Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Anak Dipenjara 12 Bulan Ugut Cederakan Bapa!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Anak Dipenjara

KOTA BHARU – Seorang anak yang mengugut mencederakan bapanya dengan paip besi minggu lalu, akhirnya menerima padah apabila dihukum penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Nik Kamal Ab Rahman, 29, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad, yang memerintahkan hukuman itu bermula daripada tarikh dia ditahan 16 Mei lalu.
Mengikut pertuduhan, Nik Kamal didakwa mengugut mahu mencederakan Ab Rahman Mat Junoh, 56, dengan menghayun sebatang paip besi di sebuah rumah tanpa nombor di sini pada 7.30 petang, 16 Mei lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Nik Kamal tanpa diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan dikenakan terhadapnya dengan mengambil kira usianya yang masih muda.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Md Zukri memohon tertuduh dijatuhi hukuman setimpal dengan mengambil kira kekerapan jenayah ugut membabitkan anggota keluarga. – BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments