Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Rihanna Kecewa Dengan Chris Brown!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Rihanna-Chris Brown
Los Angeles – Penyanyi Rihanna nyata masih menyintai Chris Brown. Ia terbukti apabila Rihanna bermuram durja selepas mendapati Chris bermesra dengan bekas teman wanitanya, Karrueche Tran di twitter.
Keadaan itu jelas kelihatan sejurus Rihanna tiba di Lapangan Terbang LAX Los Angeles.
Wajahnya kelihatan masam mencuka, seolah-olah menunjukkan dia tidak mempunyai `mood’ pada hari itu.
Ia gara-gara tindakan Karrueche yang memuat naik gambar lucah bersama Chris ketika sambutan hari lahirnya tahun lepas.
Dan ia nyata satu kenangan yang menggembirakan bagi Chris apabila penyanyi itu membalas twitter terbabit dan mengucapkan selamat hari jadi.
Chris nyata teruja dengan bekas teman wanitanya itu.
Karrueche kemudiannya membalas twitter Chris dengan gambar bentuk hati, sekali gus menghangatkan lagi khabar angin bahawa mereka memikirkan untuk menyambung semula hubungan cinta.
Chris sebelum ini sering berhubung dengan Karrueche namun pada bulan Oktober lalu,wanita itu ditinggalkan dalam kekecewaan selepas Chris mengumumkan untuk kembali kepada Rihanna.
Namun beberapa bulan selepas pengumuman itu, Chris dan Rihanna memutuskan semula hubungan .
Ketika ditemubual dalam rancangan Oprah Winfrey, tahun lalu, Rihanna memberitahu bahawa dia dan Chris saling menyintai satu sama lain.
“Agak aneh kerana saya masih menyintainya. Saya rasa dia cinta seumur saya dan Chris juga adalah cinta pertama saya,’’ katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments