Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Ni ada satu tips untuk tangkap nyamuk dengan mudah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Sabun pencuci pinggan (dalam bentuk cecair) serta mangkuk ataupun bekas kecil.
Cara-caranya:
Tuangkan cecair pencuci pinggan ke dalam bekas kecil dan letakkan bekas tersebut di tempat-tempat gelap seperti di bawah rak kasut atau almari.
Selamat mencuba!



Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Anadaberkat.
Pasti ada diantara anda yang pernah merasai kan situasi cermin kereta berwap dan kelabu. Terutamanya ketika waktu hujan dan penghawadingin pula rosak pada masa yang sama. Keadaan cermin yang berkabus membuat kita rasa tidak selesa dan sekaligus membahayakan.
Tapi jangan risau kerana kami inginkan jalan penyelesaian untuk masalah ini dengan modal yang rendah dan murah.  Antara caranya mudah sahaja.
Anda hanya memerlukan minyak rambut jenis cecair (Lutsinar) Tidak kisah lah jenama apa yang penting bukan jenis cream, atau pun gel. Jika tiada minyak rambut anda boleh guakan syampu (tetapi jangan campur dengan air).
Cara – caranya:
1. Sapukan minyak rambut atau syampu pada cermin dan gosok dengan rata..tak perlu banyak, selapis sudah memadai.
2. Gunakan kertas surat kabar, tisu atau kain. Lap dengan perlahan untuk menghilangkan kesan bayang-bayang minyak rambut sahaja. Material yang paling berkesan adalah tisu.
Oleh Feyra Nasrom Sumber omm

Perasan atau tidak, setiap kali naik pesawat, akan ada satu lubang kecil pada bahagian bawah tingkap pesawat. Mungkin ramai yang tidak tahu lubang itu direka sebenarnya ada sebab-sebab tertentu.
Lubang kecil itu direka agar dapat mengawal jumlah tekanan yang terdapat di tingkap sebelah dalam dan di luar. Dalam erti kata lain, sistem ini untuk memastikan tingkap di luar dapat menanggung tekanan yang paling rendah sekiranya terdapat tekanan yang ditambah pada tingkap, maka tekanan tersebut akan diberi pada panel luar. Itu bermaksud, penumpang akan boleh bernafas seperti biasa ketika dalam pesawat. Selain itu, fungsi lubang itu adalah untuk mengelak tingkap menjadi lembab ,berkabus dan embun yang akan terbentuk diantara panel kaca.

Sumber: Sajakongsi.com

Tahukah anda berdasarkan kajian dalam Jurnal Mikrobiologi, jika seseorang mengeringkan tangan dengan menggunakan mesin pengering tangan atau hand dryer berkemungkinan besar mampu menyebarkan kuman ke seluruh tandas itu?
Perkara ini berpunca daripada mereka yang tidak mencuci tangan dengan betul. 
Dengan kaedah mencuci tangan yang betul ia mampu menghapuskan kuman yang terdapat pada tangan mereka sebelum 
Para penyelidik mendapati, mesin pengering tangan tersebut mampu merebak 50 kali lebih virus ke udara, dan 100 kali ganda lebih banyak virus daripada mengeringkan tangan menggunakan tisu. 
Berdasarkan kajian dari University of Arizon pula, sebanyak 85% populasi manusia tidak mencuci tangan dengan betul. 
Menurut Charsles P. Gerba Ph.D, profesor mikrobiologi dan Pengkaji alam sekitar di Universiti Arizona, orang ramai mudah terdedah dengan penyakit yang paling biasa disebarkan oleh kuman yang terdapat di tandas-tandas awam seperti jangkitan mata, cirit-birit dan masalah pernafasan.
Tak salah pun nak guna hand dryer ni tapi bagi memastikan anda tidak menyebarkan kuman kepada orang lain, apa kata cuci tangan anda dengan betul. Gunakan sabun semasa mencuci tangan dan sebaiknya gunakan sanitizer selepas keluar dari tandas. Baik cegah sebelum parah!

Sumber: Menshealth

Anda runsing dengan bentuk badan anda yang gemuk? Jangan-jangan gemuk anda ini, gemuk air!

Masalah obesiti atau kegemukan bukanlah sesuatu yang baru melanda pada negara kita. Malah, Malaysia adalah antara negara yang rakyatnya mempunyai masalah obesiti paling tinggi di Asia Tenggara.

Pelbagai jenis ‘gemuk’ yang dapat dikenalpasti. Antara masalah kegemukan yang sering melanda masyarakat di Malaysia ialah gemuk air. Apakah itu gemuk air? Adakah ia berpunca kerana anda meminum air terlalu banyak?

Gemuk air sebenarnya berpunca akibat badan anda kekurangan air. Ia terjadi kerana apabila otak mendapati empunya badan jarang mendapatkan air dengan kadar yang mencukupi. Jadi, secara automatik otak akan mengatur supaya air disimpan di dalam sel badan untuk kegunaan pada waktu kecemasan nanti.

Antara punca lain gemuk air adalah kerana terlalu banyak garam di dalam badan, terutama mereka yang suka makan makanan masin dan masam. Apabila seseorang itu mengambil makanan masam dengan kuantiti yang banyak ia menghalang penyerapan air ke dalam sel badan. Situasi ini akan membuatkan badan mula kekurangan kuantiti air.

Jadi, apakah jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah gemuk air ini?

Untuk mengatasinya, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan sendiri. Mudah saja!

1. Minum banyak air kosong


Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi.Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.

2. Kurangkan makanan bergaram


Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi garam tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera.Menjelang waktu menstruasi, anda disarankan menghindari pengambilan garam.Sodium meningkatkan retensi cairan pada tubuh.Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan junk food sememangnya cukup banyak mengandungi garam.

3. Amalkan bersenam


Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.

4. Perbanyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan


Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.

5. Elakkan mengambil makanan tinggi kalori


Kunci utama bagi menentukan sesuatu diet itu berjaya atau tidak ialah cara pemakanan anda. Salah satu yang harus dititik beratkan ketika diet ialah elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan kalori.Hindari makanan yang mempunyai lemak yang tinggi seperti coklat dan pizza. Sia-sia sahaja anda gigih bersenam, sedangkan anda tidak menjaga pola pemakanan dengan betul. Bukan itu sahaja, usaha anda untuk mengatasi masalah gemuk air ini juga tidak akan berjaya.


6. Makan pisang


Tambahkan pisang dalam menu harian anda. Potongannya pisang boleh dimasukkan dalam bijirin, dibuat smoothie atau dikupas dan dimakan macam biasa. Pisang mengandungi banyak potasium yang membantu mengurangkan retensi air. Jika anda tidak menggemari pisang, pilihan lain yang terbaik adalah kismis.


7. Yoghurt


Terlalu banyak menikmati makanan manis boleh menyebabkan perut kembung. Jika anda berlebihan makan makanan yang manis dan mula merasakan efeknya, cubalah makan yoghurt rendah lemak yang mengandung kultur aktif. Fungsi kultur aktif ini adalah meningkatkan bakteria baik dalam perut.

Sumber wow.my
Image: The awsome daily.

Selama ni kita duk fikir bahagian biru di pemadam merah-biru itu digunakan untuk memadam dakwat pen di kertas. Tapi sebenarnya tidak!
Mesti korang pernah try untuk padam dakwat pen di kertas kemudian bahagian itu koyak. Nak tahu apakah sebabnya, teruskan membaca.
Pemadam biru tu sebenarnya digunakan untuk memadam tanda pensil di atas grainy paper. Tulah sebabnya tekstur pemadam tersebut kasar dan kesat berbanding pemadam biasa. Kalau guna pemadam biasa (warna merah) mungkin akan mengambil masa dan tenaga untuk anda memadam sesuatu di atas kertas grainy paper.
Kami sendiri tak pasti dari mana datangnya cerita tentang pemadam berwarna biru ini untuk padam dakwat pen di kertas. Yang penting, mulai dari saat ini anda bolehlah berhenti dari merosakkan buku latihan anda tu.
Sumber: Today Up Feet

Kitkat merupakan coklat yang digemari dan juga menjadi pilihan orang ramai. Mana-mana kedai runcit atau serbaneka kita pergi,pasti ada jenama coklat ini dijual sekali. Kitkat yang berbentuk 2 atau 4 bar coklat ini dicipta khas oleh Rowntree Of York, England kini dihasilkan di peringkat global oleh Nestle. Disebabkan coklat ini terlalu laris dan popular di kebanyakan Negara, Nestle telah mengeluarkan sejumlah modal yang begitu banyak untuk menghasilkan berpuluh-puluh perisa Kitkat yang unik dan menarik. Kitkat yang terkenal dengan tagline “ Have a break, Have a Kitkat “ ini sebenarnya mempunyai banyak jenis perisa yang pelik dan mungkin anda semua tidak pernah tahu ianya wujud.
1- Kitkat Perisa Ayam

2- Kitkat Perisa Tembikai

3- Kitkat Perisa Keju

4- Kitkat Perisa Sayur Labu

5- Kitkat Perisa Plum Soda

6- Kitkat Perisa Kentang

7- Kitkat Perisa Soy Sauce

8- Kitkat Perisa French Salt

9- Kitkat Perisa Hot Japannese Chilli

10- Kitkat Perisa Wassabi


Kecenderungan lelaki yang  lebih gemar memilih untuk menyimpan dompet pada saku bahagian belakang seluar sehingga menjadi kebiasaan boleh menyebabkan kerosakan pada saraf-saraf utama  bahagian belakang pinggul apabila mereka duduk bersama dompet tersebut.
Memetik laporan BBC News, keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat hingga diberi gelaran dengan nama hip-pocket syndrome atau wallet-neuropathy. Dan mereka yang selalu berhadapan dengan risiko ini adalah kaum lelaki yang sudah terbiasa  meletakkan dompet di saku belakang seluar mereka.
Malah seorang ahli fisioterapi mengatakan terdapat peningkatan jumlah kaum lelaki yang menderita atau mengeluh sakit punggung, dan ternyata penyebab utama keadaan ini adalah masalah posisi dompet diletakkan.
“Ketika ini semakin ramai pesakit saya yang datang ke klinik mengeluh kerana berhadapan dengn penyakit ini. Keadaan ini disebabkan oleh posisi dompet yang menekan saraf di bahagian belakang tubuh hingga boleh mendatangkan rasa sakit,” ujar Julian Forth, ahli fisioterapi di Buckhurst Hill, Essex.
Dompet akan menekan saraf-saraf  tubuh ketika seseorang itu sedang duduk di tempat kerja mahupun sedang memandu. Keadaan ini dapat mengakibatkan rasa sakit  pada pergelangan kaki, tumit dan menimbulkan rasa sakit ketika berjalan, duduk atau baring.
Keadaan ini juga akan menyebabkan ketidakseimbangan pada otot, tulang dan yang paling penting adalah sistem saraf. Mesti ada yang tertanya-tanya tak rasa apa-apa kesan pun? Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki.
Ruang dan suasana di rumah anda terlalu membosankan kerana hiasan dan perabot di dalamnya biasa-biasa sahaja? Jika anda sedang mencari idea untuk mendekorasi rumah dengan kos yang paling minimum, anda boleh memanfaatkan barang-barang terpakai atau yang tidak digunakan lagi.
Dengan sedikit usaha dan kreativiti, barang terpakai tersebut ditransformasi  menjadi perabot  yang sangat cantik serta membuatkan ruang di rumah anda nampak eksklusif dan mendatangkan suasana yang nyaman. Jom tengok gambar-gambar hiasan dekorasi rumah yang kreatif ini.
1. Patterned Bookcase.

Anda ada rak buku lama atau tidak dipakai lagi? Daripada dibuang, anda boleh hasilkan seperti gambar di atas dengan menghias rak buku tersebut menggunakan wallpaper. Cantik kan? Mungkin sesuai untuk diletakkan di ruang tamu ataupun pejabat mini anda. 
2. Chelsea Handler’s Office

Meja pejabat yang tidak digunakan lagi  boleh anda hiaskan menjadi meja solek  berkonsepkan retro khas untuk kaum wanita.
3. Black Walls

Jika anda memiliki jendela yang menghadap keluar seperti di atas, ubah catnya dengan warna hitam dan letakkan sekali kerusi kayu yang kelihatan seperti buaian agar anda dapat membaca dengan nyaman dan tenang di ruang tersebut.
 4. Gorgeous Studio Apartment

Ruangnya nampak kecil dan terhad tetapi jika hiasannya tidak terlalu banyak dan melampau,  hasilnya sangat cantik bukan?
5. Reading Nook

Dengan hiasan dalaman yang berwarna terang, anda akan berasa lebih selesa untuk membaca buku atau berehat di sofa ini dengan nyaman.
6. Vanity Closet

Rak yang dihasilkan dari kayu terpakai dan diberikan sedikit sentuhan ini  pastinya akan memudahkan anda untuk menyimpan kasut dan koleksi beg tangan anda. Ini amat sesuai sekali untuk golongan wanita!
7. Colourfull

Hiasi ruang kerja peribadi anda tampak ceria dan penuh warna dengan lukisan buatan anda sendiri.
 Sumber dari popsugar.com

Kopi merupakan sejenis minuman yang paling popular untuk diminum pada pagi hari. Ini kerana kopi mengandungi kafein yang dapat membangkitkan semangat anda. Itulah sebabnya ada orang yang merasa hari mereka tidak sempurna dan tidak berfungsi jika belum minum kopi di pagi hari. Walaupun perkara seperti ini dilihat normal, namun ternyata sebuah kajian yang dipaparkan di laman web dailymail.co.uk menyarankan agar anda tidak meminum kopi di pagi hari.

Awas! Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Elakkan Minum Kopi Sebelum Jam 9 Pagi

Menurut pakar, ketika di pagi hari, tubuh anda mempunyai hormon cortisol yang mencukupi dan bertindak untuk membuatkan badan anda kekal cergas, aktif dan terjaga. Jadi sebenarnya badan anda telah menghasilkan ‘kafein’ secara semulajadi dan tidak perlu lagi meneguk secawan kopi atau apapun minuman yang mengandung kafein. Ini adalah hasil penilitian dan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychosomatic Medicine.

Pakar perubatan telah melakukan penelitian dan mendapati bahawa waktu paling baik untuk menikmati kopi setiap hari adalah di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi kerana kafein akan memberi tindak balas dengan hormon kortisol yang membantu tubuh bekerja lebih cergas dan aktif serta meningkatkan kewaspadaan.


Pada waktu pagi, minuman kopi anda mungkin berguna dan mempunyai kesan efektif jika dinikmati di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi.

Tahukah anda bahawa nyamuk adalah serangga yang paling berbahaya di dunia? Kerana serangga kecil ini dicatatkan kes maut sebanyak 2 juta nyawa setahun.

Satu tabiat nyamuk yang selalu kita lalui dan pasti menyebabkan anda tertanya-tanya mengapa nyamuk suka 'bermain' dia atas kepala kita.

Perkara yang lebih pelik ialah tabiat nyamuk terbang di keliling kepala kita bukannya 'percubaan' untuk menghisap darah kita.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pakar serangga terkenal, Rick Pollack dari Amerika Syarikat, mengatakan nyamuk suka terbang di sekitar kepala, terutama di bahagian wajah dan telinga kerana tertarik kepada gas karbon dioksida yang kita hembuskan.

Yang paling pelik membuatkan anda pasti terkejut ialah ia sebenarnya permulaan untuk mengawan di mana nyamuk jantan akan menanda lokasi ‘kahwin’ seperti sekitar pokok, atau atas kepala manusia.


Nyamuk jantan akan ‘menari’ di sekitar kepala kita untuk menarik perhatian nyamuk betina untuk proses pembiakan.
Rahsia disebalik kemajuan Israel yang kita tidak tahu.


Disebalik kemajuan yang dikecapi oleh mereka, dalam konteks yang lebih positif, kita perlu meneladani apa yang dilakukan oleh bangsa ini sehingga mereka mampu bangkit kejatuhan dan mencapai kemajuan diluar jangkaan manusia.

Perkongsian yang asalnya dimuatnaik di sebuah page The Patriots ini bukanlah bertujuan untuk mengiktiraf mereka (Israel), tapi apa salahnya kita gunakan sisi positif yang terdapat pada mereka untuk diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini.

Ikuti sepenuhnya fakta pendedahan di bawah:

Apabila seseorang mengkaji tentang peredaran kemajuan dunia, semestinya nama yang merupakan sebahagian daripada teratas adalah Israel dalam berbagai-bagai sektor, seperti perbelanjaan untuk Research and Development (R&D), kepentingan ketenteraan, kekayaan negara (KDNK), pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Persoalannya, apakah rahsia mereka?

Tanpa henti, mereka semakin jadi gergasi dari segi inovasi dengan populasi kurang daripada 10 juta orang. Mereka sudahpun menghiasi prasarana-prasarana ekonomi mereka dengan lebih kurang 5,000 syarikat, yang kebanyakannya berteknologi tinggi. Bilangan besar inilah yang sedang membawa Israel kearah kemegahan teknologi global.

Dengan gabungan kebudayaan, persekitaran dan kerajaan yang dinamik, Israel sudah mampu menandingi Silicon Valley. Bukan sahaja bilangan syarikat mereka yang melahirkan perasaan “rambang mata” kepada masyarakat asing, tetapi hasil inovasinya yang sememangnya mengagumkan.


