Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Hanya 148 Meter Memusnahkan Impian Siti Hanisah!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Beberapa minggu lalu, anak muda dari beberapa tanah rancangan Felda seluruh negara memulakan satu ekspedisi yang kalau difikirkan sebagai mustahil.


Kerana apa…
Kerana sebahagian mereka hanya berlatih selama 7 bulan sebelum memulakan usaha untuk menawan puncak tertinggi dunia iaitu Everest di ketinggian 8,848 meter dari paras laut .
Bayangkan, orang lain berlatih selama bertahun-tahun dan menawan puluhan puncak lain sebelum berjaya ke bumbung dunia itu.
Namun, anak-anak muda Felda berkenaan memulakan usaha untuk melakukan sesuatu yang sepatutnya diberikan tabik hormat dan penghargaan sebagai wira.
Dan pagi tadi, seramai empat daripada daripada anak Felda dan dua pendaki Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) berjaya sampai ke puncak.
Bagaimanapun, pendaki ke-7 yang juga Ketua Ekspedisi, Siti Hanisah Sharuddin dari Felda Jelai 1,Gemas,  Negeri Sembilan gagal.
Beliau tidak dapat meneruskan langkah setelah berjaya sampai ketinggian 8,700 meter di kawasan yang dikenali sebagai South Summit.
Apa yang penulis terkilan dan kesedihan yang sama dikongsi Penasihat Projek Everest Felda 2013 , Datuk Akmar Hisham Mokhles ialah Siti Hanisah hanya tinggal 148 meter sahaja sebelum sampai ke puncak.
Beliau tidak dapat berbuat demikian apabila diserang penyakit akut gunung (AMS) yang berpunca daripada kekurangan oksigen apabila seseorang memanjat ke kawasan yang tinggi lebih pantas daripada kemampuan tubuh untuk membiasakan diri.
“Kasihan, dia terpaksa menunggu untuk memberikan laluan kepada rakan-rakan yang lain dan ketika itu diserang AMS,” katanya.
Beliau berkata, apa yang lebih menyedihkan ialah andai Siti Hanisah berjaya ke puncak, maka dia akan melakar sejarah sebagai antara wanita Islam paling muda di dunia pernah sampai ke puncak.
“Mungkin bukan rezeki dia, Allah SWT yang menentukan segalanya,” kata Akmar.
Sekiranya Siti Hanisah berjaya, maka sudah pasti dia akan menjadi tumpuan baru selepas hanya beberapa hari seorang wanita Arab Saudi, Raha Muharraq, 25 berjaya menawan puncak berkenaan.
Selain Siti, Samina Baig yang berusia 21 tahun dari Pakistan juga merupakan antara wanita Islam termuda sampai ke puncak gunung Everest.
Apa pun, segala usaha dan kejayaan yang dipertontonkan anak-anak Felda hari ini membuktikan bahawa kita mampu melakukan apa sahaja jika kita ada kesungguhan.
Siti Hanisah – Gambar NST

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments