Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pertahan Anak Demi Maruah, Kata Ibu Eina!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Pertahan Anak Demi Maruah, Kata Ibu Eina
Menyedari akan reaksi negatif peminat dan orang ramai terhadap cerita Afiq Muiz apatah lagi seorang gadis dilihat seolah-olah seperti masuk campur dalam krisis yang melanda ibu dan anak tersebut, namun ibu kepada Eina Azman iaitu berkata Amy Roshaida memberitahu bahawa mereka punya alasan yang kukuh untuk terlibat sama di dalam isu tersebut.
Biarpun Eina Azman atau nama penuhnya Ainur Syakira Azman,18, telah diheret sama dalam perkara ini walaupun pada awalnya namanya tidak disebut tetapi sudah jelas bahawa dia seorang sahaja yang rapat dengan Afiq Muiz ketika ini. Memandangkan isu ini turut melibatkan soal maruah, maka Amy Roshaida berkata, dia terpaksa mempertahankan anaknya yang dituduh sebagai kaki kikis.
“Selepas Afiq dihalau keluar dari rumahnya, saya dan anak (Eina) yang telah lama mengenalinya menjadi orang yang seringkali dia jumpa untuk mengadu sebarang masalah. Saya faham perasaan yang dia alami tetapi kami tidak pernah menghasut atau menghalang dia pulang kerumah.
“Padahal saya yang menyuruh dia berbaik semula dengan ibu dia. Saya kata pada dia walau apa sekalipun yang berlaku itu ibu. Tetapi dia pula berkeras kerana menurut Afiq, dia lebih mengenali siapa ibunya.
“Jadi saya tidaklah berkata apa-apa lagi hinggalah nama anak saya tiba-tiba dituduh nak mengikis duit Afiq. Kalau mana-mana ibu pun yang mendengar anaknya dituduh begitu pasti, mereka tidak akan senang duduk.
“Lagipun kami bukan tak ada duit sampai nak mengikis duit Afiq. Diharapkan orang yang kata anak saya nak mengikis tu siasat dulu siapa yang kikis duit siapa. Tunjukkan bukti anak saya kikis duit Afiq. Cerita begini menjatuhkan maruah keluarga saya,”cerita Puan Amy Roshaida yang turut hadir pada sidang akhbar pada Selasa lepas di Subang.
Selain daripada itu wanita berusia 46 tahun ini turut tidak merestui jika Afiq Muiz bakal jadi menantunya kerana Puan Amy tidak mahu anaknya kelak hidup dalam kebencian daripada ibu mertua jika hal ini tidak dijelaskan juga diselesaikan dengan cara betul.
“Memang semua orang kata anak saya dan Afiq bercinta tetapi pada saya berkawan ke bercinta, Eina sepanjang masa ada dengan saya. Mereka pun dah lama rapat. Jadinya soal cinta saya tak tahu tetapi memang Afiq rapat dengan kami.
“Anak saya baru berusia 18 tahun dan masih terlalu awal nak cakap pasal kahwin dan sebagainya. Tapi kalau lihat dengan keadaan sekarang, saya tak bagi anak saya kahwin dengan Afiq.
“Dia (Eina) sahaja telah dituduh mengikis, takkan saya nak lepaskan dia masuk ke dalam keluarga yang akan membencinya nanti. Saya pun hairan kenapa mereka boleh tuduh Eina kikis duit Afiq.
“Apa yang ada pada Afiq? Kalau betul anak saya kaki kikis, lebih baiklah dia rapat dengan individu yang lebih berkedudukan,”jawab ibu kepada Eina Azman ini.
Ketiga-tiga mereka ini tampil pada sebuah sidang akhbar di Subang pada Selasa lepas sebaik sahaja tersiarnya cerita mengenai luahan hati ibu Afiq Muiz di portal mStar. Ibu Afiq, Hasliza Mohd mengatakan anaknya itu telah membelakangi keluarganya selepas popular dan semenjak rapat dengan pelakon perempuan yang didakwa merujuk kepada Eina Azman. - MURAI.COM.MY

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments