Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

BERCAKAP tentang Thailand, pasti terbayang keindahan pulau dan populasi transgender di sana.
Negara yang diberi jolokan Gajah Putih ini cukup terkenal sebagai lokasi pembedahan menukar jantina.
Meskipun negara tersebut menerima kehadiran golongan transgender namun rakyatnya tetap patuh terhadap undang-undang dijalankan.
Buktinya golongan ini tetap melaporkan diri untuk berkhidmat selama dua tahun dalam Khidmat Negara.
Kalau korang nak tahu, di Thailand setiap pemuda berusia 21 tahun wajib mengikuti Khidmat Negara tidak kira mereka transgender atau tidak.
Yang kelakarnya, melihat suasana ketika proses melaporkan diri.







SEORANG lelaki sering dilihat bersiar-siar dengan haiwan kesayangannya di sekitar kawasan berlainan oleh penduduk di Tsukishima, Tokyo.
Apa yang menarik, situasi itu bukan satu kebiasaan apabila lelaki itu membawa bersamanya seekor kura-kura gergasi Afrika.
Adakah dia lelaki paling penyabar di dunia.. bagaimana dia boleh berjalan dengan haiwan yang paling perlahan pergerakannya berbanding haiwan lain itu?
Melihat pada gambar, semestinya kura-kura gergasi itu sudah dibela, dimanja serta dicurah dengan kasih sayang sejak kecil lagi.
Kita juga boleh rasakan keakraban kura-kura dan tuannya itu apabila ia siap dipakaikan pakai baju lagi.
Ternyata, apa jenis haiwan sekali pun boleh dijadikan teman baik manusia dan akan setia di samping tuan di sepanjang perjalanan apabila kasih sayang dicurahkan.




BIRMINGHAM – `Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula berat badan 171 kilogram,’’ ujar seorang gadis yang kini menjadi kurus dengan berat hanya 50 kilogram.
Bagi Amelia-Jane Harris, 20, berat badannya yang baru kini yang disifatkan ramai orang sebagai berat badan idaman merupakan satu mimpi ngeri.
Ini kerana, Amelia yang menghidap penyakit Crohn tidak boleh makan dan akan mengalami kesakitan sepanjang masa hingga memaksanya menelan 70 pil setiap hari dan jika keadaan bertambah teruk, dia terpaksa mengambil hingga 100 pil.
Keadaan ini mengakibatkan Amelia tidak dapat menikmati makanan dan jarang dapat keluar makan bersama keluarga atau rakan-rakannya.
Selain itu, penyakit Crohn juga menyebabkan badannya menjadi tidak bermaya kerana kurang khasiat selain rambut gugur dan kuku menjadi rapuh.
“Saya mendapat pujian ramai kerana berat badan yang baru ini namun saya sebenarnya mengalami kesakitan yang sangat. Saya tidak lagi boleh menikmati makanan kerana setiap kali makanan perut saya akan kejang dan sakit,’’ katanya.
Akibat penyakit itu juga, dia kehilangan berat badan sebanyak 114 kilogram dalam masa 20 bulan.
Menurut Amelia ketika zaman kecilnya, dia adalah seorang kanak-kanak yang sihat dan badannya juga menjadi gemuk hingga diejek oleh rakan-rakannya.
Namun apabila usianya meningkat 17 tahun, dia mula muntah sebanyak 10 kali sehari dan kehilangan berat badannya yang banyak.
Amelia kemudiannya mendapat rawatan doktor dan selepas pemeriksaan dia dikesan menghidap penyakit berkenaan. Penyakit itu tidak dapat diubati dan dia terpaksa menanggungnya seumur hidup.-

WARSAW — Sekumpulan saintis arkeologi Poland berjaya menemui sebuah alat bantu seks purba yang berusia lebih 300 tahun dari sebuah tandas zaman kuno di kota Gdanks, kira-kira 415 kilometer ke utara ibu negara Poland, Warsaw.
Alat bantuan perangsang nafsu berbentuk batang kemaluan lelaki itu berukuran panjang 20 sentimeter dan dijumpai secara kebetulan ketika penyelidik arkeologi tempatan mencari gali di tapak sebuah sekolah lama dibina sekitar kurun ke-18.
“Zakar tiruan ini ditemui di sebuah tandas dan dipercayai berasal pada lewat abad ke-18,” kata seorang jurucakap pejabat Pemuliharaan Monumen Wilayah Pomerania di Gdanks, sebuah bandar pelabuhan terbesar di utara Poland.

“Objek bersejarah ini cukup besar dan tebal, diperbuat daripada kulit dan berisi bulu, serta memiliki bahagian yang berasal daripada kayu dengan keadaannya sangat baik, mungkin untuk bantu wanita mudah melancap,” katanya lagi.
Pakar sejarah Poland percaya, seseorang mungkin menjatuhkannya secara tidak sengaja ke dalam lubang tandas namun, alat bantu seks itu sudah dibawa ke makmal saintifik untuk diteliti dan mendapatkan proses rawatan lebih lanjut.
Benda berbentuk penis atau disebut juga dildo sudah banyak ditemui sepanjang sejarah manusia purba dan penyelidik tidak menolak kemungkinan zakar palsu itu popular digunakan wanita yang mungkin bertugas sebagai pelacur.
Penyelidik Eropah pernah menemui sebuah patung permainan seks di Jerman berusia 28,000 tahun selain beberapa kondom kurun ke-17 di England yang menjelaskan manusia pada zaman dahulu pernah mencipta alat kelamin tertentu.
Selain menemui alat bantu seks kuno itu, saintis Poland juga menjumpai sejumlah pedang purba di Gdansk yang memberi gambaran tempat tersebut dahulunya adalah sebuah sekolah untuk latihan ahli pedang profesional. – Agensi/A.AMREE
CHINA – Seorang wanita menjadi sensasi internet apabila kisah hidup sehariannya bersama dengan babi kesayangannya yang dijadikan sebagai binatang peliharaan dimuat naik dalam media sosial.
Wanita itu, Zhu Chou, 27, telah menjadikan babi tersebut yang digelar sebagai Zhu Diandian atau babi gila bukan sahaja tidur sekatil dengannya setiap malam malah turut dipakaikan baju.

Zhu dan babi itu turut berkongsi selimut. Namun ketaksuban Zhu terhadap babi berkenaan tidak dicemburui oleh suami Zhu malah dia sanggup bertolak ansur demi babi tersebut.
Menurut Zhu untuk memastikan babi itu mandi setiap hari, dia akan meletakkan sayur di atas lantai dari katil hingga ke bilik mandi. Hanya dengan cara itu barulah babi gila itu akan bangun untuk mandi.
Babi berkenaan turut dibawa ke taman untuk bersiar-siar.
Binatang itu dipelihara sejak kecil dan kini babi berkenaan mempunyai ukuran berat lebih 80 kg.
Zhu yang merupakan pelajar lulusan komunikasi kini berkhidmat di sebuah syarikat penerbitan dan mempunyai lebih 40,000 pengikut di Weibo.