Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » VIDEO: Kekasih ‘Gelap’ Si Isteri Lari Ikut Tingkap Bila Kantoi!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

tangga

SAO PAULO, Brazil – Sejumlah orang ramai menyaksikan ‘drama’ hubungan sulit seorang isteri yang berjaya dibongkar oleh suaminya sendiri di sebuah unit apartmen di sini baru-baru ini, menurut akhbar dalam talian Independent.ie semalam.
Suami itu memasuki apartmennya semasa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki lain.
Ketika mereka bertengkar di balkoni bangunan tersebut, lelaki yang menjalin hubungan sulit itu kemudian berusaha turun dengan menggunakan cadar yang diikat pada tingkap apartmen tersebut.
Dia turun dari tingkap tingkat tiga dengan hanya memakai seluar pendek berwarna putih ketika kekasihnya bertengkar dengan suaminya.
Lelaki itu yang namanya tidak diketahui kemudian selamat tiba di tingkat satu.
Sejumlah orang ramai yang cemas menyaksikan ‘drama’ tersebut turut menjerit-jerit ke arah lelaki tersebut.
Lelaki itu kemudian berdiri di tepi tingkap sebuah unit apartmen di tingkat satu selepas dia turun dengan menggunakan cadar tersebut.
Dia kemudian terjun di atas ’tilam khas’ yang diletakkan oleh anggota-anggota bomba di bawah apartmen tersebut.
Selepas jatuh di atas tilam tersebut, lelaki itu berdiri dan menunjukkan penumbuknya ke arah pasangan suami isteri yang sedang bertengkar di balkoni tersebut.
Beberapa orang kemudian turut bertepuk tangan kerana lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan selepas dia terjun dari tepi tingkat satu.
Lelaki itu kemudian berjalan dengan bercakap sesuatu ke arah orang ramai dan anggota-anggota bomba.
‘Drama’ itu turut disiarkan di laman YouTube. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments