Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » PANAS - Wanpa Nafi Reka ‘Jumpsuit’ Neelofa…Kami Hanya Tolong Pakaikan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


PEREKA duo yang kini sedang mengukir nama di persada fesyen Malaysia, Wanpa menafikan bahawa pakaian rona merah jambu yang digayakan oleh Neelofa ketika mengacarakan Anugerah Meletop Era (AME) direka oleh mereka.
Ketika di awal pembukaan AME, Neelofa menggayakan sebuah ‘jumpsuit’ berwarna merah jambu terang. Busana tersebut mendapat kritikan di laman sosial dan ramai beranggapan busana itu melekap di susuk tubuh dan menampakkan bentuk badan Neelofa, malahan ada juga pihak yang ‘nakal’ menyamakan baju tersebut dengan kostum karakter ‘Power Rangers’.
“Busana tersebut bukan kami yang reka dan buat. Umum tahu, Neelofa baru sahaja pulang dari Los Angeles, Amerika Syarikat. Saya pula baru pulang dari Jepun. Kami diberitahu oleh Neelofa mengenai busana tersebut pada Khamis yang lalu, jadi kami menolak untuk membuat pakaian tersebut kerana kesuntukan masa.
“Rekaan dan material untuk busana tersebut sudah ada, jadi Neelofa menghantar baju tersebut ke tukang jahit yang mampu untuk menyiapkan baju tersebut dalam masa yang ditetapkan dan kami hanya menolong untuk memakaikan baju tersebut kepada Neelofa di belakang pentas atas dasar mahu menolong kawan,” ujar Rosix mewakili Wanpa ketika dihubungi oleh GUA.
“Kami ada di belakang pentas ketika AME berlangsung adalah untuk membantu Neelofa menggayakan baju tersebut, itu sahaja. Kami tolong membetulkan mana yang besar, mana yang longgar, yang ada pada busana itu. Pembukaan AME memerlukan Neelofa terbang dari atas ke bawah, jadi baju ‘jumpsuit’ sesuai untuk digayakan. AME merupakan satu acara anugerah yang sempoi, ‘funky’ dan santai, jadi rasanya pakaian itu bukan masalah. Tapi ada segelintir pihak yang membuatkan perkara ini isu besar dan mereka menuduh kami tanpa mengetahui cerita yang sebenar,” ujar Rosix lagi.
Mengulas mengenai adakah isu ini bakal memberikan impak ataupun publisiti yang kurang baik terhadap nama mereka sebagai pereka fesyen yang semakin mendapat tempat di hati peminat, Wanpa ada jawapan yang tersendiri mengenai perkara ini.
“Publisiti adalah publisiti. Kalau orang tahu itu dan kenal Wanpa, mereka pastinya tahu bagaimana cara kami mereka sesebuah pakaian ataupun busana. Biarlah apa orang nak kata, kami hanya menghulurkan bantuan mana yang perlu atas dasar kawan,” ujar Rosix lagi.
Ketika diminta untuk memberikan sedikit komen mengenai sikap segelintir peminat yang menyalahkan Wanpa atas rekaan yang bukan kepunyaan mereka, Wanpa hanya akan mengambil pendekatan untuk tidak mengambil endah.
“Kami tak mahu layan sikap segelintir pihak. Apa pun, jangan bertindak melulu sekiranya mereka tidak tahu hal dan perkara yang sebenarnya. Jangan kaitkan kami dengan perkara yang tidak mereka tahu pun situasinya,” tutur Rosix mengakhiri perbualan. – GUA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments