Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Dia adalah Colleen Shannon, DJ paling seksi di dunia, IMHO.
Dia cantik, hot dan lihatlah sendiri.
Wanita

Seorang wanita yang pergi menyaksikan sebuah konsert telah dirasuk sehinggakan membuatkan orang awam di situ terpinga-pinga melihat keadaan dirinya yang berada dalam keadaan separa sedar seperti itu.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta orang ramai tidak mudah mempercayai dengan kandungan emel yang meminta bantuan kewangan daripada mereka.
Adam Adli 1
KUALA LUMPUR – Aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim yang sedang ditahan reman mendapat `backup’ kuat parti pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak dia ditahan polis pada 19 Mei lalu atas dakwaan menghasut.
Anak Dipenjara

KOTA BHARU – Seorang anak yang mengugut mencederakan bapanya dengan paip besi minggu lalu, akhirnya menerima padah apabila dihukum penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Amboi sejak bernaung di bawah syarikat produksi terkenal, MIG semakin banyak pula video parodi yang dihasilkan oleh Bobo ya.
Eina Nak Saman Ibu Kekasihnya, Dakwa Wanita Itu Kurang Siuman!

SUSULAN kontroversi tiga penjuru yang menimpa pelakon, Eina Azman dengan ibu kepada pelakon, Afiq Muiz dan pelakon lelaki terbabit, Eina hari ini menegaskan untuk menyaman Hasliza Mohamad kerana kegagalan wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
Saya Rela Mati Dari Hidup Disumpah Ibu Kandung Sendiri - Afiq Muiz

Dari tweet terbaru Afiq Muiz di twitter, nampanya dirinya sememangnya agak kecewa dengan ibunya sendiri sampai mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Beberapa minggu lalu, anak muda dari beberapa tanah rancangan Felda seluruh negara memulakan satu ekspedisi yang kalau difikirkan sebagai mustahil.



Beberapa blog terutama yang berkaitan dengan politik sejak semalam menyiarkan gambar-gambar yang didakwa merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Osman Rani dalam solekan tebal menyerupai wanita.
Pertahan Anak Demi Maruah, Kata Ibu Eina
Menyedari akan reaksi negatif peminat dan orang ramai terhadap cerita Afiq Muiz apatah lagi seorang gadis dilihat seolah-olah seperti masuk campur dalam krisis yang melanda ibu dan anak tersebut, namun ibu kepada Eina Azman iaitu berkata Amy Roshaida memberitahu bahawa mereka punya alasan yang kukuh untuk terlibat sama di dalam isu tersebut.

California – Akibat tersalah dail nombor 911, dua perompak akhirnya ke penjara.
Kejadian berlaku ketika Nathan Teklemariam dan Carson Rinehart, yang masing-masing berusia 20 tahun telah tersalah mendail panggilan kecemasan tersebut melalui telefon bimbit salah seorang daripada mereka.
Namun selepas operator menjawab panggilan itu, mereka hanya mendiamkan diri tetapi terlupa untuk mematikan telefon berkenaan.
Dalam masa sama operator kecemasan itu tidak mematikan panggilan, sebaliknya mendengar perbualan kedua-duanya yang bercakap mengenai dadah dan rancangan untuk memecah masuk ke dalam sebuah rumah.
“Ambilkan saya penukul,’’ itu antara perbualan yang dirakamkan oleh operator tersebut.
Ketika kedua-duanya sedang memandu, polis telah pun berada di kawasan berkenaan selepas mendapat petunjuk yang diperolehi daripada operator panggilan kecemasan berkenaan.
Selepas berjaya mengesan suspek, polis kemudiannya menyoal mereka, dan kedua-duanya nyata terkejut serta terpinga-pinga.
“Oh…dia mengekori saya. Wow apa yang telah saya lakukan,’’ kata salah seorang suspek.
Biarpun mereka tidak mengaku melakukan sebarang kesalahan, namun pemeriksaan yang dijalankan ke atas kenderaan mereka berjaya menemukan polis dengan barang curi.
Setelah kedua-duanya digari, salah seorang daripada suspek itu berkata,
“Dia telah menghubungi 911” Bodoh,’’.
Kedua-dua mereka didakwa mereka merompak dan memiliki barang curi.
Rihanna-Chris Brown
Los Angeles – Penyanyi Rihanna nyata masih menyintai Chris Brown. Ia terbukti apabila Rihanna bermuram durja selepas mendapati Chris bermesra dengan bekas teman wanitanya, Karrueche Tran di twitter.

Manhattan – David Karp baru berusia 26 tahun namun dia sudah menjadi jutawan selepas Yahoo membeli blognya, Tumblr dengan harga $1.1 bilion tunai.

Riyadh – Pengguna kereta api bawah tanah London sudah pasti cemburu dengan gambar ini yang tidak lama lagi akan menjadi sistem kereta api antara bandar paling mewah di dunia.
Adibah Noor
PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor mengakui menolak watak-watak stereotaip atau memperlekehkan dirinya.
Hazama
SUBANG JAYA – Penyanyi Hazama Ahmad Azmi, 29, mengakui tidak mahu terlalu banyak membawa watak komedi demi menjaga kepentingan dalam bidang nyanyian.
Didie Alias
PETALING JAYA – Pelakon Didie Alias meluahkan rasa risau apabila melihatkan masanya terlalu terhad untuk bersama dengan keluarga gara-gara kesibukan jadual kerja seninya.
Erin Malek
Dia mula meminati dunia lakonan sejak di usia kanak-kanak. Tuah datang, filem seperti Bilut dan Tentang Bulan telah membuka pintu buat Erin Malek memenuhi impiannya bergelar pelakon. Sejak itu dia terus terjebak dalam dunia lakonan TV mahupun layar perak. Cuma sekitar tiga tahun lalu, gadis 19 tahun ini memperlahankan rentak kerjayanya kerana mahu memberikan tumpuan pada pelajaran dan peperiksaan besar, Sijil Pelajaran Malaysia, SPM. Kini di kembali aktif berlakon dan bakal muncul dalam filem terbaru, Lari.
Siti Nurhaliza
Akhir-akhir ini, penyanyi nombor satu negara dilihat kerap muncul di khalayak ramai terutamanya bagi mempromosikan produknya, Simplysiti. Selain daripada turun padang bagi sesi berjumpa peminat di beberapa buah lokasi di seluruh negara, Siti juga sibuk menghadiri pelbagai acara berkaitan kerjayanya seperti pelancaran muzik video ‘Galau’ serta rakaman program raya di RTM. Tidak seperti sesetengah selebriti yang membataskan kemunculan mereka, Siti positif dengan usaha yang dilakukannya.
SUSULAN kontroversi tiga penjuru yang menimpa pelakon, Eina Azman dengan ibu kepada pelakon, Afiq Muiz dan pelakon lelaki terbabit, Eina hari ini menegaskan untuk menyaman Hasliza Mohamad kerana kegagalan wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka.


Minggu lalu, Eina memberikan tempoh selama tujuh hari kepada ibu Afiq untuk meminta maaf kepadanya secara terbuka selepas didakwa menyebarkan fitnah ke atas dirinya.
Ketika ditanya soal penerimaan Afiq terhadap hasratnya untuk menyaman Hasliza, pelakon Mimpi Cinderella itu mengakui tidak mendapat tentangan dari Afiq.
“Afiq OK saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu pertahankan hak Eina sebab dia (ibu Afiq) sudah memalukan Eina tanpa bukti yang kukuh.
“Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut…sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini,
Menegaskan mempunyai bukti terhadap ‘serangan’ dari pihak Hasliza, Eina tetap meneruskan hasrat untuk menyaman wanita berusia 48 tahun itu.
“Tapi tak apa, kita teruskan (saman). Kita tengoklah nanti siapa, menang siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap adalah fitnah,” katanya.
Eina yang dikaitkan dengan kisah Hasliza yang mendakwa Afiq Muiz sebagai anak derhaka, menyifatkan kontroversi tersebut sebagai murahan.
“Boleh tanya dengan Afiq, sepanjang masalah ini, siapa yang ada dengan dia? Mak dia ke keluarga dia ke atau Eina dan keluarga Eina?
“Memang Eina tak ada masalah dengan Afiq. Sehinggalah mak dia mencetuskan kontroversi murahan seperti ini. Pada Eina, ini adalah kontroversi murahan yang meminta simpati,” katanya. – Sinar Harian Online

Habis kecoh di laman Twitter yang Altimet sekarang ni tengah bengang marahkan sebuah syarikat pengurusan muzik gara-gara single terbarunya telah diperdengarkan di radio.
Melalui akaun Twitter milik Altimet, perkara itu tidak sepatutnya terjadi kerana mereka telah merancang untuk mengeluarkan lagu baru itu selepas raya.
Konflik ini berpunca apabila pengurusan Warner Music dan label yang bekerjasama dengan Altimet, Kartel telah membocorkan single terbarunya itu. Mungkin ada salah faham dalam perancangan mereka yang membuatkan benda macam ni jadi.
Kami sendiri belum berkesempatan mendengar single terbaru oleh Altimet itu, tapi mereka yang telah mendengarnya di ERA fm mengatakan lagu itu sangat sedap dan mendapat sambutan yang cukup baik.
Tapi apapun respon positif yang diberikan peminat, Altimet masih tak mampu mengawal kekecewaannya bila rancangan tak berjalan seperti yang dirangka.
Sumber: Ohbulan.com
tangga

SAO PAULO, Brazil – Sejumlah orang ramai menyaksikan ‘drama’ hubungan sulit seorang isteri yang berjaya dibongkar oleh suaminya sendiri di sebuah unit apartmen di sini baru-baru ini, menurut akhbar dalam talian Independent.ie semalam.
Fizo Omar Putus Cinta, Menganggap Tiada Jodoh
PELAKON terkenal, Fizo Omar mengesahkan hubungan asmaranya bersama seorang gadis kecundang di tengah jalan selepas dua bulan menjalin cinta.
Bukan kerana orang ketiga, Fizo menganggap tiada jodoh antara mereka.
MAS Uruskan Semua Pemeriksaan Doktor, Dokumen Sebelum Bawa Pulang Izan Dan Bayinya
KUALA LUMPUR – Penerbangan Malaysia (MAS) memberi layanan di luar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan semua prosedur bagi membawa pulang dari Vietnam seorang rakyat negara ini bersama bayi perempuan berusia 14 bulan, yang dihalang menaiki pesawat tambang murah.
IMG_3160

Jam 1.30 tengahari kelmarin saya menghubungi adik Izan Suhaila Mohd Ali, Saiful Riza, 31 tahun, berada di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
Kenyataan Penuh Air Asia Berhubung Kes Penumpang AK1455

SEPANG – Kami merujuk kepada isu yang dibangkitkan dalam media sosial baru-baru ini, mengenai para tetamu kami yang tidak dibenarkan menaiki pesawat untuk penerbangan AK1455 dari Ho Chi Minh City ke Kuala Lumpur pada 18 Mei 2013.

IMG_3172-001
1. 15 Mei 2013, kakitangan bank, Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun, membawa anaknya Maryam Sofea Mohd Riza ke LCCT bersama 10 saudara mara dan ibu. Beberapa hari sebelum itu Maryam mengalami chicken pox. Bagaimanapun ground staff Air Asia di LCCT membenarkan Maryam dan semua ahli keluarga diterbangkan ke Ho Chi Minh, Vietnam. Tindakan itu tidak menghairankan kerana doktor tempatan dua kali mengesahkan Maryam sihat. Hanya tompokan hitam masih kelihatan di seluruh tubuhnya dan dia tidak demam.

Kira-kira jam 8.45 malam tadi, mengikut waktu tempatan di Vietnam, saya terlihat penumpang pesawat AK 1455, warga Malaysia dihampiri oleh kakitangan lelaki Air Asia.
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada jam 9 malam atau 10 malam waktu Malaysia.
Setelah beberapa minit berlalu, perlahan saya kemudian mendekati kumpulan penumpang itu dan mengajukan soalan.
“Ada masalah apa puan?”
IMG_3160