Kalau dulu sekadar MySpace dan Friendster, kemudian datang pula
Facebook. Hari ini, muncul pula fenomena laman sosial jauh lebih menarik
dan mudah termasuk Instagram dan Twitter.
Semuanya atas satu objektif, berinteraksi dan memudahkan proses komunikasi antara satu individu kepada individu lain.
Bagaimanapun, tidak semua pihak menggunakan manfaat yang ada atas
tujuan positif dan niat baik, sebaliknya ramai juga orang terutamanya
anak muda remaja yang menjadikan ruang ini sebagai satu platform bagi
tujuan jahat.
Lebih menakutkan lagi, tujuan jahat itu tidak hanya berfokus pada unsur hasutan membabitkan politik dan perkauman seperti banyak dilaporkan sebelum ini sehingga mengundang ancaman kepada negara tapi ada juga unsur lain yang mengancam kesejahteraan sesebuah hubungan cinta.
Lebih menakutkan lagi, tujuan jahat itu tidak hanya berfokus pada unsur hasutan membabitkan politik dan perkauman seperti banyak dilaporkan sebelum ini sehingga mengundang ancaman kepada negara tapi ada juga unsur lain yang mengancam kesejahteraan sesebuah hubungan cinta.
Orang bercinta boleh putus dan lebih kronik, pasangan sudah berkahwin pun boleh bercerai kerana salah faham komunikasi di laman sosial.
Contohnya kalau si teman lelaki tiba-tiba meninggalkan ikon ‘love’ atau komen pada gambar gadis lain, terus ia mengundang cemburu sang kekasih. Itu kalau bercinta, macam mana pula kalau pasangan yang sudah berkahwin? Nampaknya lebih parah kalau timbul rasa cemburu.
Sepatutnya kalau betul sekali pun pasangan anda meninggalkan komen dan simbol kepada orang lain, janganlah cepat melatah atau menyerang kerana ia akan merumitkan lagi keadaan.
Apa yang patut kita lakukan kalau ia berlaku kepada kita?
Pertama sekali, kenal pasti punca masalah dan nilaikan sama ada ia berbaloi untuk dicemburukan. Sekiranya ia berkaitan seseorang yang ingin mendampingi pasangan yang dicintai yang membuatkan anda cemburu, berbincang dengan pasangan dan luahkan perasaan kepadanya.
Perasaan cemburu amat penting dalam perhubungan tapi sekiranya ia tidak dikawal dengan baik, ia boleh menyebabkan sesuatu hubungan itu terputus.
Kalau dilihat pada perspektif lebih luas, senario laman sosial masih boleh dibendung kalau ia masih di peringkat awal. Bukannya sampai bertukar nombor telefon dan bertemu secara sulit.
Tapi jangan juga ambil mudah atau tidak mempedulikan langsung. Siasatan ringkas masih perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana komen dan simbol mesra itu berlanjutan. Adakah ia serius atau sekadar komen biasa di laman sosial.
Cepat jatuh hukum
Keduanya, pandang dari sudut berbeza iaitu cuba menempatkan diri pada kedudukan pasangan kerana anda tidak boleh hanya melihat sesuatu situasi itu daripada pandangan pihak diri sendiri saja.
Mungkin kekasih itu hanya ingin mencari kawan baru ataupun kenalan daripada lapangan berbeza dan tiada niat lebih daripada itu. Nanti takut pula kekasih anda rimas dan tertekan dengan sikap cemburu buta anda pula.
Kalau anda sendiri pun ternampak gambar cantik di Instagram, sudah tentu anda pun terpanggil untuk meninggalkan komen atau ikon senyum pada pemiliknya tidak kira lelaki ataupun perempuan.
Justeru, jangan lekas menjatuhkan hukum atau cemburu dengan perbuatan itu kerana paling penting, lihat dan selidik dulu tujuan kekasih anda itu sebelum terus menerjah.
Cuba untuk meminta pandangan daripada orang terdekat. Dengan cara ini, anda boleh membuat keputusan dengan sewajarnya. Kadang-kadang kawan rapat kekasih anda lebih mengenali sikap dan perangai mereka.
Mungkin juga tujuannya menegur kawan baru di laman sosial untuk tujuan kerja mereka. Terutamanya lelaki, mereka ada kalanya berfikir tanpa berkongsi niat mereka dengan teman wanita hingga membuatkan kekasih tadi salah sangka.
Ketiganya, anda seharusnya fokus terhadap fakta dan bukan andaian serta mengikut perasaan. Elakkan daripada membuat andaian negatif, sebaliknya buat sedikit kajian mengenai masalah yang timbul kerana fakta dapat membantu anda menyelesaikan masalah itu.
Selidik dulu sejauh mana komunikasi dan interaksi yang anda lihat itu. Adakah ia profesional atau memang ada nada dan gerak gaya untuk tindakan selebihnya. Ambil masa untuk buat pemerhatian dengan serius dan mendalam.
Anda dinasihatkan untuk bertenang dan fikirkan sama ada sesuatu situasi itu benar-benar berlaku atau hanya imaginasi.
Setakat sekeping gambar di Instagram atau status di Twitter, rasanya tak berbaloi untuk kita melatah lebih kerana ia hanya satu medium untuk kita berkongsi pandangan dan ideologi. Bukannya lebih.
Tapi kalau memang rasanya sudah tahap melampau atau ada agenda tersembunyi, lebih baik duduk bersemuka dengan pasangan dan cari jalan penyelesaian. Kelakar juga kalau kita putuskan hubungan hanya kerana cemburu di laman sosial.
Hakikatnya, medium canggih seperti ini seimbang antara kebaikan dan keburukannya.
No comments
Post a Comment