Tiga kejayaan besar mereka adalah:



1. Waze – perisian sistem navigasi GPS yang berjaya meraih 50 juta pengguna;
2. OrCam – teknologi yang membenarkan orang-orang buta yang mempunyai saraf mata yang sempurna untuk melihat;
3. Phinergy – bateri lithium kereta yang menggandakan jarak kegunaan kereta-kereta elektrik.

Gabungan kejayaan-kejayaan ini bersama dengan beribu-ribu lagi sedang membuatkan Israel menjadi “startup nation” yang merupakan intipati terbaik buat negara tersebut dan ekonomi global.

Bursa Saham Tel Aviv pula mempunyai senarai sebanyak 616 syarikat yang setiap syarikat tersebut mempunyai 12,500 rakyat, tetapi jauh beza dengan Amerika Syarikat yang menggabungkan 47,000 rakyat kepada setiap syarikat.



Namun, kejayaan-kejayaan ini hanyalah sejarah semata-mata. Yang melahirkan persoalan, bagaimana mereka boleh berjaya?

Secara umumnya, dunia yang membenci Israel akan berasa dengki dan mengaburkan kejayaan mereka dengan, “Amerika sedang bantu”.

Perasaan anti-Semitisme sentiasa membuak dalam darah manusia yang akan membutakan mereka sendiri daripada mencontohi kejayaan Israel walaupun menempuhi cabaran-cabaran sangat besar.



Israel – sebuah negara yang mengisytiharkan kedaulatan pada tahun 1948 boleh memenangi sebuah peperangan yang dengan mudah sahaja boleh patahkan orang lain.

Pada setiap generasi, kejayaan tersebut sentiasa bersilih ganti, sehingga hari ini, Israel telah berjaya menjadi hub berteknologi tinggi di kawasan yang sangat berbahaya dan lebih menakjubkan lagi, Israel merupakan negara yang berdikari.

Tetapi, mereka tidak menyimpan rahsia mereka. Mereka berkongsi kepada dunia bahawa kejayaan mereka merupakan hasil kepada gabungan asas-asas seperti kepintaran, kreativiti, produktiviti, kebebasan dan keazaman untuk berlawan dengan halangan-halangan mereka yang sangat besar jisimnya.

Kesemua ini diterapkan melalui sistem pendidikan mereka yang sangat aktif dari segi penyertaan.

Perkara kedua yang menjamin kejayaan negara tersebut adalah ideologi ketenteraan mereka. Ini merupakan subjek yang sangat terperinci kerana perkhidmatan tentera, dengan gabungan bahaya-bahaya yang mengancam negara tersebut telah menyemai sifat keseriusan dari segi visi dan misi kebudayaan mereka untuk menerima segala jenis risiko asalkan menang.

Mudah kata, rakyat mereka sudah tidak mahu menjadi gelandangan seperti dalam sejarah, dimana mereka dicaci, dimaki dan ditindas.

Bayangkanlah, setelah berkecainya kedaulatan mereka pada tangan Rom oleh kerana peperangan yang berlangsung selama 70 tahun yang menyebabkan musnahnya Kuil Yahudi mereka, mereka telah melakarkan berbagai-bagai usaha untuk bebas.

Apa yang tidak dicipta?

Semuanya dicipta untuk menyelamatkan diri mereka, tetapi ia mengundang daripada satu malapetaka ke satu lagi malapetaka, akhirnya berakhir pada Malapetaka Besar, dimana Adolf Hitler membunuh berjuta-juta umat mereka.

Apakah mereka akan kembali ke status gelandangan? Tidak.

Oleh itu, pada ketika sesetengah masyarakat memegang kepada sejarah untuk mengekalkan kedaulatan, Israel memegang kepada ekonomi yang membenarkan mereka memegang kuasa. Mereka mendrafkan pelaburan demi pelaburan dalam teknologi pertahanan dan sebagainya, seperti komersial.

Selain itu, Israel merupakan negara imigran dan berbilang bangsa, membenarkan perbezaan dari segi pendapat – yang memastikan kreativiti dan inovasi melalui aliran idea yang bernas dan gabung tenaga ramai orang yang mempunyai perspektif yang berbeza. Israel juga berkongsi dengan pendapat Amerika Syarikat bahawa, “kegagalan merupakan pendidikan, bukannya lencana kejatuhan maruah”.

Semangat berniaga mereka bermula daripada didikan keluarga yang senantiasa menuntut kejayaan daripada anak-anak mereka untuk bekerja keras. Dengan berbagai-bagai gabungan strategi kejayaan, tidak mengejutkanlah kenapa Israel terlalu kuat dan negara mereka mempunyai konsep yang dinamik.