Kesungguhan gabungan parti pakatan pembangkang mempertahankan Adam Adli yang disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 itu secara tidak langsung mengambarkan status Adam Adli sebagai `anak emas’ pembangkang dalam usaha memburuk-burukkan kerajaan selama ini.
Pakatan pembangkang sekali lagi membayangkan status Adam Adli tersebut apabila Pemuda Sosial DAP, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sekali lagi dalam satu kenyataan bersama hari ini mengulangi gesaan Adam Adli yang pernah menimbulkan kemarahan rakyat sebelum ini dibebaskan segera.
“Pimpinan pemuda pakatan bersama-sama mengecam pihak polis kerana menahan Adam Adli serta menuntut supaya Adam Adli dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat.Tindakan menangkap Adam Adli tanpa sebarang sebab boleh disifatkan sebagai tidak menghormati hak rakyat Malaysia dalam menggunakan hak-hak perlembagaan mereka,” dakwa kenyataan yang diwakili Ketua DPPM, Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda Sosialis DAP, Teo Kok Seong dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd. Akin tersebut.
Parti pembangkang juga seolah-olah mahu mendahului siasatan polis dengan mendakwa Adam Adli tidak bersalah kerana dia didakwa cuma memberikan pandangan yang munasabah dan berpatutan dengan menyeru rakyat Malaysia berhimpun untuk memprotes pilihan raya yang kotor.
“Seruan beliau tidak melampau hak-hak yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, tidak berunsur hasutan dan tidak mempunyai motif-motif untuk menjejaskan demokrasi berparlimen kerana kebebasan berhimpun adalah hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan,” dakwa mereka.
Pemuda Sosialis DAP, DPPM dan AMK turut meminta bantuan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk mempertahankan dan membela hak perlembagaan Adam Adli bagi memenuhi aspirasi anak muda. – mynewshub.my
No comments
Post a Comment