihat kaya, seorang lelaki meminjam wang 110,000 yuan (RM60,600) sebelum cuba membunuh diri selepas menyedari dia tidak mampu membayarnya semula.

Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Yang, meminjam wang berkenaan dengan mengguna kad kreditnya supaya dia dilihat kaya oleh anggota keluarganya pada sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. 

Yang membelanjakan wang itu dengan berjudi bersama rakan serta membeli hadiah untuk anggota keluarga.
Menurutnya dia tidak menyedari jumlah yang dibelanjakannya sehingga menerima mesej daripada bank.

Kerana tidak layak untuk meminjam lebih banyak dan menyedari dia tidak mampu melangsaikan hutangnya, Yang memilih untuk membunuh diri.

Semalam, lelaki itu terjun di sebuah sungai di Fuzhou tetapi diselamatkan oleh seorang lelaki tua yang berenang di situ ketika kejadian. - AFP



Teheran: Pemain bola wanita Iran semalam diwajibkan menjalani ujian pemeriksaan jantina selepas empat pemain dalam pasukan kebangsaan wanita negara itu disahkan lelaki.

Petugas perubatan akan menjalankan pemeriksaan secara rawak ketika sesi latihan dan pemain yang gagal dalam pemeriksaan itu, selain tidak dapat membuktikan jantina mereka akan diharamkan daripada menyertai perlawanan. 

Pihak berkuasa bola sepak Iran mengumumkan pemeriksaan rawak itu selepas mendapati beberapa pemain, termasuk empat dalam pasukan kebangsaan wanita sebenarnya lelaki yang belum menjalani pembedahan menukar jantina atau mereka yang mengalami masalah kekeliruan jantina.

Pembedahan menukar jantina dibenarkan di negara itu sejak 1979 apabila Ayatollah Ruhollah Khomeini mengeluarkan fatwa membenarkan tindakan sedemikian.

Kuala Lumpur: Remuk redam hati seorang suami apabila isteri yang disangkanya membuat lawatan kerja, rupa-rupanya lari mengikut bekas teman lelaki selepas hubungan mereka terjalin semula menerusi laman sosial facebook (FB).

Lebih mengejutkan, wanita berusia 29 tahun itu turut melarikan wang berjumlah RM50,000 milik suaminya, selain mengugut akan membunuh diri jika dia membuat laporan polis. 

Suami terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 30, berkata, isterinya meninggalkan rumah pada 5 Februari lalu dengan alasan mengikuti lawatan kerja ke Perak bersama rakan sekerja selama tiga hari.
“Bagaimanapun, selepas tiga hari dia masih tidak pulang ke rumah. Bimbang dengan keselamatannya, saya menghubungi beberapa rakan sekerjanya, namun terkejut apabila mereka memberitahu isteri saya memohon cuti seminggu.

“Mereka juga memberitahu tiada sebarang lawatan kerja di Perak dilakukan pihak syarikat sebagaimana yang dikatakan isteri saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.



Kalau dulu sekadar MySpace dan Friendster, kemudian datang pula Facebook. Hari ini, muncul pula fenomena laman sosial jauh lebih menarik dan mudah termasuk Instagram dan Twitter.

Semuanya atas satu objektif, berinteraksi dan memudahkan proses komunikasi antara satu individu kepada individu lain. 

Bagaimanapun, tidak semua pihak menggunakan manfaat yang ada atas tujuan positif dan niat baik, sebaliknya ramai juga orang terutamanya anak muda remaja yang menjadikan ruang ini sebagai satu platform bagi tujuan jahat.
Lebih menakutkan lagi, tujuan jahat itu tidak hanya berfokus pada unsur hasutan membabitkan politik dan perkauman seperti banyak dilaporkan sebelum ini sehingga mengundang ancaman kepada negara tapi ada juga unsur lain yang mengancam kesejahteraan sesebuah hubungan cinta.

Orang bercinta boleh putus dan lebih kronik, pasangan sudah berkahwin pun boleh bercerai kerana salah faham komunikasi di laman sosial.

Contohnya kalau si teman lelaki tiba-tiba meninggalkan ikon ‘love’ atau komen pada gambar gadis lain, terus ia mengundang cemburu sang kekasih. Itu kalau bercinta, macam mana pula kalau pasangan yang sudah berkahwin? Nampaknya lebih parah kalau timbul rasa cemburu.

Sepatutnya kalau betul sekali pun pasangan anda meninggalkan komen dan simbol kepada orang lain, janganlah cepat melatah atau menyerang kerana ia akan merumitkan lagi keadaan.

Apa yang patut kita lakukan kalau ia berlaku kepada kita?

Pertama sekali, kenal pasti punca masalah dan nilaikan sama ada ia berbaloi untuk dicemburukan. Sekiranya ia berkaitan seseorang yang ingin mendampingi pasangan yang dicintai yang membuatkan anda cemburu, berbincang dengan pasangan dan luahkan perasaan kepadanya.

Perasaan cemburu amat penting dalam perhubungan tapi sekiranya ia tidak dikawal dengan baik, ia boleh menyebabkan sesuatu hubungan itu terputus.

Kalau dilihat pada perspektif lebih luas, senario laman sosial masih boleh dibendung kalau ia masih di peringkat awal. Bukannya sampai bertukar nombor telefon dan bertemu secara sulit.

Tapi jangan juga ambil mudah atau tidak mempedulikan langsung. Siasatan ringkas masih perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana komen dan simbol mesra itu berlanjutan. Adakah ia serius atau sekadar komen biasa di laman sosial.


Cepat jatuh hukum

Keduanya, pandang dari sudut berbeza iaitu cuba menempatkan diri pada kedudukan pasangan kerana anda tidak boleh hanya melihat sesuatu situasi itu daripada pandangan pihak diri sendiri saja.

Mungkin kekasih itu hanya ingin mencari kawan baru ataupun kenalan daripada lapangan berbeza dan tiada niat lebih daripada itu. Nanti takut pula kekasih anda rimas dan tertekan dengan sikap cemburu buta anda pula.

Kalau anda sendiri pun ternampak gambar cantik di Instagram, sudah tentu anda pun terpanggil untuk meninggalkan komen atau ikon senyum pada pemiliknya tidak kira lelaki ataupun perempuan.

Justeru, jangan lekas menjatuhkan hukum atau cemburu dengan perbuatan itu kerana paling penting, lihat dan selidik dulu tujuan kekasih anda itu sebelum terus menerjah.

Cuba untuk meminta pandangan daripada orang terdekat. Dengan cara ini, anda boleh membuat keputusan dengan sewajarnya. Kadang-kadang kawan rapat kekasih anda lebih mengenali sikap dan perangai mereka.

Mungkin juga tujuannya menegur kawan baru di laman sosial untuk tujuan kerja mereka. Terutamanya lelaki, mereka ada kalanya berfikir tanpa berkongsi niat mereka dengan teman wanita hingga membuatkan kekasih tadi salah sangka.

Ketiganya, anda seharusnya fokus terhadap fakta dan bukan andaian serta mengikut perasaan. Elakkan daripada membuat andaian negatif, sebaliknya buat sedikit kajian mengenai masalah yang timbul kerana fakta dapat membantu anda menyelesaikan masalah itu.

Selidik dulu sejauh mana komunikasi dan interaksi yang anda lihat itu. Adakah ia profesional atau memang ada nada dan gerak gaya untuk tindakan selebihnya. Ambil masa untuk buat pemerhatian dengan serius dan mendalam.

Anda dinasihatkan untuk bertenang dan fikirkan sama ada sesuatu situasi itu benar-benar berlaku atau hanya imaginasi.

Setakat sekeping gambar di Instagram atau status di Twitter, rasanya tak berbaloi untuk kita melatah lebih kerana ia hanya satu medium untuk kita berkongsi pandangan dan ideologi. Bukannya lebih.

Tapi kalau memang rasanya sudah tahap melampau atau ada agenda tersembunyi, lebih baik duduk bersemuka dengan pasangan dan cari jalan penyelesaian. Kelakar juga kalau kita putuskan hubungan hanya kerana cemburu di laman sosial.

Hakikatnya, medium canggih seperti ini seimbang antara kebaikan dan keburukannya.



Shah Alam: Dua penyamun berputih mata apabila kereta yang baru disamun mereka terbabit dalam kemalangan ketika cuba melarikan diri dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Seksyen 16, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek dikatakan baru saja menyamun sebuah kereta PERODUA Myvi milik seorang lelaki yang baru selesai membeli barangan di sebuah pasar raya berhampiran.

Suspek yang dipercayai berusia 20-an menaiki dua motosikal bersama dua lagi rakannya menghampiri mangsa yang sedang memasukkan barangan ke dalam keretanya.

Difahamkan, sebaik tiba di hadapan pasar raya itu, suspek terus mengacukan parang dan merampas kunci kereta milik mangsa sebelum melarikan kereta berkenaan menghala ke Lebuhraya Persekutuan.

Namun, sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta yang dinaiki suspek merempuh sebuah bas kerana gagal mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, susulan kemalangan itu, kereta yang disamun itu mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, namun semua suspek berjaya melarikan diri.

“Siasatan lanjut ke atas kereta berkenaan, polis menjumpai dua topi keledar serta sebilah parang milik suspek,” katanya ketika dihubungi.

Azisman berkata, usaha mengesan suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunakan senjata.

 Hmetro